You are on page 1of 32

1 REMAJA 1 MALAYSIA

Pages

 LAMAN UTAMA
 REMAJA
 KERATAN AKHBAR
 RAKAN MUDA
 AKSES INFO
 ISU-ISU REMAJA

ISU-ISU REMAJA
REMAJA DAN KESALAHAN JUVANA 
Penglibatan golongan remaja dalam masalah juvana

•Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yangsama, iaitu seseorang
yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan
"tanggungjawab jenayah".

•Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun1997-1998, 685 kes, bulan
Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlahtangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997
hingga bulan Mei 1999sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa
penglibatanremaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahunadalah yang
paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala padatahun 1998 (439 orang), dan antara
bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang).

•Kesalahan jenayah yang amat ketara dilakukan oleh golongan remaja ialahkesalahan yang melibatkan
jenayah harta benda (80 peratus), misalnya mencurikenderaan, terutama motosikal (Seksyen 379A).
Jumlah keseluruhan tangkapandalam kes ini, 113 kes (1997), 142 kes (1998), 37 kes (Jan.-Mei 1999).
Terdapatpeningkatan yang tinggi dalam kes ini. Adakalanya remaja yang pernahtertangkap mengulang
melakukan jenayah yang sama.

•Keseluruhan tangkapan yang dilakukan ke atas golongan remaja yangmelibatkan kes kecurian
kenderaan bagi tempoh 1997 hingga Mei 1999 adalahsebanyak 447 orang. Dari segi perbandingan, pada
tahun 1997 kes siasatan yangdijalankan berjumlah 269, manakala tangkapan yang dapat dibuat
pulaberjumlah 463 orang; pada tahun 1998, jumlah kes siasatan adalah 416,manakalah jumlah
tangkapan 660 orang. Terdapat peningkatan sebanyak 147kes siasatan, 54.6 peratus.

•Kecurian motosikal melibatkan pelajar sekolah dari tingkatan satu hinggaempat. Sesetengah mereka
mencuri untuk main-main sahaja, sesetengahnyamemang untuk mendapatkan lebih wang saku dengan
menjual bahagian-bahagian motosikal. Perbuatan ini semakin lama membudaya dalam hidupmereka.
Oleh sebab itulah ada antara mereka yang sudah tertangkap,melakukan jenayah ini lagi setelah
dibebaskan atau setelah dijamin oleh ibubapa.

•Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menentukan corak kehidupananak-anak. Ibu bapa
mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak. Baru-baru iniberlaku peristiwa dua kumpulan pelajar
semasa makan-makan di medan seleradi kawasan Jalan Kelang Lama bergaduh sehingga meragut
nyawa dua orangpelajar daripada satu kumpulan. Apabila disiasat puncanya cuma keranatindakan
ejek-mengejek antara satu kumpulan dengan kumpulan yang laindisebabkan kehadiran perempuan.
Didapati salah satu kumpulan memintabantuan samseng. Dalam siasatan lanjut terhadap gadis-gadis
yang ada
bersama-sama sehingga pukul dua hingga tiga pagi, Ibu bapa mereka sendirimemberi kebenaran
kepada mereka berada di luar rumah pada tempoh waktu itu.

•Pada awal tahun ini berlaku kematian seorang pelajar. Apabila dibuattangkapan didapati pelajar
tingkatan 4 terlibat dalam kejadian ini, anak-anaksekolah yang masih berkeliaran di luar rumah
meskipun sudah pukul 2.30pagi.Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak kita berada di rumah pada pukul
11malam, misalnya, kalau masih bersekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru jugaboleh memainkan
peranan memberi panduan kepada ibu bapa dalam mengaturpendidikan anak di luar sekolah. Kawalan
disiplin di sekolah berasrama bolehdijadikan panduan. Peraturan sekolah mengawal waktu pelajarnya,
belajar,berehat, mengulang kaji, bersembahyang, dan tidur boleh digunakan oleh ibubapa. Mereka
tidak dibenarkan langsung ke mana-mana.Ibu bapa perlumendapatkan panduan bagaimana memantau
anak mereka yang masihbersekolah. Ibu bapa mesti peka dan mengambil berat tentang
perkembangansosial anak. Dengan cara ini kadar jenayah akan dapat dikurangkan.

•Pergaduhan kecil-kecilan antara pelajar yang melibatkan kaum yang berbezaditangani oleh
pentadbiran sekolah. Tentang pergaduhan antara pelajar darisekolah yang berlainan ada juga berlaku,
dan polis dapat diatasi denganmengadakan pemuafakatan dengan ibu bapa dan pihak sekolah. Kes
yangdisebut tadi hingga melibatkan kematian, yang pertama pergaduhan sesamapelajar Cina,
manakala yang kedua adalah antara pelajar Melayu. Sebenarnyapergaduhan berlaku bukan disebabkan
kaum.

•Sekarang pihak polis mengambil tindakan untuk mengadakan Kelab PendidikanJenayah di sekolah
untuk mendidik anak-anak sekolah dari peringkat usia yangmasih muda supaya menghormati orang dan
tidak melibatkan diri dengan jenayah.

ANALISIS MASALAH REMAJA


Beberapa masalah yang melanda remaja masa kini boleh dikenal pasti dengan mudahdaripada masalah
yang kecil hingga kepada masalah yang besar dan yang sukar ditangani.Secara amnya masalah ini boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

     MASALAH DISIPLIN
Masalah yang dihadapi oleh remaja ketika di bangku sekolah seperti:

1.    .Ponteng
2.    .Merokok
3.    .Vandalisme 

    MASALAH PERGAULAN

Masalah yang melibatkan pergaulan dihadapi oleh remaja pada semua peringkatsama ada di bangku
sekolah mahupun di luar sekolah. Contoh masalah pergaulan ialah

1.    .Gangsterisme
2.    .Lepak
3.    .Pergaulan  bebas
4.    .Permainan  video
5.    .Bahan lucah

    MASALAH JENAYAH

Masalah jenayah juga dihadapi oleh remaja pada semua peringkat dan kategori ini melibatkan jenayah
yang berat dengan hukuman yang lebih berat seperti:

1.    .Peras ugut
2.    .Pukul
3.    .Curi
4.    .Rogol
5.    .Bunuh

Dipetik daripada:

http://www.scribd.com/doc/3038711/PENULISAN-KARANGAN-SPMISU-REMAJA
MASALAH GEJALA SOSIAL
Antara gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah ponteng sekolah dan kelas,
merosakkan harta benda sekolah dan awam, merokok, mencuri, buli, gangsterisme, penyalahgunaan
dadah, rempit, pergaulan bebas, melihat atau menonton bahan lucah, seks luar nikah, pelacuran,
pembuangan bayi dan telah sampai ke peringkat membunuh. Di samping itu terdapat juga gejala sosial
dalam aspek meninggalkan atau tidak memahami ajaran agama seperti tidak solat, tidak berpuasa,
tidak tahu mengangkat hadas besar, tidak tahu membaca al-Quran dan sebagainya.

A. Latar Belakang Gejala Sosial di Malaysia

Pada tahun 1960-an, negara dikatakan masih baru menerima kemerdekaan dan isu-isu sosial remaja
sangat jarang diperkatakan. Namun, perhimpunan golongan “hipi” di Woodstock, Amerika Syarikat
sekitar tahun 1969 secara tidak langsung memulakan satu lembaran baru dalam episod kehidupan
remaja di Malaysia dan isu pergolakan sosial remaja mula muncul di negara ini pada tahun tersebut.
Pengaliran budaya tersebut ke negara ini telah memberi impak yang negatif kepada masyarakat
Malaysia kerana kehidupan mereka sering kali dikaitkan dengan masalah dadah. Ini disebabkan
pengikut budaya “hipi” dan penagihan dadah dikatakan agak sinonim kemunculan kumpulan muzik
yang memuja dadah dalam nyanyian mereka seperti Rolling Stone merangsangkan lagi pertumbuhan
masalah dadah di kalangan remaja di Malaysia. Malah, salah satu nama simbolik untuk dadah yang
selalu digunakan oleh remaja pada masa tersebut adalah stone. Penularan budaya “hipi” terutama
dalam kalangan remaja Bandar pada penghujung tahun 1960-an jadi merebak sehingga awal tahun
1970-an. Budaya ini amat jauh bertentangan dengan norma kehidupan yang dipraktikkan oleh
masyarakat timur. Budaya “hipi” juga dikatakan sebagai penjajahan mental remaja manusia supaya
terus terikat dengan budaya kolonial yang dibawa sebelum ini. Bersama-sama dengan pengaruh “hipi”,
masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja mula menyerang negara sehingga kerajaan
mengambil langkah untuk mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Malah,
peperangan ke atas musuh utama ini masih berjalan sehingga sekarang. Pada pertengahan tahun 1970-
an, masalah penagihan dadah yang tidak pernah berkurangan ditambah pula dengan masalah
penagihan alkohol. 

Kemelesetan ekonomi dunia yang menyebabkan kadar pengangguran dan kemiskinan penduduk
meningkat. Kesannya, ramai remaja melepak di kompleks membeli-belah sambil mendengar lagu
irama rock dan berimej “punk” dan “Mohican” . Budaya ini menjadi kegilaan remaja pada masa itu
sebagai langkah melarikan diri daripada realiti kehidupan sebenar yang perlu mereka tempuhi. Imej
devian yang dibawa oleh remaja yang berkumpul secara beramai-ramai tanpa hala yang pasti itu
merupakan satu proses penyesuaian diri dengan pengaruh muzik yang mereka dengar dan dianggap up
to date. Fenomena tersebut juga dikenali sebagai “budaya lepak” dan ia menjadi satu masalah sosial
negara yang menarik perhatian kerajaan untuk bertindak tegas kepada golongan remaja terbabit.
Pada pertengahan tahun 1980-an pula, Pelan Induk Perindustrian Negara Pertama diperkenalkan dan
Dasar Pensyarikatan serta Penswastaan dilaksanakan. Kepesatan pembangunan perindustrian negara
menyebabkan berlakunya migrasi golongan muda dari kawasan luar bandar ke bandar untuk memenuhi
permintaan tenaga buruh di sektor tersebut. Seiringan dengan itu masalah bohsia dan bohjan atau
kegiatan seks bebas dalam kalangan remaja mula dihadapi oleh negara. Ketika itu juga, masalah
penagihan dadah bentuk baru seperti menghidu gam dan petrol serta penggunaan ubat batuk secara
berlebihan bermula. Walaupun ketiga-tiga jenis bahan rangsangan tersebut bukanlah jenis dadah yang
sebenar tetapi tujuan penggunaannya adalah sama iaitu untuk menjadikan diri berada dalam keadaan
khayal. Ia digemari oleh remaja kerana harganya murah dan mudah didapati. Penggunaan bahan
ransangan seperti gam dan ubat batuk itu tadi secara langsung mengikat diri remaja untuk mencuba
dadah-dadah lain yang lebih berat dan berbahaya seperti ganja (ia juga dikenali sebagai dam, pot,
stone, sayur dan tahi kambing), heroin (juga dikenali sebagai chok, tepung, teh dan fit) dan morfin
(atau dipanggil quenn, dragon dan serbuk). 

Pada awal tahun 1990, kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional sebagai ganti kepada Dasar
Ekonomi Baru serta menjadikan Wawasan 2020 sebagai pemacu pembangunan negara untuk menjadi
sebuah negara maju. Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral
dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan
serta didorong oleh tahap etika paling tinggi. Walau bagaimanapun, ketika kerajaan melancarkan
matlamat ini masalah pembungan bayi sedang hebat berlaku di Malaysia. Ia berpunca daripada
kegiatan “bohsia” dan “bohjan” yang wujud pada pertengahan tahun 1980-an dahulu yang
mengamalkan seks bebas tanpa batasan. Remaja pada peringkat umur yang terlalu muda dan terlanjur
mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah malu dan takut mereka dengan membuang anak
sendiri di tempat pelupusan sampah, sungai, semak, kawasan pembinaan dan sebagainya. Namun,
sehingga pertengahan tahun 1990-an, fenomena kegiatan seks bebas dan pembuangan bayi di kalangan
remaja masih berlarutan. 

Dalam tahun 1991-1996, sejumlah 278 kes telah direkodkan. Peningkatan yang ketara sebanyak 90
peratus dikenal pasti berlaku khususnya sepanjang tempoh tahun 1994, 1995 dan 1996. Kemakmuran
pertumbuhan ekonomi negara ketika itu dikatakan penyebab utama fenomena ini berlaku. Kenyataan
tersebut tidak terlalu prejudis atau dibuat secara semberono tetapi mempunyai asas yang kukuh dan
ada kewajarannya memandangkan bentuk keluarga tradisional telah bertukar kepada keluarga nukleas
di bandar dan kaum wanita mulai memasuki pasaran kerja secara beramai-ramai menyebabkan ikatan
kekeluargaan semakin longgar. Pada masa yang sama, anak-anak remaja kehilangan perhatian dan
tumpuan yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa. Malah, Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-7) dengan
jelas mengaitkan fenomena sosial remaja ini dengan faktor seperti kepesatan perbandaran, kemajuan
perindustrian dan penghijrahan penduduk. 

Pada tahun 1996, Pelan Induk Perindustrian Negara Kedua serta RM-7 dilancarkan dan masalah
kegiatan seks bebas remaja diganti pula dengan aktiviti pelacuran bawah umur. Selain itu, penagihan
dadah berbentuk pil psikotik atau pil khayal seperti amphetamine, extacy dan syabu turut dikesan
dalam kehidupan sosial remaja. Walhal, RM-7 sendiri meletakkan matlamat menangani gejala sosial di
kalangan remaja sebagai satu rangka dasar penting yang mesti yang mesti dilaksanakan kerajaan.
Sebelum ini, tidak pernah ada satu pun rancangan Malaysia yang dibuat menyentuh secara spesifik
tentang perkara menangani masalah sosial. Rangka dasar bagi menangani masalah sosial yang
terkandung dalam RM-7 dinyatakan seperti berikut:
"Kemajuan perindustrian dan peningkatan pembandaran serta penghijrahan luar bandar ke bandar
telah mengakibatkan berlakunya peningkatan tingkah laku sosial yang negatif. Masalah sosial seperti
penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, lepak, jenayah juvana, gaya hidup yang tidak sihat serta
ketegangan dalam keluarga telah mula timbul. Dalam tahun 1994, 17 600 kes penagihan dadah; 8938
kes AIDS; 871 kes penderaan kanak-kanak dan 4774 kes lari dari rumah telah dilaporkan. Dengan
mengambil kira kes yang tidak dilaporkan, situasi ini mungkin lebih teruk dan masalah ini boleh
merosakkan moral generasi akan datang jika langkah tidak diambil untuk mengatasinya. Dalam
konteks ini, kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa peringkat tinggi antara agensi untuk
menggubal dasar dan program bagi meningkatkan lagi pembangunan sosial dan keluarga. Sokongan
institusi akan dikaji semula bagi membolehkan tumpuan yang lebih besar dan penyelarasan program
pencegahan dan pemulihan bagi kumpulan sasaran khusus seperti kanak-kanak, belia dan ibu bapa.
Pendidikan agama dan moral akan dipergiatkan bagi memupuk tingkah laku yang baik dan
menggalakkan gaya hidup sihat". 

Sehubungan itu, pemberian seks secara percuma oleh gadis-gadis remaja yang bergelar “bohsia”
melalui pergaulan bebas didapati tidak lagi diamalkan memandangkan kepesatan pembangunan
ekonomi negara menuntut mereka “menghargai” kehidupan melalui penampilan gaya hidup yang lebih
mewah. Oleh yang demikian, seks bebas yang bertujuan untuk keseronokan tadi bertukar kepada
perkhidmatan seks berbayar dan mereka secara langsung bergelar “bohsia berbayar” atau dalam
kajian pelacuran dikenali sebagai pelacur meskipun mereka masih di bawah umur. Kegawatan ekonomi
yang melanda negara semenjak pertengahan tahun 1997 menjadikan aktiviti pelacuran remaja
semakin meningkat sehingga ke hari ini. Dari tahun 1989-1999, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan
jumlah tangkapan gadis pelacur tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Gadis daripada etnik Cina dan
Melayu didapati paling ramai melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran di Malaysia. 
Kajian yang dibuat oleh Lukman Z. Mohamad dan Zuriana Zahrin terhadap 60 orang gadis remaja
bawah 21 tahun yang ditahan di pusat pemulihan akhlak kerana kesalahan melacurkan diri mendapati
sebahagian besar remaja yang menjadi pelacur (85.0%) berada dalam lingkungan 15-20 tahun. Namun,
terdapat segelintir mereka (13.3%) yang berusia 12-14 tahun. Situasi sebegini amat memeranjatkan
kerana pada usia yang begitu muda mereka berani mengambil risiko yang tinggi dalam usaha mengejar
kemewahan hidup. 

Pada penghujung 1990-an Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang dan begitu pesat di
Malaysia. Internet telah semakin banyak dipasang dan digunakan di rumah-rumah. Perkembangan
internet walaupun banyak faedahnya daripada segi capaian ilmu pengetahuan dan komunikasi tetapi
telah mendedahkan masyarakat kepada bahan pornografi atau lucah dan golongan remaja tidak
terkecuali daripada menerima kesan buruk ini. Para remaja mengambil kesempatan untuk melayari
laman-laman web lucah ketika ibu bapa tiada di rumah atau ketika ibu bapa mereka tidur. Bahkan di
ketika ibu bapa sedang jaga pun masih ada yang melayarinya kerana banyak ibu bapa yang tidak mahir
dengan komputer dan internet membolehkan para remaja berkenaan menggunakan cara hide windows
ketika ibu bapa datang ke arah mereka. Keadaan ini ditambah buruk lagi dengan penjualan video
cereka padat (VCD) lucah yang boleh dikatakan mudah didapati di bandar-bandar besar. Kini masalah
ini semakin berleluasa di mana video-video lucah dengan mudah boleh dimuat turun daripada internet
secara mudah. Dengan perkembangan teknologi telefon bimbit, kini, klip-klip gambar dan video lucah
boleh dihantar melalui telefon bimbit. Keadaan ini telah menyebabkan penyebaran bahan-bahan lucah
dalam kalangan remaja semakin sukar dikawal. Salah satu lagi yang membuka jalan kepada
pendedahan terhadap info dan bahan-bahan lucah dalam kalangan remaja ialah aktiviti chatting
melalui ruangan sembang maya. Remaja dapat “bersembang” dengan sesiapa sahaja tanpa terlebih
dahulu mengenali orang berkenaan. Ini menyebabkan mereka tidak segan untuk bersembang tentang
sebarang hal termasuklah yang berkaitan dengan seks. Ada yang disebabkan oleh rasa ingin tahu
mengambil kesempatan untuk bertanya hal-hal seks kepada orang yang lebih berpengalaman. Ada
kalanya mereka mendapat info tentang tentang seks dan laman web lucah daripada pengguna ruangan
chatting yang nakal walaupun mereka tidak berniat untuk mencarinya. Hasil daripada chatting ada
kalanya membawa kepada pertemuan antara pasangan yang pernah berchatting dan hal ini banyak
berlaku dalam kalangan remaja. Akibatnya, ada remaja perempuan yang telah dirogol setelah
bertemu dengan teman chatting dan ada yang melakukan hubungan seks setelah berkali-kali
bersembang tentang seks dan melakukan cyber sex di ruangan chatting.

Sumber:http://my.opera.com/karanganbm/blog/masalah-gejala-sosial

MASALAH MERKOK
Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion
perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan
rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada
penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang
100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah
diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini
berterusan! Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10
orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian. Setiap lapan saat, seorang
mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap
minit. Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana
merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir
dua pertiga lelaki yang merokok. 
Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang
daripada lima orang adalah perokok. 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula
merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia. Separuh daripada
perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-
paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik. Terdapat lebih daripada 4,000 bahan
kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan
selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.Secara purata, setiap batang
rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang. 30% daripada
semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 90% daripada semua kematian
akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. Senario dan Tabiat merokok di
Malaysia:

Fakta sepintas lalu


Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok. 
Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok. 30% daripada
remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok. Bilangan remaja perempuan yang merokok
semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan
2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara
keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang
remaja adalah perokok. Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun. Tabiat
merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari
(jantung). Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih
kurang 10,000 orang setahun. 

Perspektif

 Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan
perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan 
 Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu
dilaksanakan segera dan berterusan
 Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara
bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang
berpunca dari ketagihan rokok. 
 Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha
dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara. 

Tabiat merokok adalah satu penagihan


Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu
buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah
melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang
dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan
nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan
bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah
haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai
Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap
sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian,
bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi
seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang
merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan
dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.

Dipetik daripada laman web Bhg. Pendidikan, Kementerian Kesihatan malaysia

http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php

GEJALA BULI

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah
mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli
bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram
dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta
boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan
kepada orang lain.

Siapakah yang sering membuli dan dibuli?


Pembuli

* Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
* Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
* Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
* Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
* Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah
digertak.

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu
tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Dibuli

* Bertubuh kecil.
* Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
* Pelajar baru di sekolah.
Kenapakah mereka sering membuli?
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:

* Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
* Mereka pernah menjadi mangsa buli.
* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat
kesilapan.
* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-
kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli
perasaan orang lain.
* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
* Akibat perceraian ibu bapa.
* Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
* Sekadar mahu berseronok.
* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan.
* Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
* Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
* Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang
memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak
menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?


Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan
juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara
tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.Buli di kalangan
pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar
perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk
dijadikan bahan ejekan.Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas
seperti pelajar lelaki.

Jenis-jenis buli

Buli fizikal
* Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak,
mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
* Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli mental
* Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa,
maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
* Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku
di sekolah.

Kesan buli
Kesan luaran
* Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang
hilang akibat dibuli.

* Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.

Kesan dalaman
* Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi
membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup
mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?


Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti
bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi
Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli
iaitu:
Tahap sekolah
1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-
masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para
pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-
kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti
pelajar perlulah dirahsiakan.

2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja
dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli
kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam
risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh
dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.

3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.

4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang
kejadian gengster.

5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat
terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar.
Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan
Guru(PIBG)

Tahap kelas
1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang
buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah
laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya.
2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli
dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar.
Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah
laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.
3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Tahap individu
1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli
hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli
dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap
tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif
dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Dipetik daripada Wikipedia


http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH BULI

1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan
agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama
membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan
buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami
bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain
merupakan tindakan yang salah di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya
terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang
yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas.
Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping
mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum
agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak
hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem
yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi
buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita
dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa
menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.

4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan
serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah
ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini
masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.

5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu,
sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang
boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada
kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan
ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka
telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada
remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli.
Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau
diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.
BUDAYA LEPAK
Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi,
biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-
kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu
dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu.

Budaya lepak juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

Punca wujudnya budaya lepak


Sikap ibu bapa 

Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan
tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak. Keadaan di rumah .Sikap ibu
bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan
dan kebosanan di kalangan anak-anak. 

Pengaruh rakan sebaya 

Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. 
Pengaruh media massa dan eletronik 

Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh
daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan. 

Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_lepak

Faktor-Faktor Lepak dan hubungan Keibubapaan di


kalangan Pelajar Remaja

Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya

Masalah sosial memberikan gambaran umum mengenai pelbagai gejala yang tidak baik berlaku di
seluruh dunia dengan memberikan penumpuan kepada beberapa gejala sosial yang berlaku di
Malaysia. Masalah sosial dan psikologikal di kalangan remaja telah banyak menarik perhatian ramai
orang. Masalah sosial bersifat subjektif dan boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan masa.
Laporan yang disiarkan di dada akhbar, majalah dan media massa telah membuktikan kepada umum
bahawa gejala tidak sihat telah melanda kaum remaja di Malaysia. Kegiatan melepak merupakan
suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Ia telah menjadi tema
perbincangan forum, seminar, bengkel dan ceramah mengenai remaja. Gejala membuang masa dengan
melepak pastinya merupakan suatu penyakit di dalam masyarakat. Kegiatan ini bukan sahaja
dilakukan oleh remaja lelaki tetapi juga remaja perempuan. Tingkah laku ini dilakukan oleh golongan
remaja yang menjadi golongan terbesar penduduk negara. Golongan remaja yang dianggap oleh Hall
(1904) sebagai kumpulan individu yang sedang berada di dalam zaman yang penuh dengan keributan
dan tekanan perasaan.Kedudukannya di dalam tahap yang sedang memikirkan tujuan kehidupan.
Menurut Harre dan Lamb (1983) remaja mula melakukan penyesuaian diri yang lebih kompleks dengan
keluarga, teman sebaya dan guru, melalui aktiviti seharian dan kehidupan sosial sesuai dengan
perasaannya.Datuk Dr.Abdul Hamid Othman dalam akhbar tempatan (Berita Harian: 15hb Febuari
1994) menegaskan bahawa remaja yang melepak berasal daripada masyarakat yang mendiami
perkampungan baru di sekitar bandar. Suasana dalam keluarga dan masyarakat tersebut tidak wujud
sifat tegur menegur atau nasihat menasihati antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai
sikap hidup yang tidak mahu mencampuri hal-hal urusan orang lain.Papalia dan Olds (1978)
berpendapat hubungan sosial dengan teman sebaya akan membina budaya tertentu dalam kehidupan
remaja. Hubungan sosial yang sihat dan baik boleh menghasilkan pelbagai kemahiran seperti
kemahiran sosial, kemahiran penyesuaian diri, sikap bekerjasama dan hormat menghormati.
Sebaliknya, kumpulan teman sebaya yang tidak sihat akan meruntuhkan sifat dan perwatakan yang
positif. Tingkah laku mengunjungi pusat membeli belah dan tempat hiburan di kalangan remaja
bandar yang pernah diselidiki oleh Anthony (dalam Iran Herman, 1995) adalah hasil jalinan remaja
dengan teman sebaya mereka. Di kompleks membeli belah di New England menggelarkan diri remaja
perempuan sebagai remaja arnab dan remaja lelaki sebagai remaja tikus serta tujuan mereka adalah
untuk berinteraksi dengan teman sebaya mereka. Fenomena ini hanya berlaku di bandar sahaja
kerana di kawasan bandar terdapat berbagai tempat yang menarik untuk remaja melakukan tingkah
laku lepak. Namun satu penelitian sistematik wajar dilakukan untuk melihat tingkah laku lepak.Kita
dapat memperhatikan ramai remaja suka berlepak di kawasan-kawasan seperti pusat membeli-belah,
pusat permainan atau lebih popular dengan nama Kafe Siber merupakan tempat berkumpulnya
kebanyakan remaja. Isu lepak ini sangat hangat dan popular pada tahun 1994 hingga 1995 dan
pelbagai pendapat, cadangan dan perbincangan telah dipaparkan dalam media cetak sehingga
perlakuan remaja menjadi sebagai budaya lepak.Menurut Bowlby (dalam Shahizan, Tsai Chen Chien
dan Saw Hooi Chin, 2004), hubungan yang rapat di antara ibu bapa dan anak memudahkan
perkembangan dalaman atau ‘internal working model’ iaitu struktur pemikiran tentang diri dan orang
lain. Apabila hubungan yang erat terjalin, individu akan menganggap dirinya sebagai baik, bernilai,
dikasihi serta menganggap orang lain boleh dipercayai dan bertanggungjawab seterusnya
memperkukuhkan keyakinan personal dan interpersonal dalam menghadapi cabaran hidup berbanding
dengan individu yang rasa kurang selamat dalam hubungan keibubapaan.Tugas ibu bapa dalam
memantau perkembangan sahsiah dan tingkah laku anak-anak remaja akan memberi impak positif
terhadap tingkah laku dan penampilan remaja dalam masyarakat serta hubungan yang erat di antara
anak dan ibu bapa mereka. Rice dan Kobak (dalam Shahizan Hassan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi
Chin, 2004), berpendapat walaupun remaja dikatakan menghabiskan lebih banyak masa bersama
rakan-rakan berbanding ibu bapa, namun hubungan yang mesra di antara ibu bapa dengan anak
dianggap penting dalam proses perkembangan remaja. Mereka memerlukan sokongan daripada ibu
bapa supaya menjadi lebih berdikari dan cekal.Corak didikan ibu bapa adalah aspek utama yang
memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.
Secara tidak langsung ia membentuk personaliti seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu melengkapkan diri
dalam bidang keibubapaan untuk membentuk diri dan jiwa anakanak ke arah kebaikan. Tingkah laku
ibu bapa akan dapat mempengaruhi jiwa anak anak.Robiah et.al (2001) berpendapat kepercayaan
agama adalah tenaga paling unggul bagi menentang semua unsur negatif yang menyerang emosi dan
mental. Pegangan prinsip dan pendirian yang kukuh berlandaskan ajaran agama dapat mencegah
remaja daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur pergaulan bebas yang melampaui batasan.Sarina
Othman (1995) mengatakan pendidikan agama yang disemai sejak zaman kanak-kanak dapat
membentuk remaja yang mempunyai nilai-nilai murni dalam jiwa serta dapat menolak unsur-unsur
yang bertentangan dengan ajaran agama.Anak-anak remaja khasnya pelajar yang terlibat dengan
masalah disiplin di sekolah akan mengakibatkan penurunan prestasi dalam pelajaran. Sememangnya
secara logik dapat dilihat perkaitan yang ketara antara disiplin dengan pencapaian akademik.
Sebagaimana kajian Othman (dalam Oskasmazila, 2000) yang dijalankan kepada 723 sampel dari
sepuluh buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dapatan beliau menunjukkan bahawa suasana keluarga
murid-murid tidak mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap tingkah laku akademik
mereka. Walaupun remaja sedang menuju ke arah berdikari, mereka memerlukan ibu bapa yang dapat
memberi sokongan kepada mereka. Menurut Small (1990) menyatakan remaja inginkan ibu bapa yang
menghormati mereka, memberi kasih sayang, mempunyai minat yang sama,mengakui dan menerima
perkembangan kognitif dan sosioekonomi mereka.

LEPAK DI KALANGAN REMAJA


Menurut Idris (2000) telah membuat kajian tentang fenomena budaya lepak di kalangan pelajar
remaja di bandaraya Johor Bahru. Fenomena budaya lepak disebabkan oleh faktor kerenggangan
hubungan kekeluargaan, faktor persekitaran sebagai pemangkin dan kurang pendidikan agama.
Daripada kajian ini didapati institusi kekeluargaan adalah permulaan untuk membendung segala
masalah sosial dalam masyarakat dapat dibendung. Sememangnya terbukti hanya ibu bapa
sajalah individu paling hampir yang dapat menangani masalah anak-anak mereka. Remaja lebih
terpengaruh kepada media massa berbanding didikan ibu bapa atau pendidikan di sekolah. Dengan itu
remaja lebih terpengaruh pada faktor luar.

HUBUNGAN KEIBUBAPAAN DI KALANGAN REMAJA

Keibubapaan yang merupakan corak asuhan dan peranan ibu bapa pasti berfungsi dalam menunjukkan
arah, membimbing, mendidik dan menggerakkan individu yang berada dalam institusi tersebut.Ibu
bapa mempunyai tanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anak.Kewajipan ini mesti
dilaksanakan dengan contoh dan amalan seharian. Solat berjemaah adalah cara yang terbaik
mengumpulkan semua ahli keluarga. Perbincangan, teguran dan ajaran boleh dilakukan selepas solat.
Hukum-hakam dan
peraturan agama mengenai hidup perlu diajar kepada anak sebelum mereka mencapai
baligh, khususnya perkara-perkara yang seksualiti.Menurut Kaplan (1975) budaya lepak adalah
berkaitan dengan psikopatologi iaitu mengalami masalah personaliti, gangguan mental, gangguan
emosi, selalu anxieti atau depresi. Didapati juga kebanyakan golongan remaja yang terlibat dalam
budaya lepak mempunyai masalah keluarga, sukar membina hubungan rapat dengan ahli keluarga dan
sebagainya.

PELAJAR REMAJA

Masa remaja merupakan satu penggal dalam kehidupan manusia yang batasan usia
mahupun peranannya sering kali tidak terlalu jelas. Segala gerak laku yang dahulu
dianggap sebagai tanda awal keremajaan ternyata tidak lagi bernilai sebagai batasan
untuk dikategorikan remaja sebab usia yang dahulu terjadi pada akhir usia belasan 15
hingga 18, kini terjadi pada awal belasan bahkan sebelum usia sebelas tahun. Teori remaja secara
tradisional telah menekankan kepentingan keluarga dalam proses perundingan dimana remaja melalui
pelbagai transisi pada fasa tersebut, termasuk pembentukan identiti seksual sepertimana yang
diperkatakan oleh Freud (1958) dan
juga naluri kendiri mengikut Erickson (1968) serta dalam pembentukan peluangpeluang
kehidupan masa depan dan juga dalam pembentukan nilai hidup.

KESIMPULAN

Aktiviti melepak bukanlah perkara baru, ianya sudah lama wujud di Malaysia. Ibu bapa sewajarnya
turut memberi perhatian kepada corak asuhan dan peranan ibu bapa yang dilakukan di rumah kerana
ianya memberi kesan yang tersendiri kepada keterlibatan aktiviti lepak di kalangan anak-anak
mereka. Ibu bapa perlu melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu agama yang cukup.

Dipetik daripada 
http://eprints.utm.my/3864/1/Azizi_lepak.pdf

FAKTOR-FAKTOR BELAKU LEPAK DAN PROGRAM


UNTUK MENGATASINYA

Samsudin A Rahim Ph. D

Pendahuluan:
Isu tingkah laku lepak di kalangan remaja mula mendapat perhatian dalam tahun 1993. Ketika itu
diandaikan bahawa tingkah laku ini yang sering dilabelkan sebagai 'budaya lepak’ begitu menular di
kalangan pelajar sekolah. Masyarakat begitu memberikan perhatian kepada perkara ini kerana di
ruang akhbar sering dipaparkan gambar pelajar
sekolah yang menghabiskan masa sebelum atau selepas sekolah di kompleks membeli belah. Satu
kajian awal tentang tingkah laku lepak di Kuala Lumpur (Samsudin dan Iran, 1993) menunjukkan
bahawa tingkah laku lepak ini tidak terhad di kalangan pelajar malah lebih menular di kalangan
remaja yang sudah bekerja.Ada sesetengah pihak yang meragui kenapakah kita perlu heboh dengan
tingkab laku lepak di kalangan remaja? Tidakkah di zamanremajanya, orang dewasa sekarang ini juga
melepak? Begitu juga pada tahun 1960an dan 1970an juga diperkatakan orang dewasa di luar bandar
kerap duduk di kedai-kedai kopi membuang masa berbual kosong tanpa mengusahakan tanah-tanah
terbiar yang banyak dikawasan kampung? Persoalan-persoalan tersebut mungkin ada hujahnya.

Ada yang salah tafsir erti melepak. Mereka mengatakan apa salahnya remaja melepak dengan
bermain bola? Atau yang bertanya apa salah kalau Temaja melepak sambil berbincang tentang
kerja sekolah? 
Jika remaja berbincang tentang kerja sekolah atau menonton permainan bola sepak, mereka
sebenamya bukan melepak. Ini disebabkan mereka mempunyai sesuatu matlamat yang ingin
dicapai dalam sesuatu pertemuan. Tetapi yang dimaksudkan tingkah laku lepak ini adalah jika remaja
berkumpul dan berada di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan ramai tanpa mempunyai
tujuan tertentu atau tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual kosong dan
bergelak ketawa sahaja.Negara sekarang ini sedang melalui zaman pembangunan yang pesat. Dengan
pertumbuhan ekonomi melampaui 8 peratus setahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai
yang beranggapan bahawa negara kita telah pun berada di landasan yang kukuh untuk menjadi sebuah
negara maju. Namun perlu diperhatikan bahawa pembangunan bukan sahaja menghebatkan dimensi
ekonomi, tetapi juga dimensi sosial dan budaya. Remaja adalah aset negara yang penting di mana
daya sumber tenaga manusia untuk masa hadapan adalah bergantung kepada remaja masa
kini. Kemajuan sesebuah negara tidak ditentukan oleh kekuatan tentera dan ekonominya, atau pun
keindahan kota raya dan bangunannya, tetapi oleh kesejahteraan hidup rakyatnya (UNICEF,1993).
Pembangunan sesebuah negara mestilah mengambil kira kualiti hidup penduduknya termasuklah aspek
pekerjaan, kesihatan, pendidikan, kadar hayat, kadar kematian bayi dan sebagainya.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pembangunan di Malaysia telah dapat menangani perkara
tersebut dengan baik sehingga perkara tersebut tidak menonjol sebagai agenda utama pembangunan.
Disebaliknya, sejak akhir-akhir ini isu berkaitan perilaku remaja dan gejala sosial yang berkaitan
dengannya menarik perhatian orang ramai dan kerajaan.

Adakah isu remaja dan gejala sosial ini suatu realiti atau sekadar
pernyataan pendapat umum setelah diberikan penonjolan yang
berlebihan dalam media? 

Media sering melaporkan tentang penagihan dadah, lepak, bohsia, lumba motor, lari dari rumah,
mengandung sebelum kahwin, ponteng sekolah, hubungan seks sebelum kahwin dan sebagainya.
Begitu juga media mempopularkan 'budaya' hippies, punks, rokers, heavy metals dan lain-lain.
Penonjolan berita tersebut yang ada ciri-ciri kontroversi sudah tentu mencetuskan perbincangan di
kalangan orang ramai. Pepatah Inggeris mengatakan, Beauty is in the eyes of the beholder. Begitu
jugalah dengan isu gejala sosial di kalangan remaja. Remaja tidak menganggap diri mereka
bermasalah dan menimbulkan gejala
sosial. Tetapi orang dewasalah yang melabelkan remaja sebagai bermasalah. Ini disebabkan orang
dewasa melihat sesuatu tingkah laku remaja itu dari kaca mata dirinya, tidak dalam konteks hidup
remaja hari ini. Ukuran yang sering digunakan adalah zaman remaja orang dewasa itu sendiri. Jika
anak muda melampaui batasan nilai dan
norma orang dewasa, maka remaja itu dianggap bermasalah.

Tingkah laku lepak dan gejala sosial


Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa
sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di
tempat-tempat awam (Samsudin et. al., 1994). Kadar ini lebih menonjol di kawasan luar bandar iaitu
di kawasan pembangunan tanah FELDA (28.4 jam) dan kampung tradisional (22.4 jam). Dalam
masa setahun dianggarkan remaja akan menghabiskan 847.6 jam melepak iaitu bersamaan dengan 35
hari.Tingkah laku lepak ini adalah lebih ketara di kalangan mereka yang datang daripada keluarga
yang berpendapatan dan berpendidikan rendah (54 peratus ibu bapa berpendapatan RM700 dan 71
peratus ibu bapa berkelulusan sekolah rendah). Kestabilan hubungan kekeluargaan
juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja yang mempunyai kestabilan hubungan keluarga yang
tinggi (15.4 jam) secara relatif kurang melepak daripada mereka yang mempunyai
kestabilan hubungan keluarga yang rendah (19.5 jam).Jika ditinjau faktor diri remaja itu sendiri
didapati mereka yang menganggap dirinya berprestasi rendah dalam pelajaran atau pekejaan (26.3
jam) menunjukkan saiz lepak yang secara relatif lebih tinggi daripada mereka yang mempersepsikan
diri mereka sebagai berprestasi
tinggi (17 jam). Umur juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja berumur 12-15 tahun melepak
sebanyak 14.4 jam berbanding dengan remaja 22-25 tahun yang melepak sebanyak 18.5 jam. Jika
faktor umur dan prestasi diri diambil kira, remaja berumur 23-25 tahun yang berprestasi rendah
menunjukkan saiz lepak yang paling tinggi iaitu 36.1
jam. Remaja lepak juga didapati rendah dari segi orientasi tugas (keinginan untuk melaksana dan
menyempurnakan tugas) berbanding dengan orientasi diri (keinginan untuk mendapat ganjaran
dan penghargaan) dan orientasi interaksi (keinginan untuk bersosialisasi dan mendapat penerimaan
rakan sebaya). Diperingkat awal remaja (12-15
tahun) didapati remaja mempunyai orientasi tugas yang lebih tinggi berbanding dengan remaja yang
berumur 23-25 tahun. Dilihat dari segi etnik, remaja Melayu daripada keluarga berpendapatan kurang
RM1,050 sebulan mempunyai orientasi tugas yang lebih rendah daripada remaja India dan Cina.
Remaja Melayu juga didapati lebih inginkan
pengiktirafan (orientasi diri) berbanding dengan remaja Cina dan India.Tidak ada perbezaan yang
signifikan antara etnik dari segi orientasi interaksi.

Bolehlah dikatakan bahawa masalah lepak di kalangan remaja berpunca daripada kedudukan sosio-
ekonomi keluarga yang mempengaruhi tanggapan remaja terhadap prestasi dirinya. Begitu juga nilai
yang dipegang oleh remaja. Seramai 73 peratus mengatakan mereka melepak kerana hendak berjumpa
kawan-kawan, 68 peratus menganggap melepak bukan aktiviti membuang masa, 62
peratus menganggap melepak sebagai trend remaja masa kini dan 52 peratus menganggap melepek
sebagai cara untuk menghilangkan kerungsingan.Suasana persekitaran tempat awam adalah faktor
tarikan utama mendorong remaja melepak. Seramai 54 peratus remaja menyatakan
tempat tersebut ada menyediakan hiburan sementara 53 peratus menyatakan terdapat suasana
nyaman di tempat berkenaan. Faktor kekeluargaan seperti ibu bapa tidak melarang (47 peratus) dan
kurang sedar tentang tanggungjawab agama (47 peratus) juga merupakan faktor yang mendorong
remaja melepak. Faktor latar belakang keluarga dan juga nilai diri banyakmempengaruhi remaja
untuk melepak. Ini mungkin disebabkan remaja tidak mempunyai bimbingan yang sesuai untuk
menentukan hala tuju hidupnya. Tidak dapat dinafikan zaman remaja adalah zaman yang penuh
pancaroba. Kajian tingkah laku remaja juga mendapati kebanyakan remaja tidak mempunyai role
model yang boleh mereka teladani. Selain daripada tokoh politik (38 peratus) yang menjadi
role model (itu pun terhad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammed, Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Bekas Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba),
role model lain yang diteladani oleh remaja adalah ibu bapa (15 peratus), penyanyi, pelakon,
personaliti TV (6 peratus), ahli sukan (2 peratus), guru (2 peratus), tokoh perniagaan (2 peratus) dan
tokoh budaya (0.4 peratus).

Adakah aktiviti yang dilakukan oleh remaja sewaktu melepak


menunjukkan kecenderungan melakukan aktiviti devian? 

Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan, bersiarsiar,


berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan melihat gelagat orang lain atau mendapatkan
hiburan. Kenyataan tersebut menunjukkan secara terbuka remaja tidak melakukan apa-apa
aktiviti yang dianggap devian atau sumbang.Dalam konteks yang sama remaja juga ditanya adakah
mereka mempunyai kawan-kawan yang melakukan aktiviti devian, didapati 71 peratus mengatakan
mereka mempunyai kawan yang merokok, 40
peratus yang menonton video lucah, 39 peratus membaca majalah lucah, 18 peratus telah
mengadakan hubungan seks sebelum kahwin, 25 peratus berjudi, 25 peratus meminum minuman
keras, dan 14 peratus mengambil dadah. Remaja yang secara relatif lebih banyak mempunyai kawan
yang bertingkah laku devian adalah remaja yang telah bekerja dan juga remaja yang menganggap
dirinya berprestasi lemah.Kecenderungan untuk memberikan perhatian kepada isu lepak ini ada
kaitannya dengan kebimbangan orang ramai dan juga kerajaan terhadap kes-kes deviain yang
melibatkan remaja. Kes jenayah yangmelibatkan remaja dilaporkan semakin meningkat. Menurut
laporan polis, daripada 1,770 tangkapan juvenil pada tahun 1990 telah meningkat kepada 2,036 kes
sehingga November 1994. Begitu juga dengan kes remaja lari dari rumah. Pada tahun 1990 jumlahnya
adalah 1, 578 kes dan telah meningkat kepada 2,267 kes pada tahun 1993.
Daripada jumlah tersebut, 58 peratus (1,318 kes) melibatkan remaja Melayu, 18 peratus (407 kes)
melibatkan remaja Cina dan 24 peratus (542 kes) melibatkan remaja India dan lain-lain etnik. Antara
Januari hingga Oktober 1994 pula didapati 34 kes membuang bayi dilaporkan.Angka ini menunjukkan
peningkatan berbanding pada tahun 1988 dimana hanya 5 kes yang dilaporkan. Menurut laporan Badan
Petugas Anti Dadah, Kementerian Dalam Negeri, sekarang ini terdapat lebih kurang 180,000 penagih
dadah yang berdaftar. Menurut satu pendapat bahawa untuk setiap satu penagih yang melaporkan
diri akan terdapat 3 lagi penagih yang tidak berbuat demikian. Jika angka ini diterima, jumlah
penagih di Malaysia tidak kurang daripada 500,000 orang. Ini adalah satu angka yang membimbangkan
kerana sebahagian besarnya melibatkan remaja. Kajian di barat menunjukkan bahawa di antara
mereka yang menagih dadah bermula dengan menghisap rokok. Kempen anti merokok yang telah
dijalankan nampaknya kurang memberi kesan kerana remaja masih lagi menganggap merokok adalah
satu cara untuk menunjukkan kematangan diri mereka.Remaja dan pendedahan media Media massa
dikatakan mempunyai pengaruh terhadap pembentukan realiti sosial remaja. Media dianggap sebagai
jendela dunia untuk remaja kerana melaluinya remaja dapat melanjutkan jangkauan pengalamannya
yang terhad kepada dunia luar. Oleh kerana pengalaman yang terhad, remaja berkemungkinan
menerima imej media tentang sesuatu isu sebagai satu realiti. Pengalaman daripada budaya media
inilah yang akan mempengaruhi remaja dari segi gaya hidup, hubungan seks, pemilihan pakaian,
hubungan rakan sebaya, penggunaan dadah dan minuman keras dan lain-lain peri laku berkaitan hidup
seorang remaja. Kajian-kajian di barat mengakui bahawa remaja menggunakan televisyen untuk
membuat ketentuan tentang sesuatu situasi yang mana mereka tidak mempunyai pengalaman secara
langsung (Hawkins dan Pingree, 1982). Kajian di barat juga menunjukkan bahawa
televisyen mengambarkan realiti sosial yang amat berbeza dengan realiti sebenarnya. Mereka yang
mempunyai pendedahan televisyen yang tinggi akan terpengaruh dengan realiti yang dipaparkan oleh
televisyen disebabkan kesan penyuburan dalam jangka masa yang lama (Gerbner dan Gross, 1976 dan
Gerbner et. al., 1980).Thornton dan Voigt (1984) juga mendapati terdapat hubungan di antara remaja
daripada klas sosio-ekonomi rendah dengan pendedahan yang tinggi kepada rancangan televisyen yang
bercorak ganas dan
keterlibatan mereka dalam kesalahan juvana. Walau bagaimanapun perlu diberikan perhatian bahawa
remaja juga mempunyai skemata yang boleh membuat tafsiran realiti sosialnya. Dengan itu kesan
media massa terutamanya televisyen perlu dilihat dalam konteks keupayaan memproses maklumat,
sistem kepercayaan, pengalaman lalu, rujukan
sosial seperti rakan sebaya, hubungan kekeluargaan dan sejauh mana kritikalnya remaja terhadap
imej media yang diterimanya. Dari segi pendedahan media di kalangan remaja yang
melepak (Samsudin et.el., 1994), didapati bahawa majoriti remaja meminati
rancangan bercorak hiburan. Majalah seperti Gila-Gila, URTV, Remaja, Roda-Roda, Humor, Varia Sari,
Smashit dan Pesta lebih diminati daripada majalah seperti Dewan Masyarakat atau Siswa. Di kalangan
mereka yang berprestasi lemah, minat terhadap
rancangan hiburan dalam TV adalah lebih tinggi (62 peratus) berbanding dengan pendedahan kepada
rancangan lain (seperti berita 23 peratus, agama 16 peratus dan sukan 37 peratus). Jika dilihat di
kalangan remaja yang mempersepsikan diri mereka sebagai berprestasi tinggi, pendedahan kepada
rancaugan TV adalah lebih seimbang (49 peratus meminati rancangan hiburan berbanding dengan 57
peratus berita, 46 peratus agama dan 51 peratus sukan).Satu perkara yang perlu kita akui ialah
program import pada
umumnya memaparkan nilai yang tidak sejajar dengan nilai dan budaya tempatan. Masyarakat
Amerika sendiri menolak nilai yang dipaparkan melalui televisyen mereka. Di sana konsep program
televisyen yang bercorak edutainment atau infotainment kurang diberikan perhatian kerana stesen
televisyen utama adalah bersifat komersial. Justeru itu, program televisyen juga lebih mementingkan
nilai komersial kerana program sedemikian akan dapat menarik rating penonton yang tinggi dan
kutipan yang maksimum daripada iklan. Tidak dapat dinafikan bahawa program edutainment ada
kesan positifnya. Misalnya program Roots dan Roots: The Next Generation yang disiarkan melalui
stesen
komersial telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu etnik dan prasangka antara etnik
(Ball-Rokeach, Grube, dan Rokeach, 1981).Begitu juga dengan program Hum Log telah dapat
meningkatkan kesedaran di kalangan penonton di India tentang status wanita, perancang keluarga dan
pembentukan peribadi dan moral (Singhal dan
Rogers, 1989). Lagu-lagu pop juga ada kalanya tidak memberikan pengaruh yang baik. Bergantung
kepada individu, ada kalanya mereka suka memberikan tumpuan kepada melodi dan ada kalanya pula
tumpuan diberikan kepada lirik sesebuah lagu. Analisis isi kandungan lagu-lagu popular menunjukkan
bahawa ada unsur-unsur positif dan negatif yang dipaparkan melalui lagu-lagu berkenaan (Samsudin,
1995).Di antaranya ialah lagu Top 10 yang disiarkan oleh Radio 4 antara 31 Julai hingga 21 Ogos 1994
iaitu lagu Drop Dead Beautiful oleh kumpulanSix Was Nine. Di antara lirik lagu berkenaan adalah:

Oh! I don't want to take my bestftiend's baby but


She's drop dead beautiful
Is it right? Is it wrong?
I've been good all my life
I've been good but baby tonite
We're gonna get arrested by a piece of love
But I see it in your eyes we're committing no crime
You are nude so how can we be still ............

Lagu ini mengisahkan tentang pemuda yang jatuh hati kepada kekasih rakan baiknya. la
menggambarkan wanita sebagai loose-sexobject yang akhirnya menyerahkan diri kepada orang lain
walaupun telah mempunyai kekasih sendiri.Satu lagi lagu pop yang tersenarai sebagai 14th Best
Selling Album di kedai muzik Salem Power House adalah lagu Sleeping In My Car olehRoxette. Liriknya
seperti berikut:

Sleeping in my car ........ I will undress you


Sleeping in my car ........ I will caress you
Staying in the back........seat of my car making up
So come out tonite......... I'll take you for a ride
Sleeping in my car .......staying in the back seat of my car
making love
Sleeping in my car ........ I will possess you

Lagu ini jelas membawa tema seks yang mungkin menjadi lumrah dalam kehidupan barat yang liberal.
Komen pembantu penyelidik: This song must be banned With its catchy melody it could get into the
heads of youngsters who lacks moral values and too liberated .

Pengawasan keluarga dan orientasi remaja


 Pengaruh keluarga juga penting dalam isu remaja. Menurut UNICEF (1993), tekanan ekonomi dan
susutan nilai wang ini juga menyebabkan suami lebib banyak menghabiskan masa bekerja sekurang-
kurangnya 10 jam sehari. Akibatnya kanak-kanak kurang mendapat masa bersama keluarga. Pada
tahun 1992, masa untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat dapat bersama ibu bapa mereka adalah
kurang 10-12 jam seminggu berbanding pada tahun 1960. Akibatnya ibu bapa tidak mempunyai banyak
masa untuk melihat anak-anak mereka membesar dan juga membimbing mereka dari segi
pembangunan emosi.Tekanan dalam kehidupan keluarga ini telah mula menonjol, dimana kebanyakan
negara maju telah mengalami peningkatan dalam masalah keciciran sekolah, prestasi rendah dalam
sekolah,
penganiayaan kanak-kanak sama ada fizikal atau seksual, tingkah laku ganas dan membunuh diri di
kalangan remaja, penagihan arak dan dadah, dan juga dari segi ketidak puasan, lemah semangat,
dan kehampaan. Inilah akibat yang terhasil dalam rumahtangga dan komuniti yang bukan miskin dari
segi kewangan, tetapi disebabkan tekanan ke atas kehidupan berkeluarga dan hubungan
kekeluargaan. Di Malaysia, remaja yang melepak pada keseluruhannya menyatakan bahawa mereka
tidak mempunyai masalah dengan keluarga mereka. Hubungan antara remaja dan ibu bapa mereka
adalab stabil.
Sejumlah 83 peratus menyatakan mereka selesa bersama keluarga, 83 peratus juga menyatakan ibu
bapa menghormati mereka dan 74 peratus bersetuju bahawa ibu bapa menerima kehadiran mereka
dengan baik.Tambahan pula, 94 peratus menyatakan bahawa mereka tetap menyayangi keluarga
mereka walau pun ada kalanya mereka menghadapi masalah dalam hubungan kekeluargaan.Di antara
aspek yang remaja menyatakan mereka kurang mendapat perhatian keluarga adalah 75 peratus
menyatakan ibu bapa tidak ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, 89 peratus menyatakan ibu
bapa tidak memberi dorongan untuk masa depan, 79 peratus keliru dengan peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh ibu bapa untuk mereka dan 86 peratus menyatakan mereka tidak mempunyai
kemesraan dalam keluarga.Jika dilihat data di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun tidak
terdapat keretakan dalam keluarga remaja yang melepak tetapi ramai juga di antara remaja yang
mengakui bahawa mereka kurang mendapat dorongan, kemesraan dan juga pengawasan yang lebih
ketat daripada ibu bapa mereka.Samsudin (1993) dalam kajian remaja di rumah pangsa di
Kuala Lumpur mendapati hubungan peribadi yang rendah di antara ibu Melayu dengan anak remaja
mereka berbanding dengan ibu Cina dan ibu India. Walaupun ibu Melayu menyatakan mereka
mempunyai komunikasi ibu-anak yang tinggi, tetapi anak remaja mereka menganggap komunikasi ibu-
anak adalah lebih rendah daripada yang disangkakan oleh ibu mereka.Walaupun ibu bapa mempunyai
harapan yang tinggi terhadap masa depan anak remaja mereka, tidak ramai ibu bapa yang dapat
membantu anak remaja mereka terutamanya tentang perkara yang berkaitan dengan pelajaran di
sekolah. Remaja menyatakan mereka kurang berbincang dengan ibu bapa mereka tentang kerja
sekolah, masa depan dan juga keupayaan akademik mereka. Dengan tahap pendidikan ibu bapa yang
rendah, adalah tidak mungkin mereka dapat membantu dalam kerja sekolah dan membantu
memperbaiki keupayaan akademik anak remaja mereka. Samsudin (1995) mendapati bahawa remaja
yang tinggal di bandar dan pinggir bandar juga lebih banyak berbincang dengan rakan sebaya tentang
masalah persekolahan mereka (min 2.6) berbanding dengan ibu (min 2.3) dan bapa (min 2. 1). Begitu
juga rakan sebaya (min 2.2) merupakan sumber utama untuk membincangkan perasaan
emosi berkaitan dengan teman lelaki atau teman wanita berbanding dengan ibu (min 1.7) dan ayah
(min 1.5). Walaupun begitu remaja masih merujuk kepada ibu bapa untuk penentuan nilai moral (min
ibu 2.5, min ayah 2.3, dan min rakan 2.2). Anak-anak yang kurang mendapat bimbingan ibu
bapa berkemungkinan akan memberi perhatian kepada agen sosialisasi lain untuk mendapat
bimbingan hidup. Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu aspek proses sosialisasi adalah untuk
membentuk realiti sosial melalui pengalaman dengan keluarga, sekolah, rakan sebaya, tempat kerja
dan juga media massa. Realiti sosial merujuk kepada makna, nilai, sikap, norma, dan juga tingkah
laku sebagai asas untuk interaksi sosial. Dalam konteks ini remaja akan membentuk realiti
sosialnya dengan memerhati fenomena sosial dan melibatkan diri dengan berinteraksi bersama agen
sosialisasi dalam persekitarannya. Justeru itu, realiti sosial adalah khusus untuk remaja berkenaan
kerana ia terbentuk hasil tafsiran remaja berkenaan.Menurut Peterson dan Peters (1983), realiti
sosial adalah hasil pemerhatian dan penafsiran terhadap peristiwa dalam persekitaran sosial (seperti
televisyen) atau interaksi dengan orang lain (seperti rakan sebaya).Seperti yang pernah dinyatakan
diperingkat awal bahawa remaja adalah remaja yang akan melalui tahap tahap
perkembangan remajanya. Perwarnaan hidup remaja akan diacu dengan pesekitaran yang wujud
dalam perkembangan diri remaja berkenaan. Justeru itu remaja yang terbimbing hidupnya dari segi
peluang, kebendaan dan juga emosinya akan lebih berdaya untuk melawan rangsangan
yang mengheretnya kepada perkara perkara devian berbanding dengan remaja yang kurang
terbimbing terutama daripada keluarga mereka sendiri.Remaja dalam kajian lepak juga menunjukkan
bahawa pada umumnya mereka mempunyai onentasi interaksi dan orientasi diri yang tinggi
berbanding dengan orientasi tugas. Maksudnya remaja lebih suka meluangkan masa berinteraksi
terutama dengan kawan-kawan untuk bertukar fikiran dan juga mendapat identiti diri. Begitu juga
sebagai insan biasa adalah mementingkan diri sendiri daripada memberikan ruang kepada orang lain.
Walau bagaimapun, remaja secara relatif mempunyai orientasi tugas yang rendah iaitu melaksana
dan menyempurnakan tugas. Lebih meningkat umur seseorang remaja itu semakin menurun orientasi
tugasnya. Tetapi peningkatan umur menunjukkan lebih meningkat orientasi diri. Keadaan ini
menunjukkan bahawa remaja akan lebih mementingkan pengitirafan daripada orang lain apabila umur
mereka meningkat, tetapi sebaliknya keperluan pengiktirafan itu tidak selaras dengan penurunan
keinginan melaksana dan menyempurnakan tugas.Bolehlah dikatakan bahawa remaja lebih
berkurangan keinginan memikul tanggungjawab apabila umur mereka meningkat tetapi sebaliknya
ingin lebih berkeinginan mendapatkan pengiktirafan daripada orang lain.Sekilas pandang tidak dapat
dinafikan remaja hari ini kurang memikul tanggungjawab berbanding dengan remaja satu genarasi
yang lalu. Remaja generasi lalu terpaksa memikul tanggungjawab bersama keluarga bagi menyara
hidup keluarga. Remaja pada generasi lalu kebanyakannya datang daripada kelas bawahan.Justeru itu
mereka terpaksa membantu keluarga dalam pelbagai kerja untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Jika tidak bekerja di luar rumah mereka sentiasa merasa pahit getir hidup memandangkan kedudukan
keluarga yang serba kekurangan. Tekad untuk keluar daripada putaran kemiskinan itu mungkin serba
sedikit menguatkan ketabahan remaja menghadapi liku-liku hidup dan meggenggam citacita untuk
berjaya pada suatu hari nanti. Keadaan untuk remaja generasi ini berbeza pula. Tidak
dinafikan masih ada yang datang daripada keluarga yang miskin. Namun begitu rata-rata
pembangunan ekonomi yang pesat telah mengubah retak hidup masyarakat umum. Kemunculan kelas
menengah dan taraf hidup
yang lebih baik untuk kelas bawahan membolehkan keluarga menanggung kehidupan tanpa banyak
bantuan anak-anak. Begitu juga kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling seperti
kompleks membeli belah, pusat rekreasi, arked video, keselesaan menonton
televisyen dan video selain daripada kemampuan ibu bapa mencorakkan remaja pada masa kini yang
ada kalanaya alpa dengan tanggungjawab mereka kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di Amerika
Syarikat, anak-anak yang dilahirkan dalam tahun 1950an mempunyai segala kemudahan untuk
mencapai American Dream mereka. Keadaan ekonomi mereka adalah baik dan mereka boleh membuat
perancangan untuk membesarkan keluarga mereka dengan pendidikan yang baik serta memiliki sebuah
rumah untuk keluarga mereka. Keadaan masa kini sudah berubah. Dengan kemelesetan ekonomi
Amerika Syarikat, telab muncul satu generasi yang dinamakan Generation X yang dilengkongi dengan
kehidupan penyalahgunaan dadah, sistem pendidikan yang semakin tenat, masalah alam
sekitar, prospek ekonomi yang meleset, dan juga kadar kejayah yang semakin meningkat. Mereka
kecewa dengan American Dream yang dirasakan tidak mungkin tercapai. Mereka juga kecewa dengan
struktur sokongan yang semakin rapuh seperti pemimpin politik, kerajaan dan juga ibu bapa
mereka. Remaja di Malaysia mungkin bernasib baik kerana keadaan ekonomi negara berkembang
dengan pesat dan memungkinkan keselesaan hidup untuk mereka sekeluaraga. Perkembangan ini
sepatutnya memberikan keyakinan kepada remaja kita tentang masa depan yang semakin cerah untuk
mereka berbanding dengan alam remaja ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun, gejala sosial yang
terdapat di Malaysia pada masa kini tidak menggambarkan keyakinan dan keghairahan remaja
untuk menghadapi masa depan yang lebih terjamin. Keadaan remaja di Malaysia lebih
menggambarkan kekecewaan Generation X yang wujud di Amerika Syaikat. Jika dilihat dengan lebih
dekat lagi, perkembangan ekonomi yang pesat telah mengubah corak hidup keluarga. lbu mereka
lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah, bukan kerana desakan pendapatan
yang tidak cukup, tetapi lebih untuk meningkatkan jumlah pendapatan keluarga untuk memenuhi
keperluan material yang semakin menjadi status keselesaan hidup sekarang ini. Dengan itu anak
remaja hidup sendirian dan tersisih sebahagian besar daripada perkembangan hidup hariannya
daripada ahli keluarga terutama ibu bapa. Tidak dapat
dinafikan bahawa secara umum, anak-anak membesar dalam keadaan lebih terdedah kepada rakan
sebaya, pengasuh dan juga maklumat daripada media massa.

Program Rakan Muda dan Remaja


Untuk menangani isu lepak di kalangan remaja ini, Kementerian Belia dan Sukan telah
memperkenalkan Program Rakan Muda. Program ini menampilkan 11 gaya hidup yang boleh diikut
serta oleh remaja berdasarkan minat dan keupayaan mereka. Sejak dilancarkan pada Oktober 1994,
program Rakan Muda telah berjaya menerima 1.2 juta
permohonan imtuk mengikuti aktiviti Rakan Muda daripada 850,000 remaja. Konsep Rakan Muda dari
segi idealnya adalah untuk mewujudkan pelbagai aktiviti yang terancang untuk remaja yang
kelak menjadi wahana mencungkil potensi sebenar diri remaja agar mereka
penuh yakin kepada potensi diri selaras dengan moto Rakan Muda Yakin Boleh! Laporan prestasi
program Rakan Muda (KBS, 1995) menunjukkan bahwa di antara aktiviti yang menarik minat remaja
adalah aktiviti berkaitan dengan rekreasi, pertahanan diri, sukan dan alam sekitar. Namun begitu
aktiviti seperti keusahawanan, meningkatkan kemahiran, dan penciptaan kurang mendapat sambutan
daripada remaja. Walaupun sambutan remaja terhadap program Rakan Muda adalah menggalakkan,
tetapi sedikit sebanyak kredibiliti program ini terjejes kerana pihak kementerian tidak mempunyai
sokongan logistik yang secukupnya di peringkat akar umbi untuk melayani kesemua permintaan
daripada remaja.
Ada pula yang bertanya, apakah yang terjadi kepada remaja yang
bermasalah? Sudahkah mereka menyertai aktiviti Rakan Muda? 

Ada pula yang mula menyangsikan keupayaan program Rakan Muda untuk terus memukau imaginasi
remaja kerana setelah menimbulkan harapan yang memuncak hasil daripada promosi yang begitu
menonjol bertukar ganti kepada kekecewaan yang memuncak kerana program berkenaan tidak dapat
menangani masalah yang menjadi asas untuk mewujudkan program Rakan Muda. Perkara ini telah pun
disedari oleh pihak Kementerian dimana untuk tahun 1996 program Rakan Muda akan memberi
tumpuan kepada remaja berumur antara 18-25 tahun yang berada di luar sistem persekolahan.
Maksudnya, tumpuan akan
diberikan kepada sasaran asalnya yakni remaja yang bermasalah. Sehingga Oktober 1995 sejumlah
RM16.2 juta telah dibelanjakan untuk menggerakan 6,571 aktiviti Rakan Muda. Pembangunan
sosial terutama pembangunan remaja memerlukan peruntukan yang tinggi.
Seolah-olah masalah remaja di negara ini hanya perlu ditangani oleh kerajaan. 

Di manakah tanggungjawab ibu bapa dalam membimbing anak-anak mereka ke arah


pembangunan yang sihat? 

Rakan Muda perlu dijadikan program penyertaan masyarakat atau community participation


programmme. Maksudnya, masyarakat setempat mengenal pasti masalah anak remaja mereka dan
menentukan apakah aktiviti yang perlu untuk menanganinya. Peruntukan kewangan juga
boleh diusahakan oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan masalah dan punca remaja adalah
berbeza mengikut tempat. Justeru itu cara penyelesaiannya juga perlu berbeza. Adalah mustahil
untuk kita bergantung kepada kerajaan untuk menangani isu remaja. Setiap perkampungan atau
taman perumahan sudah tentu mempunyai masalah dan kemudahan yang berlainan. Untuk menangani
isu remaja ini masyarakat tempatan perlu tampil melibatkan diri. Dengan itu setiap komuniti
mempunyai keupayaan menangani masalahnya sendiri tanpa bergantung kepada orang luar.
Penglibatan masyarakat yang menyeluruh adalah penting dalam usaha untuk mencegah isu
remajalepak dan salah laku yang lain. 

Menurut Askew, McDonald dan Lenton(1986):


Community participation is the educational dan empowering process
in which people, in partnership with those able to assist them, identify
problems and needs and increasingly assume responsibility themselves in
plan, manage, control and assess the collective actions that are proved
necessary.

Jika remaja adalah aset negara, perlu juga kita tahu nilainya darimasa ke semasa. Apakah
dengan program Rakan Muda nanti remaja kita akan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik
daripada masa sekarang? 

Adalah sukar dipastikan kerana kita tidak mempunyai indeks untuk menentukan hala tuju
pembangunan remaja bagi menyahut cabaran pada masa akan datang. Bagaimanakah ciri
kendirinya, nilai kekeluargaan, ketaat setiaan kepada negara, toleransi dalam masyarakat berbilang
bangsa, pencapaian akademik, aspirasi diri, pengetahuan am, pengetahuan agama dan
sebagainya.Usaha pembentukan indeks remaja dalah perlu kerana dengan adanya indeks kita dapat
melihat perubahan yang berlaku terhadap diri remaja dengan
lebih khusus lagi di masa akan datang. Seperti indeks ekonomi dan indeks harga pengguna, indeks
remaja boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan program pembangunan remaja mengikut
landasan yang diingini oleb negara.

Penutup
Isu remaja hari ini adalah satu manifestasi masyarakat dalam menuju pembangunan. Tingkah laku
remaja adalah satu produk masyarakat kerana masyarakatlah yang membentuk nilai dan tingkah laku
remaja melalui agensi sosialisasi yang ada dalam pesekitaran remaja. Adakah kita perlu menyalahkan
remaja terhadap peri laku mereka? Kita sebagai anggota masyarakat juga perlu dipersalahkan. Jika
kita hendakkan
remaja kita mempunyai nilai dan tingkah laku positif bersesuaian dengan peradaban bangsa dan
agama, maka kita perlu mengubah dan membetulkan pesekitaran remaja agar mereka mempunyai
satu pesekitaran yang membina untuk melazimkan nilai dan tingkah laku positif Apakah nilai dan
pesekitaran yang sesuai? Selalunya apa yang dianggap makanan enak untuk seseorang dianggap sebagai
racun untuk orang yang lain. Begitulah ragam dunia!

Dipetik daripada
http://ippbm.gov.my/ (taip pada search : "lepak")

kAJIAN TENTANG MELEPAK


http://my.brainshark.com/lepak-668467111 

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
IPTA

 UM
 USM
 UKM
 UPM
 UTM
 IIUM
 UUM
 UNIMAS
 UMS
 UPSI
 USIM
 UiTM
 UMT
 UTHM
 UTeM
 UMP
 UniMAP
 UNISZA
 UMK
 UPNM

RENUNGAN

*Anak yang meminum susu ibu menuruni sifat-sifat yang ada pada ibunya.Air susu
yang diminum oleh anak menjadi darah dagingnya.

*Remaja bebas memilih bila dan dengan siapa pasangan hidupnya.Walaupun hak
memilih ditangan remaja, pendapat orang dewasa terutamanya kedua ibu bapa tidak
harus diketepikan.

*Kecantikan fitrah adalah kecantikan dibekalkan tuhan kepada semua makhluk


ciptaannya.Ia bertujuan mewujudkan daya tarikan antara dua makhluk berlainan
jantina (lelaki dan perempuan) atau jantina dan betina
*Nilai ialah harga ataupun standard yang diletakkan pada prinsip, idea, peristiwa,
kepercayaan, sistem dan lain-lain perkara dalam kehidupan

IDOLA HIDUP ANDA

NELSON MANDELA

Klik di Akses Info

DR.MANMOHAN SINGH

Klik di Akses Info

MOTHER TERESA

Klik di Akses Info


Digital Date Time

About Me

Arivalagan
JAWI, PENANG, Malaysia
View my complete profile

1 MALAYSIA

 1 MALAYSIA BOOKLET

KHIDMAT NEGARA
PDRM

RAKAN COP

PERDANA MENTERI MALAYSIA

DATUK NAJIB TUN RAZAK


Klik di Akses Info

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Klik di Akses Info

TUN MAHATHIR MOHAMMAD

Klik di Akses Info

TUN HUSSEIN ONN


Klik di Akses Info

TUNKU ABDUL RAZAK

Klik di Akses Info

TUNKU ABDUL RAHMAN

Klik di Akses Info


© 2010 copyright of remaja10. Awesome Inc. template. Powered by Blogger.

You might also like