You are on page 1of 8

Fasa- fasa lari berganti – ganti

1) Fasa sokongan

Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Mendarat atas

bebola kaki pada masa permulaan fasa ini.

2) Fasa tolakan

Pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya.

3) Fasa pemulihan

Kaki belakang ditarik tinggi ke belakang.

4) Fasa hayunan

Lutut kaki depan ditinggikan ke depan

Kedudukan pelari 4 x 100

Pelari pertama
 Boleh berlari lencong dengan pantas. Bermula dengan gaya dekam baton di tangan kanan

mengikut lorong dalam lari mula hingga habis.

Pelari kedua
 Menunggu di zon kederasan di tempat sesah ( check mark ). Berdiri di belah kanan dan

berada dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda yang telahditetapkan. Pelari
kedua mempunyai kepantasan dan daya tahan . Pertukaran baton mestilah dilakukan dalam

zon pertukaran baton.

Pelari ketiga
 Berdiri di sebelah kiri lorong seperti nota pelari kedua dan aksi adalah sama. Pelari ini

merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan.

Pelari keempat.
 Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Pelari ini perlu mempunyai

kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar ' Anchor man '. semua pelari akan

menunggu mengikut lorong masing-masing dari mula hingga akhir.

Baton

Baton mestilah tiubkosong, licin dan bulat. Diperbuat daripada kayu, logam atau benda yang

kejor / tegar dalam satu pecahan . Panjangnnya tidak lebih daripada 30 cm daripada 28 cm. Lingkaran

kelilingnya antara 120 hingga 130mm ( 4.75 inci ) dan beratnya tidak kurang daripada 50 gram. Baton

eloklah terang supaya mudah dilihat pada masa perlumbaan.

Mekanik dalam lari berganti-ganti

Komponen kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan analisa, sintesis dan

penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. Pembentukan konsep prinsip-prinsip mekanik dan saintifik

dalam lari berganti- ganti membolehkan murid memahami kenapa dan bagaimana badan mereka bergerak

apabila mereka melakukan sesuatu ianya dapat memberi kesan yang baik kepada peserta.

Lari berganti- ganti adalah acara pecut ( sprint event ) oleh kerana kebanyakan prinsip-prinsip

mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut.


Langkah-langkah ansur maju dalam lari berganti-ganti

Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran

berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara maju bari acara lari berganti-ganti.

1) Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton

Setiap pelajar diminta untuk memegang seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah sepanjang

larian mereka. Para pelajar perlu diterangkan rasional menerima baton yang maksimum bagi

pelari yang akan menerima baton. Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri berlari

dengan membawa baton dengan cara yang betul. Guru meminta murid agar dapat membiasakan

menggunakan kedua-dua belah tangan.

25 meter

Rajah 4.1 Lari ulang alik dengan membawa baton.

2) Fasa memberi dan menerima baton

Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah kelancaran

hantaran baton. Oleh itu teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton ialah :

a) teknik pandang

Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400m dimana pemerima baton akan

memandang ke arah penghantar baton sehingga menarima baton tersebut.


Rajah 4.2 Teknik pandang (visual)

b) teknik tanpa pandang

Teknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di mana penarima baton

menunggu di tempat yang sesuai dalam zon kederasan sambil penghantar baton tiba di tempat

yang ditandakan . Sebaik sahaja penghantar baton tiba di tempoat yang ditandakan , penerima

terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlari pada kelajuan maksima. Penerima

baton menghulurkan tangan ke belakang lurus dan tapak tangan dibuka menghala ke atas

dalam bentuk 'V ' apabila mendapati isyarat daripada penghantar baton. Penerima baton tidak

memandang ke arah penghantar baton semasa menerima baton tidak akan terjejas.
Rajah 4.3 Teknik tanpa pandang upsweep

Langkah ansur maju:

 Pelari - pelari 1, 2, 3 dan 4 berbaris antara mereka berjarak hantaran antara satu sama lain

dan mereka berlari setempat. Pelari hendaklah mencondongkan badan dan melakukan

latihan hayunan tangan. Bila diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan

menersukan hayunan. Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan. Seterusnya baton

dihantar dari belakang ke hadapan iaitu dari nombor 1 ke no 2 ke no 3 dan no 3 ke no 4.

Apabila pelari nombor 4 menerima baton itu, semua pelari menukar arah dan latihan

diulangkan.

 Dimana pelari nombor satu berada di belakang sekali. Pelari nombor satu membawa

baton di tangan kanan. Pelari kedua menerima baton dengan tangan kiri, manakala pelari

ketiga menerima baton dengan tangan kanan dan pelari keempat menerima baton dengan

tangan kiri. Setelah menerima baton pelari keempat jatuhkan baton didepannya dan

meneruskan larian anak. Apabila pelari nombor satu tiba di maan baton dijatuhkan, dia

akan menungutnya dan meneruskan aktiviti ini.

 Berdua - Pelari pertama dan perlari kedua berlari anak mengelilingi trek. Pelari pertama

memegang baton dan memberi siyarat di mana pelari kedua bertindak mengeluarkan

tangannya ke belakang dan menerima baton . Selepas baton dihantarkan , pelari pertama

berlari ke depan pelari kedua sehingga dia mendapat isyarat dari pelari kedua untuk

menerima baton daripadanya. Proses ini berterusan diatas trek. Selepas beberapa kali

latihan, pelari tadi menukar tangan untuk menerima baton iaitu dari kanan ke kiri bagi

pelari pertama dan kiri ke kanan bagi peserta pelari kedua.


 Hantaran terus - Bilangan pelari terdiri daripada angka yang genap. Keperluan : trek

400m dan pertanda dengan bendera pada tiap-tiap 50m di trek. Jumlah stesyen adalah

lapan.

Organisasi :

 Pada tiap-tiap stesyen letakkan pelari-pelari

 Pelari pada stesyen satu bermula membawa baton dengan tangan kanan. Pelari pada

stesyen kedua menerima baton dengan tangan kiri, kemudian menghantar baton pada

peserta stesyen tiga yang menerima dengan tangan kanana. Tiap- tiap pelari berbuat

demikian sehingga baton balik kenombor satu daripada pelari nombor lapan.

 Selepas menghantar baton, pelari anak balik ke tempat asalnya.

 Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepaanjang latihan ini. Jangka masa

latihan terpulang kepada jurulatih.

 Hantaran berterusan - ( sembilan pelari sepasukan ).

Semua pelari pergi kelapan-lapan stesyen seperti aktiviti lapan berpasukan. Pelari nombor satu

dan pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan, dan dia akan menerima kembali

dengan tangan kiri. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton dengan tangan

kanan dan tangan kiri.

Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan. Jarak diantara peserta adalah dua

puluh hingga tiga puluh minit. Seperti biasa prserta pertama tiba di stesyen pertama, peserta kedua

menghulurkan tangannya ke belakang bila perseta pertama memberi isyarat. Demikian juga dengan

pelari-pelari seterusnya. Selepas nombor lima menerima baton dalam tangan kanan, semua pelari

berpusing dan jarak pelari pertama pada kali ini.

3) Fasa larian dalam zon pertukaran baton.

Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon larian yang telah ditetapkan.
Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x 100m ialah 20 meter. Semua atlit perlu
didedahkan tentang zon tersebut di mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton.
Sebagai pemberi, atau orang yang akan menerima baton kepada penerima, seseorang itu
perlu memberi isyarat apabila ingin menyerahkan baton dan hantar dalam kawasan terhad.
Baton juga perlu diserahkan sepanjang 1 / 3 kepada penerima dan pastikan hantaran itu
dalam tangan penerima. Sebagai seorang penerima , larian perlu dilakukan daripada garisan
awal sepanjang zon dan janganmemandang ke belakang. Terima baton dengan cepat semasa
pelari menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat. Penerima baton perlu berada di luar
pertengahanlorong jika menerima dengan tangan kanan. Lari dalam separuh bahagian lorong
bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi pelari yang akan menerima baton.

Langkah ansur maju:

1) Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan. Garisan atau kawasan

tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari atau peserta

dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke kawasan akhir penanda.

Lakukan aktiviti berulang-ulang.

2) Lakukan aktiviti ini secara berpasanagan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi

sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar kawasan zon dan penerima akan berlari

anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton. Lakukan

aktiviti ini berulang-ulang kali dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang

yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut.

3) Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan. Aktiviti ini

dilakukan seperti tahap 2 tetapi menggunakan padang yang sebenar. Peserta akan

mengambil tempat sebagaimana yang telah ditetapkan. Buat permulaan, peserta membuat

larian anak. Setelah beberapa kali dilakukan seperti keadaan yang sebenar bagi

membiasakan murid melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan

dengan kemas dan betul.

4) Fasa penamat
Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat, pastikan rentak larian tidak berubah. Dada

peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu garisan penamat. Peserta yang dadanya

dahulu menyentuh garisan penamat dianggap pemenang.

Langkah ansur maju:

Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu larian dengan jarak 20

meter. Apabila sampai kegarisan penamat murid mendepankan dada dahulu supaya melintasi

garisan penamat. Latihan ini dilakukan berulang-ulang.

Undang-undang dan peraturan Asas Acara Lari Berganti-ganti 4 x 100 m.

Ciri-ciri Baton Zon Pertukaran

 Baton berbentuk tiub dan mempunyai  Zon pertukaran baton ialah


permukaan yang licin. sepanjang 20m. Baton hendaklah
 Baton diperbuat daripada kayu atau diserahkan di dalam zon ini.
logam
 Berukuran antara 28cm – 30cm dengan
Perlakuan yang membatalkan larian
ukur lilit antara 12cm-13cm. Berat baton
pula ialah tidak kurang daripada 50g.  Pelari memasuki lorong peserta
lain
 Memberi dan menerima baton di
Teknik Memegang Baton
luar zon pertukaran
 Baton hendaklah dipegang sepanjang  Membaling atau melambung
larian. Jika terjatuh, hendaklah diambil baton setelah menamatkan
oleh pelari yang menjatuhkannya. larian.

You might also like