You are on page 1of 17

PENGAWETAN

BAHAN TUMBUHAN
 Pengawetan Basah
 Pengawetan Kering (Herbarium)
Awetan Basah

 Campuran FAA (formalin-asid-alkohol)


digunakan sebagai bahan awet.
 Kandungannya ialah:
 50% alkohol (etanol)……90cm3
 Asid asetik………………. 5cm3
 Formalin…………………. 5cm3
 Simpan spesimen dalam larutan tersebut
Herbarium
 Alat-alat untuk menyediakan herbarium:
 Alat penekan (plant press)
 Tali pengikat
 Kadboard – ukuran 33cm x 50cm untuk
mengapit spesimen
 Lapisan kertas – boleh gunakan kertas surat
khabar
 Kertas herbarium – berwarna putih,
berukuran 48cm x 30cm
Herbarium:
Proses Pengapitan (Pressing)
 Pilih spesimen yang sesuai;
 Daun tidak dimakan ulat
 Bahagian yang dapat mempamerkan
seberapa banyak sifat yang boleh seperti
bunga dan buah (jika ada)
Herbarium:
Proses Pengapitan (Pressing)
 Susun spesimen antara kertas surat
khabar:
 Keratan spesimen jangan melebihi kertas
kadboard
 Susun daun supaya tidak bertindih
(buangkan sebahagian daun jika terlalu
banyak)
Herbarium:
Proses Pengapitan (Pressing)
 Apit kertas surat khabar dengan alat
penekan
 Ikat tali dengan kuat di sekeliling alat
penekan beberapa kali
Herbarium:
Mengeringkan Spesimen
 Terdapat dua cara mengeringkan
spesimen:
 Di bawah cahaya matahari
 Menggunakan ketuhar
Herbarium:
Mengeringkan Spesimen
Di Bawah Cahaya Matahari
 Spesimen dalam alat penekan diletakkan
di bawah cahaya matahari
 Tukar kertas surat khabar dan ikat
kembali alat penekan setiap hari
sehingga spesimen menjadi kering
Herbarium:
Mengeringkan Spesimen
Menggunakan Ketuhar
 Spesimen dalam alat penekan
dimasukkan dalam ketuhar pada suhu
45oC hingga 60oC selama 3 hingga 7 hari
 Lapisan kertas surat khabar perlu ditukar
bila-bila perlu
Herbarium:
Melekatkan Spesimen
(Mounting)
 Seboleh-bolehnya bahagian asal
tumbuhan dikekalkan
 Batang tumbuhan boleh dilekatkan pada
kertas herbarium dengan menggunakan:
 Jarum dan benang; atau
 Gam
 Daun yang lebar boleh dijahit atau digam
pada batangnya
Herbarium:
Melekatkan Spesimen
(Mounting)
 Panduan mengatur spesimen pada
kertas herbarium:
 Pilih bahagian yang dapat mempamerkan
seberapa banyak sifat yang boleh
 Dedahkan bunga atau buah yang terlindung
 Bahagian yang mudah tertanggal
dimasukkan ke dalam sampul kertas
 Pamerkan kedua-dua belah daun
Herbarium:
Melekatkan Spesimen
(Mounting)
 Jika boleh pamerkan kedua aspek bunga

Bunga (depan)
Bunga (belakang)

Sampul kertas

Label
Herbarium:
Melekatkan Spesimen
(Mounting)

 Spesimen besar
disusun secara
diagonal
Herbarium:
Melekatkan Spesimen
(Mounting)

 Spesimen yang
panjang boleh dilipat
Herbarium:
Melabel Spesimen
 Label dilekat di bahagian bawah kertas
herbarium
 Maklumat yang perlu ada:
 Nama saintifik
 Nama am
 Nama family
 Tempat dikutip
 Habitat
 Nama pengutip
 Tarikh dikutip
 Nombor rujukan
Herbarium: Penyimpanan

 Diletakkan dalam fail kertas


 Simpan dalam kabinet sesuai:
 Yang tidak mudah dimasuki musuh seperti
kumbang, lipas, kutu dan gegat
 Letakkan racun serangga
Herbarium: Rawatan
Spesimen
 Untuk mengelakkan spesimen diserang
musuh
 Gunakan alkohol 70% atau spirit
bermetil:
 Celupkan spesimen ke dalam larutan
beberapa saat sebelum proses pengapitan
 Dapat membunuh kulat, bakteria, telur
serangga dsb

You might also like