Peringkat kedua pula, pada umur (16-25 tahun) iaitu dalam kategori remaja dan dewasaawal. Pada peringkat ketiga, John menyatakan peringkat dewasa awal atau muda iaitudalam umur 26 hingga 40 tahun. Peringkat keempat pula ialah pertengahan umur (awal)iaitu dalam lingkungan usia 41 hingga 55 tahun. Selain itu, peringkat kelima pula iaitu pada umur 56 hingga 65 yang mewakili pertengahan umur (akhir) manakala peringkatterakhir iaitu pada usia 66 hingga 70 tahun iaitu umur tua atau lanjut usia. Oleh itu, John Shaw(1974) menyifatkan bahawa peringkat umur warga tua iaitu 66 tahun ke atas.Menurut
istilah warga tua dalam Islam
, warga tua didefinisikan sebagai pemanis dan pelengkap kepada kejayaan kehidupan manusia di dunia. Mereka perlu di hormatiserta dijaga dengan baik.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa' ayat 23
tafsirnya:
“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorangdari keduanya atau keduanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan danpemeliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataankasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang sopan-santun”
.Selain itu, menurut tokoh Islam iaitu Ibnu Mansur (1990;2373) warga emas ditakrifkansebagai orang yang telah meningkat usia tua dan sudah tumbuh uban pada dirinya. Sesetengahsarjana mengehadkan umur warga tua kepada 50tahun ke atas. Keadaan ini dibuktikan lagidengan definisi oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka yang menyatakan bahawa warga tua ialahorang tua. Tua itu sendiri telah menerangkan tentang usia lanjut, sudah hidup lama, atau sudah
2
SurahAl-Israa'ayat 23.
3