Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hukum Memakai Inai

Hukum Memakai Inai

Ratings: (0)|Views: 927|Likes:

More info:

Published by: Mohammad Naqib bin Hamdan on May 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/24/2011

pdf

text

original

 
 
1 |
Page 
Hukum Memakai Inaibagi Perempuan dan Lelaki
Disusun oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan
Apakah itu inai?
Inai adalah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk mewarnakan rambut
 
khususnya. Ia jugaboleh digunakan untuk berubat. Malah, terdapat juga tumbuhan-tumbuhan lain yang bolehdigunakan untuk mewarnakan rambut seperti
katam
,
 za
’ 
 faran, waras
dan sebagainya. Tetapi,bagi kita di Malaysia, inai lebih popular dan selalu digunapakai.
Lelaki mewarnakan rambut dengan inai. Manakah yang lebih afdal antaramembiarkan rambut beruban (berwarna putih) atau mewarnakannya?
Imam Syaukani menaqalkan kata-kata Al-Qadi
Iyyadh : Para sahabat dan tabien berbezapendapat dalam masalah mewarnakan rambut. Sebahagiannya mengatakan mewarnakannya lebihafdal, dan sebahagian yang lain pula mengatakan membiarkannya beruban (biarkannya berwarnaputih) itu lebih afdal.Dalil yang digunakan oleh pendapat pertama adalah berdasarkan sabda Rasulullah saw :
“ 
Tukarlah (warnakan) uban kamu, dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi
” 
 .
[Diriwayatkan oleh Tarmizi dari Abi Hurairah. Katanya : Hadis Hasan Sohih]Dan di dalam riwayat yang lain, ada tambahan :
“ 
 Juga orang Nasrani
” 
 .
 
[Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Hibban]Juga sabda Nabi saw :
“ 
Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut. Maka hendaklah kamu berbeza dengan mereka
” 
 .
[Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim]Kesemua hadis ini menunjukkan bahawa
‘ 
illah
(sebab) mewarnakan rambut dan uban adalahsupaya berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani. Ini menunjukkan keharusan mewarnakan
 
 
2 |
Page 
rambut. Malah Rasulullah saw sangat mengambil berat akan hal ini, iaitu supaya berbeza denganmereka. Baginda juga menyuruh umatnya berbuat sedemikian.Namun begitu, perlu difahami di sini bahawa suruhan dari baginda saw ini bukanlahmenunjukkan ia ada satu kewajipan.
Perempuan dan inai :i.
 
Perempuan yang sudah berkahwinii.
 
Perempuan yang tidak berkahwin
Para fuqaha
bersepakat mengatakan bahawa mewarnakan uban d
 
engan inai atau yangseumpamanya adalah harus bagi perempuan sebagaimana ia harus bagi lelaki berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tadi.Malah bagi perempuan yang sudah berkahwin atau hamba sahaya, digalakkan bagi merekamewarnakan tapak tangan dan tapak kaki dengan inai atau yang seumpamanya setiap waktukecuali waktu ihram. Ini kerana ia adalah salah satu perhiasan (solekan), dan ia dituntut kepadaisteri untuk suaminya, atau hamba sahaya kepada tuannya. Namun begitu, dia mesti mendapatkebenaran dari suaminya.Adapun bagi perempuan yang tidak berkahwin atau bukan hamba, maka ulama Hanafiyyah,Malikiyyah dan Syafieyyah mengatakan bahawa : adalah makruh bagi mereka mewarnakantapak tangan dan tapak kaki tanpa ada keperluan kerana ditakuti fitnah, dan haram memerahkankedua pipi dan menghitamkan hujung jari (walaupun dengan inai).
Wuduk orang yang berinai
Para ulama bersepakat mengatakan jika inai itu masih berada di anggota wuduk dan menghalangair dari terkena kuliat, maka wuduknya tidak sah.Tetapi jika ia sudah dihilangkan dan hanya tinggal kesan
 – 
seperti warna
 – 
maka wuduk danmandi janabahnya sah kerana ia hanya warna sahaja. Warna tidak menghalang air dari terkenakulit.
Berinai untuk berubat
Para fuqaha membenarkan berubat menggunakan inai. Ini berdasarkan hadis Salma
 – 
hambalelaki Rasulullah saw :
 
 
3 |
Page 
 Dia telah mengadu kepada Rasulullah mengenai kepalanya. Rasulullah saw bersabda :
“ 
 Pergilah berbekam
” 
 .
  Lalu dia mengadu akan kakinya pula.Sabda baginda saw :
“ 
 Pergilah berinai
” 
 .
 
[Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad]
Mewarnakan rambut dengan warna putih
Makruh mewarnakan janggut yang berwarna hitam kepada warna putih, supaya dia kelihatan tuadan dihormati oleh orang lain. Jika ini tujuannya, maka ia adalah tujuan yang salah.Tetapi jika dia mempunyai tujuan yang baik, maka ia dibenarkan.
Perempuan berhaid mewarnakan rambut
Jumhur fuqaha membenarkan perempuan yang berhaid untuk mewarnakan rambut berdasarkanapa yang diriwayatkan bahawa :
Seorang perempuan telah bertanya kepada
‘ 
 Aisyah ra : Adakah perempuan yang berhaid boleh berinai? Jawab
‘ 
 Aisyah :
Sesungguhnya kami (ketika berhaid), memakai inai dan Nabi saw tidak melarang kami darinya.
[Hadis riwayat Ibnu Majah, sanadnya sahih]Dan juga riwayat :
Sesungguhnya isteri-isteri Ibnu Umar berinai, dan mereka dalam keadaan haid.
[Ad-Darimi, dengan sanad dari Nafi
]Ibnu Rusyd berkata : Tidak ada masalah membenarkan perempuan haid atau
 janabah
(berhadasbesar) berinai kerana warna yang ada pada tanganya tidak menghalang dari mengangkat hadasketika mandi. Malah tidak ada pendapat yang mengatakan ia makruh.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->