You are on page 1of 2

ALERGI

Alergi yang juga dikenali sebagai alahan ialah reaksi badan terhadap
pendedahan kepada
Alergi ialah reaksibenda
badanasing yangpendedahan
terhadap tertentu. Reaksi alergi
kepada ini hanya
benda asing yang
berlaku setelah
tertentu. sistem
Reaksi alergiimuniti badan
ini hanya mengalami
berlaku setelahpensensitifan akibat
sistem imuniti badan
pendedahan
mengalami pertama bendaakibat
pensensitifan asing pendedahan
itu. Pensensitifan sistem
pertama imuniti
benda asingbadan
itu. ini
dikenali sebagaisistem
Pensensitifan kehipersensitifan.
imuniti badan ini dikenali sebagai kehipersensitifan.

1 Jenis-jenis kehipersensitifan

 1.1 Kehipersensitifan jenis I atau jenis anafilaktik


 1.2 Kehipersensitifan jenis II atau jenis sitotoksik
 1.3 Kehipersensitifan jenis III atau jenis kompleks imuniti
 1.4 Kehipersensitifan jenis IV atau jenis kawalan sel

Kehipersensitifan jenis I atau jenis anafilaktik

Kehipersensitifan jenis I bertindak hanya pada saluran darah dan, sel otot lembut pada
badan manusia. Pembentukannya berlaku dalam tempoh yang cepat berbanding kehipersensitifan
lain, iaitu lazimnya kurang daripada sejam selepas terdedah kepada agen alergi tersebut.
Tindakan berlaku apabila, mediator primari dibebaskan oleh sel mast dan basofil yang telah
disensitifkan oleh immunoglobulin E. Mediator primari ini yang bersifat vasoaktif dan
spasmogenik, akan mengakibatkan saluran darah dalam badan mengalami pengembangan, dan
sel otot lembut bronkus mengecut lalu mengakibatkan bronkospasma. Jikalau serangan alergi ini
tidak terkawal, ia akan menyebabkan kejutan anafilaktik dimana seseorang itu mengalami risiko
untuk mati akibat hipoksia. Contoh reaksi alergi ini ialah, sengatan lebah.

Kehipersensitifan jenis II atau jenis sitotoksik

Kehipersensitifan jenis II bertindak apabila sel atau tisu seseorang itu diserang oleh
antibodinya melalui lisis atau fagositosis. Ia berlaku apabila, sesuatu agen alergi bercantum pada
sel badan, lalu dikenalpasti oleh antibodi immunoglobulin M atau G. Antibodi tersebut lalu
bercantum pada kompleks sel badan dan agen alergi itu, dan mengakibatkan kompleks itu
terdedah kepada fagositosis. Contoh reaksi alergi ini ialah, transfusi darah asing.
Kehipersensitifan jenis III atau jenis kompleks imuniti

Kehipersensitifan jenis III bertindak apabila kompleks imuniti terbentuk daripada


percantuman agen alergi dan antibodi. Hasil daripada percantuman ini, kompleks imuniti yang
banyak terbentuk lazimnya dalam keadaan suntikan bahan asing ke dalam badan, akan
mengakibatkan kompleks tersebut banyak terendap dalam saluran darah lalu merosakkannya.
Conth reaksi alergi ini ialah suntikan serum asing.

Kehipersensitifan jenis IV atau jenis kawalan sel

Kehipersensitifan jenis IV bertindak apabila sel limfosit T CD4 mengenal pasti kehadiran
agen alergi, lalu mengakibatkan serangan pada agen itu dengan pembentukan komplemen.
Contoh reaksi alergi ini ialah, suntikan Tuberkulin untuk menguji jangkitan tuberkulosis dalam
badan.

Gambar terkena alergi.

Alahan boleh disebabkan faktor makanan, ubatan, gigitan serangga, minyak wangi, logam , nikel
dan getah malah ada sesetengah orang alah terhadap senaman.

You might also like