You are on page 1of 1

Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang

perniagaan

Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan


kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan
mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh
mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan
stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan
pelanggan, saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan. Tambahan
pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan.
Melalui promosi, dapat menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan membuat
perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan. Selain itu,
saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan cara ini,
hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang
singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan
hutang dengan cepat. Sehubungan dengan itu, saya boleh mempercepatkan tempoh bayaran
kepada pemiutang. Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang
ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak
membuat bayaran kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejes dan
mereka enggan berniaga dengan saya.

Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang, saya boleh
membuat kajian tehadap perniagaan saya dari masa ke masa. Sebagai contohnya, saya boleh
membuka pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya. Saya
juga boleh membuka cawangan di daerah yang lain seperti di Kuching, Miri, Bintulu. Selain itu,
saya boleh mengambil strategi panjang untuk membuka cawangan di negeri yang lain seperti di
Sabah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Saya juga boleh meluaskan perniagaan saya dengan
membuka cawangan di luar negara, contohnya China dan Singapura. Di samping itu, saya boleh
mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan. Promosi boleh
dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah terutamanya
menjelang musim perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai
dan sebagainya. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang dan merek boleh bersiar-siar di
pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih banyak faedah. Pada hari keahlian,
mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri.
Sehubungan dengan itu, saya juga akan mengurangkan kos operasi untuk meningkatkan prestasi
perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Saya boleh membuat kajian yang lebih jelas dan
menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya.

You might also like