Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 2 Mistis Files

Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 2 Mistis Files

Ratings: (0)|Views: 13 |Likes:
Published by Effandi Abu Bakar

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Effandi Abu Bakar on May 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2011

pdf

text

original

 
Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul bangsaMelayu begitu memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teoridikemukan sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat PengajianSains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.Dibawah ini adalah sambungan kepada artikel 'Alter Terahsia Bangsa Melayu'Selamat membaca.
The Lost Fragrance in The Promised Land
"But while he was still living, he gave
 gifts
to the sons of his wife (Keturah)..." (Genesis25:6 New International Version)
 
Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahligeneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yangdipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar danmisteri dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negaramahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji jugamempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalammembicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsaInggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari siniterbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasaldari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheameniddan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes danDarius.Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapakawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dangendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentangsosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-buktitransformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina(MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.APAKAH ERTI SEMUA INI?Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini.Rahsia ini adalah satukunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri ini.Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum danterkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsaMelayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsaMelayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yangdikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dariutara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayumemang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
 
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikutini.Berasal dari Asia TengahR.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute andSchool for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu.Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua(beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar huluSungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke KepulauanMelayu ini.J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dannama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantaraini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di LautanPasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan,dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasaPolinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di LautanPasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa MelayuKontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannyamendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasaSanskrit yang berasal dari India.J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawaterdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yangdinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat diKampuchea.J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam(di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yangmereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasaldari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkanadat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->