Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hadenan_Beberapa Sumbangan Syeikh Daud Al-Fatani Dalam Sistem Pengajian Pondok Di Kelantan

Hadenan_Beberapa Sumbangan Syeikh Daud Al-Fatani Dalam Sistem Pengajian Pondok Di Kelantan

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,094 |Likes:
Published by hadenan749232

More info:

Published by: hadenan749232 on May 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/11/2013

pdf

text

original

 
1
BEBERAPA SUMBANGAN SYEIKH DAUD AL-FA
TANI
 DALAM SISTEM PENGAJIAN PONDOK DI KELANTAN
1
 Hadenan Bin Towpek *
Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya Kuala Lumpur
Abstrak
Tulisan ini membincangkan sumbangan Syeikh Daud
 bin „Abdullah
al-Fa
tani
dalamperkembangan keintelektualan Melayu Islam dengan memfokuskan kepada pengaruhnya terhadappemerkasaan pengajian pondok di Kelantan khasnya dan di rantau Nusantara amnya, menerusipengkaryaan kitab jawi. Beliau merupakan seorang ulama yang masyhur dan pengarang kitab yangproduktif di rantau Asia Tenggara kerana banyaknya karya-karya yang dihasilkan dalam berbagaibidang ilmu Islam, seperti pemikiran Islam (aqidah), perundangan Islam (feqah), tasawuf, sejarah danlain-lain. Sumbangan beliau dalam sistem pengajian pondok di Kelantan sejak dari zaman berzamanmenerusi penghasilan karya-karya agama Islam dalam kitab jawi yang sebahagiannya masihberterusan dicetak dan dijual di pasaran, adalah sukar untuk dinafikan malah sumbangan beliau amatketara dalam menyediakan asas pengetahuan dan amalan agama Islam khususnya dalam bidang feqahmazhab al-Sy
a
fi„
i
dan bidang tawhid pada aliran
 Ahl al-Sunnah wa al-Jam
‘ah
. Sumbangan beliauyang berterusan ini juga merupakan antara asas kekuatan sistem pengajian pengajian pondok.
Kekunci:
Tokoh Ulama Melayu, Syeikh Daud al-Fa
tani,
Pusat Pengajian Pondok, Kitab Jawi.
PENGENALAN
Negeri Kelantan sememangnya salah sebuah negeri yang telah banyak menyumbangkandakwah Islamiyah ke seluruh negeri sekitarnya. Penemuan wang emas Kelantan sekitar tahun 1912Mdi Kubang Labu (bekas ibu negeri Kelantan yang dahulu) yang terletak di tebing barat sungaiKelantan, setidaknya memberi gambaran bahawa Islam telah bertapak di Kelantan selewat-lewatnyapada abad ke 12M. Kesan tulisan arab yang ter
tera pada wang emas dengan “
al-
Mutawakkal ‘al 
  Allah
” member 
i pengertian berserah kepada Allah. Manakala di muka sebelah wang emas tersebuttercatat
al-Julus Kelantan
” yang bermaksud Kerajaan Kelantan, dan di atas
tulisan ini terdapattulisan
 berbentuk “
٥٧٧
” iaitu satu angka arab yang bermakna
577 yang diandaikan merujuk kepadatahun 577H bersamaan 1180M. (Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh, 1985:96)Sejak itulah benih-benih Islam tumbuh bercambah di Negeri Kelantan. Tambahan pulakedudukan geografinya yang berdekatan dengan wilayah Patani. Kedua-dua negeri ini seringmelakukan hubungan politik, keagamaan dan keilmuan. (Ab. Aziz Ismail, 1994:153; MohammadHusin Kha
l„e Haji Awang, 1969:7; Abdullah al
-Qari, 1991:8) Tidak hairanlah pada tahun 1903apabila pertama kalinya sekolah Melayu didirikan di Kelantan, Penyata Tahunan Negeri untuk tahun
itu menyebut: “
Pada waktu ini ramai budak lelaki dihantar ke sekolah di Patani
.
” (Awang Had
Salleh, 1974:1). Bahkan Patani adalah tapak bagi para pelajar dari Semenanjung melanjutkanpelajaran mereka ke situ sebelum berkelayakan menyambung pengajian ke Mekah yang menjadi pusatilmiah seluruh umat Islam (Awang Had Salleh, 1977:40). Malah hubungan keilmuan ini dimantapkanlagi apabila pendakwah Patani sering mengunjungi Kelantan untuk mengajar dan memberi kuliahkepada anak-anak Kelantan. Kesinambungan itu masih dirasakan sehingga ke hari ini bila manabahan-bahan bacaan Patani masih lagi digunakan sebagai teks rasmi di pusat-pusat pengajiantradisional di Kelantan, tidak terkecuali juga kitab-kitab karya Syeikh Daud al- Fa
tani
, yangmerupakan seorang ulama tersohor dan pengarang kitab yang terbilang di Asia Tenggara. (Ab. AzizIsmail, 1994:153-154)
RIWAYAT HIDUP SYEIKH DAUD AL-FA
TANI
 
Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fa
ta
n
i
merupakan salah seorang ulama yang terkenal diNusantara sekitar abad ke 13H/19M. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Fatani.Beliau juga mendapat gelaran-
gelaran seperti “
al-
‘ 
 Al
m al-
‘All 
mah al-
‘Ar 
 f al-Rabb
n
,
 
“Syeikh
Da
ud Waliullah”, “Syeikh Daud Keramat” dan “Syeikh Daud Pengarang Kitab”
.
(
Wan Mohd.Shaghir, 1990a:21-22; 1991a:18; Hooker, 1991:73
)
 
1
 
Dibentang dalam
Seminar Keintelektualan Islam
, anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Cawangan Kelantan,dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, pada 31 Mei-1 Jun.
 
 
2
Terdapat tiga tempat yang dikaitkan dengan tempat kelahiran beliau iaitu Kampung BendangGucil (Abdullah al-Qari, 1967:131), Kampung Parit Marhum (Ismail Che Daud, 1989:3; EngkuIbrahim Ismail, 1992:20; Ahmad Fathy al-Fatani, 2002:136), dan Kampung Kerisik (Wan Mohd.Shaghir, 1990a:20; 1991a:8). Tempat ketiga ini adalah lebih kuat hujahnya yang merujuk kepada syairyang ditulis oleh Hj. Muhammad Hussain bin Abd al-Latif al-Fataniy, pada kitab
 Hid 
 yat al-
Muta‘allim wa ‘Umdat al 
-
Mu‘allim
i
aitu: “
Fatani yang masyhur negeri muallifnya; kampungnya ituKeresik yang hampir sungainya.
(Wan Mohd. Shaghir, 1991a:8) Para penyelidik juga tidak sependapat dalam menentukan tahun kelahiran beliau sama ada 1133H/1720M atau 1553H/1740Matau 1183H/1769M (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:23). Namun hujah yang lebih kuat berpandukankepada Tuan Guru Hj. Abd al-Hamid bin
Abd al-Qadir al-Sanawiy dalam bukunya
 Risalah Bahasan Niat Sembahyang
 
telah menyimpulkan bahawa beliau telah dilahirkan pada tahun 1131H/1718M.(Wan Mohd. Shaghir, 1991a:4-7; 2003a:7)Beliau adalah anak sulong dari enam orang adik beradik iaitu Syeikh Wan
Abd al-Qad
i
r,Syeikh Wan
Abd al-Rasy
i
d, Syeikh Wan Idr
i
s, Haji Wan Nik dan seorang perempuan. Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai perkahwinan dan isteri beliau. Setakat diketahui, beliau sendiritidak mempunyai anak. Oleh itu, beliau telah mengambil anak-anak dan cucu saudaranya sebagai anak angkat. Beliau memulakan pendidikan awal dalam lingkungan keluarga sendiri kerana keluarganyaadalah terdiri daripada kalangan ulama. Di samping belajar dengan keluarga sendiri beliau jugaberguru dengan ulama-ulama setempat yang datang dari Timur Tengah atau Yaman. Kemudian, beliau juga dikatakan belajar di Acheh selama dua tahun sebelum beliau berangkat ke
H
ijaz. Beliau belajar diMekah selama tiga puluh tahun dan di Madinah selama lima tahun. Semasa di Mekah, beliau telahberguru dan mempelajari berbagai ilmu dengan ulama dan mahaguru yang terkenal di kota ilmu itu.Beliau dapat menguasai berbagai bidang ilmu keagamaan dan kemasyarakatan, seperti usuluddin,feqah, tasawuf, sejarah dan lain-lain termasuk ilmu-ilmu pelengkap yang membolehkan beliaumenterjemah karya-karya bahasa Arab ke bahasa Melayu. (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:24-25)Beliau sangat kuat berpegang kepada mazhab dan bukannya seorang mujtahid bebas. Dalambidang feqah beliau berpegang kepada mazhab Sy
a
fi„
i.
Dalam bidang tawhid beliau berpegang kepadaaliran
 Ahl al-Sunnah wa al-Jam
‘ah
. Sementara dalam bidang tasawuf pula beliau mengamal tariqatSyatariyyah, tariqat Samaniyyah dan tariqat Syazaliyah (Ensiklopedi Tasawuf, 2008:316-322). Beliaudikatakan sempat berguru dengan Syeikh Mu
h
ammad Zayn bin Faq
i
h Jal
a
l al-Din al-Asy
i
, pengarangkitab
 Bid 
 yat al-Hid 
 yah
dan
Kasf al-Kir 
m
semasa beliau di Acheh. Beliau juga berguru denganSyeikh
Abd al-Ra
h
man bin
Abd al-Mub
i
n Pauh Bok. Sewaktu di Mekah, beliau telah bergurudengan ulama-ulama Patani yang bermastautin di sana, seperti Syeikh Mu
h
ammad
Sa
li
h
bin
Abd al-Ra
h
man al-Fa
tani
, seorang ulama syariat dan tasawuf, Syeikh
Al
i
bin Is
ha
q al-Fa
tani
. Beliau jugaberguru dengan Syeikh Mu
h
ammad bin „Abd al
-Kar
i
m Samman al-Mandan
i
, dan Syeikh Ali al-Fa
tani
. Guru-guru beliau yang lain, antaranya ialah Syeikh al-Sayy
i
d al-Syar
i
f A
h
mad al-Marz
u
q
i
,Syeikh Mu
h
ammad
S
alih bin Ibr
a
h
i
m (Mufti Sy
a
fi‟iyyah di Mekah
), Syeikh Mu
h
ammad
Al
i
 Syanwan
i
, Syeikh Mu
h
ammad As‟ad, Sayy
i
d Sulaym
a
n bin Ya
h
y
a
bin Umar Maqbul al-Ahdal danSyeikh Mu
h
ammad bin Sulaym
a
n al-Kurd
i
. (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:33-35)Sungguhpun beliau sibuk menghasilkan karya-karya agama dan bertanggungjawab sebagaipengelola jemaah haji di Kota Mekah, beliau juga tidak ketinggalan untuk memanfaatan sedikit ilmupengetahuannya kepada para jemaah haji tersebut. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar diMasjid al-Haram dan mempunyai ribuan murid sama ada orang Arab atau bukan Arab. Murid-muridbeliau inilah yang menambahkan lagi kemasyhuran nama beliau dalam perkembangan dakwahIslamiyah menerusi pendidikan tradisional yang menggunakan kitab-kitab karangan beliau.Beliau juga mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan ulama-ulama Nusantarayang lain. Antaranya ialah beliau adalah orang pertama mengambil inisiatif membentuk 
Syeikh H 
 ji
diMakkah dan Madinah, sekaligus menjadi
 R
’ 
is Syeikh H 
 ji
yang pertama dan selanjutnya
 R
’ 
is Syeikh Jam
‘ 
ah al-J 
w
(
Wan Mohd. Shaghir, 2003b:38
)
; orang Melayu pertama menjadi Imam dan Khatibdi Masjid al-
H
aram Makkah pada tempat Imam Mazhab Sy
a
fi‟
i
; dan ulama Melayu yang palingbanyak menghasilkan karangan dalam bahasa Melayu, sekaligus yang paling besar pengaruhnya diseluruh dunia Melayu dengan jarak waktu yang relatif paling lama masih tetap diajarkan. (Wan Mohd.Shaghir, 2001:4)Beliau meninggal dunia di Taif pada tahun 1847M dan dikuburkan bersebelahan dengan kubur
„Abdullah bin „Abbas RA (
Wan Mohd. Shaghir, 1990a:24). Namun kajian terkemudian daripada itumenemukan bukti bahawa beliau sebenarnya meninggal dunia pada 1297H/1879M dalam usia 90tahun (Wan Mohd. Shaghir, 1991a:9).
 
3
KARYA-KARYA KITAB JAWI SYEIKH DAUD AL-FA
TANI
 
Syeikh Daud al-Fa
tani
merupakan seorang ulama dan pengarang kitab terbilang di AsiaTenggara. Menurut Voorhoeve (1965:183), beliau merupakan ulama Patani yang masyhur danproduktif sekali di rantau ini kerana banyaknya karya-karya yang dihasilkan. Karya-karya ini dikenali
sebagai “
kit 
b j
w
” yang
merujuk kepada buku-buku agama Islam yang ditulis dalam bahasa Melayuklasik yang menggunakan huruf-
huruf arab. “
Kit 
b
” bermaksud buku, manakala “
 j
w
” bermaksud
penduduk yang tinggal di Pulau Jawa iaitu merujuk kepada orang Melayu. Ini kerana orang-orangArab pada zaman dahulu menganggap semua penduduk di kepulauan Melayu sebagai orang-orangJawa. Lantaran itu, tulisan Melayu yang menggunakan huruf-huruf Arab dikenali sebagai skrip jawi.(Mohd. Nor Bin Ngah, 1983:vii; Roolvink, 1975:2) Selain itu, beliau juga berkarya dalam bahasaArab, tetapi ia tidak tersebar meluas di rantau Asia Tenggara, berbanding dengan bahasa Melayu yangbanyak tersebar dan dipelajari di Alam Melayu, termasuklah karyanya yang disalin oleh murid-muridnya dan diajarkan kepada orang lain setelah mereka kembali ke tempat masing-masing. Malahbeliau sendiri menyediakan jurutulis untuk menyalin karya-karyanya. (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:27)Dari segi teknik pengkaryaan beliau, secara umumnya ia dikategorikan kepada empat kategori,iaitu pertama, dalam bentuk terjemahan literal daripada buku-buku
tur 
th
yang terkenal atau karya-karya guru beliau yang ditulis dalam bahasa Arab; kedua, karya asli yang dihasilkan oleh beliausendiri; ketiga, karya yang merupakan salinan karya orang lain seperti guru-guru beliau dan orang lain juga tanpa sebarang tambahan; dan keempat, karya yang merupakan ulasan dan penjelasan terhadapkarya penulis lain dengan memuatkan tambahan daripada beliau sendiri dan dimasukkan jugapendapat ulama yang lain. (Fauzi Deraman, 2010:42) Sementara ditinjau dari sudut kekerapanpenerbitan, karya-karya beliau boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu pertama, karya yang banyak diketahui umum kerana masih diterbitkan sampai sekarang; kedua, karya-karya nadir iaitu karya yanghanya diterbitkan sekali atau paling banyak tiga kali. Karya nadir ini tidak beredar lagi di pasaranbahkan tidak terdapat di perpustakaan; dan ketiga, karya yang belum pernah diterbitkan iaitu masihdalam bentuk autograf atau dibuat salinan oleh orang tertentu. (Wan Mohd. Shaghir, 1990b:857).Menurut sebahagian pengkaji yang bersumberkan daripada Snouck Hurgronje menyatakanbahawa beliau menghasilkan karya terawal pada 1224H/1809M, dan karya terakhir pada1258H/1843M (Voorhoeve, 1965:183; Matheson & Hooker, 1988:21-25). Namun, sebenarnya tahunterawal karya beliau adalah lebih awal daripada tahun tersebut (1224H/1809M) berdasarkan maklumattahun-tahun penulisan beliau yang lain iaitu 1204H/1789M, 1215H/1800M dan 1220H/1805M (WanMohd. Shaghir, 1991a:20). Manakala tahun terakhir karya beliau dihasilkan ialah 1259H/1843M(Wan Mohd. Shaghir, 1995:9). Karya feqah beliau yang paling lengkap sekalian babnya dalam feqahmazhab al-Sy
a
fi‟
i
ialah
 Hid 
 yat al-
Muta‘allim
selesai ditulis pada 1244H/1828M. Sementara
Ward al-Zaw
hir 
(1245H/1829M) merupakan karya beliau yang paling lengkap mengenai aqidah. Manakala
Fur 
al 
-Mas
’il 
merupakan karya beliau yang paling besar, ditulis sejak 1254H/1838M dan dapatdisiapkan pada 1257H/1841M. (Fauzi Deraman, 2010:42)Kitab-kitab karangan Syeikh Daud al-Fa
tani
kebanyakannya dicetak untuk pertama kalinya diMekah, Mesir, Istanbul dan Turki. Kemudiannya diulang cetak di Nusantara sendiri seperti di PulauPinang, Singapura, Patani, Bangkok, Kota Bharu, Ceribon dan Surabaya. Sebahagian daripada kitab-kitab beliau kini boleh didapati di pasaran sama ada yang dicetak di Mesir, Arab Saudi dan Malaysia.Pelanggan di Malaysia boleh mendapatinya di kedai-kedai buku Pulau Pinang, Kedah, Kelantan,Kuala Lumpur selain Patani dan Singapura. Berdasarkan katalog manuskrip Perpustakaan NegaraMalaysia, lebih 500 daripada 3500 katalog manuskripnya adalah tulisan karya beliau (Bradley,2007:122). Menurut Wan Mohd. Shaghir (1990a:55-57; 2003a:8-21; 1991:21), keseluruhan karyabeliau menjangkau 101 judul tetapi hanya 66 judul yang dapat disenaraikan. Jumlah 66 judul ini bolehdiklasifikasikan kepada lima kategori iaitu:Pertama, kategori tawhid dengan 12 judul yang terdiri daripada
Siya al-Mur 
d
 
Ma‘ 
rifat Kalimat al-Tawh
,
al-Bahjah al-Saniah f 
i ‘ 
 Aq
’id 
al-Saniyah
,
Kitab Sifat Dua Puluh
,
Kif 
 yat al- Mubtad 
 ,
 
 Ris
lat al-
Ta‘ 
alluq bi Kalimah al-Im
n
,
al-Durr al-Tham
n,
 
 Nahj al-R
ghib
n
- Juz 1,
 Nahjal-R
ghib
n
- Juz 2,
 Iqdat al-Jaw
hir, Ward al-Zaw
hir, Far 
a’ 
id al-Faw
a’ 
id al-Fikr f 
al-Im
n al- Mahd 
 ,
dan
Syarah Qa
idah Ibn al-Wara.
 Kedua, kategori feqah dengan 23 judul iaitu
 Bughyat al-
ull
b, Say
al-Dhab
’ih
 , Ris
lat al- Mas
’il 
,
Kayfiyyah
ol
t al-Tarawi
,
 Ris
lat al-S
a’ 
il
,
Tuhfat al-R
ghibin,
 
Gh
 yat al-Taqr 
b
,
 Bul
ghal-Maram, Gh
 yat al-Maram
,
 Munyat al-Mu
all
,
Sullam al-Mubtad 
 ,
 
 Hid 
 yat al-
Muta‘allim wa‘Umdat al 
-
Mu‘allim
 ,
 
Id 
ah al-B
b,
 
Fat 
al-Mannan,
 
al-Jaw
hir al-Saniyyah,
 
Fur 
‘ 
al-Mas
’il wa
su 
l al-Was
’il 
 , al-Bahjah al-Mar 
iyyah, Qismat al-Zak 
t Bayna al-A
n
 f,
Fatwa berjual beli denganorang kafir, Hukum
ay
dan
 Isti
had 
ah, Nubdhah f 
Bay
n Syur 
ut 
al-
 Juma‘ah
 ,
Ta’l 
q La
ti 
 f,
dan
iy
a’ 
 al-
 Lam‘ah
.

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nuur Hasni liked this
Ramadhan Syawwal liked this
Nabil Fikri liked this
Ana Zariena liked this
Ramadhan Syawwal liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->