You are on page 1of 5

GAYA HIDUP SIHAT (5 jam)

Pengenalan
Konsep dan Definisi GHS
• Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.
Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan
alam sekitar.
• Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
• Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
• Mengelak daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek
ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
• Mendapat rehat yang cukup
• Berfikiran positif
Dari aspek sosial dan rohani pula bermaksud
• Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan
• Patuh kepada ajaran agama
Amalan GHS penting untuk mengelakkan ancaman penyakit dan masalah kesihatan.
 Seseorang yang tidak mengamalkan GHS seperti merokok, meminum alkohol, tidak
melakukan senaman dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang akan terdedah kepada
pelbagai masalah kesihatan seperti :
Penyakit jantung koronari
Kegemukan
Malnutrisi
Hipertensi
Strok
Kanser
Diabetes
Penyakit paru-paru
 Individu yang gagal mengawal stres pula akan berasa cepat marah, sukar tidur (insomnia),
hilang selera makan, peningkatan rasa keletihan dan mengalami hipertensi.

KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT


Pemakanan (jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan)
Kebersihan diri
Penyalahgunaan bahan
Rehat yang cukup
Senaman

A. Pemakanan Yang Seimbang

• Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes,
kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
• Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang :
1. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi.
2. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Kumpulan susu dan hasil tenusu
4. Kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang.
5. Kumpulan minyak, lemak dan gula.
• Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan
oleh tubuh kita.
• Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai
yang berasaskan kepada PIRAMID MAKANAN.

Langkah-langkah yang Disyorkan

1. Makan pelbagai makanan


2. Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran
3. Makan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari.
4. Kurangkan makanan yang diproses.
5. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan dibasuh
dengan bersih.
6. Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil.
7. Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang 6-8 gelas sehari.
Kurangkan Lemak dalam Pemakanan
1. Ketahui apa yang anda masukkan ke dalam mulut.
2. Tidak lebih daripada 10% lemak saturated.
3. Tidak lebih daripada 30% kesemua jenis lemak.
4. Pilih makanan kek, biskut,kraker atau chip yang bebas daripada lemak atau rendah lemak.
5. Guna minyak masak zaitun.
6. Pilih daging lean (tidak berlemak), ikan atau ayam.
7. Seboleh-bolehnya pilih produk susu yang rendah lemak.
8. Ingat bahawa, makanan yang dimakan perlu dengan sederhana.

KESAN PEMAKANAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH


Status pemakanan akan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak.
 Kanak-kanak yang sentiasa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan kelihatan lebih
cergas, dapat memberi tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan aktiviti fizikal.
Sebaliknya kanak-kanak yang tidak diberi makanan yang berzat akan menjadi seorang yang
pendiam, sentiasa menarik diri atau menjadi terlalu aktif sehingga tidak dapat dikawal oleh
guru.
Kanak-kanak tersebut akan cepat dijangkiti penyakit serta menurunkan daya melawan sesuatu
penyakit.
 Kanak-kanak yang tidak dapat nutrien dan kalori yang sewajarnya yang dikehendaki oleh
tubuh badan secara berterusan akan mendapat masalah, terutamanya bayi dan kanak-kanak
kecil.
Pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial akan terbantut.
 Pemilihan makanan yang silap oleh ibu bapa, seperti kerap makan makanan segera, tabiat
makan makanan ringan, terlalu memikirkan berat badan dan kerap makan dengan tidak
menentu masa.
Masalah obesiti adalah berkaitan dengan pemakanan. Sekiranya kanak-kanak makan
berlebihan makanan yang member tenaga seperti makanan yang mengandungi tinggi kalori,
mereka akan mengalami peningkatan berat badan yang akan membahayakan diri.
Amalan tersebut jika ditambah pula dengan kekurangan aktiviti fizikal, kerap menonton TV
dan permainan video (golongan sedentari) lebih tinggi mendapat risiko penyakit kencing manis,
penyakit jantung dan penyakit kronik lain.

KESAN PEMAKANAN YANG TIDAK BERSIH DAN TIDAK BERKHASIAT TERHADAP


KANAK-KANAK
Keracunan makanan
Mudah mendapat penyakit kerana antibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.
MAKANAN BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK
 Ibu bapa dan pengasuh perlu merancang pemakanan kanak-kanak mengikut piramid
makanan bermula sarapan pagi, snek pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan
minum sebelum tidur.
Mengambil kira pemakanan seimbang, nutrien dan fungsinya.

MEWUJUDKAN SUASANA SIHAT DALAM KELUARGA


 Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buahan, sayuran dan bijirin) untuk seluruh
keluarga, tidak hanya untuk individu tertentu.
Makan bersama keluarga di meja dan pada masa yang ditetapkan.
Elakkan makan dengan tergesa-gesa kerana masalah pencernaan.
Elakkan daripada melakukan aktiviti lain semasa makan seperti menonton TV.
Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.
Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti buahan, sayuran dan
dadih.
Elakkan menghidang makanan yang terlalu banyak.
Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar.
Hadkan pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih daripada sekali seminggu.
Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan mengurangkan
makanan sebagai suatu denda.

KESAN MALNUTRISI
I. Tidak bermaya
II. Mudah pitam
III. Sembab
IV. Kelihatan pucat

 Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal.
Malnutrisi juga boleh merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius
dan boleh membawa kematian.
Tindakan sebilangan pelajar yang tidak mengutamakan pengambilan sarapan pagi boleh
membawa kepada masalah nutrisi.
 Pada umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi di sesebuah negara,
iaitu tahap kesihatan yang rendah (masalah penghadaman dan penyerapan makanan),
kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah dan kekurangan sumber makanan.
Di Malaysia masalah nutrisi yang berlaku hanyalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan
tentang pemakanan yang seimbang.

PENYAKIT AKIBAT MALNUTRISI


Kwashiorkor - Kaki dan tangan mengecil serta perut buncit akibat kekurangan protein,
karbohidrat, vitamin dan garam mineral.
Kesannya – proses pembesaran dan perkembangan mental terencat.
Marasmus – cirit-birit, dehidrasi, rambut dan kulit menjadi kering akibat kekurangan protein
dan kalori dalam diet.
Kesannya – proses pembesaran dan perkembangan mental terjejas teruk.
Beri-beri – Keletihan, hilang selera makan, sakit bahagian abdomen akibat kekurangan vitamin
B1 (tiamina) dan mineral.
Kesannya – Sukar pernafasan serta membawa maut.
Anemia - Keletihan, pucat, kebas bahagian kaki dan tangan, tiada selera makan akibat
kekurangan vitamin B12 dan asid folik.
Kesannya – Pembesaran sel darah merah, cirit-birit, dan mengurangkan sel darah putih dan
platlet di dalam darah.
Rabun malam – Sukar melihat dalam gelap dan malam akibat kekurangan vitamin A.
Kesannya – Menghadkan kemampuan untuk bergerak pada waktu malam.

AMALAN DAN KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SECARA BERLEBIHAN


Menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti.
Obesiti meningkatkan risiko penyakit yang serius sepert :
i. Jantung koronari
ii. Hipertensi
iii. Diabetes
iv. Strok
v. Penurunan fungsi organ
Obesiti juga menghadkan keupayaan kita dalam aktiviti fizikal. Pergerakan
kita menjadi kurang tangkas dan pantas kerana terpaksa menanggung berat badan.
 Kita juga menghadapi peningkatan risiko kecederaan di bahagian sendi lutut sekiranya tubuh
tidak bersedia dengan penambahan berat badan yang berlebihan.
CARA MENGATASI MASALAH OBESITI
i. Amalkan cara hidup aktif berdasarkan piramid aktiviti untuk meningkatkan penggunaan
kalori.
ii. Amalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan.
iii. Kurangkan pengambilan kuantiti makanan mengikut keperluan kalori. Hadkan saiz hidangan
yang dimakan.
iv. Disiplinkan diri supaya makan mengikut masa, rancang masa makan dan jenis makanan
yang diambil.
v. Amalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

You might also like