You are on page 1of 24

BAB 4

KONSEP NEGARA ISLAM & KERAJAAN


ISLAM
Objektif Penubuhan Negara
Islam
• Semenjak daripada penubuhan kerajaan Islam
pertama di Madinah, dua objektif utama kerajaan
Islam adalah,
• objektif dalamannya adalah melaksanakan
undang-undang Islam ke atas rakyat dan
• objektif luarannya adalah menyebarkan agama
Islam kepada masyarakat luar negara serta
memberi kefahaman tentang hukum-hukum Islam.
• 
Ketua Negara Islam

• Individu yang bertanggungjawab melaksanakan


semua urusan pentadbiran negara berdasarkan
hukum-hukum Allah S.W.T. yang terdapat
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
• Kajian sejarah pemerintahan Islam
membuktikan bahawa ketua negara Islam
mempunyai tiga gelaran iaitu khalifah, Amirul
Mu’minin dan Imam.
Ciri-ciri Perlantikan Imam
• 1. Seorang yang berilmu sehingga layak
menjadi qadhi
• 2. Seseorang yang mempunyai
pengetahuan tentang hal ehwal
peperangan dan mentadbir tentera serta
tawanan, mampu menjaga kemaslahatan
rakyat dengan menghukum rakyat yang
zalim dan membela rakyat yang dizalimi
• 3. Tiada belas kasihan untuk
melaksanakan hudud
• 4. Hendaklah seorang yang merdeka dan
wara’, adil, taqwa dan yang paling mulia
di kalangan mereka
• 5. Hendaklah melantik orang yang paling
mulia di kalangan mereka
• 6. Hendaklah terdiri dari kaum Quraisy
• 7. Tidak cacat pancaindera serta anggota
yang mungkin memberi kesan kepada
kredibilitinya sebagai pemimpin negara
Persoalan pemilihan imam dari
kalangan kaum Quraisy
• Para ulama’ berpendapat bahawa jawatan
imam bukanlah menjadi hak keistimewaan
sesuatu kaum tetapi suasana yang
terdapat pada masa itu menunjukkan
bahawa hanya seorang imam dari Bani
Quraish sahaja yang dapat menyatukan
umat muslimin.
Pendapat Ibn Khaldun

• syarat penentuan imam hendaklah dipilih


dikalangan golongan Quraisy adalah
kerana wujudnya semangat asobiyyah
yang sangat kuat dalam kaum tersebut
yang mengatasi kaum-kaum lain akan
dapat mempengaruhi kaum-kaum lain dari
segi perpaduan dan kesetiaan.
• Pendapat tersebut adalah berasaskan
kepada suasana politik pada zaman itu
dan bukannya merujuk kepada sebarang
perundangan ataupun perlembagaan.
• Justeru, syarat keturunan Quraish
hanyalah suatu syarat yang bersifat
sementara sahaja atau pensyaratan yang
hanya berkuatkuasa bergantung kepada
masa, tempat dan keadaan
kemasyarakatan awal umat Islam.
Cara Perlantikan Imam / Ketua
Negara
• Pertamanya ketua negara boleh dilantik oleh
Badan Pemilih (ahli al-halli wa al-aqdi).
Pendapat ini berdasarkan pemilihan Uthman
oleh syura yang terhad yang dilantik oleh Umar.
• Ahl al-halli wa al-Aqd merupakan badan
eksekutif yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t.
seperti mana yang terkandung dalam al-Qur’an
dan Sunnah.
Syarat- syarat menjadi anggota
badan ini, Abu Ya’ala
menetapkan:
• 1. Mestilah orang yang adil sehingga
rakyat boleh meletakkan sepenuh
kepercayaan kepadanya
• 2. Mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas untuk membantu menentukan
kelayakan seseorang yang akan dilantik
sebagai ketua negara.
• 3. Merupakan ahli ra’yi dengan
berpengetahuan tinggi, terutamanya
berkaitan pentadbiran negara, politik,
sosial dan sebaainya.
• 4. Taat kepada Allah s.w.t. dengan
melaksanakan segala syariat-Nya dan
menghalang kemungkaran daripada
berleluasa.
• Keduanya beliau boleh dicalonkan oleh Ketua
Negara yang sedang memerintah. Ulamak
bersepakat bahawa Imam yang sedang
memerintah boleh menamakan calon
penggantinya di kalangan umat muslimin.
Imam boleh mencalonkan sesiapa sahaja yang
layak sebagai penggantinya, tanpa persetujuan
ahli al-hall wa al-aqd, dengan syarat menepati
syarat-syarat imamah.
Tugas-tugas dan Fungsi-fungsi
Imam
• 1. Melindungi dan mempertahankan prinsip
agama yang telah tertegak sebagaimana
yang difahami dan diusulkan oleh ijma’
ulama’. Jika sesiapa mengubah sesuatu
pendapat baru ataupun ragu-ragu, imam
bertanggungjawab meyakinkan hakikat yang
sebenar, memperbetulkan dengan hujah yang
tepat dan memastikannya taat dan patuh
kepada suruhan dan larangan syariat agar
rakyat terselamat daripada bidah yang buruk.
• 2. Memberi keadilan dan menyelesaikan semua
dakwaan mengikut syariah. Imam hendaklah
menghalang pihak yang lemah dan menggalakkan
pihak yang lemah menegakkan hak mereka
menghadapi golongan yang kuat.
• 3. Mengelakkan undang-undang dan perjalanan
dalam negara supaya rakyat dapat hidup dalam
keadaan aman, menjalankan kegiatan ekonomi
mereka secara bebas dan bergerak dalam negeri
tanpa rasa takut
• 4. Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-
undang al-Qur’an berkenaan dengan jenayah
untuk memastikan raktyat tidak melanggar
larangan Allah s.w.t. dan hak asasi manusia
tidak dicabuli.
• 5. Mempertahankan sempadan negara daripada
pencerobohan luar untuk menjamin keselamatan
negara dan harta benda kaum muslimin nan
bukan Islam, di negara Islam.
• 6. Menyusun dan menjalankan jihad
terhadap golongan yang menentang Islam
atau enggan duduk di bawah pemerintahan
negara Islam sebagai rakyat bukan Islam.
Imam terikad dengan waad Allah S.W.T.
untuk menegakkan keagungan Islam
terhadap semua agama dan kepercayaan
yang lain.
• 7. Mengutip cukai kharaj dan zakat mengikut
undang-undang Syariah dan tafsiran ahli-ahli
Fiqh, tanpa menggunakan kekerasan.
• 8. Membahagikan elaun dan gaji daripada
perbendaharaan negara (Bait al-Mal) kepada
golongan yang berhak menerimanya. Wang
tersebut tidak seharusnya dibelanjakan secara
boros ataupun kedekut dan tidak seharusnya
dibayar lebih awal atau dilewatkan./
• 9. Melantik individu yang jujur dan ikhlas
untuk menyandang jawatan utama negara
dan perbendaharaan untuk menjamin
pentadbiran yang baik dan cekap serta
mengawal kewangan negara.
• 10. Imam hendaklah meneliti dan
mengetahui sendiri urusan wilayah
pemerintahannya supaya beliau sendiri
dapat mengarahkan dasar negara dan
melindungi kepentingan rakyat. Beliau
tidak seharusnya menyerahkan
tanggungjawabnya kepada orang lain dan
melibatkan dirinya dalam kemewahan
hidup atau beribadat sahaja.
• 
Terdpt 3 Jenis Pemerintahan

• 1. Theocratic – pemerintahan berdasarkan


agama & byk kongkongan thdp kebebasan
rakyat sehingga rakyat memberontak &
memprotes pemerintahan ini yg seolah-
olah bersifat sekular (akan lahir fahaman
sekularisme). Ada pdpt menyatakan
theocratic state ini sama dgn Islamic state
• 2. Democratic - sebuah kerajaan yg
berasaskan kptgn rakyat & dikendalikan
olh rakyat sama ada melihat kesesuaian &
keutamaannya dlm sesebuah negara.
• 3. Islamic – berdasarkan al-Quran & al-
Sunnah, sama dgn apa yg ada dlm unsur
theocratic tapi berbeza dgn apa yg
diamalkan di barat.
Abd Qadir Awdah; sebuah
negara Islam mempunyai 2 ciri
utama iaitu:
1. Kepatuhan kpd Allah & Rasul (theocratic)
2. Prinsip syura dlm membentuk sebuah
negara Islam (democratic)
•  Olh itu mana-mana negara yg
mengamalkan kedua-dua ciri tersebut
dinamakan negara Islam, iaitu:
• Meletakkan konsep kedaulatan kpd
ketertinggian al-Quran & al-Sunnah
(Siyadah Syariah)
• Perlembagaan Islam adalah merupakan
gabungan antara wahyu & rakyat
• Al-Mawdudi memberikan istilah theo-
democratic kpd negara Islam bg
mengelakkan dakwaan serta tanggapan
yg salah olh golongan bkn Islam kpd
negara Islam.
• Mrk beranggapan bhw negara Islam
adalah sama dgn institusi gereja kristian
sblm berlaku revolusi dlm pemerintahan
beraja pd stu ketika dahulu.
• Kesimpulannya – dasar utama dlm
pemerintahan Islam adalah berasaskan
ketertinggian syariah (siyadah syariah).
Kerajaan Islam berdasarkan konsep
ketertanggungjawaban rakyat & khalifah
adalah bertanggungjawab thdp hal-hal rakyat.
Syura ptg dlm memberi hak kpd rakyat
berdasarkan kpd batas-batas & nilai-nilai yg tlh
ditetapkan dlm al-Quran & al-Sunnah.

You might also like