Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
21Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Mengajar Membaca Bagi Peringkat Awal Kanak-kanak Melalui Teori Kecerdasan Pelbagai

Mengajar Membaca Bagi Peringkat Awal Kanak-kanak Melalui Teori Kecerdasan Pelbagai

Ratings: (0)|Views: 1,634 |Likes:
Published by zainiahmohamedisa

More info:

Published by: zainiahmohamedisa on May 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2013

pdf

text

original

 
 Seminar Antarabangsa UPSI dan UPI, Intekma Shah Alam.
 
9-11 0gos 2004
  z  a   i  n   i  a   h   @   f  p  p  m .  u  p  s   i .  e   d  u .  m  y
Mengajar Membaca Bagi Peringkat Awal Kanak-kanak Melalui Teori Kecerdasan Pelbagai
Zainiah Mohamed Isa
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 zainiah@fppm.upsi.edu.my
 Abstrak 
B
iasanya hanya satu kaedah pengajaran sahaja yang disediakan untuk mengajar semua murid.Teori kepelbagaian kecerdasan menyatakan bahawa setiap individu mempunyai jenis-jeniskecerdasan masing-masing. Perbezaan ini menyebabkan setiap individu mempunyai cara penerimaan pembelajaran yang berlainan bergantung pada jenis kecenderungan kecerdasan yangdimilikinya.
B
agi memudahkan pembelajaran, penggunaan kecerdasan yang sepadan dengankecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak akan memudahkan pembelajaran . Tujuh jeniskecerdasan ini boleh digunakan sebagai asas untuk mengajar membaca di dalam bilik darjah pendidikan awal kanak-kanak iaitu pada peringkat tadika dan tahap satu sekolah rendah (4-8tahun).
 
 Seminar Antarabangsa UPSI dan UPI, Intekma Shah Alam.
 
9-11 0gos 2004
  z  a   i  n   i  a   h   @   f  p  p  m .  u  p  s   i .  e   d  u .  m  y
1
. PENGENALAN
1
.
1
 
Pendahuluan
Adalah menjadi kayu ukuran kecerdikan bagi sesaorang kanak-kanak apabila dia boleh membaca pada peringkat awal lagi. Dengan itu para pengusaha tadika berlumba-lumba mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka sebagai petanda kualiti dimata ibubapa. Tambahan pula dalam era globalisasi ini yang memerlukan semua individumenguasai kemahiran litrasi. Maka kepentingan mengajar membaca adalah perkara yangdiutamakan di peringkat awal persekolahan. Oleh itu isu yang perlu diambil perhatian oleh para pendidik ialah bagaimanakah cara yang sesuai dan berkesan bagi melaksanakan pengajaran iniagar setiap kanak-kanak dapat menguasai kemahiran ini sebelum berpindah ke tahap dua sekolahrendah.Sebenarnya proses mengajar membaca bermula semenjak kanak-kanak lahir sehinggalahke bangku sekolah. Ini kerana membaca adalah satu proses yang berterusan yang bermula sejak  bayi membuka matanya sehinggalah sehinggalah ke akhir hayat sesaorang. Nash (1998)menyatakan bahawa kajian yang dijalankan terhadap otak manusia membuktikan bayi telah mulamenyimpan maklumat semenjak daripada peringkat awal kehidupan mereka. Namun pengfokusan perbincangan artikel ini adalah kepada peringkat kanak-kanak yang mula memasukialam persekolahan iaitu tadika dan tahap satu kerana seperti yang diutarakan oleh Simmond &Sheehan dalam Lindsey (1999), pada peringkat awal persekolahan merupakan saat yang paling penting bagi perkembangan otak kanak-kanak. Pada saat ini otak kanak-kanak berkembang pesatnya dan kesempatan ini harus digunakan oleh pendidik bagi pegisian ilmu pengetahuan. Namun yang menjadi kebimbangan ialah jika cara yang dilaksanakan tidak bersesuaian dengantahap perkembangan kanak-kanak seperti kenyataan bersama IRA & NAEYC (1998) yangmenyatakan,³«.kebanyakan cara mengajar membaca di peringkat awal adalah tidak bersesuaiandengan tahap umur dan perkembangan kanak-kanak tadika, malah cara yang digunakanlebih sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang lebih tua ataupun orang dewasa yangsemestinya tidak memberi kesan kepada kanak-kanak di peringkat awal.´Dengan itu kaedah yang digunakan bagi tadika dan tahap satu sekolah rendah perlulah bersesuaian dengan tahap umur, perkembangan, serta tahap kebolehan individu. Denganmenggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian akan mendatangkan keseronokan untuk kanak-kanak belajar. Jika kanak-kanak merasa seronok dengan proses pengajaran yangdijalankan, mereka tidak akan merasa tertekan, malah suka untuk meneruskan aktiviti keranamerasa yakin dengan kejayaan diri sendiri dan ini tentunya akan memudahkan proses pembelajaran berlaku.
 
 Seminar Antarabangsa UPSI dan UPI, Intekma Shah Alam.
 
9-11 0gos 2004
  z  a   i  n   i  a   h   @   f  p  p  m .  u  p  s   i .  e   d  u .  m  y
2
. PEMBACAAN DAN TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN
Apabila bayi lahir dan telah boleh mendengar, mereka akan berasa selamat dan selesa apabilamendengar suara ibubapa bercakap, mendodoikan dan membacakan buku cerita kepada mereka.Apabila bayi mula melihat gambar-gambar dan pelbagai jenis cetakan, ianya menjadi sebahagiandaripada pengalaman kehidupan yang menghiburkan mereka. Apabila mereka sudah mampumenggunakan anggota badan mereka untuk meneroka benda-benda disekeliling mereka, merekaakan mengetahui nama bagi benda-benda tersebut. Tegasnya bagi peringkat permulaan inikanak-kanak belajar melalui cara kinesthetik, visual atau spatial, pertuturan atau linguistik bagimeneroka dunia sekeliling mereka. Namun begitu apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah segala cara pembelajaranyang mereka biasa gunakan ini diabaikan, malah mereka diasak dengan pensil dan buku kerjasebagai cara utama bagi belajar kemahiran membaca. Tambahan pula di bilik darjah setiap pelajar akan dianggap sama semuanya, maka hanya satu kaedah pengajaran yang akandisediakan bagi semua kanak-kanak. Inilah yang diperkatakan oleh Stanford, P. (2003),³Di dalam bilik darjah yang tradisional, guru-guru berdiri mengajar di depan kelas,menulis di papan hitam, menyoal murid-murid mengenai kerja-kerja yang diberikan danmenunggu murid-murid menyiapkan kerja-kerja bertulis mereka.´ Namun jika cara pembelajaran yang telah dialami oleh kanak-kanak pada peringkat awalusia mereka ingin diteruskan di peringkat persekolahan, maka secara logiknya cara pembelajarankinesthetik, linguistik, dan spatial perlu dilaksanakan. Oleh itu keperluan individu yang berlainan dari segi tahap perkembangan dan kecenderungan kecerdasannya perlu diambil kiradalam membuat perancangan pengajaran di peringkat awal persekolahan ini.Ini kerana menurut teori kepelbagaian kecerdasan setiap individu mempunyai kecerdasanyang berlainan. Menurut teori pelbagai kecerdasan daripada Howard Gardner (1983),kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargaioleh sesuatu budaya. Menurutnya setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuhkebolehan mental yang berasingan atau bebas iaitu kecerdasan. Sehingga kini beliaumengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang antaranya ialah, kecerdasan pertuturan ataulinguistik, kecerdasan logikal atau matematik, kecerdasan µvisual¶ atau µspatial¶, kecerdasanmuzikal atau irama, kecerdasan µbodily¶ atau kinesthetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasanintrapersonal, kecerdasan µnaturalist¶ dan kecerdasan µexistentialist¶.Dalam artikel ini perbincangan hanya akan berkisar sekitar tujuh teori kecerdasan yangterawal dimana kecerdasan-kecerdasan ini mudah diperhatikan di peringkat awal kanak-kanak.Perlu diambil perhatian bahawa setiap individu mempunyai gabungan kecerdasan-kecerdasan.Kecerdasan ini boleh diperkembangkan dari masa ke semasa bergantung kepada pendedahan- pendedahan yang diterima.
B
agi menerapkan pelbagai kecerdasan ini dalam kaedah mengajar membaca, pendidik perlu mengetahui jenis kecerdasan yang cenderung dikuasai oleh kanak-kanak dan menyediakan kaedah pengajaran yang berasaskan kecenderungan kanak-kanak tersebut. Ini bersesuaian dengan kenyataan Spiegel (1998) bahawa program litrasi yangseimbang ialah guru memilih cara dan tugasan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak sertafleksibel terhadap keperluan kanak-kanak.

Activity (21)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
gempurmalaya liked this
Whyte Dove liked this
faj252 liked this
lin5972 liked this
Saya Mazlan liked this
Manja Khani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->