You are on page 1of 57

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

ISL MINGGU 3:
PENGAMATAN PENGLIHATAN

SITI NURDIYANA BINTI MOHD YUSOF


NURUL FATHY BINTI JAMULIDDIN
ERIN NIZA BINTI ILAHA
HAMIZAH BINTI MOHAMED SAARI

3PISMP PEMULIHAN (BM) / MT


DEFINISI PENGAMATAN
PENGLIHATAN
• Pengamatan penglihatan ialah kefahaman
terhadap sesuatu perkara atau situasi
melalui mata atau penglihatan setelah
berlakunya proses dalam mental.

• Pengamatan penglihatan berkait rapat


dengan pemikiran manusia. Pengamatan
penglihatan merupakan satu proses yang
menimbulkan makna kepada tugas-tugas
mata dengan pertolongan pengalaman-
pengalaman lalu.
• Pengamatan penglihatan ialah satu
kemahiran yang boleh dikembang
dan dipelajari. Sungguhpun ia
berkait rapat dengan darjah
kecerdasan seseorang kanak-kanak
itu, tetapi pengamatan boleh diajar
kepada kanak-kanak lemah supaya
dapat membantu mereka dalam
pembelajaran.
• Ruth Strang dalam bukunya
“Reading Diagnosis and
Remediation” berpendapat
pengamatan ialah satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan
kederiaan. Proses ini penting kepada
pembelajaran terutama dalam
pembinaan konsep yang dialami oleh
kanak-kanak.
• Oleh itu, selain daripada pemikiran
dan proses kognitif dalam mentafsir
sesuatu yang diamati, deria
penglihatan juga sangat penting.
• Ini kerana melalui deria penglihatan,
sesuatu perkara yang diamati dapat
ditafsir dengan tepat.
• Sebagai contoh, jika seorang pelajar itu
rabun, besar kemungkinan perkara yang
dilihat tidak jelas di penglihatan dan
memungkinkan perkara tersebut disalah
tafsirkan oleh proses kognitif dalam otak.
• Ini seterusnya boleh menimbulkan
kekeliruan dan timbul masalah
kerana pemahaman mereka
terhadap perkara tersebut berbeza
dengan orang lain dan konsep yang
mereka bina tentang perkara
tersebut juga tidak tepat.

• Maka ini akan mempengaruhi


pembelajaran mereka.
• Oleh itu, selain daripada kognitif, deria
penglihatan juga amat penting dalam
proses pengamatan penglihatan.

• Ini dikukuhkan lagi dengan pendapat


Janet W. Learner (1971) dalam bukunya
“Children With Learning Disabalities” yang
menafsirkan bahawa pengamatan adalah
satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas panca indera atau
pun mekanisma yang mentafsirkan
sesuatu pergerakan panca indera dengan
kuasa intelek.
KOMPONEN
PENGAMATAN
PENGLIHATAN
• Pengamatan penglihatan boleh
dibahagikan kepada dua
komponen, iaitu:

a. Diskriminasi penglihatan
b. Ingatan penglihatan
CIRI-CIRI KESUKARAN
DALAM
KOMPONEN
PENGAMATAN
PENGLIHATAN
1. DISKRIMINASI
Ketidakbolehan
membezakan
bentuk, saiz, warna,
huruf, nombor dan
perkataan.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

 Arahan : Bulatkan saiz yang sama.


2. INGAT KEMBALI

Ketidakbolehan
mengingat kembali
apa yang diamati.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Perhatikan gambar–gambar


di bawah dan sebutkan nama-nama
binatang yang terdapat di bawah.

kambing
3. ORIENTASI KEDUDUKAN

 Ketidakbolehan
membeza kedudukan
sesuatu bentuk, huruf
dan nombor.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Tunjukkan gambar yang


tidak sama kedudukan.
4. TURUTAN
 Ketidakbolehan
mengingati sesuatu
mengikut susunan seperti
susunan huruf-huruf
dalam perkataan.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Tulis nombor 1, 2, dan 3


dalam kotak yang disediakan
mengikut urutan yang betul.

3 2 1
5. MENYUDAH ATAU MELENGKAPKAN

Ketidakbolehan
mengenal sesuatu
benda atau objek,
nombor, perkataan
atau ayat.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Sambungkan titik-titik dan


warnakan.
6. MENYALIN
Ketidakbolehan
menyalin sesuatu
bentuk, huruf,
nombor, perkataan
atau ayat.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Lukis semula rajah di


bawah pada ruang yang disediakan.
7. RAJAH LATAR BELAKANG

 Ketidakbolehan
menentukan sesuatu
seperti bentuk, huruf
atau nombor dari latar
belakang sesuatu
gambar atau rajah.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Nyatakan berapa biji bola


semuanya.

8
8. KO-ORDINASI MOTOR-MATA
TANGAN

Ketidakbolehan
menyelaraskan
pergerakan motor-
mata dan tangan.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Guru menyuruh murid


membincangkan gambar ini. Guru
menyuruh mengikut dengan jari
untuk sampai ke tempat itu.
9. PERTALIAN JARAK (RUANG)

 Ketidakbolehan
mengagak sesuatu saiz,
jarak kiri dan kanan serta
hubungan antara satu
objek dengan objek yang
lain.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Salin semula seperti rajah


di sebelah
10. GAMBAR BERSIRI

Ketidakbolehan
mengikut cerita dari
satu babak ke satu
babak yang lain.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

 Arahan : Cuba ceritakan apakah yang


berlaku seterusnya.
11. MAZING ATAU CARI JALAN
KELUAR

Ketidakbolehan
menyelesaikan
sesuatu masalah.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Bantulah katak


mencari lalat.
12. BENDA TERSEMBUNYI

Ketidakbolehan
menyelesaikan
sesuatu masalah
yang abstrak.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Cari epal dalam gambar di


bawah dan warnakan.
13. KETETAPAN BENTUK /
KEDUDUKAN DALAM RAJAH

 Ketidakbolehan mengetahui
sesuatu bentuk, huruf atau
nombor yang mempunyai
bentuk yang tetap dan tidak
akan berubah bentuknya
dalam mana-mana keadaan.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Arahan : Bulatkan huruf yang


disebutkan oleh guru.
UJIAN DIAGNOSTIK
KETAJAMAN PENGLIHATAN
• Terdapat beberapa jenis ujian yang
boleh digunakan oleh guru-guru bagi
mendiagnosis ketajaman penglihatan,
antaranya ialah:

a. Ujian Mengenal Huruf-huruf dalam


Carta Snellen
b. Ujian Mengenal Bentuk-bentuk
c. Ujian Mendiskriminasi Objek-objek
Kecil
d. Ujian Memastikan Mata yang Juling
e. Ujian Mengesan Kecacatan Rabun
Warna
f. Ujian Menilai Ko-ordinasi
Pergerakan Kedua-dua Biji Mata
Ujian Mengenal Huruf-huruf
dalam Carta Snellen
• Bagi kanak-kanak yang berumur
lebih daripada enam tahun, ujian
dengan menggunakan Carta Snellen
yang mengandungi huruf-huruf
abjad mengikut saiz-saiz yang telah
ditetapkan, boleh digunakan.

• Ketajaman penglihatan direkodkan


sebagai angka pecahan 6/6, 6/9,
6/12 dan lain-lain lagi.
• Angka atas menunjukkan jarak yang
dapat dilihat oleh yang diuji dan
angka bawah menunjukkan jarak
yang dapat dilihat oleh mata yang
normal.

• Yang diuji duduk dalam jarak enam


meter dari carta.

• Cahaya dalam bilik ujian terang dan


tidak mengganggu penglihatan.
• Barisan huruf-huruf di atas sekali
ialah 6/60, yang bermakna bahawa
huruf-huruf itu dapat dilihat pada
jarak 60 meterbagi mata yang
normal.

• Tiga barisan di bawah sekali ialah


6/6, 6/5 atau 6/4.
• Sekiranya seorang kanak-kanak
dapat melihatbarisan huruf yang
boleh dilihat oleh mata normal pada
jarak 24 meter, skornya ialah 6/24.

• Skor ini menunjukkan bahawa


ketajaman penglihatannya cacat.
Skor 6/60 dianggap sebagai buta.
Skor 6/6 ialah normal.
Ujian Mengenal Bentuk-bentuk
• Bagi kanak-kanak yang tidak kenal abjad,
carta yang mengandungi gambar-gambar
binatang yang berwarna hitam atau
berbentuk E dalam pelbagai kedudukan
boleh digunakan.

• Caranya sama seperti untuk ujian (i).


Yang diuji menamakan gambar atau
menunjukkan arah kedudukan ‘jejari’ E,
sama ada ke kanan, kiri, atas atau bawah.
Ujian Mendiskriminasi Objek-
objek Kecil
• Kanak-kanak diarah untuk menunjukkan
patung-patung kecil yang serupa
berukuran enam hingga 10 cm tinggi.
• Satu daripada patung-patung tersebut
berbeza sedikit daripada yang lain.
Umpamanya, matanya putih sedangkan
yang lainnya hitam; berkaca mata, yang
lain tidak; bertopi dan yang lain tidak, dan
seterusnya.
• Yang diuji diarah menunjukkan patung
yang berlainan.
Ujian Memastikan Mata yang
Juling
• Gunakan alat berikut yang boleh
dibuat oleh guru:

1.5 cm
1.5 cm
tebukan

• Perhatikan kedua-dua biji mata


hitamnya melalui tebukan yang
disediakan, sama ada sama atau
tidak.
Ujian Mengesan Kecacatan
Rabun Warna

• Kanak-kanak diarah mengikut angka


yang terdapat dalam rajah dengan
jari.
Ujian Menilai Ko-ordinasi
Pergerakan Kedua-dua Biji
Mata
• Sebiji plastisin berwarna kuning
berwarna kuning dilekatkan di
hujung sebatang lidi berukuran 40
cm panjang.

• Kanak-kanak diarah mengikut


pergerakan plastisin itu dengan tidak
menggerakkan kepala.
AKTIVITI-AKTIVITI
PENGAMATAN PENGLIHATAN
• Aktiviti 1 :

-Mencantumkan kad gambar dan menyebut


namanya.
• Bahan :
-Gambar kad cantuman: kucing, epal, kereta.
• Aktiviti Guru/Murid
1. Guru mencampuradukkan kad-kad gambar di
atas meja.
2. Murid mencantumkan kad-kad gambar itu
secara bebas.
3. Guru menyebut nama satu benda dan murid
mencantumkan kad gambar.
4. Setiap murid diberi satu keratan kad gambar
dan mereka mencari pasangan kad itu pada
rakan mereka.
• Aktiviti 2 :

-Mengenal, membezakan dan


menerangkan benda-benda maujud di
bilik darjah dari segi bentuk, saiz dan
warnanya.

• Bahan
-Buku nipis dan tebal, pensel pendek
dan panjang, pen pelbagai warna,
kotak kecil dan kotak besar, botol kecil
dan botol besar, kerusi guru, meja, dan
kerusi murid.
• Aktiviti Guru/Murid

1. Minta seorang murid keluar ke hadapan


kelas dan berdiri di samping guru.
2. Minta seorang murid menyatakan
perbezaan murid dengan guru dan murid
dengan murid: perbezaan saiz seperti
tinggi rendah, gemuk-kurus, dan besar-
kecil; perbezaan murid.
3. Arahkan murid mengeluarkan pensel dan
pembaris. Minta mereka menyatakan
yang mana panjang dan yang mana
pendek.
4. Ulangi langkah di atas dengan objek yang
lain.
• Aktiviti 3 :

-Menghimpun gambar benda maujud


yang sama warna, jenis dan saiz.
• Bahan :
-Pelbagai gambar haiwan, tumbuhan,
lain-lain.
• Aktiviti Murid :
Murid melaksanakan gambar yang
telah dicampuradukkan oleh guru.
Aktiviti ini dilaksanakan secara
individu, kelas dan kumpulan.
• Aktiviti 4 :

• Menggunting dan menampal


berbagai-bagai gambar mengikut
tajuk di papan kenyataan dan di
buku latihan.
• Bahan:
Gambar benda bukan hidup, benda
hidup, benda yang tidak boleh
dimakan, benda yang boleh
dimakan, alat tulis, dan pakaian.
• Aktiviti Guru/Murid:

1. Guru berbincang dengan murid tentang benda


bukan hidup dan benda hidup.
2. Murid menyebut “benda bukan hidup” atau
“benda hidup” sebagai respons terhadap kad
benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru memberi murid kad gambar dan murid
melekatkan kad itu di papan kenyataan
mengikut tajuknya seperti benda hidup,
pakaian, alat tulis dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan
menampalkannya dalam buku latihan
mengikut tajuk tertentu.
TAMAT
Terima Kasih

You might also like