Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008
z a i n i a h @ f p p m . u p s i . e d u . m y
1
.
PENGENALAN
1
.
1
Pendahuluan
L
iterasi membaca dalam kalangan rakyat menjadi salah satu agenda penting negara Malaysiasejak merdeka. Penekanan akan pentingnya literasi membaca sangat jelas apabila penguasaankemahiran membaca menjadi salah satu penekanan dalam pelaksanaan kurikulum di peringkatsekolah rendah di samping kemahiran menulis dan mengira. Frank Small & Associates (1996)telah menjalankan kajian untuk Perpustakaan Negara untuk melihat kadar literasi membacarakyat Malaysia. Kajian Frank Small & Associates (1996) telah melibatkan 4,034 respondenyang terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun yang mengkaji tabiat membacamengikut lokasi, jenis bahan bacaan, bahasa bacaan, kumpulan umur dan kekerapan membaca.Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya 56% kanak-kanak berumur 5-9 tahun mengamalkan budaya membaca manakala bagi kumpulan umur 7-9 tahun 96% boleh membaca tetapi hanya73% sahaja mengamalkan budaya membaca.Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997), Kementerian Pelajaran Malaysia telahmenjalankan satu kajian kes tentang minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah padatahun 1997. Kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) menunjukkan bahawa tahapmembaca dalam kalangan murid sangat rendah. Faktor-faktor akan rendahnya tahap membacadalam kalangan murid adalah bahan bacaan tidak menarik, buku yang tidak mencukupi, muridtidak mahir membaca, murid tidak mampu membeli buku, buku tidak sesuai, murid tidak berpeluang ke Pusat Sumber, membaca dianggap membosankan dan tidak berminat membacasejak kecil.Bagi mengatasi masalah tahap membaca yang sangat rendah dalam kalangan murid,usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk minat membacasejak kanak-kanak dan remaja di bangku sekolah lagi. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca(NI
L
AM) telah dilancarkan pada tahun 2000. Program NI
L
AM bertujuan menggalakkan pembacaan dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Berdasarkan
L
aporan Pencapaian Pelaksanaan Program NI
L
AM Kebangsaan 2003, dilaporkan status penglibatan murid sekolah rendah dalam program NI
L
AM ialah 65.1% (1,934,280) daripadakeseluruhan enrolmen murid sekolah rendah. Daripada peratusan itu, hanya 25% (483,710)murid mendapat pengiktirafan NI
L
AM Tahap Jauhari. Bagi tahap Rakan Pembaca, penglibatanmurid sekolah rendah ialah 36.3% (1,189,992) dan pencapaian murid pada tahap RakanPembaca hanya 12% (130,467).
L
aporan NI
L
AM (2004) pula menunjukkan jumlah buku yangdibaca oleh murid-murid sekolah rendah dan menengah masih sedikit walaupun setelah beradaselama empat hingga enam tahun di sekolah. Jumlah bacaan mereka berada pada kategoriterendah berbanding tahap pembacaan yang ditetapkan oleh Program NI
L
AM. Mengenai bahan bacaan pula, laporan menyatakan bahawa bahan yang disediakan agak mencukupi dan sesuai.Oleh itu, dapat dirumuskan minat kanak-kanak terhadap pembacaan adalah amatmembimbangkan. Maka, usaha-usaha bagi mempertingkatkan minat kanak-kanak terhadap pembacaan perlu dilakukan dan menyediakan buku yang bersesuaian adalah salah satu langkah penting yang perlu dilaksanakan secepat mungkin.
1
.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) antara faktor yangmenyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid adalah bahan bacaan