You are on page 1of 22

MENTAKSIR MATEMATIK

~CARA PENTAKSIRAN~
SENARAI SEMAK
• merupakan instrumen pengumpulan maklumat yang
berstruktur.
• satu senarai deskripsi (bersifat menghurai) dan guru hanya
menanda deskripsi yang dianggap tepat berkaitan murid yang
ditaksirkan.
• soalan-soalan spesifik dikemukakan dan murid hanya memilih
jawapan mengikut pandangan.
 SENARAI SEMAK PELAJAR:
digunakan oleh pelajar untuk menilai aktiviti yang mereka sertai
pada setiap hari

 SENARAI SEMAK GURU/ PENILAI:


 menyemak kemahiran-kamahiran yang belum dan telah diajar.

 menilai tingkah laku secara khusus yang ditunjukkan oleh para


pelajar sepanjang pemerhatian bagi mendapat maklumat.
 penilaian lebih pragmatik untuk pengumpulan data bagi kajian
tindakan dan pentaksiran bilik darjah.
 Melalui kaedah ini pelajar dan guru akan menilai setiap bahagian
masing-masing.
CONTOH SENARAI SEMAK MATEMATIK
BIL KANDUNGAN √/X CATATAN

1. Pra nombor
1. Warna
2. Saiz
3. Bentuk
2. Mengenal Nombor 1-10
2.1 Konsep Sifar
2.2 Padankan gambar mengikut nombor
yang betul.
2.2.1 Menulis Nombor
2.3 Susun Nombor Mengikut Tertib
Menaik
2.3.1 Susun Nombor Mengikut Tertib
Menolak
2.4 Pola Nombor

3. Mengenal Nombor 11-50


3.1 Menulis nombor mengikut bilangan
benda.
3.2 Turutan nombor secara menaik.
3.3 Turutan nombor secara menurun.
INVENTORI MATEMATIK
TIDAK FORMAL

• Ujian yang dibina untuk mengukur setakat mana murid


telah menguasai kemahiran yang terkandung dalam
sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah.
• item ujian dibuat berdasarkan rujukan sukatan untuk
menguji murid.
Langkah-langkah membina inventori tidak formal

1. Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan yang ingin


digunakan untuk menguji murid.
2. Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk
ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan
murid.
3. Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian sukatan
dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting
setiap bahagian.
4. Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah
dikawal.
5. Susunkan item-item soalan ujian daripada senang ke susah.
ANALISIS RALAT
• kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai
petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.
Murid akan melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang
masih belum dikuasainya.

• guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan


murid. Kenal pasti kemahiran yang diajar.
 Tujuan analisis ralat adalah
untuk:
- mengenalpasti pola kesalahan atau kesilapan
yang dibuat oleh murid dalam kerja latihan
mereka,
- memahami mengapa murid membuat kesalahan
tersebut, dan
- memberikan arahan yang disasarkan untuk
memperbaiki kesalahan tersebut. 
 Ketika menjalankan analisis ralat, guru matematik
memeriksa masalah matematik murid dan
mengkategorikan kesalahan. 

 Berikut adalah senarai kesalahan yang sering


dilakukan oleh murid dalam pelbagai bidang
matematik (Ashlock, 1986; Tindal & Marston, 1990).
Tambah dan Tolak
 Kurangnya pemahaman kumpul semula
 Kekeliruan dalam 1 dan 10 dalam pembawaan
dan penulisan.
 Lupa membawa 10 dan 100.
 Lupa untuk kumpul semula ketika menolak 10
dan 100.
 Kumpul semula ketika ia tidak diperlukan.
 Operasi yang tidak betul
 Kurangnya pengetahuan tentang fakta-fakta
nombor asas.
Darab dan Bahagi
 Lupa untuk bawa dalam pendaraban.
 Membawa sebelum mendarab.
 Mengabaikan nilai tempat dalam bahagi.
 Mencatat jawapan dari kiri ke kanan dalam
pendaraban.
 Kurangnya pengetahuan tentang fakta-fakta
nombor asas.
Pepecahan
 Pembatalan yang salah.
 Kegagalan untuk mengurang kepada denominator
sama terendah (lowest common denominator).
 Mengabaikan bakinya.
 Penukaran yang salah dari nombor campur kepada
pecahan.
Masalah Perkataan
 Kesulitan dalam membaca .
 Ketidakmampuan untuk mengaitkan dengan
konteks masalah.
 Ketidakmampuan untuk memahami bahasa dan
kosa kata dalam masalah.
 Kesulitan dalam mengenalpasti maklumat yang
relevan dan tidak relevan.
 Kesulitan dalam mengenalpasti jumlah langkah
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
 Bermasalah dalam melakukan operasi
matematik (tambah, tolak, darab dan bahagi).
PENYOALAN KLINIKAL
 Menurut Kamus Dewan penyoalan ialah perihal atau
perbuatan mengemukakan soalan.

 Penyoalan klinikal ialah pengemukaan soalan


merangkumi secara langsung atau tidak langsung
untuk mengumpul maklumat.
 Penyoalan terus ialah dengan menyediakan
soalan yang ngin ditanyakan.
 Manakala penyoalan tidak terus ialah soalan
yang dikemukakan secara spontan dan diselit
dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Tujuan penyoalan klinikal adalah untuk
mengumpulkan maklumat mengenai pencapaian
murid.
 Memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
 Memperkembangkan potensi dan kemahiran.
Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk
menentukan status seseorang murid dalam
sesuatu bidang, sifat atau kemahiran
berbandingkan dengan pengetahuan atau
kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya.
Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar
kepada kategori:
1.  telah menguasai atau 
2.  belum menguasai.
KONSEP
 Ujian rujukan yang menentukan peringkat
pencapaian individu berdasarkan kriteria
tertentu yang telah ditetapkan.

 Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira


kedudukan seseorang pelajar berbanding
dengan pelajar lain.
TUJUAN
 i. Menentukan tahap penguasaan sesuatu
kemahiran yang telah dipelajari mengikut
kriteria yang telah ditentukan.

ii. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran


berdasarkan keputusan ujian.
CIRI- CIRI
 Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran
dengan berpandukan objektif pelajaran.

 Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan


lulus gagal.
KANDUNGAN CAKUPAN
 Tertumpu kepada topik-topik tertentu yang
lebih khusus.
 Mendalam, banyak soalan bagi setiap
objektif.
 Contoh ujian :

- Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab


dalam bilik darjah.
Sekian,
terima kasih…

You might also like