Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
 Pahlawan Pasir Salak 
 Sinopsis
 Bab 1-Beringat Sebelum Kena
Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli membantuayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang setelah siap menutupwarung.Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah sebaliknya dia duduk sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia memandang ke arah pangkalan. Dari situ, diamelihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahuitu menarik perhatian Deli; apatah lagi apabila dia mendengar jeritan meminta tolongdaripada salah seorang yang berada di dalam perahu itu.Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam perahu itu.Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan. Mereka memberitahu Deli bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan pulang dari Durian Sebatang. Sesampaisahaja di Bandar Bharu, “anjing penjajah” menahan mereka dan meminta cukai buah- buahan yang dibawa oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan membayar cukai tersebut,Pak Wan telah dipukul.Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.*****Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada ayahnya. Ayah Deli, dan ibunya ,Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak Wan dan Lamin. Pak Itammenjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di Perak, hidup mereka tidak aman lagi.Bagaimanapun, dengan penuh semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir Salak terlepas ke tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kataayahnya itu.Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk MaharajaLela. Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.
 
Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk Maharaja Lela danmengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja dirumah Datuk Maharaja Lela ,kelihatan sudah ramai anak-anak muda berada di situ untuk belajar bersilat.Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua yang ada dirumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian Pangkor. Salah satunya ialahkutipan cukai keatas penduduk tempatan sedangkan tanah itu milik mereka.Datuk Maharaja Lela tidak mahu sesiapa pun membayar cukai kepada orang putih. Orangkampung mesti adakan kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumahDatuk Maharaja Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh semangat itu.Kemudian , mereka terus berlatih silat.
 Bab 2-Senja Berapi.
Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja ke warung Pak Itam.Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat datangmembawa perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut cerita Mamat, salahseorang rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan orang putih memberitahu bahawa adaorang dari Bandar Bharu akan datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar sipahi dan kuli-kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu. Mamat memintadiri untuk pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima kasih kepada Mamat yangmemberi maklumat kepadanya mengenai niat orang putih itu.Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-sama Pandak Endut. Deli disuruh menjaga warung.*****Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan membawaorang Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa Melayu. Perahu di belakangsekali berisi enam orang lelaki dan sebuah perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu sibuk memunggahkayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar sipahi yang bersenjata. Pondok itu
 
hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak Itam. Seputum hendak menyerang sahajaaskar-askar itu tetapi telah disabarkan oleh Pak Itam.Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama kemudian, Datuk Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela kesal kerana ada orang Melayu yangsanggup menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuatdemikian, Datuk Maharaja Lela akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemudaingin menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela menegahnya.Datuk Maharaja Lela beredar dari situ dan penduduk kampung berasa hairan melihatgelagat Datuk Maharaja Lela itu. Ada yang menganggap Datuk Maharaja Lela takuttetapi Pak Itam membela Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk Maharaja Lela ada rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu membuatkanorang ramai faham.Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan jurubahasanya,Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan.Bagaimanapun, orang kampung marah kepada Mat Arshad dan menggelarnya sebagai“anjing penjajah”.Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja Lela menyuruhorang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering; dilonggokan di sekeliling pondok itu. Deli pula disuruh mengambil bara api. Apabila bara itu dibawa oleh Deli,Datuk Maharaja Lela pun membakar daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yangdiletak di keeliling pondok.Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela itu menambahkan lagisemangat orang kampung. Mereka mahu berjuang bersama-sama Datuk Maharaja Lela.Mereka bersorak-sorak kegembiraan.
 Bab 3-Suara Dari Sungai.
Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Deli, Lamindan Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk mendengar ucapandaripada Datuk Maharaja Lela. Suasana di halaman rumah Datuk Maharaja Lela riuh-rendah oleh orang ramai yang berkumpul itu.Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam ucapanya, Datuk Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada setelah pondok orang putih
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more