You are on page 1of 1

DOA HARI GURU

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
َ
َ‫اب ِه أ ْج َم ِع ْين‬ َ َ
ْ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلى آلِ ِه َوأ‬
ِ ‫ص َح‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫َالصالَة َُوال‬
َّ , َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬
َ‫ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّك‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن‬
ِ ِ‫سبَقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬
‫َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم‬

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Dengan penuh rasa rendah diri dan rasa terharu, kami berkumpul pada hari yang
indah ini memohon limpah restuMu agar “Majlis Sambutan Hari Guru SK Desa
Tun Hussein Onn 2011” tahun ini akan mendapat petunjuk dan hidayahMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami amat yakin dan percaya bahawa tugas dan profesion kami sangat mulia
lagi terpuji dan merupakan kesinambungan medan jihad para anbia‟ dan
mursalin. Kami juga sedar Ya Allah , di saat dunia sedang berhadapan dengan
berbagai kemajuan yang cukup pesat, dunia globalisasi tanpa sempadan , tugas
kami menjadi semakin berat dan mencabar , memerlukan kekuatan, keteguhan,
dan kesepaduan tenaga dan fikiran serta perpaduan yang cukup mantap dan
erat. Oleh itu Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat juang yang tinggi
agar Falsafah Pendidikan Negara yang kami dukung selama ini akan terlaksana
dengan jayanya.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim


Sesungguhnya Kami tahu bahawa kami adalah hasil kejayaan usaha gigih guru-
guru kami yang terdahulu lantas kami sedar betapa pengorbanan para guru
terdahulu adalah terlalu mahal nilainya untuk kami balas, oleh itu Ya Allah kami
memohon kepadaMu agar Engkau cucurilah rahmatMu kepada mereka , Engkau
ampunilah dosa mereka dan Engkau tempatkanlah mereka yang telah pergi
meninggalkan kami di kalangan hamba yang Engkau kasihi. Amin Ya Rabbal
„Alamin.

َ ‫سنَة ً َوقِنَا َع َذ‬


ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ً َوفِي األ ِخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬
َ ‫هَّلِل‬ ْ
َ‫َوال َح ْم ُد ِ َر ِّب ال َعال ِم ْين‬

You might also like