You are on page 1of 3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH perubatan

PERUBATAN

Statistik tahun 1995 menunjukkan terdapat 4277 doktor berkhidmat di sektor awam
sementara 5227 doktor berkhidmat di sektor swasta. Matlamat kerajaan pada tahun 2000,
nisbah antara doktor dan penduduk ialah 1:1500, sedangkan ketika ini nisbahnya ialah
4.5:10000. Nisbah di atas jelas menunjukkan negara masih kekurangan tenaga
profesional ini.
Hasrat kerajaan untuk memberikan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang
terbaik kepada rakyat negara ini. Menyedari hakikat ini, kerajaan sentiasa menggalakkan
para pelajar yang cemerlang melanjutkan pengajian di bidang perubatan sama ada di
dalam atau di luar negara.
Dalam masa yang sama, universiti-universiti tempatan sudah mengorak langkah
mewujudkan kursus perubatan sama ada di peringkat ijazah pertama mahupun peringkat
kepakaran.
Memandangkan negara masih kekurangan doktor-doktor, terutama di kawasan luar
bandar, maka siswazah perubatan tidak menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan.
Dengan kata lain, bidang profesional ini merupakan bidang yang paling tinggi
permintaannya, memandangkan doktor merupakan kerjaya yang paling utama dan
penting di perkhidmatan kesihatan.
Selain daripada berkhidmat sebagai seorang doktor pakar perubatan, peluang-peluang
pekerjaan juga terdapat dalam bidang-bidang seperti penyelidikan perubatan, industri
kesihatan, pentadbiran perubatan dan pensyarah universiti. Lulusan perubatan juga
boleh membuka klinik persendirian atau sebagai perunding perubatan yang pasti
memberi pulangan yang cukup lumayan.
Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di
mana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang
terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang
di peringkat dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf
dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang
mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti-universiti tempatan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Berminat dengan profesion ini


(ii) Sentiasa membantu pesakit
(iii) Menguasai bidang sains dan matematik
(iv) Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
(v) Tidak takut dengan darah
(vi) Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan
(vii) Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
(viii) Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI


Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor
Perubatan daripada universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan
berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/3


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH perubatan

1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional
Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12
bulan di hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak
untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai
perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib
(Compulsory Service).

TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus perubatan di peringkat ijazah


pertama. Universiti-universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia
(UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM). Terdapat beberapa kolej dan universiti swasta termasuk Universiti
Perubatan Antarabangsa yang menawarkan kursus ini. Kursus ini juga boleh diikuti di
universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, Australia, New
Zealand dan Indonesia.

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN


Terdapat dua cara untuk melanjutkan pengajian ke program perubatan di universiti-
universiti tempatan awam dan swasta:

Cara pertama: Pelajar perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) aliran sains dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran sains lain.
Mereka akan ditawarkan ke program matrikulasi atau asasi sains selama satu hingga dua
tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan dipilih mengikuti program perubatan
berdasarkan pencapaian mereka di peringkat matrikulasi/asasi sains. Mulai sesi pengajian
2000/2001 semua program matrikulasi/asasi sains akan diuruskan sepenuhnya oleh
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara kedua: Pelajar akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama. Pelajar perlu lulus
SPM (aliran sains) dengart kepujian dalam bahasa Melayu serta lulus peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lulus mata pelajaran biologi dan kimia
dan matematik. Mereka yang memiliki Diploma Sains daripada IPT tempatan yang
diiktiraf juga boleh memohon.
Kursus perubatan yang dilaksanakan di universit-iuniversiti tempatan selama 5 tahun.
Sepanjang tempoh itu, para pelajar akan diajar dengan kursus-kursus perubatan yang
meliputi peringkat praklinikal dan klinikal. Para pelajar akan didedahkan dengan
pengajian yang meliputi bidang anatomi, patologi kimia, fisiologi, mikrobiologi, histologi
dan farmakologi. Ini diikuti dengan program kajian komuniti dan kes keluarga dengan
menekankan kepada perubatan masyarakat. Pelajar juga diajar tentang ilmu perubatan,
pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik telinga, hidung dan tekak.
Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menghantar pelajar ke luar
negara seperti di United Kingdom. Syaratnya ialah calon perlu lulus SPM pangkat satu
dengan mendapat kepujian bahasa Inggeris. Calon juga perlu lulus tidak melebihi enam
agregat dalam gabungan mata pelajaran fizik, matematik tambahan, kimia dan biologi.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 2/3


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH perubatan

LATIHAN KEPAKARAN DI BIDANG PERUBATAN

Negara masih kekurangan pakar-pakar perubatan surgeri dalam berbagai-bagai


pengkhususan di negara ini. Latihan kepakarari boleh diikuti di institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan seperti UKM, UM dan USM serta institusi luar negara.
Universiti tempatan mengadakan beberapa kursus peringkat sarjana bagi pegawai-
pegawai perubatan untuk memperoleh taraf kepakaran. Di antara kursus-kursus
yang ditawarkan ialah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi; Patologi Perubatan;
Anestesiologi; Radiologi; Psikiatri; Pediatrik; Penyakit Dalaman; Surgeri Am;
Surgeri Ortopedik; Surgeri Oftalmologi dan Kesihatan Masyarakat. Jangka masa
kursus-kursus tersebut adalah selama tiga hingga empat tahun. Pemegang Ijazah tersebut
layak didaftar dan diwartakan sebagai pakar.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 3/3

You might also like