You are on page 1of 10

Senarai nama ibu negeri di Malaysia


 Johor Bahru  - Ibu Negeri Johor
 Alor Star  - Ibu Negeri Kedah
 Kota Bahru  - Ibu Negeri Kelantan
 Melaka  City  - Ibu Negeri Melaka
 Seremban  - Ibu Negeri Negeri Sembilan
 Kuantan  - Ibu Negeri Pahang
 Ipoh  - Ibu Negeri Perak
 Kangar  - Ibu Negeri Kangar
 Georgetown  - Ibu Negeri Pulau Pinang
 Kota Kinabalu  - Ibu Negeri Sabah
 Shah Alam  - Ibu Negeri Selangor
 Kuching  - Ibu Negeri Serawak
 Kuala Terengganu  - Ibu Negeri Terengganu

Berikut ialah senarai Jemaah Menteri dan Timbalan


Menteri berikutan rombakan kecil
Oleh silamgemilang

Berikut ialah senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri berikutan rombakan kecil yang
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Senator Datuk Seri Idris Jala

Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong

Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan:

Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin

Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop

Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan:

Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim

Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum

Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air;

Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal


Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek

Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi;

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung

Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;

Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan;

Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan;

Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;

Menteri: Datuk Seri Noh Omar

Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum

Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan;

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya;

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe


Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay

Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

SEJARAH SAMBUTAN HARI GURU


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun
1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council)
telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the
Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang
dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran
Kebangsaan semenjak hari itu.

Tema hari guru (hingga 2008)


 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
 2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang


2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Objektif

 " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan
integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
 " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru
dalam masyarakat Malaysia.
 " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
 " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
 " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
 " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan
mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tokoh Guru

Setiap tahun, beberapa bekas guru akan dipilih untuk menjadi tokoh guru tahunan. Berikut merupakan
tokoh-tokoh guru semenjak 1990:-

2010

 Awang Mohamad
 Encharang Agas

 Datuk Chuang Keng Kung

 Ainun Jamilah Mohd Ali

2009

 Datuk Abdul Rahim Tahir


 Shahul Hamid Mydin Shah

 Phua Seng Tiong

2008

 Dato’ Haji Rashdi bin Ramlan


 En. Abu Bakar bin Shawkat Ali

 En. Krishnasamy a/l Kapaya

 Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain bin Hj. Abd. Rahman


2007

 En. Gerald Lee Liong Ai


 Dato Haji Abdul Majid bin Omar

 Dato Haji Muhamad bin Mustaffa

 Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Mohd


Nordin

2006

 Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman


 Profesor Dr. Haji Hussein bin Haji Ahmad

 Puan Hajah Azizah binti Haji Md. Taib

 Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Awang Had bin


Salleh

2005

 Tn. Hj. Ramli bin Amat@Haji Ahmad


 Tn Hj. Abdul Manan bin Mohamed Noh

 Tn. Hj. Ghazali bin Hj. Yusuf

 Encik Teo Huat@Teo Teck Huat

 Hajah Engku Tik Azizah binti Tengku Abdul


Manan

Ikrar Hari guru

 Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti


Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung


Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Hari kemerdekaan.
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti
Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti
Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti
Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1
kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah
dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk
membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga
minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang
menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal
perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya
Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari
negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa
Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad,
Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium
Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk
membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan.
Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan
stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak
yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di
mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan
Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium.
Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi
dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan.
Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di
rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading
dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang
memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen'
berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan
mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald
MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong
pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan
British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan
seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut


"Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang
demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka!
Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan


pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata
membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap
pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa
yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita
miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

You might also like