You are on page 1of 5

Saturday, September 19, 2009

HAKIKAT SOLAT HIGHLANDER


Sibuk manusia sekeliling mengajak aku solat terutama Solat Hari Raya, aku tetap
berdiam sambil tersenyum. Maka aku luahkan segala titisan ilmu Allah dalam minda
zahir ku disini tentang Solat "highlander2u"

HAKIKAT SOLAT :
Ertinya berdiri menyaksikan diri sendiri..kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa
tiada yang nyata pada diri kita..
Hanya diri batin (Allah) dan diri zahir kita (Muhammad) yang membawa dan
menanggung rahsia Allah SWT.

Hal ini terkandung dalam surat Al-Fatihah iatu :


Alhamdu (Alif, Lam, Ha, Mim, Dal)
Kalimah alhamdu ini diterima ketika Rasulullah isra’ dan mi’raj.
Mengambil pengertian akan hakikat manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iatu :
Adam AS.

Tatkala Roh (diri batin) Adam AS. sampai ketahap dada, Adam AS pun bersin dan
berkata alhamdulillah artinya : segala puji bagi Allah
Apa yang dipuji adalah : zat (Allah), Sifat (Muhammad), Asma’(Adam) dan Afa'al
(Manusia)

Jadi solat itu bukan bererti :


Menyembah tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita..
ianya adalah diri Allah semata. Kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa
dan menanggung rahasia Allah SWT. Dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia
Allah semata serta..tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata.

Sesuai dengan firman Allah dalam surat Al-Ahzab 72 Inna ‘aradnal amanata ‘alas
samawati wal ardi wal jibal. Fa abaina anyah milnaha wa’asfakna minha wahamalahal
insanu.
Ertinya :
“sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-
gunung tapi mereka enggan menerimannya (memikulnya) kerana merasa tidak akan
sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya”
Dan kerana firman Allah inilah kita mengucap :
“Asyhaduanlla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah”
ertinya :
Kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita sendiri
hanya Allah semata-mata dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung rahsia
Allah dan akan menjaganya sampai pada masa yang telah ditentukan.

Manusia akan berguna disisi Allah jika dapat menjaga amanah Rahsia Allah dan
berusaha mengenal dirinya sendiri. Bila manusia dapat mengenal dirinya maka ianya
dapat mengenal Allah.
Hadits Qudsi….
“MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU”
Artinya : Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Allah
ALIF ITU ARTINYA : NIAT SEMBAHYANG
LAM ITU ARTINYA : BERDIRI
HA ITU ARTINYA : RUKU’
MIM ITU ARTINYA : DUDUK

Perkataan pertama dalam sembahyang itu adalah : Allahu Akbar (Allah Maha Besar)
Perkata ini diambil daripada peringatan ketika sempurnanya roh diri Rahasia Allah itu
dimasukkan kedalam tubuh Adam AS. Berusaha berdiri sambil menyaksikan keindahan
tubuhnya dan berkata : Allahu Akbar (Allah Maha Besar).

Dalam sembahyang harus memenuhi 3 syarat :


a. Fiqli (perbuatan)
b. Qauli (bacaan)
c. Qalbi (Hati atau roh atau qalbu)
MENGAPA KITA SEMBAHYANG SEHARI SEMALAM 17 RAKAAT :
Adalah mengambil pengertian sebagai berikut :
Hawa, Adam, Muhammad, Allah dan Ah ( )
1. AH ( ) itu menandakan sembahyang subuh.......”2”rakaat iatu: Zat dan Sifat
2. ALLAH itu menandakan sembahyang Zohor “4” rakaat: Wujud, Alam, Nur dan
Syahadah.
3. MUHAMMAD itu menandakan sembahyang Asar “4” rakaat: Tanah, Air, Api dan
Angin.
4. Adam itu menandakan sembahyang Magrib “3” rakaat: Ahda, Wahda, dan Wahdia.
5. HAWA itu menandakan sembahyang Isya “4” rakaat: Mani, Manikam, Madi, dan DI.

MENGAPA KITA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT 9 KALI DALAM 5


WAKTU SEMBAHYANG
Sebab diri batiin manusia mempunyai 9 wajah.
Dua kalimah syahadat pada :
Sembahyang SUBUH 1 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIRU
SIRR (Rahsia di dalam Rahasia)
Sembahyang ZOHOR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIR dan
AHDAH
Sembahyang ASAR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat WAHDA
dan WAHDIA
Sembahyang MAGHRIB 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat AHAD
dan MUHAMMAD
Sembahyang ISYA 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat MUSTAFA
dan MUHAMMAD

MENGAPA KITA HARUS BERNIAT DALAM SEMBAHYANG


Kerana: niat itu merupakan kepala sembahyang.
Hakikat niat letaknya pada martabat aliff dan ataupun kalbu manusia di dalam
sembahyang itu kita lafazkan di dalam hati :
Niat sbb :
“aku hendak sembahyang menyaksikan diriku kerana Allah semata-mata.”
Dalilnya :
LA SHALATAN ILLA BI HUDURIL QALBI
Ertinya : Tidak Sah Solat Nya Kalau Tidak Hadir Hatinya (Qalbunya)
LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFATULLAH
Ertinya : Tidak sah Solat Tanpa Mengenal Allah
WAKALBUL MU’MININ BAITULLAH
Ertinya : Jiwa Orang Mu’min Itu Rumahnya Allah
WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ
Ertinya : Aku (Allah) Lebih Dekat Dari Urat Nadi Lehermu
IN NAMAS SHALATU TAMAS KUNU TAWADU’U
Ertinya : Hubungan Antara Manusia Dengan Tuhannya Adalah Cinta. Cintailah Allah
Yang Karena Allah Engkau Hidup Dan Kepada Allah Engkau Kembali. (H.R. Tarmizi)
AKI MIS SHALATA LI ZIKRI
Ertinya : Dirikan Solat Untuk Mengingat Allah (QS. Taha : 145)
Sedangkan :
Al-Fatihah ialah merupakan tubuh sembahyang
Tahayat ialah merupakan hati sembahyang
Salam ialah merupakan kaki tangan sembahyang

HAKIKAT AL-FATIHAH DALAM SOLAT


Membersihkan hati daripada syirik kepada Allah SWT
Mengingat kita bahawa tubuh manusia itu mempunyai 7 lapis susunan jasad iatu :
a. Bulu
b. Kulit
c. Daging
d. Darah
e. Tulang
f. Lemak
g. Lendir

7 ayat dalam Al-Fatihah merupakan tawaf 7 kali keliling ka'abah.


HAKIKAT ALLAHU AKBAR DALAM SOLAT IALAH :
“Mengambil magna ucapan Nabi Adam AS. Ketika berdiri menyaksikan dirinya sendiri
dan Nabi Adam A.S mengucap kalimah Allahu Akhbar.
Peristiwa ini merupakan tajjali (perpindahan) diri rahsia Allah sehingga dapat di
tanggung oleh manusia dengan 4 perkara iaitu :
1. Wujud
2. Ilmu
3. Nur
4. Syahadah
Perkataan Allah pada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat zat sedangkan
perkataan “Akhbar” pada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat sifat.
Jadi zat dan sifat itu tidak boleh berpisah. Dzat dan sifat sama-sama saling puji memuji.

DALAM SOLAT ITU JUGA MENGANDUNGI HAKIKAT ZAKAT.


Hakikat zakat dalam solat ialah :
Mengandungi makna“Pembersih hati“ daripada syirik kepada Allah SWT.
“Iiya Kanak Budu Wa Iiya Kanasta’in”
Hanya kepada Allah lah aku menyembah dan hanya kepada Allah lah aku mohon
pertolongan

HAKIKAT PUASA DALAM SHALAT :


a. Tidak Boleh Makan Dan Minum
b. Mata Berpuasa
c. Telinga Berpuasa
d. Kulit Berpuasa
e. Hati Berpuasa

You might also like