You are on page 1of 3

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua peserta kursus Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengurusan
dan Pentadbiran dan Majlis Pentauliahan Pegawai Kehormat Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Pulau Pinang bagiTahun 2007.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia dengan ketibaan Yang Dihormati Ketua
Sektor Kadet Remaja Sekolah Negeri Pulau Pinang sebentar sahaja lagi. Diminta agar
tuan-tuan dan puan-puan dapat menutup telefon bimbit masing-masing agar tidak
mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih di atas kerjasama
daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Ketua Sektor Kadet Remaja Sekolah Negeri
Pulau Pinang, Tuan Haji Osman bin Husin

(Ketua Kursus)
 Dewan, dewan sedia.
 Hormat, hormat kehadapan hormat.

(Ketua Kursus)
 Lapor kekuatan di pentas utama.
 Duduk
 Dewan, duduk senang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Dihormati Tuan Haji Osman bin Hussain


Ketua Sektor KRS Negeri Pulau Pinang,

Yang Berusaha Encik Mohd Azmi bin Abdul Karim


Penyelia KRS Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Mejar KRS Norhashim bin Mahat


Pegawai Tadbir KRS Negeri Pulau Pinang

AJK Pengelola Kursus,

Jurulatih-jurulatih KRS Negeri

dan seterusnya peserta-peserta kursus sekelian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah perkenan dan
izinNya, kita dapat berkumpul bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutup Kursus
Pengurusan dan Pentadbiran dan Majlis Pentauliahan Pegawai Kehormat Kadet Remaja
Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagiTahun 2007.

Untuk makluman tuan, kursus ini telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 3
November 2007 sehingga 5 November 2007.
Sepanjang tempoh berkursus, peserta-peserta kursus telah didedahkan dengan
sebahagian daripada perlembagaan, kurikulum, tatacara pemakaian dan pengurusan
KRS/TKRS di setiap peringkat; termasuklah latihan kawat kaki.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Mohd Azmi bin Abdul Karim
selaku Penyelaras Kursus Pengurusan dan Pentadbiran dan Majlis Pentauliahan Pegawai
Kehormat Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagiTahun 2007.
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

(Ucapan Alu-aluan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Azmi bin Abdul Karim
atas ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang


Dihormati Tuan Haji Osman bin Hussain Ketua Sektor KRS Negeri Pulau Pinang untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran dan Majlis Pentauliahan Pegawai Kehormat Kadet
Remaja Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2007. Dipersilakan tuan.

(Ucapan Perasmian Penutup)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Haji Osman bin
Hussain Ketua Sektor KRS Negeri Pulau Pinang atas ucapan beliau itu tadi.

Majlis seterusnya ialah penyampaian Watikah Perlantikan kepada peserta-peserta.

Untuk itu, majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati Tuan Haji Osman bin Hussain Ketua Sektor KRS Negeri Pulau Pinang diiringi
oleh Encik Mohd Azmi bin Abdul Karim Penyelia KRS Negeri Pulau Pinang untuk
menyampaikan Watikah Perlantikan kepada para peserta.
Dipersilakan tuan.

Mendahului senarai penerima sijil,


.....................................................................................................................
.....................................................................................................................

Begitulah tamatnya majlis penyampaian Watikah Perlantikan kepada peserta-peserta


Kursus Pengurusan dan Pentadbiran dan Majlis Pentauliahan Pegawai Kehormat Kadet
Remaja Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2007 ini.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Haji
Osman bin Hussain Ketua Sektor KRS Negeri Pulau Pinang atas kesudian menyampaikan
sijil-sijil dan hadiah itu tadi.

(Ucapan Perasmian Penutup)


Dengan itu, sempurnalah Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengurusan dan Pentadbiran
dan Majlis Pentauliahan Pegawai Kehormat Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri
Pulau Pinang bagi Tahun 2007 pada hari ini.

Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Yang Berusaha Mejar KRS Mohd Azmi bin
Abdul Karim Penyelia KRS Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan cenderahati
kepada Yang Dihormati Tuan Haji Osman bin Hussain Ketua Sektor KRS Negeri Pulau
Pinang.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Haji Osman bin
Hussain Ketua Sektor KRS Negeri Pulau Pinang dan Yang Berusaha Mejar KRS Mohd
Azmi bin Abdul Karim Penyelia KRS Negeri Pulau Pinang.

Yang Dihormati tuan, tuan-tuan, puan-puan dan peserta kursus sekelian,


Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis ini dan Kursus
Pengurusan dan Pentadbiran dan Majlis Pentauliahan Pegawai Kehormat Kadet Remaja
Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2007 ini.

(Ketua Kursus)
 Dewan, dewan sedia.
 Hormat, hormat kehadapan hormat.
 Lapor minta kebenaran menjalankan tugas yang lain.
 Terima kasih Dato’.

Majlis dengan segala takzimnya menjemput Yang Dihormati Tuan Haji Osman bin
Hussain Ketua Sektor KRS Negeri Pulau Pinang diiringi oleh Yang Berusaha Mejar KRS
Mohd Azmi bin Abdul Karim Penyelia KRS Negeri Pulau Pinang., para Jurulatih KRS
Negeri dan semua peserta kursus untuk menikmati jamuan tengahari.

Dipersilakan dengan segala hormatnya

Dengan ini, berakhirlah aturcara majlis pada hari ini.

Akhir kata dari kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat bagi mengurus
dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat
sebarang kekurangan dan kesilapan. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari
Allah S.W.T dan segala kesilapan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Sekian.

Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

You might also like