Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Assignment Psycology Sosial

Assignment Psycology Sosial

Ratings: (0)|Views: 215|Likes:

More info:

Published by: Siti Suhailah Marzuki on May 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/18/2011

pdf

text

original

 
Bidang keusahawanan kini diceburi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita malah adaantara mereka yang muncul sebagai usahawan berjaya. Kaum wanita merupakan tulang belakangkepada pembangunan keluarga dan negara, serta pembabitan mereka semakin ketara dalam bidang ekonomi, profesional, dan korporat. Semakin banyak kaum wanita yang melibatkan diridalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, baik secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran di dalam negeri dan di luar negara. Perkembangan sihat ini merupakan satu tanda positif dan jelas menunjukkan wanita semakin prihatin dengan kemajuan diri. Usahawan wanitadigesa bersikap lebih agresif memajukan perniagaan dengan meletakkan matlamat memasarkan produk mereka sehingga peringkat antarabangsa.Usahawan bertanggungjawab dalam mengusahakan sesuatu perusahaan sama ada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran, atau perkhidmatan. Dengan kata lain, usahawanialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru (kreatif), merancang, dan menciptasesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur, dan mewujudkan pasaran, serta sanggupmenghadapi risiko, sekali gus mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya.Begitu juga dengan kerjaya pilihan saya iaitu menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Walaupun ini agak jauh daripada latarbelakang akademik saya yang major dalam bidangmatematik, namun saya amat meminati bidang perniagaan ini. Saya memilih bidang matematik  pada asalnya kerana saya amat pantas dalam pengiraan. Ini menimbulkan minat saya untuk terusmandalami bidang ini. Namun, setelah menjejakkan kaki di universiti, minat saya tidak  berkurang tetapi lebih menjurus ke arah perniagaan.Di universiti, saya lebih terdedah dengan rakan-rakan sekeliling yang terlibat denganaktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Ada antara mereka yang menjual tudung, minyak wangidan ada juga yang mengadakan perkhidmatan mencetak dan fotostat. Dari minggu ke minggu,saya dapat perhatikan bahawa keuntungan yang mereka perolehi amat memberangsangkan.Keadaan ini mencetuskan minat untuk saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan denganlebih serius.Oleh hal yang demikian, saya cuba dengan memberikan perkhidmatan mencetak.Mulanya, saya hanya memberikan perkhidmatan kepada rakan-rakan yang rapat. Dalam masatiga bulan, saya mendapat keuntungan. Oleh itu, saya terus bertekad untuk mengembangkanminat dan kebolehan saya dalam bidang perniagaan kerana saya pasti bidang ini dapatmemberikan kejayaan dalam hidup saya.
 
Dalam kerjaya saya, pertama sekali, saya akan memastikan bahawa tret wanita yangdilihat sebagai tidak layak untuk berjawatan tinggi dan halangan untuk wanita mencapai tempatteratas adalah tidak benar sama sekali. Untuk tujuan ini, saya perlu mengelak dari berlakunyastereotaip negatif terhadap wanita atau dikenali sebagai ‘g
ender prejudice
’. Stereotaipmerupakan suatu tanggapan atau pemikiranyang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. Terdapat halangan di peringkat kemasukandan ketahanan tersebut telah memberi implikasi negatif terhadap keupayaan wanita apabilamenceburi bidang keusahawanan. Usahawan wanita dikatakan tidak dapat mempamerkankebolehan pengurusan dan kurang yakin serta tidak berpandangan jauh. Mereka cenderungmemilih jenis perniagaan yang mempunyai kurang risiko yang sudah pasti menghasilkan pendapatan yang sedikit. Kesannya, perniagaan tidak dapat berkembang ke pasaran eksport.Sikap kurang yakin pembekal sumber kredit dan kekurangan pengetahuan pengurusan telahmenghalang cita-cita usahawan wanita dan mereka selalu kehilangan peluang serta pertimbanganuntuk mendapatkan modal permulaan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, saya perlumemastikan prestasi perniagaan saya semakin meningkat. Saya akan membuktikan bahawawalaupun saya seorang wanita, namun keupayaan dan semangat saya tidak kurang kentalnyaseperti seorang lelaki. Segala cabaran dan risiko akan saya hadapi dengan tangan terbuka. Saya juga akan memastikan bahawa pekerja saya menghormati saya walaupun mereka daripadagolongan lelaki. Stereotaip negatif terhadap wanita akan saya hapuskan dan memastikan bahawaseorang wanita juga layak memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi dan berjayadalam perniagaan yang diceburinya.Seterusnya, saya akan menguruskan impresi dengan baik (‘
 self-presentation
:
impressionmanagement’ 
). Impresi terbahagi kepada dua, iaitu meningkatkan impresi diri sendiri danmeningkatkan impresi orang lain. Bagi meningkatkan impresi diri, saya akan meningkatkan dayatarikan diri sendiri terhadap orang lain, iaitu memastikan agar orang lain lebih mudah tertarik dengan impresi diri saya. Saya akan menggunakan pakaian yang kemas dan bergaya sesuaidengan kerjaya saya sebagai seorang ahli usahawan yang berjaya. Saya juga akan tampil berbakat di hadapan orang lain dan sentiasa memberikan maklumat positif tentang diri sendiri.Keadaan ini juga dalam masa yang sama boleh meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapicabaran dan rintangan dalam dunia perniagaan. Semasa berurusan dengan orang atau pihak lainseperti pekerja atau rakan perniagaan, saya akan meningkatkan impresi mereka dengan
 
melahirkan rasa suka kepada mereka. Saya akan meminta pandangan atau pendapat mereka danseterusnya memberikan persetujuan sekiranya pendapat tersebut bernas. Saya juga akan seringmemberikan pujian di atas usaha dan prestasi mereka yang semakin meningkat dengan lebih baik dari masa ke masa. Walaupun pendapat mereka kurang baik, saya akan tetap memberikan perhatian dan menunjukkan rasa minat. Selagi termampu, saya akan memberikan bantuan yangterbaik kepada orang di sekeliling saya. Dengan bersikap sedemikian, impresi saya sebagaiseorang usahawan dapat ditingkatkan.Selain daripada itu juga, saya akan meningkatkan efikasi diri (‘se
lf-efficacy’ 
). Efikasidiri ialah kemampuan kita menghadapi sebarang rintangan dan kesulitan dalam kehidupan.Keadaan ini berlaku ketika suatu masalah muncul, rasa efikasi diri tiba dengan begitu kuat untuk membantu menenangkan diri serta mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan menjadi lebihteruk. Kesulitan yang dimaksudkan merangkumi cabaran keluarga iaitu masa yang diluangkan bersama keluarga akan terganggu, cabaran masyarakat yang penuh dengan persoalan dan pemikiran negatif yang lebih suka melihat kegagalan dan mengata daripada melihat kejayaan danmemberikan sokongan, cabaran peringkat industri seperti mendapatkan pembiayaan tambahan,mewujudkan 'networking' yang relevan dan persaingan serta cabaran peringkat negara dalamusaha untuk menjadi pemangkin dalam aspek ekonomi. Untuk menjadi usahawan yang berjaya,saya perlu menangani segala rintangan demi mencapai matlamat, saya perlu lebih inisiatif,mencari dan memanfaatkan peluang, menjadi seorang yang tekun serta bermotivasi, menambahilmu pengetahuan seperti menghadiri seminar dan kursus untuk memantapkan kebolehan dalam bidang perniagaan, memberikan sepenuh perhatian dan disiplin terhadap kualiti kerja, daniltizam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan. Oleh itu, efikasi diri dapat membimbingsaya untuk mengatasi segala halangan dengan cara yang bersistematik. Saya dapatmenyelesaikan masalah yang timbul dengan lebih baik kerana apabila diri dapat ditenangkan,fikiran akan berkembang dengan baik seterusnya dapat mengeluarkan idea-idea yang bernassebagai penyelesaian terhadap masalah yang timbul.Bidang pemiagaan adalah peluang yang terbaik untuk diceburi oleh saya yang berminatmenjadi usahawan. Dalam apa jua bidang yang diceburi, saya terpaksa berhadapandengan pelbagai masalah. Dalam menghadapi abad ke-21 , temyata cabaran menjadi semakinmeningkat. Pada tahap ini, masalah modal dan bentuk-bentuk halangan yang lain tidak boleh

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->