Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TEKS UCAPAN PERASMI

TEKS UCAPAN PERASMI

Ratings: (0)|Views: 874 |Likes:
Published by anon-794333

More info:

Published by: anon-794333 on Sep 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

 
TEKS UCAPAN Y.B. TUAN HAJI W. MOHD BIN WAN HASSANPENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ISLAM HADHARINEGERI TERENGGANUDI PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENSIJILAN DAN LOGO HALAL NEGERITERENGGANU
Bismillahirahmanirrahim : Yang Berbahagia, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ EngkuMohamed bin Engku A. Rahman. Yang Berusaha, Ketua-Ketua Penolong Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Pegawai-Pegawai Jabatan, Urusetia-Urusetia Kursus , serta para peserta kursus yangdikasihi sekalian.Assalamualaikum wr.w.b.t. dan salam sejahtera,(salam dari Y.B. Exco Pembangunan Islam Hadhari yang kini berada di Mesirbersempena program………………………………..).Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t. yang telah melimpah rahmatNyakepada kita sehingga dengan itu kita dapat bertemu di Majlis Perasmian Penutup iniuntuk kita meneruskan satu lagi tugas dan amanah yang dipikulkan ke atas kini.Mudah-mudahan kita dapat manfaatkan majlis ini sebaik mungkin.Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur iaitu JabatanHal Ehwal Agama Terengganu kerana menjemput saya memberikan ucap tamaseterusnya merasmikan penutup program Kursus Pensijilan Logo dan Halal Terengganu (KPL&HT) ini.Sememangnya, kursus-kursus yang berkaitan produk halal sebegini perludipertingkatkan dan ditambahbaikkan lagi agar memberi peluang dan ruang kepadamasyarakat kita amnya supaya dapat memahami serta mempraktikkan konsep halalyang sebenarnya dituntut oleh Agama Islam itu sendiri.Ini sebagaimana seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. :-(Al-Baqarah : 168) Yang bermaksud : “Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apayang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-
 
langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuhyang nyata bagimu”.Dikesempatan program kursus pensijilan dan logo halal ini juga saya ingin berkongsimaklumat dengan tuan-tuan dan puan-puan semua tentang sejarah pensijilan halaldunia. Menurut rekod IFANCA (iaitu Islamic Food and Nutrition Council Of Americaatau Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika) produk pertama yang telahdiberi sijil halal ialah ubat gigi berjenama CREST pada tahun 1984 yang dikeluarkanoleh Procter & Gamble setelah memenuhi kriteria pensijilan halal IFANCA.Rentetan dari situlah, maka permohonan untuk pensijilan halal bagi produk makananterus meningkat untuk pasaran dunia.Manakala di negara kita Malaysia, merupakan antara negara Islam yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab ini secara konsisten, berkesan dan penuhkewibawaan.Peranan tersebut telah dimainkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM –dahulunya dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) ) sejak tahun 1974lagi. Dan bermula pada tahun 1994 pertamakali pengesahan halal telah diberikankepada syarikat-syarikat pengeluar makanan tempatan dalam bentuk sijil dan logo. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti sijil halal JAKIM supaya mendapatpengiktirafan di peringkat antarabangsa, maka JAKIM telah menjalinkan kerjasamadengan Jabatan Standard Malaysia & SIRIM untuk mengeluarkan sijil halal yangstandard serta lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi tujuan mengelak penipuandan penyalahgunaan sijil dan logo halal.Dalam aspek penyelarasan pengeluaran sijil halal antara jabatan-jabatan agamanegeri,pihak JAKIM mengeluarkan sijil halal bagi produk eksport ke luar negara danpasaran yang melibatkan antara negeri. Manakala Jabatan Agama Islam Negeriseperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ini hanya mengeluarkan sijil halal bagiproduk yang dikeluarkan dan dipasarkan di dalam negeri sahaja.Penyelarasan di antara JAKIM dan Jabatan Agama lslam Negeri ini dalam pengeluaransijil dan logo halal telah memberi manfaat besar kepada industri makanan halal di
 
negara kita ini kerana para pengguna tidak lagi keliru dan salah faham mengenai sijildan logo halal pada sesetengah produk halal yang di pasarkan di negara ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,Wawasan untuk menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah pusat pengeluarmakanan halal telah dibincang sekian lama oleh kerajaan dan sektor swasta.Ini telah menjadikan industri makanan halal sebagai salah satu industri yangdiberikan keutamaan untuk dimajukan, dimana beberapa program dan projek ke arahmemajukan industri makanan halal telah dan akan dilaksanakan oleh agensi-agensikerajaan yang terbabit seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, JAKIM, MARDI danagensi-agensi lain yang berkaitan.Dalam sidang Parlimen bagi-baru ini juga, kerajaan ada menyarankan langkah untukmewujudkan pusat makanan halal di setiap negeri. Antara negeri yang telahberusaha ke arah misi itu ialah di Pulau Indah, Selangor, Gambang, Pahang dan diPedas, Negeri Sembilan.Saya berkeyakinan selepas ini, Negeri Terengganu Darul Iman pula akan berusaha kearah yang sama untuk menjadikan negeri kita yang berkonsepkan “Islam Hadhari Terengganu Bestari” ini sebagai Pusat “Makanan Halal” dan “Pusat Rujukan MaklumatHalal”.Sebarang usaha ke arah memartabatkan umat dan menjana kecemerlangan ekonomimelalui pasaran-pasaran produk halal ini sememangnya bertepatan denganpendekatan “Islam Hadhari” yang menjurus dan memfokuskan kepada kerajaanseimbang di dunia dan juga akhirat. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,Potensi pasaran produk-produk makanan halal ini sememangnya amat besar. Iniboleh dibuktikan dengan jumlah populasi penduduk yang beragama Islam di seluruhdumia bagi tahun 2003 sahaja berjumlah 1.6 bilion iaitu 28% daripada jumlahkeseluruhan penduduk dunia.Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa potensi pasaran bagi produk makanan halaltelah wujud bagi memenuhi permintaan daripada penduduk beragama Islam.Adalah dijangkakan bahawa permintaan terhadap produk ini akan terus meningkatsejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk Islam yang bernilai positif 3% setahundan populasi ini dijangka terus meningkat kepada 2.77 bilion menjelang tahun 2010nanti. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Farhah Ismail liked this
Musniza Muhamad liked this
Nadya E-man liked this
Nadya E-man liked this
Dba Adibah liked this
Qaseh Nur Imani liked this
atayut liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->