Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
59Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

Ratings:

4.53

(15)
|Views: 6,345 |Likes:
Published by fairus
Membincangkan kaedah dan pelaksanaan pengurusan kualiti udara oleh sesebuah badan pihak berkuasa tempatan
Membincangkan kaedah dan pelaksanaan pengurusan kualiti udara oleh sesebuah badan pihak berkuasa tempatan

More info:

Published by: fairus on Sep 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/05/2013

pdf

text

original

 
Fairus Muhamad Darus. 2004. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti UdaraBandaraya Kuala Lumpur. Dlm: Jamaluddin Md Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Ariffin &Azahan Awang (eds). Alam Sekitar Dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia: 67 – 84. Bangi. UKM.ISBN: 983-2975-28-X
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan DalamPengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur
Oleh:
Fairus Muhamad Darus
Program Teknologi Persekitaran, Fakulti Sains GunaanUniversiti Teknologi MARA, 40450 Shah AlamSelangor
 
Pengenalan
Kemerosotan kualiti udara adalah begitu ketara di kawasan-kawasan bandar besarseperti Kuala Lumpur yang mengalami proses perbandaran dan perindustrian (Tan1982). Pencemaran udara akibat daripada pembakaran bahan fosil bagi keperluanindustri serta kenderaan bermotor merupakan ciri masalah perbandaran. Masalah initelah lama wujud sejak pertengahan abad yang lalu, khususnya di negara-negara majudan Malaysia juga tidak terkecuali terutamanya di kawasan bandar seperti KualaLumpur.Sebelum tahun 1970an, beberapa pemerhati berpendapat bahawa masalah pencemaranudara di negara Malaysia adalah tidak penting kerana ianya menerima jumlah hujanyang rata-rata melebihi 2200 mm setahun, dan ini dikatakan cukup untuk membersihkan udara yang tercemar (Sham dan Jamaluddin 1990). Laporan terkinimengenai pencemaran udara di Malaysia dan negara-negara tropika rendah yang lain,walau bagaimanapun tidak menyokong pendapat ini. Paras pencemaran udaradikatakan semakin meningkat, dan sesetengah jenis pencemaran telah pun melebihiparas selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Daripadapencerapan yang dilakukan didapati sesetengah Bandar besar di Malaysiamemperlihatkan kemerosotan kualiti udara (Sham 1990).Kemerosotan kualiti udara ini adalah berpunca daripada pertambahan bilangansumber pencemaran udara yang tidak terkawal seperti pembakaran terbuka, pelepasanasap kenderaan dan punca-punca industri. Kemungkinan hal ini berlaku keranakegagalan sistem pengurusan kualiti udara yang dilaksanakan dalam agensi-agensiyang terbabit. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS 1996), menyatakanbahawa daripada 3177 aduan yang diterima mengenai pencemaran pada tahun 1996,sebanyak 2383 (75%) aduan tersebut adalah berkaitan dengan pencemaran udara. Inimenunjukkan bahawa masalah pencemaran udara adalah ketara berbanding denganlain-lain pencemaran.
 
Artikel ini membincangkan peranan pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan BandarayaKuala Lumpur (DBKL) di dalam pengurusan kualiti udara di Bandaraya KualaLumpur semasa negara dilanda masalah Jerebu pada tahun 1997.
Pengurusan Kualiti Udara
Pengurusan alam sekitar amnya atau pengurusan kualiti udara khususnya adalah satubidang multi-displin yang luas yang memerlukan pelbagai usaha dan tidakanbersepadu dan diarahkan kepada mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah persekitaran yang wujud. Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yangterlibat pada prinsipnya boleh digambarkan di dalam Rajah 1.Rajah 1: Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam pengurusanalam sekitar (Khalid 1985).Kaedah yang biasa digunakan bagi pengurusan alam sekitar merangkumi kaedah-kaedah melalui kawalan undang-undang dan bukan undang-undang. Rajah 2menunjukkan tindakbalas manusia dengan persekitaran atmosfera yang melibatkankemerosotan kualiti udara. Dalam ruangan respon di dalam rajah tersebutmenunjukkan dua langkah pengurusan kualiti udara yang diamalkan secara bersamaiaitu melalui kaedah perundangan dan bukan perundangan. Di Malaysia khususnyadalam kawalan sistem perundangan ianya melibatkan pelbagai akta, enakmen danperaturan-peraturan yang mempunyai peruntukkan yang tersendiri bagi mengawal
Pengurusan alam sekitardan pelaksanaanprogram alam sekitar.Penyelidikan danpenilaian.Proses membuatkeputusan pengursanalam sekitar.Peraturan, teknik,proses dan strategi.Faktor-faktor sosial dan
exegenous.
 Isu-isu perlembangaandan perundangan.
 
masalah-masalah yang berkaitan khususnya pencemaran udara. Manakala kaedahbukan perundangan melibatkan penggunaan garis panduan, sistem pendidikan formaldan bukan formal.

Activity (59)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
salkambaiduri liked this
Fizrieaidie Aziz liked this
Jamilah Mohamed liked this
Look Wei Zhii liked this
rasmuna liked this
Nurul Adila liked this
Nurul Farhana liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->