3
OUM
BAB 1PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKANJASMANI DAN SUKAN
pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuandan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir danmenguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapatdilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.(a)
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia
Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistempersekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspekkemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluanpertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yangseimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikankepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran danpengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yangmengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang danpersekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagimeningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.(b)
Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani
Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan danperlakuan motor (ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuandiri(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertaipelbagai kegiatan fizikal(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999) Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktivitiyang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagimembantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu:“Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melaluipembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)