You are on page 1of 21

PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHI

IKLIM BILIK DARJAH

Rahmad Sukor Ab. Samad

Shahrir Jamaluddin

Universiti Malaya

Most community members believe that the effectiveness of a school is related to the efficiency of its

management or principal's leadership style. Actually,this phenomenon occurs if one perceives success

from the macro aspect. Conventionally.the success of an organization starts from the smaller units

thatexist in the organization itself. Hence, this article will discuss the smaller unitsthat exist in the

school organization, which refer to classrooms or micro scale.The focus of the discussion is to suggest

what should be done by teachers in classrooms in order to create effective schools.

Selari dengan perkembangan isu kepimpinan dalam pendidikan, banyak kajian dilakukan

terhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997; Sashkin & Sashkin, 1993) tetapi sedikit sahaja kajian

dijalankan ke atas kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991) systemic

change adalah apa sahaja perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagian

dalam sistem organisasi yang akan mempengaruhi keseluruhan organisasi; dan ini seterusnya akan

membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabila systemic change ini dikaitkan dengan

kepimpinan bilik darjah, ia memberi pengertian kepimpinan bilik darjah adalah satu unit yang akan

mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. Perbezaan dalam pencapaian murid-

murid dalam sekolah juga dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang

menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

1
Persepsi Guru mengenai Kepimpinan Bilik Darjah

Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjah kerana bagi

mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Persepsi ini perlu

dibetulkan seperti yang disarankan oleh Blase dan Blasé (1998) bahawa asas kejayaan sebuah sekolah

yang berjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran (pengetua; guru besar) tetapi

disebabkan oleh kordinasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Pendapat ini telah membezakan

peranan antara pengetua sekolah dengan gurunya dimana guru berperanan sebagai pemimpin

pengajaran dan pengetua sebagai penyelaras sahaja.

Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolah- sekolah efektif di mana

ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pengetua sekolah menjadi faktor utama yang dapat

memajukan sesebuah sekolah. Artikel ini akan memberi tumpuan terhadap maksud kepimpinan bilik

darjah; kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktorfaktor yang mempengaruhi iklim sekolah; dan

halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah.

Amalan kebiasaan guru dalam bilik darjah lebih banyak kepada pengurusan bilik darjah

sedangkan kepimpinan bilik darjah tidak menjadi keutamaan. Situasi ini disebabkan program-program

yang berkait dengan latihan guru lebih banyak memberi penekanan kepada amalan bilik darjah.

Kesannya, guru yang mengajar tidak menyedari tentang peranan mereka yang sebenar (Lambert,

2003). Guru beranggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan

pelajaran yang disediakan dan secara tekal akan memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukkan

perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003) berpendapat babawa guru

adalah agen-agen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang

berkesan. Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempelajari ciri-ciri

2
kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan.

Definisi Kepimpinan Pengajaran

Cuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi pihak lain dengan sengaja.

Tindakan ini bertujuan untuk mencapai.matlamat yang dihasratkan. Kepimpinan yang baik akan

sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yang dipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002)

mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan

itu orang akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, (dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah

keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain

menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Bagi Owens (2001) pula, kepimpinan

adalah satu set fungsi; ia berlaku di dalam proses interaksi antara dua orang atau lebih yang terlibat;

dan pemimpin berniat dan berusaha untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain. Berdasarkan semua

definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi

kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke

arah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi.

Sungguh pun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektif pendidikan

seringkali kepimpinan dikaitkan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah dan bilik darjah.

Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan

pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar. De

Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang

dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan

pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat

3
terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun pertumbuhan

pelajar itu sendiri.

Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh pengetua atau guru besar

sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990) mengatakan peranan pengetua, antaranya memberi

araban, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bertujuan untuk memperbaiki pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini boleh dilihat menerusi peranannya sebagai kepimpinan

pengajaran. lni merujuk kepada kepimpinan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan

proses-proses pe-ngajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan ke

arab proses ini boleh dilaksanakan jika seseorang guru bertindak sebagai penyelia dan juga penilai

perkembangan pelajar; dan ia seolah-olah sedang menjalani latihan dalam perkhidmatan. Matlamat

umum kepimpinan pengajaran ialah untuk membaiki atau mengekalkan keadaan-keadaan yang

menggalakkan pembelajaran pelajar. Kemahiran dan kecekapan kepimpinan pengajaran yang

diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepada guru- guru. Selain itu, pentadbiran

sekolah perlu mengambil berat memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program-program

pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi penilaian

guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, sumber dan peralatan mengajar, kakita-ngan, kaedah

membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi

dan interaksi antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yang

sewajarnya.

Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru

sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi

kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategistrategi yang berkesan. Oleh

4
kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang

bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru; pengenalan teknologi

pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa;

dan perubahan kurikulum - ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan barn yang perlu

diambil kira dalam merealisasikan kepimpinan pengajaran.

Kepimpinan Bilik Darjah

Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru

menggunakan kepimpinan untuk men gurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain.

Selain dari itu, kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-

hari dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru untuk menyampaikan

visi kepada murid-murid dan dapat meyakinkan mereka supaya mengikut. Kepimpinan dalam bilik

darjah wujud dalam keadaan berikut:

 Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam setiap
bilik darjah;

 Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam personaliti
mereka ketika kehadiran seseorang guru;

 Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap;
dan

 Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru.

Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpin ini tidak

terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang diberi kuasa bersama

oleh seorang guru. Apa yang diperlukan adalah kesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid.

5
Menurut Wilcox (2005) dalam kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian pemimpin yang boleh

diwujudkan kerana di dalam bilik darjah itu sahaja ada dua jenis pemimpin iaitu:

1) Guru kelas atau guru subjek; dan

2) Pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru ada di dalam
kelas ataupun tidak.

Bagi Hook dan Vass (2000) kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukan guru yang memiliki
kemahiran-kemahiran berikut:

1. Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi;

2. Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;

3. Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya;

4. Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan

5. Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat.

Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankan tiga
pendekatan:

1) Pendekatan Eksekutif;

2) Pendekatan Empati; dan

3) Pendekatan Liberal.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PP) secara normal berlaku di dalam bilik darjah di

mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan sebagai

pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada

berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk

berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat

dijayakan sewaktu proses PP di dalam bilik darjah - merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah

pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan

kelihatan dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi usaha yang dibuat

bersama murid- murid menuju ke arah pencapaian matlamat PP.

6
Pemimpin juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan,

mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, pemimpin harus

berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap subordinat agar sesuatu matlamat tereapai.

Kepimpinan Berkesan

Siapakah yang dimaksudkan pemimpin di dalam bilik darjah? Dalam konteks ini, ada dua jenis
pemimpin yang wujud:

1) Guru kelas atau guru subjek; dan

2) Murid-murid yang diberi kuasa untuk memimpin sewaktu guru hadir ataupun tidak (Wilcox, 2005).

Fokus jenis pemimpin di sini adalah golongan guru kerana golongan ini lebih banyak menonjolkan

ciri-ciri kepimpinan di dalam dan di luar bilik darjah selain banyak memberi impak kepada sekolah

(Cheng & Tsui, 1996).

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut

beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang

memimpin sekumpulan murid- murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan

guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi keeil yang dipimpinnya.

Menurut Shippen dan Shippen (2004) seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang

berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan berikut: Pertama, boleh membentuk dan menyampaikan visi

yang jelas di dalam bilik darjah. Ini turut dipersetujui Buhler (1995). Ciri ini penting kerana boleh

membimbing murid-murid di peringkat bilik darjah untuk mencapai visi yang dibina secara bersama

tetapi, pemimpin guru ini perlu memastikan visi yang baru dibina bersama dengan murid-murid

seharusnya tidak bertentangan dengan visi sekolah.

7
Kedua, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. Faktor fleksibel ini amat penting

kerana boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan mengetahui guru mereka adalah orang

yang bertimbang rasa dan tabu batasan sebagai seorang pemimpin. Kadang kala, guru juga boleh

bersetuju dengan pendapat murid sekiranya pendapat tersebut bemas dan ada kebenarannya.

Kebolehan ini mencerminkan babawa seseorang pemimpin itu adalab seorang yang bersikap terbuka

(Zenger & Folkman, 2004).

Ketiga, kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada murid- muridnya, Aptah

lagi, setiap tindakan guru di dalam bilik darjah akan diperhatikan oleh murid-murid dan menjadi

contoh.

Keempat, bijak membuat keputusan. Keputusan yang dipilih sewajarnya akan mendatangkan

kebaikan kepada muridnya tetapi tidak menjejaskan kepentingan organisasinya (Chek Mat, 2003).

Kelima, membuang sifat rnernentingkan diri sendiri. Sebagai seorang guru, sifat

mementingkan diri perIu dibuang kerana mengutamakan kepentingan murid-muridnya (Shippen &

Shippen, 2004) walaupun kadangkala mendatangkan kesulitan kepada dirinya sendiri.

Keenam, harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan tidak puas

hati di kalangan muridnya, di samping mendapat kerjasama mereka. Selain bersifat jujur dan

merendah diri supaya murid boleh mendekatinya dan meluahkan masalah yang mereka hadapi kerana

kepercayaan mereka kepada guru. lni akan dapat membina hubungan yang positif antara guru dan

murid (Zenger & Folkman, 2004).

Ketujuh, sentiasa mengamalkan pembelajaran-berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan

dan kemahiran diri. Menurut Kane (2001) ilmu pengetahuan yang diterima oleh guru akan

8
meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Kesannya, keadaan bilik darjah menjadi

lebih sistematik dan terkawal.

Lashway (2002) sebaliknya telah membincangkan peranan pemimpin untuk menjana

keberkesanan PP daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkan oleh National

Association of Elementary School Principals (NAESP). NAESP telah merumuskan enam peranan

pemimpin untuk menjana keberkesanan PP iaitu:

1.Mendorong pelajar-pelajar dan orang dewasa supaya mengutamakan usaha belajar;

2.Menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi;

3.Menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dan araban ke arah piawaian yang standard;

4.Mencipta satu budaya pembelajaran berterusan untuk orang dewasa;

5.Menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan

6.Mengaktifkan sokongan komuniti untuk kejayaan sekolah/bilik darjah.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

Hook dan Vass (2000) telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara mengenal pasti

beberapa faktor yang mempengarnhi iklim bilik darjah iaitu:

Mencari Keseimbangan antara Dorongan dengan Teguran

Ketika PP sedang berjalan, iklim bilik darjah yang mesra dan harmoni perlu dicipta oleh guru. Ini

kerana pelajar memang suka jika dipuji dan diberi perhatian. Pelajar akan merasa dirinya menjadi

penting dalam bilik darjah apabila dipuji. Kesilapannya mungkin boleh dimaafkan dan diberi tunjuk

ajar yang sewajarnya. Sekiranya guru boleh berhenti di pertengahan penyampaian kandungan

kurikuIum dan diseling dengan aktiviti tepuk tangan atau permainan, seman gat pelajar dapat

ditingkatkan untuk terus belajar. Pelajar yang berjaya membuat sesuatu dengan betuI perlu diberi

penghargaan supaya kepuasan diri pelajar meIaksanakan sesuatu aktiviti dapat ditingkatkan. Imej

9
guru juga dapat ditingkatkan bahkan pelajar akan menunggu-nunggu kehadiran guru untuk belajar

bersama guru tersebut.

Membangunkan Rapport bersama Pelajar

Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran

berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku

yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerIukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang

tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia peIajar dengan hasrat

mempengaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia peIajar dapat menghasilkan

persefahaman dengan pelajar khususnya pada tarat emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang

terlibat akan saling bersedia dalam hal berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama.

Mengaitkan Pelajar dengan Harapan

Harapan yang tinggi adalah penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian tugasan dan pembelajaran

yang berkesan. Ramai orang percaya bahawa harapan merupakan salah satu cara meningatkan daya

motivasi yang tinggi. Oleh itu, guru perlu memberi perasaan optimisme yang didesak. Ini adalah

penting untuk memastikan kelangsungan kejayaan pelajar dan mencetus iklim bilik darjah yang sihat.

Mengekalkan Hubungan Kerja yang Sempurna

Rogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan proses ini sebagai proses memperbaiki dan

membangun semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana usaha ini boleh

dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan

dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar

yang telah membuat kesilapan sinonim dengan perlakuan guru menerima kesilapan yang dilakukan

sebagai kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. Guru menunjukkan teladan terutamanya

10
menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di

kalangan pelajar.

Mengamalkan Cara Membuat Pilihan yang Bererti

Guru seharusnya memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan bagaimanakah tugasan

mereka akan disampaikan. Apabila sesuatu tugasan diberi, contohnya dalam mata pelajaran Sains,

buku skrap yang bertajuk "Sumber-sumber tenaga di bumi," pelajar diberi kebebasan memilih cara

penyampaian tugasan tersebut. Selanjutnya, guru harus berbincang dengan pelajar tentang isi-isi

penting, sumber maklumat dan objektiftugasan. Pelajar dibenarkan menentukan cara mengumpulkan

maklumat dan penghasilan tugasan. Kepimpinan bilik darjah menyarankan guru digalakkan

berperanan sebagai pembimbing dan pakar rujuk sahaja berbanding sebagai tukang cerita.

Mengambil Kira Faktor Keselamatan dan Keyakinan

Aspek keselamatan sangat penting diberi perhatian sewaktu proses PP dijalankan di makmal sains.

Oleh itu, kepimpinan guru di dalam bilik darjah perlu menitikberatkan tentang keselamatan ini. Selain

itu, persekitaran yang bersih, selamat dan selesa yang akan menjamin kelancaran aktiviti eksperimen

sains perIu diberi perhatian. PP juga memerlukan guru menanam keyakinan diri di kalangan pelajar

dengan memberi penerangan yang jelas, penekanan pada kerangka kerja serta norma-norma yang

perlu diikuti. Perihal pembelajaran sains adalah untuk menemui dan melakukan sesuatu yang barn dan

mencabar sungguhpun ada kemungkinan menghadapi risiko. Guru perIu memastikan pelajar berasa

selesa dan selamat dalam melakukan eksperirnen.

Membantu Pelajar Rasa Dirinya Sebahagian daripada Bilik Darjah

Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia adalah rnenjadi sebahagian

daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar

11
rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernula jadi. Mereka mengharapkan

peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurangkurangnya dua hala adalah amat

diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.

Fokus kepada Perkara Baik yang Dilakukan

Guru harus sentiasa merefleks pergerakan dan percakapan diri. Adakah pe1ajar mengikuti arahan di

dalam kelas? Pastikah diri setiap guru melakukan aksi yang betul? Pada masa yang sama, guru harus

sentiasa rnengesan perkara baik yang telah dilakukan oleh pelajar sehingga rnencetus suasana emosi

positif bilik darjah. Sebagai contoh, guru memuji pelajar selepas rnembantu membersih dan

menyusun radas setelah menamatkan sesuatu eksperimen.

Stail Guru

Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah aspek utama menghasilkan

pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara guru seperti nada yang sesuai, lantang, jelas dan

terang. Sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan seseorang guru akan membawa pelajar

ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek, afektif dan psikornotor. Selain itu, stail kepimpinan

demokratik yang menekan kepada kerjasama, berinisiatif serta bertoleransi dapat rnernbimbing pelajar

dengan lebih 001'- kesan. Penggunaan pujian dalam billik darjah menghasilkan peneguhan positif

kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran.

Menjadi Pemimpin Pengajaran yang Berkesan

Glickman (1990) menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran akan dapat dijalankan dengan berkesan

sekiranya pemirnpin tersebut rnernpunyai tiga kategori utarna ini:

12
1)Keperluan pengetahuan yang mendalam;

2) Tugasan; dan

3) Keperluan kemahiran.

Sebagai contoh, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains hendaklah menguasai pengetahuan

yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses PP dijalankan dengan lancar. Apabila

pelajar mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperIuan

ingin tahu pelajar yang mana keyakinan diri pelajar dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada

pelajar, guru barus menekankan pada matlamat setiap tugasan dan pelajar pula patut memahami

prosedur menimba ilmu dangan penemuan diri.

Pemimpin guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi dua

aspek iaitu kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Kernahiran interpersonal merupakan

upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan perasaan orang lain. Guru yang menggunakan kemahiran

ini akan berjaya membuat tindakan yang betul. Guru yang berada di dalam bilik darjah harus sensitif

pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan pelajar. Kebolehan dan keprihatinan guru

mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas membolehkannya memupuk pelajar supaya suka

belajar. Guru juga perIu menguasai kemahiran teknikal terrnasuk pengurusan alat bantu mengajar

seperti komputer, projektor LCD, carta dan sebagainya. Guru boleh menggunakan borang, bahan

edaran serta keratan akhbar untuk menjalankan proses PP.

Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran, terdapat tujuh penentu utama guru
yang berkesan iaitu

1.Dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi: Guru seharusnya berkebolehan nyatupadukan

pembelajaran isi kandungan dan kemahiran sosialisasi;

13
2. Mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam: Guru memahami dengan mendalam

mata pelajaran yang diajar serta pelajar yang dlajar; Mereka terlibat dengan menyelesaikan kelemahan

pelajar; Selain dari itu, guru berkebolehan membantu dalarn menyelesaikan masalah dan kekurangan

yang ada pada pelajar;

3. Penerangan yang jelas dan terperinci: Guru menjelaskan apa yang perIu dipelajari, bagaimana

maklumat itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pada pelajar dan apa yang akan dipelajari pada

masa akan datang;

4. Menjadi model dan melatih pelajar untuk memproses maklumat: Guru akan menjadi model di

dalam kelas; Mereka melatih pelajar memproses maklumat, mencari makna dan menyelesaikan

masalah yang diberikan; Guru bertindak sebagai fasilitator untuk mencungkil daya pemikiran pelajar

dengan menanyakan soalan; Pelajar diberi peluang untuk memberi pendapat. Guru sentiasa mengesan

kefahaman pelajar;

5. Membetulkan salah faham di kalangan pelajar: Guru cuba menjangka dan membetulkan salah

faham pelajar;

6. Memperkembangkan pengalaman pelajar: Guru menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai

mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar; Mereka boleh memberi penjelasan serta

memperIuas bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum; dan

7. Seorang guru yang reflektif: Guru menggunakan masa untuk memikirkan tentang apa, mengapa dan

bagaimana mengajar bertujuan memperbaiki teknik pengajaran pada masa depan.

Membentuk Agenda Bilik Darjah

Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan kepimpinan bilik darjah.

lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosial pelajar-

14
pelajar. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunci utama dalam agenda bilik darjah iaitu hak,

tanggungjawab, peraturan dan rutin:

Hak-hak Guru dan Pelajar

Ketika mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerIukan satu respon yang

jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah

laku pelajar. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh pelajar pada situasi

tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah disokong

atau dilanggar dari segi empat hak asasi pelajar, iaitu:

 Hak pelajar untuk belajar;

 Hak guru untuk mengajar;

 Hak setiap individu untuk aspek keselamatan (fizikal dan psikologi); dan

 Hak setiap individu untuk. taraf penghormatan dan kemuliaan.

Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalah terpulang kepada hak

guru. Guru dapat mengatasi kekeliruan yang timbul di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru dapat

mengatasi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasa atas perlindungan hak individu dalam

aspek keselamatan. Pelajar mesti berasa selamat sebelum menjalani proses pembelajaran yang

berkesan.

Tanggungjawab

Hak dan tanggungjawab adalab dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanggungjawab guru dalarn

bilik darjah berfokus pada tingkah laku pelajar untuk membuat keputusan atau pemilihan secara

positif. Sebagai seorang guru, usaha mendorong pelajar untuk memilih tingkah laku yang

bertanggungjawab ke arab kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah rumit. Guru harus

mendorong pelajar supaya bertanggungjawab ke atas kelakuan dan usaba diri demi mencapai

kejayaan yang diingini.

15
Peraturan

Di sekolah, kita sentiasa menekankan kepentingan peraturan sekolah. Semasa proses PP umpamanya

di makmal sains, kita perlu juga menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar.

Guru mesti membezakan antara peraturan dan rutin. Di dalam bilik darjah, kita memerlukan tiga

peraturan utama yang berkesan iaitu:

 Mengikuti araban guru;

 Menjaga dan memerhatikan tangan, kaki dan harta benda diri; dan

 Jangan mengantuk; memanggil nama orang lain; bergerak sesuka hati dan

sebagainya

Peraturan pertama, memastikan guru dapat mengajar dan pelajar dapat belajar dalam suasana yang

sesuai. Kedua, dibuat untuk menjamin keselamatan fizikal dan psikologikal. Ketiga, untuk menjaga

hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturan adalab satu panduan untuk guru. Guru

harus memastikan pelajar dapat memahami kehendak peraturan ini. Kata-kata ini boleh dipaparkan

pada sudut yang senang dibaca dengan huruf yang besar dan tebal. Akhir sekali, guru hams

memastikan pelajar mengikut peraturan demi kepentingan mereka.

Rutin

Rutin berbeza dengan peraturan kerana ia mengutamakan aspek pentadbiran dan prosedur yang

diperlukan supaya suasana bilik darjab tidak menjadi kacau bilau. Ia adalab perkara yang perlu

dilakukan, umpamanya, setiap kali masuk keluar makmal sains dan juga semasa proses PP dijalankan

untuk menjamin keberkesanan PP. Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu dibuat untuk

membantu kejayaan pelajar. Selain itu, rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah

seperti menandajadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar

16
alat bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya. Sekiranya rutin ini

dapat diuruskan dengan sistematik, masa dan tenaga dapat dijimatkan, dan disiplin pelajar dapat

dipertingkatkan. Seterusnya, segala aktiviti PP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kaedah Pelaksanaan Bilik Darjah yang Efektif:

Iklim yang Sesuai untuk Pembelajaran

Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikan wujud

persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar. Dalam konteks ini, misi kelas dan pelajar harus jelas dan mudah difahami. Guru-gum perlu

mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilik darjah sebagai tempat untuk pembelajaran

akademik, selain melaksanakan perkaraperkara berikut:

Penekanan kepada Pengajaran Asas

Bilik darjah yang efektif, yang boleh dihasilkan dengan memberi penekanan kepada pengajaran asas

seperti membaca, mengira dan menulis, hams menjadi nadi sesebuah sekolah. Penggunaan teknologi

pengajaran di sekolah (kurikulum dan kaedah pengajaran) telah dikenal pasti dan telah dibuktikan

berjaya. Di Malaysia, KBSR dan KBSM diguna pakai di semua peringkat pendidikan sekolah rendah

dan menengah. Sementara kaedah pengajaran konstruktivisme yang berpusatkan murid menjadi

kaedah yang diamalkan. Untuk mencapai sasaran pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran

Sains dan Matematik, Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMIlEteMS) telah dijalankan. Penggunaan projektor LCD dan komputer bimbit telah digunakan

dengan meluas. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan satu set lengkap bahan

kursus cakera padat (Interactive

17
Courseware) untuk Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Proses pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan

dengan alat bantu ini.

Jangkaan Guru bahawa Semua Pelajar Berkebolehan Mencapai Kecemerlangan

Bagi memastikan keberkesanan, gum yang bertanggungjawab mendidik pelajar, hendaklah

berpandangan semua pelajarnya boleh mencapai kecemerlangan pada akhirnya. Dengan pandangan

sebegini, maka tumpuan guru adalah untuk memastikan kejayaan diperolehi oleh pelajar-pelajarnya

dan mereka semuanya akan menjadi manusia yang dilengkapi dengan pendidikan seperti yang

dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Satu Sistem Objektif Pengajaran yang Jelas untuk Mengawasi Prestasi Pelajar

Untuk memastikan bilik darjah berjaya sebagai satu institusi pendidikan maka satu sistem pengajaran

yang jelas diwujudkan dan penilaian prestasi pelajar perlu dilaksanakan. Lni bermakna, seseorang

pelajar yang mengikuti sistem pendidikan dari awal tahun akan menerima pengajaran yang seimbang,

selain menduduki ujian dan peperiksaan yang sistematik untuk mengesan tahap pencapaian pelajar.

Pelaksanaan Pengajaran Sains

Proses PP mata pelajaran Sains banyak dijalankan di makmal sains. Gum hams bertindak membuat

refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesi pengajaran, guru

membuat refleksi untuk merancang dan bersedia. Refleksi dalam aksi dan refleksi atas aksi perlu

dibuat oleh gum. Selepas pengajaran, gum refleks apa yang telah dilakukannya, dicakap dan dibuat di

dalam bilik darjah. Guru digalakkan menulis diari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta

membaiki kesilapannya.

Sewaktu proses PP dilaksanakan, guru boleh mengarnalkan pembelajaran kolaboratif. lni

bennaksud pelajar dalam keadaan positif dan berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan

18
dan bergaul mesra dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik. Seterusnya,

pelajar mencari akal untuk penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya. Guru pula perIu

menentukan objektif pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan

yang bercorak-heterogen membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha

mencari penyelesaian masalah, pelajar perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi

eksperimen serta mencari rujukan sarna ada daripada guru atau buku. Dalam konteks ini, guru sebagai

pemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran pelajar serta hasil tugasan mereka. Dengan ini,

pelajar berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan diri. Pada akhir sesi, guru harus memberi

pujian dan sokongan ke atas usaha yang ditunjukkan oleh pelajar.

Halangan dan Cabaran

Di Malaysia, pengetua dan guru terpaksa menempuh beberapa cabaran dan kerumitan ekoran

beberapa masalah besar yang masih belum dapat diselesaikan. Antara masalah tersebut ialah

kekurangan guru; guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata

pelajaran tertentu; saiz kelas yang besar; dan sebagainya. Kekurangan ini merupakan kekangan

kepada pengetua sekolah untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Masalah ini

telah menyebabkan .rnereka terkeliru mengenai cara yang sesuai untuk menyempurnakan

tanggungjawab sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan. lmplikasinya, ada kalangan pengetua

tidak dapat memotivasikan stafnya ke arah kecemerlangan dan keberkesanan PP.

Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri dalam

aspek kepimpinan pengajaran disamping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori,

tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah

pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan

19
matlamat dan objektifPP, dan rnernbirnbing para pelajar supaya kecekapan mereka dalam

pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru tennasuk

juga memberi pene gasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat

keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlarnat tercapai.

RUMUSAN

Memang tidak dapat dinafikan lagi suasana sekolah banyak memberi impak ke atas kepirnpinan

sekolah dan juga bilik-bilik darjah seseorang pengetua sekolah. Kajian Hallinger et al. (1983) yang

menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah sekolah sebenarnya memberi kesan yang mendalam

perlu diarnbil kira dalarn rnembentuk model kepimpinan pengajaran yang berjaya

Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian

matlarnat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik

darjah tersebut. Guru harus bertindak tennasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran

secara kolabomtif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arab kepimpinan bilik darjah yang

berkesan. Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dan

dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan

yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru untuk membuat

kajian lanjut.

20
21

You might also like