Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ³Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial´. Universiti Malaya.22 Februari 2005
z a i n i a h @ f p p m . u p s i . e d u . m y
1
.
Pengenalan
1
.
1
Pendahuluan
B
idang bacaan awal sentiasa menjadi tumpuan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini keranakemahiran ini perlu didedahkan sejak lahir lagi. Menurut Greenberg (1990) dalam Ramlah danMahani (2002) menyarankan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada kesusasteraan dan bahasa di peringkat awal perkembangan lagi. Keadaan yang sama telah dijelaskan oleh Tatat(1998) dalam Ramlah dan Mahani (2002), iaitu melalui pendedahan kemahiran membaca di peringkat awal dapat membantu rasa ingin tahu kanak-kanak, membentuk sikap positif terhadapmembaca serta menimbulkan rasa seronok.Oleh itu untuk menyemaikan pembacaan di peringkat awal ini memerlukan penglibatandari insan yang rapat dengan kanak-kanak, iaitu ibu bapa dan guru. Ini kerana kanak-kanak diusia ini perlu belajar dalam persekitaran yang baik dan memerlukan sokongan orang dewasa. Disini peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran dan juga melalui interaksi yang positif.
B
agi peranan guru, Frost (2000)melihat membaca sebagai sosio kognitif di mana guru berperanan sebagai penyokong bagi usahakanak-kanak membina pengetahuan. Guru juga akan menunjuk ajar kanak-kanak mengikut carayang guru fikirkan sesuai untuk kanak-kanak.
B
egitu juga ibu bapa turut memainkan peranan penting di mana banyak kajian yangmenunjukkan bahawa pengetahuan kanak-kanak terhadap pembacaan telah ada sebelum merekamemasuki alam persekolahan lagi. (Marie Clay, 1967). Ibu bapa haruslah memastikan perbualansering berlaku dan selalu membacakan buku cerita kepada kanak-kanak. Dengan adanyakesediaan bahasa tersebut, mudahlah proses bacaan didedahkan dan dijalankan di sekolah.Menurut IRA (1998) juga, pengalaman kanak-kanak sejak lahir akan mempengaruhi tahap pencapaian literasi kanak-kanak. Kegagalan membekalkan pengalaman literasi sebelum kanak-kanak menjejakkan kaki ke alam persekolahan akan mempengaruhi tahap literasi mereka kelak.Oleh itu guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatur persekitaran danmenyediakan bahan serta melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan bagi membantukanak-kanak memperkembangkan bahasa dan kemahiran membaca mereka.
Metodologi Kajian
Secara umumnya matlamat kajian ini adalah untuk melihat apakah faktor-faktor yangdapat mempengaruhi tahap bacaan. Oleh itu objektif khusus kajian ini ialah;i.
Melihat perkaitan antara latarbelakang ibu bapa dengan tahap bacaankanak-kanak prasekolah.ii.
Melihat perkaitan bahan bacaan di rumah dan di sekolah dalammempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak prasekolah.iii.
Melihat perkaitan di antara peranan ibu bapa membacakan buku kepadakanak-kanak dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah.iv.
Melihat perkaitan antara aktiviti bercerita di bilik darjah dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah.