utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.Melembutkan Rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramaskangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Petua Kecantikan SemulajadiPetua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kalipada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dandiminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut airke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidungdan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelahsampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang kerumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruhmuka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkanseminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkanterlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan airsedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka danbiarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulitmuka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalamdaging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Caguakan beransur pulih.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlahmengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum