2
1. SEJAUHMANAKAH REVOLUSI PERTANIAN MENJADI TITIK TOLAKKEPADA KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA?.A. PENGENALAN ( 3 Markah)1. Latar belakang zaman Neolitik
Sebelum munculnya tamadun, terdapat kelompok-kelompok masyarakat yangberselerak di merata-rata tempat menunjukkan bentuk kebudayaan,kebendaan, dan kerohanian yang berbeza. Semasa
zaman Neolitik
, terdapatperbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untukmenyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur-unsurkehidupan. Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman prasejarahdan dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Zaman ini menyaksikanperkembangan kegiatan pertanian dan penternakan binatang yang dikenalisebagai
revolusi pertanian.
Buat pertama kalinya manusia tidak bergantungsepenuhnya kepada persekitaran tetapi sebaliknya, berjaya menguasaipersekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Berbandingdengan zaman Paleolitik, manusia Neolitik telah mengubah corakmasyarakatnya. Revolusi pertanian telah menyebabkan kehidupan manusiabertambah kompleks dan memberikan satu asas yang kukuh untukkemunculan masyarakat Bandar yang bertamadun.
2. Konsep tamadunGordon Childe
, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadundengan proses perbandaran. Menurutnya, tamadun melambangkan suatutahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri denganpersekitarannya. Pada titik itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang