You are on page 1of 10

Ciri-ciri Islam merupakan satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam yang merupakan

titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.

Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai
pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila
mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:

1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.


Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya
sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua
ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah
bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyyah
a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu

2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.


Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada
wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah
mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan
sampailah kepada sebesar-besar perkara.
>Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan

SyumuliyyahIa bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran
Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-
kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.

1. Sudut kesyumulan Islam


Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur
hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap
mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah
seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti
solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara
manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum
berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang
melakukan kesalahan.

2. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak
kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada
semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli
keluarga.

3. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di
dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan
seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta
dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim
Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.

4. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan
negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia
dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan
hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti
sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat
dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas
dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu
dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
6. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan
tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia
diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang
paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

Alamiyyah
Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang
Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk
segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub
Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada
zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih
ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

a. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara
dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.

b. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa
kewujudannya.

c. Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana
ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur
kesempurnaan dan kemewahan.

Waqieyyah
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup
aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang
Muslim itu berada.

Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan
jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah.

Thabat dan Murunah


Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi
perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh
dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika
seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan
duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.
 Peninggalan Rasulullah SAW...Menggetarkan,
Menyentuh Perasaan

You might also like