Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
65Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

Ratings: (0)|Views: 3,207 |Likes:
Published by zainiahmohamedisa

More info:

Published by: zainiahmohamedisa on May 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/02/2013

pdf

text

original

 
 JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI2010
  z  a   i  n   i  a   h   @   f  p  p  m .  u  p  s   i .  e   d  u .  m  y
KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.Zainiah Mohamed Isa
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 zainiah@fppm.upsi.edu.my
Pendahuluan
Kelancaran merupakan satu matlamat akhir pembacaan. Pembaca yang lancar mampu membacasecara spontan serta memahami pembacaannya. Sepatutnya kelancaran membaca ini diberikan penekanan sebagai matlamat akhir dalam bilik darjah prasekolah. Tidak ramai guru menetapkanmatlamat kelancaran bacaan sebagai matlamat akhir tahun bagi setiap kanak-kanak. Setakat initumpuan lebih diberikan kepada samada kanak-kanak prasekolah telah boleh membaca atau tidak dan bukannya samada kanak-kanak telah lancar atau tidak. Ini mungkin kerana istilah kelancaranini tidak berapa jelas kerana ramai guru menganggap jika kanak-kanak telah boleh membacadengan laju mereka telah lancar membaca. Walaupun kanak-kanak membaca dengan laju dengan penyebutan yang betul,tidak semestinya mereka dapat memahai pembacaan secara spontan(Topping,; dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K., 2006)). Kelajuan membaca ini perludikaitkan dengan kefahaman kerana kefahaman merupakan tujuan utama kita membaca. Olehitu artikel ini akan menjelaskan dengan terperinci tentang kelancaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan, serta kaedah penilaian yang sesuai dijalankan.
 
 JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI2010
  z  a   i  n   i  a   h   @   f  p  p  m .  u  p  s   i .  e   d  u .  m  y
Apa itu kelancaran?
Apabila disebut membaca secara lancar, dapat kita bayangkan kanak-kanak akan membacasesuatu teks dengan betul dan cepat. Ukuran biasa bagi kanak-kanak yang telah lancar membacaialah mereka membaca dengan senyap, dan secara spontan (dengan mudah) mengenali perkataan.Ahli teori spontan (automaticity theory)menyatakan bahawa jika kanak-kanak masihdiperingkat menyah kod perkataan demi perkataan, mereka akan menggunakan banyak kapasitikognitif semasa melakukan proses ini. Oleh itu agak sukar bagi mereka untuk menggunakankapasiti kognitif untuk proses pemahaman. Apabila kebolehan mereka untuk menyah kod telah berkembang, kurang kapasiti kognitif digunakan bagi memproses perkataan-perkataan, jadikapasiti kognitif untuk pemahaman mulai berkembang (Allington, 2009).Oleh itu menurut Samuels (2006), pembaca lancar adalah pembaca yang boleh menyahkod dan memahami pada masa yang sama. Oleh itu maksud bagi pembaca lancar adalah pembaca yang membaca secara spontan, berintonasi dan ekspresi serta memahami apa yangdibacanya.
Bagaimana kelancaran berkembang
Jean Chall, (1983; dalam Allington, 2009) menyatakan peringkat pertama membaca adalahtumpuan kepada perkataan. Kanak-kanak menunding semasa mereka membaca. Apabilamereka telah dapat memadankan sebutan dan tulisan, menunjukkan mereka telah faham konsep³perkataan´ dan mula memberikan perhatian kepada teks yang dibacanya.Apabila kanak-kanak telah memahami yang membaca sebenarnya adalah tulisan teks,dan mereka telah melepasi peringkat membaca perkataan demi perkataan, mereka telah bolehmembaca frasa demi frasa. Kanak-kanak mula memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok frasa berpandukan frasa-frasa perbualan. Mereka tahu pengelompokan frasa dan tahu penekanan intonasi yang sesuai seperti contoh di bawah:
 P 
ada suatu hari Ali pergi bermain bola sepak.
 P 
ada suatu/ hari Ali/ pergi bermain/ bola sepak./ 
(Kelompok frasa yang salah oleh pembacayang tidak lancar.)
 P 
ada suatu hari/ Ali pergi/ bermain bola sepak./ 
(Kelompok frasa yang betul oleh pembacalancer dan ini membantu pemahaman)
 
 JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI2010
  z  a   i  n   i  a   h   @   f  p  p  m .  u  p  s   i .  e   d  u .  m  y
Faktor-faktor kanak-kanak tidak lancar membaca
Terdapat beberapa punca menagapa kanak-kanak tidak lancar pembacaannya. Antara sebab paling utama ialah kebolehan mereka untuk menyah kod masih belum mantap lagi. Bagi tujuanmemantapkan proses menyah kod ini kaedah membaca secara berulang kali teks yang sama boleh dilakukan. Kajian-kajian (Begeny, Daly dan Valleley, 2006; Therrien dan Kubina, 2009;dalam Azizah Zain, 2010) semuanya menunjukkan kesan yang positif terhadap kelancaranmembaca kanak-kanak setelah pembacan secara berulang dijalankan.Sealain daripada menyah kod, teks yang terlalu sukar juga boleh menyebabkan kanak-kanak tidak lancar membaca. Teks yang sukar biasanya banyak mengandungi perkataan-perkataanyang panjang ataupun rumit cara penyebutannya, dan juga perkataan yang jarang-jarangdigunakan oleh kanak-kanak. Jika guru kerapkali memberikan kanak-kanak teks yang sukar,tipislah peluang kanak-kanak untuk memperbaiki pembacaan seterusnya melancarkan bacaannya(Allington, 2009). Disamping itu juga guru harus mengambil kira minat dan kecenderungankanak-kanak dalam memilih buku untuk dibaca oleh kanak-kanak kerana jika buku tersebutdisukai oleh kanak-kanak, mereka akan secara sukarelanya akan cuba membaca buku tersebut berulang-ulang kali yang akan menghasilkan kelancaran pembacaan.Oleh itu untuk menjadi pembaca yang lancar kanak-kanak perlu memperkembangkankemahiran-kemahiran berikut:
y
 
Strategi menyah kod yang efisien.
y
 
Perbendaharaan kata yang mereka tahu maknanya.
y
 
Simpanan perkataan-perkataan yang boleh dikenali sekali imbas.
y
 
Motivasi untuk membaca dengan bertujuan dan sukarela.
Kaedah-kaedah pengajaran bagi melancarkan bacaan murid.
Walaupun kebanyakan pembaca awal akan menjadi pembaca yang lancar (yang boleh membacasecara spontan, frasa demi frasa, dengan menggunakan ekspresi dan pemahaman), guru masih boleh mempromosikan perkembangan yang kelancaran yang pesat dengan melakukan pelbagaiaktiviti yang dapat mempertingkatkan kelancaran. Diantara aktiviti-aktiviti yang dicadangkanialah:
a) Membaca secara kuat.
Bagi pelajar-pelajar yang masih lemah dalam pembacaan, membaca secara kuat adalah cara yang paling baik bagi mempertingkatkan kelancaran pembacaan mereka. Menurut Smith, 1979, dalamAllington, 2009) membaca secara kuat adalah aktiviti yang berfaeadah bagi mempertingkatkanketepatan pembacaan dan juga kelancaran membaca kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukanoleh beliau, beliau telah membacakan buku kapada kanak-kanak setiap hari.Berikut adalah langkah-langkah bagi teknik membaca secara kuat:
Sebelum bercerita;
y
 
Pastikan kanak-kanak telah bersedia sebelum memulakan sessi bercerita.
y
 
Perkenalkan secara ringkas tentang buku yang hendak dibaca, seperti, ³ Ini kucingkesayangan cikgu, namanya hitam, cikgu bawa Hitam hari ini sebab kita akan membaca buku mengenai kucing´.

Activity (65)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
malinaazura liked this
Sumi Karim liked this
mfmisik liked this
Jomilin Sibin liked this
wira484 liked this
Normi Hani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->