You are on page 1of 4

Salah Faham Terhadap Hudud

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud mer
upakan persoalan yang hanya dikaitkan
secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara
asas dalam persoalan keimanan dan tauhid
kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan
Sunnah. Setiap muslim wajib menerima
kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.
Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman
moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya
Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat y
ang lain seperti hukum solat, puasa, haji,
nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jela
s oleh Al-Quran dan Sunnah.
Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengenda
lian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga
sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat
sukar untuk mendapatkan saksi yang adil
untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hu
kum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak
lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaia
n yang liar dan tidak benar.
Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka ap
akah semua orang yang bernikah kahwin
mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Isl
am? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan
umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar
ekstrimis Islam belaka.
Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya ya
ng juz'i (stand alone) yang terpisah dari
sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengk
ap dan saling melengkapi
(kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dar
i keseluruhan batang tubuh Islam itu
sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentukn
ya yang juz'i (stand alone) tidak akan
mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh go
longan penentang Hudud untuk menggambarkan
bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah da
ri keseluruhan sistem kehakiman dan
perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh dis
ifatkan sebagai tidak adil atau zalim.
Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenaya
h rogol adalah disamakan dengan jenayah
zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseor
ang yang dikenali sebagai orang baik
melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan
Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak
80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh pene
ntang Hudud untuk menggambar betapa mangsa
rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendat
ang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk
membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian m
ereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan
melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu diruj
uk kepada keseluruhan peruntukan
undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undan
g keterangan, siasah syari'ah) dan tidak
boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.
Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat
lapuran polis dan melakukan pemeriksaan
doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasa
tan berdasarkan lapuran dan keterangan yang
diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya tela
h berlaku, pegawai penyiasat akan
menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.
Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak men
cukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat
kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undan
g Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban
pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudu
d. Pemeriksaan doktor dan
keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA tes
t, lapuran kesihatan, penilaian psychology,
dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang
boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas
perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, ker
ana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan
sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh
menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud
boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung
(beyond any shadow of doubt). Manakala
untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak me
ncapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh
Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.
Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar d
an tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk
melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang
boleh menjatuhkan maruah diri dan
keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, se
dangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang
dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohny
a, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga
mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari beni
h Ali, maka Minah akan menghadapi risiko
dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian r
ogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan
secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang
daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian
DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh
didakwa di bawah peruntukan Takzir,
manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak dida
kwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian
tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah und
ang-undang Takzir.
Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-un
dang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang
Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka s
egala keraguan dan andaian liar terhadap
Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya ber
laku.
Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang
ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang
Undang-Undang Hudud dan Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan
mendapatkan kerjasama semua pihak,
kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat
diselesaikan, di samping mencapai matlamat
mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak."
Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand al
one (juz'i) ini juga berlaku kepada
pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wa
jib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat
persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampu
nan terus dari waris mangsa. Andaian yang
sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan
merbahaya akan terlepas dari hukuman
sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan p
embunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku,
pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.
Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan per
untukan-peruntukan yang lain, sebenarnya
Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hu
kum Qisas sekiranya pihak Mahkamah
bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam
. Dalam kata lain, walaupun pembunuh
tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh ba
las (Qisas), beliau masih boleh dihukum
penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak
timbul persoalan samada seseorang
penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada w
aris mangsa.
Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri
pentingnya kefahaman terhadap Siasah
Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka
yang menentang Undang-Undang Hudud dan
Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat t
erhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah
Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hak
im dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang
terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perunda
ngan Islam dapat dilaksanakan.
Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam
kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya
kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali
kepada perbicaraan terhadap pembunuhan
Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut
ialah isteri Osman sendiri, dan tiada
saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksi
an dari kaum wanita kerana kes-kes
tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh d
an tidak dapat dicabar di mahkamah, maka
kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.
Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana
terdapat seorang gadis yang mengandung
lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan baha
wa beliau tidak tahu sesiapa yang
merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur
sehingga tidak sedar jika diperlakukan
sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim
telah membenarkan tertuduh mengemukakan
beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang ya
ng terlalu kuat tidur. Setelah hakim
berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seor
ang wanita yang taat beragama serta
berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tid
ur sehingga tidak sedar diperlakukan
sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes terseb
ut kerana terdapat keraguan yang munasabah
bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.
Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud
merupakan suatu sistem perundangan yang
adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan sa
intifik dan perkembangan sosio-ekonomi
masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem peru
ndangan Islam yang mempu membuktikan
bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati ke
hendak syara' seperti yang telah
digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.
Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. I
a juga boleh berlaku melalui tipu muslihat
lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogo
l umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan
dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta bole
h menjejaskan kehidupan keluarganya dalam
pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan p
endekatan Siasah Syari'ah yang lebih
mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa
hukum Islam telah ketinggalan zaman
sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebi
h seribu tahun sejak terdirinya kerajaan
Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924
.
Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah den
gan pengamalan syariat Islam sehingga
merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaa
n, sedangkan mereka tidak mempunyai
kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat
bukan Islam yang juga cuba menilai hukum
ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam
.
Wallahua'lam.

You might also like