You are on page 1of 2

Latihan 1.2.1.

m/s 13

Soalan: Apakah kaitan guru dengan etiket sosial? Perlukah guru mengamalkan
etiket sosial?

Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan imej, gerak-geri


yang elok yang berkeyakinan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dalam
majlis rasmi, pergaulan dan tatatertib di meja makan. Orang yang menguasai
etiket sosial dapat membawa dan menguasai diri dalam apa juga majlis dan
keadaan dengan selesa dan lancar.

Guru merupakan idola ke[ada anak muridnya. Segala perilaku, gerak-geri


diperhatikan oleh muridnya. Jika guru mempunyai perilaku, budi bahasa,
kebijaksanaan serta gerak-gerinya yang berkeyakinan dan senang berinteraksi
dengan muridnya, maka muridnya dapat didampingi dengan baik. Apabila murid
percaya terhadap gurunya, maka senang mengutarakan masalah pelajaran serta
masalah peribadikepada gurunya.

Jika guru mempunyai etiket sosial, mereka senang mendampingi dan


didampingi. Mereka juga mudah berkawan da mempunyai ramai kawan.
Penguasaan etiket sosial juga menjadikan guru berkeupayaan untuk
mempamerkan tingkah laku yang sopan, tahu menyesuaikan diri dalam majlis
formal atau nonformal serta berkeupayaan berkomunikasi dengan berkesan.

Etika sosial yan dikuasai membolehkan guru memahami peraturan dan


keperluan untuk membawa tingkahlaku yang betul dan tepat mengikut situasi,
masa dan tempat. Sebagai guru, aspek ini sangat penting kerana guru mendidik
anak-anak untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

Guru juga perlu sentiasa berinteraksi dengan pentadbir sekolah, ibubapa dan
guru-guru lain. Kalau etiket sosial tidak dikuasai , guru mungkin menghadapi
masalah dalam melaksanakan tugas. Contohnya apabila guru tidak tahu
berinteraksi dengan yakin kepada ibubapa untuk memberitahu masalah anak
murid mereka, maka ibubapa menyangka anak mereka baik dan tidak
bermasalah. Jika guru berinteraksi yakin jelas dan senang difahami oleh ibubapa
dan pihak pentadbir, maka segala masalah mudah dibincangkan dan
diselesaikan.

Guru juga terlibat dengan majlis yang formal seperti majlis PIBG bersama tetamu
kehormat. Mereka p[erlu mengamalkan etiket sosial seperti cara perbualan yang
betul, tatatertib di meja makan, adab menghadiri jamuan buffet dan perkara yang
boleh atau tidak boleh dalam majlis rasmi.

Maka, sebagai kesimpulannya guru perlu mengamalkan etiket sosial samada


terlibat dalam majlis rasmi di sekolah, berinteraksi dengan ibubapa mahupun

1
menghadiri majlis-majlis di luar sekolah kerana guru menjadi tauladan dan perlu
menunjukkan perilaku yang sopan dan tertib kepada orang lain.

You might also like