You are on page 1of 17

Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan

dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat


berbilang kaum di Malaysia.

Abstrak
Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya
yang hidup aman & damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27
etnik lagi Di kawasan Sabah serta Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini menyebabkan
kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat di negara ini supaya kestabilan
negara dapat diperoleh.

Pengenalan

1. Definisi Perpaduan

Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi
negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Sejak merdeka, dan apabila isu
perkauman kadang-kadang menjadi masalah utama negara, setiap agenda nasional yang dianjurkan
kerajaan pastinya meletakkan perpaduan dan integrasi nasional sebagai satu agenda utama. Setiap peluang
digunakan dalam pelbagai bidang, pendidikan, sukan, kebudayaan dan sejak 2004, program latihan
khidmat negara dijadikan sandaran kerajaan untuk menyemarakkan perpaduan nasional.   Perpaduan
masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah
mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

2. Masyarakat Majmuk

Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang
perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang
berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di
kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini
wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan pendatang
itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan
Cina, Jawa, India dan sebagainya.

Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman
kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing
yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk
berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya.
Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang
mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai
penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di
negara ini.

Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara


telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan
takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina
berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk
mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa
masuk ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British.
Perkembangan ekonomi yang semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk
negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu
tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di
ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi
semakin minima.
Dalam hal ini Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan
kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam
memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.
Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan
menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan.
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat
Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang
harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur, pendidikan dan sebagainya ke dalam kumpulan
etnik yang lebih besar.

Sejarah pendidikan di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang kaum yang terdapat perbezaan yang mampu
kita lihat bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama.
Seperti sedia maklum sebuah etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur
ekonomi,budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh
yang demikian,kerajaan telah mengatur pelbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan
masalah hubungan etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun 1970an
seperti perubahan aliran Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pada tahun 1979, laporan jawatankuasa
kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai
etnik.

Pada masa kini, pelajar-pelajar di sekolah dididik untuk memperkembangkan nilai-nilai


positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar
mewujudkan hubungan yang erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk
personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi Negara.
Dengan ini, kita perlu membayar harga yang mahal bagi menyemarakkan perpaduan nasional
dalam pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan. Malah, kita juga tidak lari dari
pertelingkahan antara kaum yang kadangkala terjadi, sesuatu yang tidak boleh dipastikan seratus
peratus dalam sebuah negara berbilang kaum. Sebaliknya, dengan menyemarakkan perpaduan
sejak peringkat awal lagi merupakan satu kelebihan yang harus direbut, kerana kebudayaan,
bahasa ibunda dan jati diri sesuatu kaum tidak akan terhapus hanya kerana mereka telah
bercampur dengan pelbagai kaum sejak kecil lagi.

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di
negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu
sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya
sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:

1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950
sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh
berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat
komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh
dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris
pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat
merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.

2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan mengugat bahasa ibunda mereka.
Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan
walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.

3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua


laporan di atas. Walaubagaimanapun, ordina ini tak dapat dijalankan kerana tentangan
masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.

4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopor penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah
memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama
dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan
semangat perpaduan kaum.

5) Kemudian, Laporan Rahman Taib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet
telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan
pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).

Laporan Barnes (1950) merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan negara
apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang
berasaskan berbagai kaum. Sistem vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan
digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah nasional
(kebangsaan).

Laporan Razak (1956) melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak
ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan.Laporan ini juga telah
menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid,
guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanankan usul Laporan Razak, suatu undang-undang
diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan
pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua
aspek struktur dan perkembangan pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas
perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.
Menyorot Dasar Pendidikan Zaman Dahulu

-Punca masalah perpaduan-


1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar
pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka,
Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh
penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.
Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada
sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.
Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya &
buku teks didatangkan dari China. Mereka mempuyai sistem pendidikan yang tersendiri.

4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.

5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan
British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan
pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan
perpecahan perpaduan kaum berlaku.

Rumusan sistem persekolahan dahulu

Ternyata Sejak tahun-tahun selepas kemerdekaan dicapai, mahupun setelah pembentukan


gagasan Malaysia, pemisahan Singapura dan juga pasca peristiwa Mei 1969, setiap kaum
pastinya terus memberi tumpuan kepada persekolahan dan pendidikan generasi muda mereka
kerana kepentingan ilmu yang bakal memastikan ketahanan ataupun survival kaum mereka akan
terus kekal di bumi Malaysia ini.
Hasilnya, sistem persekolahan di Malaysia seawal sekolah rendah telah terbahagi kepada
kaum-kaum utama, yang mana sejak awal lagi rakyat Malaysia telah dipecahkan dan diwujudkan
satu jurang maya antara mereka. Walaupun wujud perhubungan antara sekolah-sekolah tersebut,
namun jurang yang telah awal-awal lagi diwujudkan tidak akan dapat dirapatkan kerana mereka
telah dipisahkan oleh sistem persekolahan berdasarkan kaum. Tiada siapa yang dapat menafikan,
bahawa sistem inilah yang telah menyebabkan berlakunya kepincangan perpaduan di negara
kita. 

Sekolah-sekolah berasaskan kaum diwujudkan sebagai jaminan kepada kaum pendatang


bahawa kepentingan mereka akan dijaga, bahasa dan budaya ibunda mereka akan terus kekal,
dan mereka bukanlah dibentuk atau dipaksa untuk menjadi Melayu. Kaum Cina dengan Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), India dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), namun
tidak wujud pula Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu! Hanya yang ada ialah sekolah kebangsaan
yang pada dasarnya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dalam setiap perkara
sejak dari bangku sekolah lagi. 

Oleh itu, kita perlu membayar harga yang mahal bagi menyemarakkan perpaduan
nasional dalam pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan. Malah, kita juga tidak lari dari
pertelingkahan antara kaum yang kadangkala terjadi, sesuatu yang tidak boleh dipastikan seratus
peratus dalam sebuah negara berbilang kaum. Sebaliknya, dengan menyemarakkan perpaduan
sejak peringkat awal lagi merupakan satu kelebihan yang harus direbut, kerana kebudayaan,
bahasa ibunda dan jatidiri sesuatu kaum tidak akan terhapus hanya kerana mereka telah
bercampur dengan pelbagai kaum sejak kecil lagi. 

Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum
supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran
berpolitik antara kaum & sekaligus mengugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak
Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar
pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah
memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaaan sistem pendidikan menyebabkan
perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.
Definisi : Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Dasar Pendidikan Kebangsaan Dapat mewujudkan Perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum di Malaysia dapat kita definisikan kepada beberapa rujukan. Dasar menurut
Kamus Dewan dan Bahasa edisi ke-empat , (definisi ke-6) ialah sesuatu pertimbangan yang
merujuk pada cara dan sisitem yang pokok berkenaan sesuatu,asas, prinsip dan teras. (definisi
ke-7) dasar sebagai pendirian yang menjadi asas segala tindakan sama ada sikap mahupun
keputusan.

Menurut Abd. Rahman bin Daub: 1999:15 menyatakan bahawa pendidikan atau
education dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin ‘educare’ yang bermaksud
memelihara atau mengasuh anak. Dalam buku yang sama turut memuatkan beberapa pendapat
tokoh tentang pendidikan. Pendidikan bukanlah merupakan satu ojek atau benda fizikal tetapi
sebagai satu idea (Abdul Rahman dan Zakaria:1987). Pendidikan adalah khusus dalam apa juga
keadaan yang menunjukan gabungan alam semulajadi dengan manusia. Mereka belajar melalui
pengalaman dan perjumpaan dengan alam .

(Alder:1970). The process of installing something into human being (Syed Muhamad
Naquid:1980). Manakala menurut Article 26(2) of the Universal Declaration of Human Right
1984 states that ‘ education shall be directed to the full development of the human personality
and to the strengthening of respect for human rights and fundamental freedoms. It shall promote
understanding, tolerance, and friendship among all nations, racial or religious groups and shall
futher the activities of the limited nations for the maintenance of peace’.

Kebangsaan pula dapat didefinisikan melalui Oxford Advanced Learner’s


Dictionary: 6th Edition:780, menyatakan national sebagai connected with a particular
nation; shared by a whole nation .
Dapat bermaksud boleh melakukan sesuatu atau berupaya atau mampu menurut definisi
yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Bahasa edisi ke empat.
Mewujudkan daripada kata dasar wujud bermaksud ada, membawa maksud menjadikan
berwujud samada berbentuk atau berupa serta membawa maksud melaksanakan. Kamus Dewan
Edisi ke empat.

Perpaduan dalam Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002:1335, sebagai


persatuan, perhubungan yang erat, percantuman, penyatuan, permuafakatan, persesuaian dan
penyebatian.

Definisi ke-7 bagi perkataan dalam menurut Kamus Dewan dan Bahasa iailah yang
berkaitan atau terbatas pada lingkungan sesuatu seperti negeri, keluarga dan lain-lain.

Frasa kalangan rakyat berbilang kaum dapat dirumuskan sebagai lingkungan atau
golongan seluruh penduduk sesebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa atau
puak.

Jadi dapat disimpulkan Dasar Pendidikan Kebangsaan Dapat mewujudkan Perpaduan


dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia merujuk kepada peranan dan kemampuan
melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk , membina dan menimbulkan
perpaduan kepada semua kaum yang tinggal di Malaysia.

Peranan yang dimainkan oleh Dasar Pendidikan

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah
mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni
masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan
rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan
menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.

Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga. Kedudukan serta peranan Bahasa
Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa
dokumen penting kerajaan. Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu
Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan
Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Negara.

Rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung
terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa
pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu telah
diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa bahasa. Bahasa
Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kita. Selaras dengan
kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu
matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia.

Kenyataan ini dapat dilihat melalui pernyataan ini: “Where the main medium of
instruction in an educational institution is other than the national language, the national language
shall be taught as a compulsory subject in the educational institution (Education Act 1996,
Sec.17)”. Dalam akta 1996 telah menjelaskan bahawa kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama hanya untuk sekolah kebangsaansahaja dan sekolah jenis kebangsaan
telah diberi pengecualian dengan dibenarkan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar di sekolah. Akan tetapi , sekolah jenis kebangsaan ini tetap diwajib untuk mengajar
Bahasa Kebangsaan sebagai subjek utama kerana bahasa Melayu merupakan bahasa
perhubungan dan perpaduan bagi negara kita. Sebenarnya, melalui bahasa kita dapat
meningkatkan perpaduan kerana komunikasi yang berjalan dengan lancar dan masyarakat akan
saling faham kehendak satu pihak yang lain. Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu
menghilangkan perasaan prasangka kerana setiap golongan masyarakat menggunakan satu
bahasa yang difahami malah bahasa yang sama akan banyak membantu menangani masalah
salah faham konteks maksud ayat yang ingin disampaikan.

Maka berdasarkan Akta Bahasa Kebangsaan Satu cara yang penting untuk
mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks
Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang
tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh
membentuk perpaduan:

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang


menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar
pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua
peringkat sekolah.

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa
curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan


masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam
segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17,
Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:

“Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang
dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.” (Akta Pendidikan, 1996)

Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai
satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.

3) Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan
kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari
segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga
berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan
perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang
terlatih untuk keperluan negara (modal insan). Satu prinsip Rukun Negara telah menyatakan
bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk menangkis semua gejala yang boleh
memecahbelahkan rakyat, seperti semangat perkauman yang menebal dan perasaan kedaerahan
yang melampau.

Salah satu cara yang digunakan agar rakyat Malaysia sentiasa bersama adalah melalui
pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar
menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk
hidup bermasyarakat dan bernegara. Malah, cara ini di anggap paling berkesan kerana setiap
orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat
membantu meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan
bahasa melayu dan sistem peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam dalam
diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui
pemikiran.

Dalam usaha mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama,


Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru
terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah.
Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap
kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib
diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan
(1996):

“The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National


Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National
Education system (Education Act 1996, Sec. 18)”.

“Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan
yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan.”

Melalui penyataan ini, jelas bahawa kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam
perpaduan negara. Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai
program pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu
pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah
adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu
lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian
kebangsaan ke arah pembentukkan perpaduan negara. Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah di negara ini telah digubal sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah
rendah, kurikulumnya digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan
ilmu pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah
menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan
yang seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin mampu
mewujudkan jenis rakyat yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas untuk
membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat pendedahan bermula dari alam
persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi
misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan
pembentukkan negara sejak awal lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah
air untuk menuntut kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam
diri pelajar yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang
kepada perpaduan negara. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat
pendedahan yang sama kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa dapat ditingkatkan untuk
menjaga negara kita daripada dijajah semula baik dari segi pemikiran atau penaklukan negara.
Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah diperakukan oleh
Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: “Dengan tujuan untuk mewujudkan keperibadian
kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya pendidikan yang diberi kepada semua murid
hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah swasta hendaklah menggunakan sukatan pelajaran
yang sama (Perakuan 33)”. Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian
yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa
Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib
mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.

4) Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah
dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan.
Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat
menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan
pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia
hampir sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

5) Peperiksaan yang seragam


Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan
lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan
pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila
terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

6. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan


beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah
melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi
berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak
disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara
pengelolaan bagi institusi pendidikan.

7. Mendemokrasikan pendidikan

Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an. Matlamatnya adalah
bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara
adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama
di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula
masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya
dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT),
Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian,
biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.
Semua anak-anak dari golongan miskin tak kira kaum mendapat hak sama. Maka di sini tidak
berlaku diskriminasi. Oleh yang demikian, semua kaum akan berpuas hati dan perpaduan secara
tidak langsung dapat dipupuk.

Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan
hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum.
Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup
kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membacadan mengkaji
bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan
pembacaannya. Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa sumbangan pendidikan kebangsaan ke
arah perpaduan negara ialah merujuk kepada bagaimana pendidikan kebangsaan dapat membantu
negara dalam mencapai atau meningkatkan persefahaman antara kaum.
BIBLIOGRAFI
1. Abd Rahman bin Daub (1999) Teknologi Maklumat, Konsep, Peranan dan
Perkembangan, Edu System Sdn. Bhd

2. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman,(2003) Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,
Tanjong Malim,Quantum Books

3. Amir Hasan Dawi (2002) Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Kedua, Tanjong
Malim, Quantum Books

4. Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1997), Kuala Lumpur ,Dewan
Bahasa & Pustaka

5. Hj Zainal Abidin Safarwan (2002) Kamus Besar Bahasa Melayu, Edisi Ekonomi, Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd

You might also like