You are on page 1of 6

Penyakit Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang


Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan
kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium
pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu
tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana
ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada
perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan
merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika
tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan
bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal
ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang
lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup.
Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah
kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila
batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang
amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman
itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air
kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar
dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini
pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat
membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang
terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk
dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu
tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi
penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes
yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit,
suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika
ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi
lagi.

Penyakit Batu Karang


Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang
PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit
baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan
rawatan untuk penyakit ini.

Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan
beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam,
halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini
boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca
berlakunya pengumpulan bakteria.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap
gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit
metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang
diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus
sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita
yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen
(bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang
terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang
yang mempunyai saiz berbeza-beza.

Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit
sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga
terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula
menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Pemakanan tradisional Cina

Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang.
120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan
blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut
laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of
Food Cures - Henry C Liu)

Perubatan tradisional Melayu

Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu
karang.
Contohnya ialah:-

Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum),
makan.

Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiga pagi.

Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.

Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari
telunjuk, beri minum.

Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea
indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup
dengan tanah liat dan bakar.

Kemudian minum airnya dan makan isinya.

(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).

Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut
beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga
Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)

Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear);
Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta
jamaicensis).

Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk
mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.

Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy)

Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan
tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.

Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis
Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. Lain-lain penawar yang boleh membantu
merawat batu karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea,
Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk
mengawal batu karang jangan berulang kembali.

(Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)

Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis
menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan
memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang
penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.

Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya
tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu
karang. Kita mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru,
sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih.

Selain dari menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap hari bagi umat Islam
jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan solat-solat sunat. Insya-Allah kita akan menjadi
sihat wal'afiat.
Penyakit Batu Karang
Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang
Buah Pinggang Sebagai Penapis

BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah
pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka
rusaklah seluroh badan.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan'
dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan
fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh
kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak
diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam
galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan
berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam
darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?

Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen.
Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter
mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang
mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di
cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid
amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah
pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa
tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan
tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan
membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di
dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang
dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem
buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di
dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah
dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air
yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak
berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang
mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang
melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan
jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh
merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan
pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus
membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya.
Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah
memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika
lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca
daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut
membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan
kekurangan air - dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga
mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Batu Karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam
berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat
pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit
teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang
mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat
melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan
dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan. Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh
menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti
jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit.

Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok,
bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam
makanan, termapau banyak memakan makanan segera, dll
7. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik,
steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada
orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Cara Atasi penyakit Batu Karang


Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi
mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu
meningkatkan kesihatan:

 Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

 Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

 Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti
barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah
kekurangan ini.
 Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko,
coklat dan teh.

 Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

 Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

 Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

 Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

You might also like