You are on page 1of 30

Alam Duniaku

Alam Duniaku
Karangan contoh SPM, PMR dan bahan komsas lain. Untuk memudahkan pelajar
menghadapi SPM dan PMR serta kehidupan pelajar yang mencabar. Semoga anda semua
berjaya.
Sunday, December 23, 2007

Aku Menjadi Lebih Berani

SAJAK KHAS UNTUK WANITA?


Sajak Aku Menjadi Lebih Berani sememangnya satu sajak yang menarik perhatian
saya. Sajak ini menarik kerana sajak ini cuba menonjolkan perasaan wanita
terutama dalam sesuatu perhubungan. Wanita sering dianggap kaum yang lemah dan
mudah mengalah tetapi dalam sajak ini wanita digambarkan insan yang berhati
mulia dan mampu berubah secara positif.
Kalau pelajar teliti sajak ini terutama dalam rangkap pertama cuba menonjolkan
perbezaan antara wanita atau penyajak dengan lelaki atau sahabatnya. Perbezaan
itu ialah wanita lebih baik hatinya berbanding sahabatnya. Memang dalam rangkap
ini tidak dijelaskan siapa sahabat wanita itu tetapi kita boleh membuat andaian
bahawa sahabatnya itu seorang lelaki yang tidak baik hatinya. Bukankah lelaki
suka mengambil kesempatan?
Rangkap kedua menarik kerana penyajak cuba menyingkap perasaan wanita yang
sememangnya tabah terutama dalam aspek fizikal iaitu seksaan fizikal. Kita
sering kali mendengar wanita diseksa tetapi mampu bertahan (jangan amalkan sikap
ini) tetapi sebenarnya wanita lebih mudah terguris hatinya apabila mendengar
ungkapan kata-kata yang tidak menyenangkannya terutama daripada sahabatnya yang
bernama lelaki. Wanita sensitif terhadap kata-kata.
Rangkap ketiga menjadi tempat penyajak untuk membuktikan perubahan wanita itu.
Sering kali dipermainkan oleh lelaki atau sahabatnya telah menyebabkan wanita
itu menjadi lebih matang dan tabah mengharungi kehidupan.
Biasanya baris kedua rangkap kedua sajak ini iaitu sebilah pisaumu aku tidak
gentar sering ditanya kerana baris ini memberitahu bahawa wanita tahan seksaan
fizikal lebih baik daripada lelaki. Wanita sememangnya tabah mengharungi cabaran
hidup.
Manakala rangkap terakhir baris pertama iaitu hati dan rasa mengajarku memberi
makna bahawa wanita telah memahami pengalaman lalu dan mengambil iktibar
daripadanya. Wanita zaman kini sudah mampu berfikir sendiri.
Kalau saya ditanya pelajar sudah pasti sajak ini menjadi satu sajak yang bakal
saya tampalkan di dinding bilik saya (kalau saya wanita). Sajak ini memberi satu
semangat baru kepada wanita supaya lebih tabah, matang berfikir dan tidak
bergantung kepada lelaki dalam kehidupan mereka.
Untuk lelaki, sajak ini juga membawa satu peringatan. Jangan lukakan hati
wanita. Jangan memandang rendah kebolehan wanita. Jangan mempermainkan perasaan
wanita kerana wanita itu lebih tinggi darjatnya daripada lelaki yang tidak
bermaruah.
Terus belajar pelajar-pelajarku.
Posted by Cikgu Azman at 10:52 PM 1 comments Links to this post
Friday, December 14, 2007
Karangan Karya Sastera.....Penting Karangan Ini

Karya sastera mampu mencorakkan minda pembaca.


Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Karya sastera merujuk hasil penulisan yang meninggikan budaya sesuatu masyarakat
itu. Karya yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsur pengajaran
positif dan mampu memberi satu kesedaran kepada setiap pembacanya. Sajak, novel,
pantun, gurindam, cerpen dan seloka antara contoh karya sastera. Sememangnya
karya sebegini berupaya untuk mematangkan pemikiran seseorang itu terutama
golongan remaja.

Karya sastera sering mengupas kemelut social yang sudah berlaku, sedang berlaku,
dan mungkin bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini menyebabkan
pembaca mengetahui sesuatu kemelut itu dengan lebih baik dan faham impak yang
timbul. Pembaca tidak lagi melihat kemelut hanya daripada satu aspek sahaja
tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor menjurus kea rah kemelut tersebut.
Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yang berguna kepada pembaca dalam
melihat kehidupannya.

Lantaran itu, karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca. Kesedaran
ini timbul setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusik jiwa mereka.
Novel Bukit Kepong mampu menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab mereka tidak
menyertai pasukan polis atau pembaca mula melihat anggota polis dengan satu
pandangan baru yang positif. Jadi, tanpa karya sastera mungkin masyarakat tidak
mengalami apa-apa perubahan minda.

Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan. Pemilihan katanya


begitu indah dan menyentuh naluri kita. Keindahan bahasa itu melambangkan
keyakinan masyarakatnya terhadap bahasa sendiri. Kemahiran berbahasa ini sudah
pasti memberi impak yang positif kepada pembaca jua. Sesungguhnya, karya sastera
menyebabkan pembaca memiliki pengetahuan bahasa yang luas dan berguna dalam
kehidupannya serta kerjaya mereka.

Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri


ketika menghasilkan karya mereka. Pengalaman itu mampu dikongsi bersama oleh
pembaca. Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olah berlaku
antara penulis dan pembaca. Keadaan ini memberi satu bentuk hubungan peribadi
antara penulis dan pembaca yang memudahkan sesuatu karya itu difahami oleh
pembaca. Situasi ini menghidupakan masyarakat untuk menjadi satu entity yang
berperasaan kemanusiaan sejagat. Masyarakat yang tiada pilih kasih dan
mementingkan diri.

Namun, tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya. Karya sastera


sering dikatakan membosankan, tidak menepati cita rasa remaja, terlalu panjang,
sukar difahami, tidak melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagi alas an
yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan karya sastera dipinggirkan oleh
masyarakat terutama remaja yang lebih suka sesuatu yang pantas dan mudah
difahami. Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera semakin menghilang.

Kesimpulannya, karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakat moden.


Cuma karya sastera harus berubah paradigma mereka. Karya sastera harus mencari
jalan untuk menembusi minda remaja. Kejayaan karya sastera memahami keperluan
remaja bakal memastikan karya murni ini terus hidup subur dalam sanubari
masyarakat kita. Sanggupkah kita melihat karya sastera hilang di persada dunia
ini?
Posted by Cikgu Azman at 7:46 PM 0 comments Links to this post
Monday, December 10, 2007
Saya Suka Gunting Rambut?

Anda suka gunting rambut? Saya suka. Malah hampir setiap dua minggu saya akan
pergi ke kedai gunting rambut kegemaran saya. Kalau rambut saya terlalu panjang
saya akan gelisah. Ketika tidur saya tidak suka helaian rambut saya terkena
kuping telinga. Jadi, Tukang Gunting memang sajak yang dekat pada hati saya.
Terlalu suka.

Rangkap pertama sajak ini menceritakan tempat Tukang Gunting menjalankan


kerjanya. Pokok Semarak Api yang menjadi tumpuan orang ramai menjadi pilihan
Tukang Gunting. Sememangnya kawasan yang strategik penting dalam setiap
perniagaan. Tukang Gunting juga mampu berfikir seperti seorang ahli perniagaan.
Rangkap kedua lebih ke arah menjelaskan peralatan yang dimiliki oleh Tukang
Gunting. Berbekalkan sebilah gunting, cermin yang rosak, sikat yang rosak dan
bangku, Tukang Gunting mencari nafkah untuk keluarganya. Semua peralatan yang
usang, rosak dan sedikit ini membuktikan betapa pendapatan Tukang Gunting agak
kecil.
Manakala dalam rangkap ketiga, penyajak cuba membandingkan Tukang Gunting dengan
Pokok Semarak Api daripada aspek semangatnya. Bunga Pokok Semarak Api yang gugur
bertaburan itu disamakan dengan kekuatan semangat Tukang Gunting dalam melakukan
tugasnya.
Rangkap Keempat menceritakan keadaan Tukang Gunting ketika menunggu kedatangan
pelanggannya. Tukang Gunting dianggap merenung masa muda dan merancang masa
depannya. Mungkin penyajak cuba menggambarkan Tukang Gunting seorang insan yang
mempunyai perasaan dan cita-cita seperti insan lain.
Saya suka dengan rangkap terakhir sajak ini kerana rangkap ini membuktikan
betapa Tukang Gunting mengutamakan keluarganya terutama 4 anaknya itu. Tukang
Gunting berjanji akan terus bekerja bukan untuk dirinya tetapi untuk
keluarganya. Tukang Gunting jenis yang sanggup berkorban.
Sajak ini memang mudah difahami oleh pelajar. Cuma pelajar harus faham bahawa
soalan tentang cara-cara meningkatkan pendapatan Tukang Gunting sering ditanya.
Soalan mengenai tanda-tanda kemiskinan Tukang Gunting turut menjadi soalan
lazim. Begitu juga dengan tempat Tukang Gunting bekerja dan perkara yang
dilakukannya ketika menunggu pelanggan.
Manakala rangkai kata di lumpur sungai manusia menjelaskan kawasan itu tumpuan
masyarakat. Begitu juga rangkai kata ia tambatkan perahu hidup yang merujuk
pekerjaannya dan tempat bekerjanya.
Bila anda nak gunting rambut?
Teruskan belajar pelajar-pelajarku.
Posted by Cikgu Azman at 11:15 PM 2 comments Links to this post
Sunday, December 09, 2007
Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Jelaskan langkah-langkah
untuk menyelamatkannya

Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian
pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam
sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada
sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam
sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita
sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih
penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil
untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam
sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan
kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam
jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah
penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang
paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah
oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat berbahaya kepada masyarakat di jagatraya. Oleh
itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya
dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspen


penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini penting sebagai langkah menjaga alam
sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina
oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Dalam
kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai
mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap
pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak
berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam pada itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu
diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan
alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali
lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke
dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan
buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan
surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu.Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam
minum air” Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos
mereka sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran
sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur
buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat
diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak
langkah ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam
sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai
matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar.

Secara tuntas, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk
mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh
meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama
bagai aur dengan tebing yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan
tentunya akan lebih bermakna. Hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang.
Hal ini sinonim dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”

Karangan ini dihasilkan oleh pelajar saya iaitu Chin Yee


Posted by Cikgu Azman at 8:14 PM 1 comments Links to this post
Thursday, December 06, 2007
Belajar Bermula Dengan Minat

Ramai pelajar saya yang mengadu bahawa mereka tidak mampu menguasai BM dengan
baik. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka kepada saya. Ada yang menggunakan
alasan guru BM mereka tidak pandai mengajar. Ada yang menganggap mereka tidak
nampak kepentingan BM dalam kehidupan. Ada juga yang terpaksa mengambil BM.
Pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka ini menyebabkan saya termenung
seketika. Memang mudah untuk menyalahkan sesuatu atau orang lain apabila kita
gagal melakukan sesuatu perkara itu.
Sudah hampir dua dekad saya mengajar dan selama saya mengajar itu, satu sikap
yang ketara wujud dalam diri pelajar yang menguasai BM ialah mereka memang minat
terhadap subjek tersebut. Minat dalam erti kata mereka sanggup menghadiri kelas
tambahan selain kelas biasa yang dianjurkan oleh guru mereka. Mereka juga sering
bertanya soalan yang terbuku di dalam hati mereka. Setiap latihan yang diberikan
oleg guru pasti dilakukan oleh mereka tanpa berlengah masa lagi.
Jadi, kalau pelajar semua ingat tahu rahsia utama untuk berjaya dalam BM dan
mungkin subjek lain ialah minat kita terhadap subjek tersebut. Lihat sahaja
kejayaan yang dimiliki oleh David Beckham atau Nicol David atau Tiger Wood. Saya
yakin mereka berjaya kerana mereka meminati bidang sukan yang diceburi. Mereka
tidak dipaksa atau disuruh oleh sesiapa tetapi diri mereka yang ingin mencapai
sesuatu kejayaan yang sukar dibuat oleh sesiapa. Bola lencongan tendangan
percuma Beckham bukan semua orang mampu lakukan. Latihan demi latihan yang
dibuat oleh pemain itu tercetus kerana minat yang mendalam.
Tanya diri anda sendiri. Sejauh mana minat anda terhadap BM. Untuk lulus? Untuk
memuaskan hati ibubapa? Untuk memastikan diri tidak malu atau untuk diri
sendiri. Maksud saya untuk mempelajari BM kerana BM itu penting dalam
pembangunan sahsiah diri seseorang. Penguasaan bahasa termasuklah BM pasti
menjadi aset penting dalam kehidupan seseorang. Dalam era globalisasi ini bukan
sahaja segulung ijazah penting tetapi kelebihan seseorang juga penting dan
bahasa mampu memberi satu ciri unik kepada seseorang pelajar. Percayalah pelajar
yang menguasai BM dan bahasa lain mampu hidup dalam alaf yang penuh persaingan
ini.
Jadi, mulai minggu ini dan minggu seterusnya, saya akan menulis setiap bahagian
BM untuk memudahkan pelajar menghadapi SPM 2008. Pelajar pula haruslah menilai
dan membuat ketetapan diri. Anda minat atau tidak minat. Kalau minat teruskan
membaca. Kalau tidak minat, cari atau teroka cara untuk meminati BM kerana anda
semua masih mempunyai masa.
Terus belajar pelajar-pelajarku.
Posted by Cikgu Azman at 11:07 PM 0 comments Links to this post
Sunday, November 11, 2007
Bandingkan Latar Masyarakat BK dan KT - Rangka Jawapan

Bandingkan Latar Masyarakat

Beza

Masyarakat polis BK
Masyarakat pemuzik KT

Sama

Masyarakat yang suka menyusahkan orang BK –komunis KT-Datin Salmah


Masyarakat bekerjasama BK-Polis dan Orang Kg KT –Hilmi dan Mamat
Masyarakat kg – BK-Othman KT-Hilmi
Masyarakat yang mengingati agama – BK Othman dan Limah KT Hayati dan Hilmi
Posted by Cikgu Azman at 8:44 PM 0 comments Links to this post
Kenapa Watak dan Perwatakan Penting Dalam Novel? - Rangka Jawapan

Kepentingan Watak dan Perwatakan dalam novel

Menjadikan jalan cerita lebih menarik untuk dibaca


Menghidupkan cerita dengan lebih berupa realiti
Mewujudkan konflik dengan watak lain
Menyampaikan tema pengarang lebih jelas menerusi perwatakan watak
Posted by Cikgu Azman at 6:39 PM 0 comments Links to this post
Karangan Pelancongan - Peranan Pelajar dalam Menjayakan Kempen Melawat Malaysia.

Pelancongan Peranan pelajar dalam menjayakan kempen melawat Malaysia?

Terlibat dalam aktiviti kempen tersebut.


Melancong di dalam negara

Membeli karf tangan buatan negara

Menulis surat kepada sahabat luar dan dalam negara mengenai keindahan negara
Posted by Cikgu Azman at 6:34 PM 0 comments Links to this post
Plot - Cuba fahamkan ok

Plot Plot terdiri daripada permulaan,perkembangan, konflik, puncak dan


peleraian. Biasanya soalan SPM akan menyoal aspek Peleraian, Puncak dan Konflik
serta Permulaan. Peleraian ialah penutup- jelaskan anda suka atau tidak dengan
penutup KT. Jelaskan juga kelebihan penutup novel itu mengikut pandangan anda.
Puncak dalam KT ialah pembedahan yang menyaksikan Hilmi tidak mampu meneruskan
tanggungjawabnya untuk mengendalikan konsert itu. Konflik memerlukan anda
menerangkan masalah-masalah yang wujud seperti tindakan Azizah membuat fitnah
terhadap Hilmi, masalah Hilmi dengan Datin dan Hilmi dengan Persatuan Muzik.
Permulaan memerlukan anda jelaskan bagaimana Hilmi bertemu dengan Datin dan
Hayati serta memperoleh kerja.
Posted by Cikgu Azman at 5:28 PM 0 comments Links to this post
Karangan Modal Insan - Contoh Isi

Modal Insan?

Maksudnya –

Golongan remaja yang harus memiliki sikap positif

Sumber manusia yang mampu bersaing dalam dunia globalisasi

Manusia yang memiliki keupayaan untuk membangunkan negara

Peranan keluarga bentuk modal insan

Memberi teladan yang baik

Memberi kemudahan yang sesuai seperti pendidikan dan kewangan

Memberi kasih sayang yang cukup

Peranan kerajaan

Mewujudkan suasana negara yang sesuai untuk perkembangan minda remaja

Mewujudkan peluang kerja yang cukup


Posted by Cikgu Azman at 4:57 PM 0 comments Links to this post
Pesanan Saya Buat Anda Semua...Moga Berjaya dan Lakukan Terbaik Untuk SPM 2007
Anda

Sudah pasti ini hari terakhir untuk pelajar-pelajar saya menyiapkan diri mereka
untuk SPM. Sudah pasti mereka akan bertanya kepada saya, nasihat terakhir. Jawab
saya mudah shaaja, buat yang terbaik dan fikir sebelum anda menulis jawapan.
Dalam hidup ini kita sering diberi peluang untuk membuktikan sesuatu. Kali ini
anda semua diberi peluang untuk membuktikan siapa diri anda. Adakah anda
mempunyai nilai? Adakah anda mempunyai prospek hidup? Adakah anda akan berjaya
mengharungi kehidupan ini?
Sebenarnya, semua pelajar sudah bersedia. Cuma keadaan yang mendesak telah
menyebabkan mereka semua tertanya-tanya mengenai keupayaan diri mereka. Keadaan
ini menyebabkan ramai yang keliru dan cemas. Pelbagai soalan yang ditanya pada
saat-saat akhir ini membuktikan pelajar memang cemas. Mereka seharusnya tenang.
Tenang? Pelajar harus melihat semua soalan-soalan ramalan yang sudah diberikan
oleh guru mereka pada saat-saat akhir ini. Tiada lagi masa untuk membaca
nota-nota yang panjang itu. Tiada lagi masa untuk melihat kandungan buku teks
yang tebal itu. Tidak ada masa lagi untuk berbincang.
Semua nota dan seminar yang diberikan oleh guru-guru anda sudah cukup. Mereka
sudah pasti membuat analisis yang lengkap sebelum memberi seminar kepada
pelajar-pelajarnya. Untuk saya pula, pelajar seharusnya membaca nota seminar dan
memasuki blog untuk pemerhatian terakhir.
Ketika menjawab soalan esok, pastikan anda membaca dan memahami soalan dengan
baik. Setiap jawapan anda harus berkaitan dengan soalan yang ditanya. Anda harus
berfikir dengan tenang dengan memberikan fokus 100% terhadap soalan BM esok.
Jawab dengan tenang dan bijak. Rancang masa anda untuk setiap soalan.
Saya akan sering mendoakan kejayaan anda walaupun saya tiada di samping anda dan
saya akan sentiasa berada di samping anda. Percayalah kerana anda pelajar saya
buat selama-lamanya.
Selamat Hadapi SPM 2007.
Posted by Cikgu Azman at 3:19 PM 0 comments Links to this post
Sudah baca Pusaran dan Peminangan Puteri Gunung Ledang?
Pusaran
Hubungan manusia dengan haiwan?
Mohsin peladang berjaya tetapi tidak mahu anaknya belajar tinggi, kenapa?
Kepercayaan karut dalam masyarakat melayu?
Bukti Pusaran dan Junid rapat?

Peminangan Puteri Gunung Ledang


Sebab sultan ingin kahwin semula?
Syarat-syarat peminangan?
Wakil peminangan sultan yang sebenar?
Peristiwa ganjil yang berlaku?
Sebab puteri memberikan syarat-syarat itu?
Posted by Cikgu Azman at 3:13 PM 0 comments Links to this post
Serunai Malam - Fahamkan

Serunai Malam
Kebaikan dan keburukan menjadi guru?
Perbezaan watak Umar dan Safiah?
Cara-cara memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja?
Posted by Cikgu Azman at 2:57 PM 0 comments Links to this post
Sajak Anak Laut - Fakta Perlu diketahui

Anak Laut
Maksud kolek?
Bukti-bukti pendapatan nelayan rendah?
Cara-cara meningkatkan taraf hidup nelayan kita?
Sebab-sebab penyajak menyamakan anak laut dengan kolek?
Posted by Cikgu Azman at 2:51 PM 0 comments Links to this post
Sajak Jalan-Jalanraya Kotaku - Fakta Penting Difahami
Jalan-jalan raya kotaku
Sikap pengguna jalan raya ?
Cara-cara mengurangkan kemalangan jalan raya?
Cara-cara memandu di jalan raya mengikut sajak ini?
Posted by Cikgu Azman at 12:03 AM 0 comments Links to this post
Pertarungan Hang Tuah dan Jebat - Fakta Perlu Difahami

Pertarungan Hang Tuah dan Jebat


Siapa hero?
Sebab-sebab Hang Tuah menentang Hang Jebat?
Sebab-sebab Hang Jebat menentang Sultan?
Tindakan anda untuk menyelamarkan Hang Jebat?
Posted by Cikgu Azman at 12:01 AM 0 comments Links to this post
Saturday, November 10, 2007
Bahasa Canggih Untuk Karangan?

Kata-kata Canggih
Eksistensi –kewujudan
Eksistensi masyarakat kita ditentukan melalui sikap toleransi
Elegan – anggun
Dia kelihatan begitu elegan dengan pakaian itu.
Irigasi – pengairan
Sistem irigasi yang baik memastikan tiada bencana alam.
Korelasi – hubung kait
Wujudnya korelasi antara kejadian ragut itu dengan pembunuhan tersebut.
Direktif – arahan
Perdan Menteri telah memberi direktif kepada pekerja sektor awam supaya lebih
telus.
Posted by Cikgu Azman at 11:58 PM 1 comments Links to this post
Kritikan Sosial Dalam Novel Konserto Terakhir? - Rangka Jawapan

Kritikan Sosial – pengarang menggunakan masalah yang wujud di dalam novel untuk
menjelaskan keadaan yang sama berlaku dalam masyarakat kita.
Mementingkan darjat – Datin Salmah
Melupakan ajaran agama – Dato Johari
Masalah perkahwinan lumrah – Azizah dan Hilmi berpisah
Posted by Cikgu Azman at 11:55 PM 0 comments Links to this post
Semangat Setiakawan Dalam Novel ? - Rangka Jawapan

Setiakawan – semangat tolong menolong antara sahabat


Mamat tolong Hilmi menulis surat dari kampungnya.
Mamat membantu Hilmi bertemu dengan Hayati di taman bunga sebelum Hayati ke
London.
Mamat menemukan Hilmi dengan Encik Bakar.
Posted by Cikgu Azman at 11:52 PM 0 comments Links to this post
Bandingkan Watak dan Perwatakan - Rangka Jawapan

Bandingkan watak dan perwatakan?


Sama
Hilmi dan Othman– berasal dari kg di Kedah.
Hilmi dan Othman – beriman kepada Tuhan
Hilmi dan Othman – tabah hadapi cabaran mereka
Perbezaan
Hilmi – bekerja sebagai pemuzik
Othman – bekerja sebagai polis
Hilmi – mati
Othman – menjadi cacat
Hilmi – isterinya hidup
Othman – isterinya menjadi gila
Posted by Cikgu Azman at 11:50 PM 0 comments Links to this post
Friday, November 09, 2007
Mariah - Pastikan anda tahu jawapan soalan-soalan di bawah

Mariah
Perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh ayah Mariah?
Peristiwa malang yang menimpa keluarga Mariah?
Tindakan anda sebagai Mariah jika menghadapi keadaan yang sama?
Sikap positif yang dimiliki oleh Mariah?
Peranan Cikgu Tini dan Borhan?
Posted by Cikgu Azman at 11:44 PM 0 comments Links to this post
Konflik Novel - Rangka Jawapan

Konflik-konflik

Novel yang saya kaji adalah novel Konserto Terakhir yang ditulis oleh Abdullah
Hussain.

Terdapat beberapa sebab pengarang menimbulkan konflik antara watak dalam novel
ini.
Antaranya adalah konflik menjadikan cerita lebih menarik. Contohnya konflik
Hilmi dengan Datin Salmah yang melibatkan hubungan Hilmi dengan Hayati.

Selain itu, konflik dapat memanjangkan cerita. Contohnya konflik Hilmi dan Datuk
Johari berakhir apabila Datuk Johari mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya.

Di samping itu, konflik dapat memastikan plot berjalan lancar dan kemas.
Contohnya, konflik Hilmi dengan Datin Salmah disambung dengan konflik Hilmi dan
Azizah.

Akhir sekali, konflik dapat menguji perwatakan watak utama. Contohnya Hilmi yang
berjaya menjadi pemuzik terkenal.

Rangka jawapan ini disediakan oleh pelajar saya YAP.

Posted by Cikgu Azman at 11:30 PM 0 comments Links to this post


Unsur Suspens - Rangka Jawapan

Unsur suspens

Novel yang saya kaji adalah novel Konserto Terakhir yang ditulis oleh Abdullah
Hussain.

Dalam novel ini terdapat banyak unsur suspens.

Antaranya adalah ketika Datuk Johari menerima surat daripada ayah Hilmi yang
memanggil Hilmi untuk pulang ke kampung kerana ayahnya sakit. Rupanya surat itu
merupakan surat palsu yang ditulis oleh Mamat.

Selain itu, ketika Konsert Perdana hampir bermula, Hilmi telah hilangkan diri.
Rupanya Hilmi telah sakit dan dibawa ke hospital dan Hayati yang mengantikan
Hilmi dalam Konsert Perdana.

Akhir sekali, ketika Hilmi dibawa ke hospital, semua orang berasa risau.
Malangnya, Hilmi telah sakit tenat dan meninggal dunia.

Rangka jawapan ini disediakan oleh pelajar saya YAP.

Posted by Cikgu Azman at 11:27 PM 0 comments Links to this post


Teknik Plot - Rangka Jawapan

Teknik Plot

Novel yang saya kaji adalah novel Bukit Kepong yang ditulis oleh Ismail Johari.

Teknik plot yang digunakan dalam novel ini ialah teknik dialog. Contohnya dialog
antara Pon Khalid dengan suaminya tentang lembaga yang dilihat oleh Pon Khalid
di luar rumahnya.

Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik monolog dalaman. Contohnya, Othman
berkata-kata sendirian dalam hati tentang kedudukan Bukit Kepong yang sangat
jauh.

Pengarang juga menggunakan teknik pemerian. Pengarang menggambarkan keadaan


Othman sebagai berkulit gelap sedikit tetapi tegap.

Di samping itu, teknik suspens juga digunakan dalam novel ini. Contohnya,
peristiwa penumpang bas yang ditahan oleh komunis dan semuanya disuruh
menanggalkan pakaian mereka.

Akhir sekali, pengarang juga menggunakan teknik kejutan. Contohnya watak Limah
yang digambarkan sebagai wanita yang lemah-lembut telah menjadi gila semasa
menerima berita palsu tentang kematian Othman.

Rangka jawapan ini disediakan oleh pelajar saya Yap.

Posted by Cikgu Azman at 11:24 PM 0 comments Links to this post


Thursday, November 08, 2007
Karangan Rasuah - Rangka Karangan

Amalan Rasuah
Punca dan langkah mengatasi?
Maksud – membantu seseorang dengan mengharapkan bantuan balas.
Makan suap, duit bawah meja, duit kopi
Punca
Sikap mengutamakan kebendaan
Undang-undang yang tidak ketat
Sikap masyarakat yang mengambar rasuah sudah menjadi satu budaya hidup
Langkah atasi
Ketatkan undang-undang
Kempen kesedaran
Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri remaja
Menjadikan proses permohonan dan perniagaan lebih telus
Posted by Cikgu Azman at 6:13 PM 0 comments Links to this post
Karangan Vandalisme - Rangka Karangan

Maksud – Gejala memusnahkan kemudahan awam terutama tandas dan pondok telefon.
Punca-punca?
Kurangnya kesedaran sivik masyarakat terutama dalam kalangan remaja .
Pengaruh rakan untuk memusnahkan kemudahan awam sebagai tanda menjadi ahli
kumpulan.
Kurangnya pengawasan pihak berkuasa terhadap kemudahan awam ini.
Remaja tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan.
Posted by Cikgu Azman at 6:09 PM 1 comments Links to this post
Karangan Mat Rempit - Rangka Karangan

Maksudnya – Pelumba haram


Langkah mengatasi?
Ketatkan penguatkuasaan seperti sekatan jalan raya lebih ketat terutama di
kawasan berisiko tinggi untuk dijadikan kawasan perlumbaan.
Mengetatkan pemberian lesen motosikal terutama kepada remaja.
Menjalankan kempen kesedaran terutama kesan negatif mat rempit
Menjalankan lebih banyak program untuk remaja seperti mewujudkan litar khas
untuk mereka berlumba
Posted by Cikgu Azman at 6:06 PM 1 comments Links to this post
Fakta Penting Di Sisi Rinda

<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Kesan peperangan terhadap sesebuah


negara dan masyarakat?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Kesan psikologi terhadap seseorang?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Konsep magis dalam masyarakat?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Hubungan persahabatan yang sejati
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Tindakan bijak dalam menerima
kesusahan?
Posted by Cikgu Azman at 12:07 AM 0 comments Links to this post
Fakta Penting Virus Zel Untuk Abah

Virus Zel untuk Abah


<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Keluarga penting dalam kesejahteraan
anak?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Siapa ego?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Sikap remaja zaman sekarang?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Tindakan anda sebagai sahabat?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Tindakan anda sebagai abah?
<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->Konsep Ibu Tunggal dalam masyarakat
Posted by Cikgu Azman at 12:03 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, November 06, 2007
Karangan Pengangkutan Awam

Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan tetapi usaha itu
masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya.
Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai
pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang
sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini
tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda
sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang
sudah berlanjutan agak lama ini.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi
dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan
kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna
pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka
hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut
utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat
negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan
awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama
bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal
mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk
dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu,
masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan
pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi
masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT
atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang
terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki
pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan
kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat.
Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan
segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja
mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu.
Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya
yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam
ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada
semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya,
semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka
lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta
masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak
kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat
semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus
berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat
dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas
dalam kemelut ini.
Posted by Cikgu Azman at 10:51 PM 1 comments Links to this post
Karangan Semangat Nasionalisme Remaja

Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini sering
dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.
Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada
remaja.
Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang
mendalam terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini
semakin berkurangan terutama dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak
kehidupan yang semakin berubah selari dengan perubahan zaman. Maka, banyak
tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus wujud kerana
sikap ini memiliki kesan yang positif.
Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan
secara meluas. Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu
memberi rasa cinta yang meluas dalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini
menyedarkan remaja mengenai kepentingan memiliki sikap menyintai negara yang
mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap
nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.
Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup
berkorban demi kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh
dilakukan melalui penggunaan media massa dengan menyiarkan maklumat diri
pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan tindakan mereka dalam menentukan
hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan
pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu
melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya,
langkah mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu
meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh
pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.
Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu
pertandingan yang melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan
pementasan drama yang bertemakan semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat
memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang dialami oleh
pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur
sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah
lama meninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini
memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara mereka.
Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan
masyarakat. Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan
kejohanan sukan, memenangi sesuatu anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat
kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita mendaki Gunung Everest dan
penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan negara ini
selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu.
Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang
boleh mereka banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang
negara sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara memberikan satu motivasi
yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau
menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.
Sebenarnya, kepentingan utama memiliki semangat cinta akan negara ialah rakyat
di negara ini mampu mengukuhkan perpaduan antara mereka. Semua pihak menyedari
bahawa perpaduanlah yang menjamin kejayaan mereka di Malaysia ini. Semua
memahami bahawa sikap mementingkan negara menyelamatkan negara daripada kancah
pergaduhan antara kaum. Jelaslah, semangat cinta akan negara membentuk
masyarakat kita menghargai perpaduan dan berfikiran matang.
Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting
dalam pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak
lupa akan perjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan
pengorbanan mereka menjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus
merenung dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang mampu mereka sumbangkan
kepada negara” dan bukannya “apa yang mampu diberikan oleh negara kepada
mereka”.
Posted by Cikgu Azman at 10:48 PM 0 comments Links to this post
Karangan Buli

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat


semakin gusar.
Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.
Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan
seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang
dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan
bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan
menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan
membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,
masyarakat dan lain-lain lagi.
Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam
kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan
pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai
puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang
kapada masalah kes buli ini.
Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar
yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian
hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada
orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.
Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin
kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang
selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah
setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika
kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut
perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan
yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang
kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai
langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut
ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak
sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan
melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,
Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa
perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara
mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.
Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan
secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para
pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang
kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani
masalah kes buli ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di
setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki
lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada
mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab
Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli
sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh
menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua
pelajar tahu akannya.
Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para
pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya.
Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan
dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar
itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah
dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli
itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan
kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat
mungkin demi kesejahteraan sekolah.
Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga
harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan
sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih
tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.
Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam
kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh
pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan
hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik
kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka
kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan
patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja,
sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata
pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus
sedangkan dirinya berjalan senget’.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk
bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak
mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya
kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga
harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari
rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada
mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal
sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020
juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana
para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini
pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam
usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi
liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,
kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
Posted by Cikgu Azman at 10:45 PM 0 comments Links to this post
Monday, November 05, 2007
Karangan Kemelut-kemelut Sistem Pengangkutan Awam

Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan tetapi usaha itu
masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya.
Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai
pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang
sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini
tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda
sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang
sudah berlanjutan agak lama ini.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi
dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan
kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna
pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka
hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut
utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat
negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan
awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama
bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal
mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk
dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu,
masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan
pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi
masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT
atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang
terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki
pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan
kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat.
Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan
segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja
mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu.
Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya
yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam
ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada
semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya,
semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka
lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta
masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak
kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat
semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus
berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat
dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas
dalam kemelut ini.
Posted by Cikgu Azman at 10:55 PM 0 comments Links to this post
Karangan Masalah Disiplin Pelajar

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan


kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian
ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga
alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.
Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan
tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa
mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin
menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa
untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan
satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin
mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar
sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang
mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini
turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah
yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah
terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka
melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh
sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin
berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani
masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan
terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk
menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan
masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada
kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak
untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam
membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat.
Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan
sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
Posted by Cikgu Azman at 10:51 PM 0 comments Links to this post
Karangan Kepentingan Budaya?

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam
mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti
kepada kaum tersebut.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada
masyarakat dan negara kita.
Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita
mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain
terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai
pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau
budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan
sewajarnya.
Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang
menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan
identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian
tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan
sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu.
Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya
turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.
Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara
yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada
generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah
untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional
ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut
menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.
Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai
murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada
diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada
yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan
pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau
jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang.
Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan
luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah
mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan
perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya
bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi
penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan
nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.
Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung
anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus
mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara
satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas
perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan
semangat perpaduan kita.
Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang
arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke
arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai
lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke
arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan.
Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah
mencapai kemodenan hidup.
Posted by Cikgu Azman at 10:45 PM 0 comments Links to this post
Sunday, November 04, 2007
Karangan Nilai Murni

Kempen nilai-nilai murni yang dijalankan oleh kerajaan mula mendapat perhatian
masyarakat. Pelbagai kempen yang dilaksanakan memang baik.
Huraikan kepentingan memupuk nilai murni ini.

Usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam hati nurani rakyatnya
telah mula menampakkan hasil. Usaha melalui iklan, kempen, dan dasar kerajaan
telah memberi satu nafas baru kepada masyarakat untuk menjadi satu masyarakat
bertamadun yang mampu menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami. Jadi,
memang nilai-nilai murni memiliki kepentingan dalam pembentukan masyarakat.
Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua peraturan
atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Naluri generasi muda yang suka
memberontak dapat dikawal melalui nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin
dalam usaha mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, memang satu perkara
baik kalau nilai murni mampu menjadikan generasi muda sebagai satu golongan yang
mematuhi peraturan negara.
Lantaran sikap generasi muda yang mematuhi peraturan dapat dijelmakan melalui
sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur jenayah atau
tidak bermoral. Kita tidak lagi mendengar remaja terbabit dalam peras ugut,
terbabit dalam dadah, atau menjadi mat rempit. Remaja akan menjadi satu golongan
yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Bukankah ini
satu kejayaan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh kerajaan?
Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukan nilai murni
memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semua kaum akan menghargai
pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpa menimbulkan sebarang isu
sensitif kepada kaum lain. Keadaan ini menjamin keadaan negara dalam suasana
yang harmoni dan sesuai untuk pertumbuhan ekonomi. Orang memberi, kita berasa,
orang berbudi, kita berbahasa.
Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa.
Rakyat negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unik kerana moden tetapi
mengekalkan budaya yang baik. Masyarakat juga masih mempunyai disiplin dan
berpeibadi mulia. Semua ini akan memberi satu tanggapan positif kepada negara
kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-mana tempat mereka berada.
Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua,
menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi
antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya
tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan
keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek
panas, tak lapuk dek hujan.
Posted by Cikgu Azman at 11:03 PM 0 comments Links to this post
Karangan Pendatang Asing...
Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara
ini. Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai
pendatang asing ini.
Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran pendatang
asing ini.
Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan kini.
Ada masyarakat yang menganggap pekerja asing ini penting dan ada yang menganggap
mereka sebagai pengacau yang harus dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan
isu ini turut dimainkan oleh media massa yang memang menagguk di air keruh.
Jadi, adakah pekerja asing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah
disebalik kehadiran pekerja luar negara ini?
Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu
memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses
mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi
sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa
yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang
kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya.
Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu
saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka
harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh
pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan
kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah
seperti mogok. Keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera
diminati oleh pelabur asing.
Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa
menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap
dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara
jirannya. Negara akan dilihat sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya.
Negara akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai
cita-cita negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara
luar?
Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar
jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini
tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu dan jenayah menjadi tempat untuk
mereka memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi,
smeakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya
jenayah di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan
kehidupan rakyat biasa.
Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang
balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan
untuk membangunkan semula ekonomi negara. Sebaliknya, wang negara digunakan
untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang negara digunakan untuk
membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Keadaan ini tidak sihat terutama
untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawatan ekonomi.
Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan dan menyelamatkan negara.
Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerja asing tetapi cara mengawal
kedatangan mereka, cara menentukan sektor pekerjaan untuk mereka dan mungkin
tempoh bekerja untuk mereka di negara ini. Ringkasnya, masalah ini akan terus
menghantui kita buat sekian lama.
Posted by Cikgu Azman at 10:52 PM 0 comments Links to this post
Karangan Kraf tangan...

Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf tangan untuk
dijual kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang mempertikaikan usaha
mereka ini.
Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia.
Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan kraf tangan
terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh tindakan
kerajaan yang giat memberi galakan supaya mereka menjalankan aktiviti kraf
tangan ini untuk menambah pendapatan mereka. Cuma yang menyedihkan ialah masih
ada suara-suara sumbang yang menganggap tindakan penduduk desa ini tidak akan
berjaya. Jadi, apakah pencetus yang menyebabkan ada segelintir pihak yang
memandang rendah usaha penduduk desa ini?
Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu kerja
penduduk desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama ini masih
di takuk lama yakni tiada perubahan drastik seperti reka bentuk dan penggunaan
warna produk. Mereka menganggap aktiviti sampingan penduduk desa yang memang
tidak mengutamakan kualiti. Pada mata golongan ini, kualiti barangan luar negara
sahaja yang lebih baik walaupun anggapan mereka itu jauh daripada kebenarannya.
Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk desa itu
sendiri. Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan ketiadaan
usaha-usaha konkrit untuk memasarkan hasil kraf tangan ini terutama di pasaran
antarabangsa. Ketiadaan usaha ini atau lebih tepat lagi agensi khas untuk
memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf tangan negara. Mereka
mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas untuk tujuan pemasaran sahaja.
Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan
golongan yang menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong asing
yang kecil dan kekurangan minat dalam kalangan pelancong tempatan untuk membeli
hasil kraf tangan pada mereka telah menyebabkan usaha ini tidak perlu diteruskan
atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah pelancong asing yang lebih ramai
harus disediakan sebelum usaha kraf tangan ini diberi galakan yang menyeluruh.
Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam usaha
meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat kerajaan
tidak memberi galakan yang secukupnya seperti ketiadaan pelepasan cukai
keuntungan atau memberi bantuan teknikal dalam usaha menembusi pasaran luar
negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung kepada kerajaan tanpa berusaha
sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga di luar negara dalam usaha
mengembangkan pasaran kraf tangan negara.
Kesimpulannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS, Kementerian
Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang serius tanggapan negatif
segelintir masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu haruslah proaktif dalam
membuat perancangan untuk menangani pandangan negatif mereka ini. Mungkin agensi
kerajaan ini harus menggunakan pendekatan yang baru atau berbeza dalam usaha
untuk meyakinkan masyarakat bahawa kraf tangan negara memang berpotensi untuk
dikembangkan secara komersial.
Posted by Cikgu Azman at 10:45 PM 0 comments Links to this post
Thursday, October 25, 2007
Contoh Isi Karangan Kedatangan Pekerja Asing?

Karangan kedatangan pekerja asing telah menjadi topik hangat ketika saya memberi
seminar tadi. Ramai pelajar saya bertanya kepada saya. Jadi, saya berikan
contoh-contoh isi kalau soalannya merujuk aspek pengawalan:

USAHA-USAHA PENGAWALAN
• Mengetatkan kawalan di pusat-pusat/pintu masuk negara
• Mengenakan bayaran levi/cukai
• Mengehadkan pembabitan warga asing dalam sektor pekerjaan tertentu sahaja

Namun, kalau soalan karangan menumpukan aspek keburukan, sila rujuk contoh di
bawah:

KEBURUKAN
• Kadar jenayah semakin meningkat
• Mengurangkan peluang mendapatkan pekerjaan di kalangan rakyat tempatan
• Wang negara dibawa keluar dengan banyak
Manakala kesan baik ialah:

KEBAIKAN
• Memenuhi keperluan tenaga buruh negara terutama dalam sektor yang tidak
diminati penduduk tempatan
• Meninggikan imej negara
• Wujud persaingan yang sihat
Posted by Cikgu Azman at 8:25 PM 0 comments Links to this post
Wednesday, October 24, 2007
Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang...

Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah
Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat
penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil
untuk membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada
anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup
dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan
anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa
boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan
mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi,
impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai
jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak
semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak
dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak
penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa
sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya,
menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi
insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan
pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam
buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna
akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak
mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan
hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi
keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap
ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di
negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai
buruk. Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan
sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan
emosi. Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu
bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak.
Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang
positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan
masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan
pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk
memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing”
hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda
sejak belakangan ini.
Posted by Cikgu Azman at 6:29 PM 1 comments Links to this post
Monday, October 22, 2007
Layari Blog Sejarah ....Belajarsejarah.blogspot.com
Pastikan anda melayari blog sejarah ini iaitu Belajarsejarah.blogspot.com kerana
banyak maklumat terkini untuk soalan-soalan sejarah SPM dibincangkan.
Posted by Cikgu Azman at 9:55 PM 0 comments Links to this post
Karangan Membaca Novel Bawa Kesan Baik dan Buruk?

Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja
suka membaca novel yang berunsur cinta.
Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam
kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja
terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel
mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang
dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu
sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk
pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang
mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian
dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah
minda remaja.

Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep
sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah
pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang
digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang
dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca
mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.

Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa


senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu
menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari
atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu.
Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa
melibatkan kegiatan yang tidak baik.

Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan
tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar
akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang
penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak
novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan
terus merosot.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud.
Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai
dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina
satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang
kritis.
Posted by Cikgu Azman at 8:37 PM 1 comments Links to this post
Saturday, October 13, 2007
Karangan Kokurikulum..Kepentingannya

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar


sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke
universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga.
Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan
pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak
mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini
telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk
pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang
tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh
yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era
persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum
mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih
fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan
penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila
melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan
aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang
telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan
masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan
mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka
kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti
melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar
untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka
satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula
menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya
menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia,
syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar
terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka
juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar
pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan


beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa
ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan
persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu
ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu
pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa


sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan
menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan
kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses
pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada
proses kehidupan kita sebagai manusia.
Posted by Cikgu Azman at 1:47 AM 0 comments Links to this post
Karangan Meningkatkan Minat Membaca dan Kesan Positif Amalan itu

Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu
tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan
hanya membaca satu buku sahaja setahun.
Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca dan kesan-kesan
positif yang timbul daripada pembacaan ini.

Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai
membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah
buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun.
Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu
dianggap sebuah negara maju, kadar pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok
kita menilai keutamaan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan
menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan
lebih ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan
seseorang dapat membuat rujukan lebih banyak buku terhadap sesuatu perkara.
Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan masyarakat menganggap
membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan.

Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau
syarikat buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk
pengecualian cukai, keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus diberikan
tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan lebih banyak
penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka akan mengaut
keuntungan.

Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan
kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang
senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak
membaca kerana ketiadaan perpustakaan terutama di kawasan pedalaman.
Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengan drastik kerana perpustakaan ini
mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di kawasan yang padat
penduduk dan terlalu jauh.

Kesan positif yang timbul ialah seseorang yang banyak membaca itu akan
mengetahui banyak perkara baru. Ilmu yang mereka peroleh dapat digunakan dalam
kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir seseorang turut meningkat dengan
baik. Mereka juga mampu melihat dan membandingkan sesuatu perkara itu dengan
lebih mendalam dan objektif. Keadaan ini memudahkan mereka untuk membuat
keputusan yang betul dalam tindakan mereka.

Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab dengan baik
dalam peperiksaan. Pembacaan yang mendalam menyebabkan pelajar itu memahami
sesuatu perkara dengan lebih meluas. Idea dan kebolehan untuk memahami sesuatu
soalan berkait rapat dengan kadar pembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan
sudah pasti akan mereka peroleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka.

Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita


yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti
sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam
aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah orang tua
mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca?
Posted by Cikgu Azman at 1:40 AM 1 comments Links to this post
Thursday, October 11, 2007
Karangan Obesiti...Cara-cara menjaga kesihatan

Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat.
Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan.
Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk
menjaga kesihatan.

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap
kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu.
Semakin baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi
kehidupan mereka. Malah, ada kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik
memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh
digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik.

Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah


yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau
diet yang seimbag memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet
yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin.
Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka masa
panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan
agak berbeza mengikut pandangan seseorang.

Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar
untuk menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan
tempat tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling
turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada
penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itu tidak
diserang penyakit berjangkit seperti taun.

Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali
seminggu sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang
turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa
toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut
mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres sering
dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat
moden terutama di negara ini.

Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan doktor
setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika
seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini
menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang
sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang
itu menderita dengan lebih teruk.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya


dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan
belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan
ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak
tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta
yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana
kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.
Posted by Cikgu Azman at 8:03 PM 0 comments Links to this post
Karangan Fungsi dan Usaha menggalakkan Hobi

Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada banyak pendapat yang
mengatakan bahawa mempunyai hobi membawa banyak kesan baik.
Pada pandangan anda, apakah fungsi-fungsi hobi dan usaha-usaha untuk
menggalakkannya.

Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka memancing, ada
yang suka bersukan, ada yang minat berlumba, ada yang gemar mendaki gunung dan
berbagai-bagai hobi. Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan
mereka melakukan semua hobi itu. Jadi, apakah fungsi-fungsi hobi dalam kehidupan
kita dan usaha-usaha untuk menggalakkannya terutama dalam kalangan remaja? Elok
kita semua renungkan.

Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi dengan baik.
Masa memang emas dan harus digunakan sebaik mungkin. Hobi memudahkan kita
menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti riadah ini
memang nampak mudah dan tidak menarik tetapi mempunyai kesan yang mendalam
kerana memastikan masa seseorang itu digunakan sebagaik mungkin. Ada masa untuk
bekerja, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk berhibur dan masa untuk riadah.

Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu hobi
itu hanya mampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang tertentu. Masa,
teman yang akan dijemput dan kekerapan melakukan hobi harus ditentukan dahulu.
Jadi , kekerapan melakukan sesuatu aktiviti itu menjadikan seseorang itu
kritikal fikirannya terutama untuk memastikan hobinya lebih baik dan berkesan
untuk jangka panjang. Minda sihat dan fizikal turut menjadi lebih kuat untuk
mengharungi kehidupan moden yang penuh cabaran ini.

Sebenarnya ada banyak cara untuk menggalakkan aktiviti hobi ini. Langkah awal
ialah kerajaan menjalankan lebih banyak kempen tentang sesuatu hobi itu. Kempen
ini sudah pasti menyedarkan orang ramai tentang kepentingan mempunyai hobi dan
tertarik untuk melakukan sesuatu sebagai hobi akhirnya. Kerajaan harus
menjalankan kempen ini dengan menggunakan artis atau idola suka yang mampu
menarik minat rakyat untuk mencontohi mereka menjalani aktiviti tersebut. Kempen
ini harus dijalankan secara berterusan dan bukannya bermusim.

Malahan, tempat atau kemudahan untuk memudahkan aktiviti hobi dijalankan harus
ditambah. Tempat seperti padang bola sepak, gelanggang badminton atau mungkin
padang biasa di bina dengan lebih banyak. Kewujudan tempat yang sesuai untuk
melakukan aktiviti ini menyebabkan lebih mudah untuk masyarakat menjalankan hobi
mereka. Situasi ini turut memudahkan berkembangnya aktiviti ini di eluruh
negara.

Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat
dan asal-usul. Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik kepada
individu dalam aspek kesihatan mental dan fizikal seseorang itu.. Kehidupan kita
juga menjadi lebih bermakna dan menarik untuk diteruskan dari hari ke hari.
Sudahkah anda semua melakukan hobi anda hari ini?
Posted by Cikgu Azman at 7:57 PM 0 comments Links to this post
Tuesday, October 09, 2007
Perayaan...kebaikan-kebaikan disambut bersama-sama?

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada
majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya bersama-sama.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama

Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan
yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu
Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dann banyak lagi perayaan yang disambut oleh
penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada
masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di
negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang
mendiami negara tercinta ini.

Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan
interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan
terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa
yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi
ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi
sanjungan masyarakat luar.

Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini.
Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin
memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan
barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan
remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya
gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan tiadanya
sambutan perayaan di negara ini?

Pandangan masyarakat terutama orang luar turut berubah. Negara akan dilihat
sebagai mempunyai keunikan perayaan yang tidak mampu dilihat di negara lain.
Kepelbagaian perayaan ini memberi satu bentuk unik dalam pandangan orang asing
terhadap negara ini. Lantaran itu kehadiran pelancong asing turut bertambah
kerana mereka ingin dan berpeluang melihat pelbagai perayaan dalam sebuah negara
daripada pergi ke beberapa negara untuk melihat pelbagai perayaan. Malaysia satu
negara tetapi banyak perayaan.

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang.


Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap
perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara
untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada
ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana
pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi
satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan
perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan
antara kaum. Kalau itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan
berkekalan. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia
kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.
Posted by Cikgu Azman at 7:57 PM 0 comments Links to this post
Sunday, October 07, 2007
Analisis Cerpen SPM

Baiklah PMR sudah habis, jadi saya akan tumpu kepada SPM pula. Kali ini saya
akan menyentuh ramalan saya tentang Cerpen. Saya telah membuat analisis dan
berpendapat semua cerpen di bawah penting diberi perhatian oleh pelajar.

Dalam Antologi Anak Laut, cerpen yang penting ialah:

Annyss Sophillea
Lambaian Malar Hijau
Pusaran
Manakala dalam Antologi Kerusi, cerpen yang penting ialah:

Virus Zel Untuk Abah


Di Sisi Rinda

Bagaimana saya boleh membuat kesimpulan ini? Semua cerpen yang saya nyatakan di
atas belum lagi keluar baik dalam SPM atau kertas bulan Jun BM.

Jadi, adakah anda sudah membuat pembacaan semua bahan ini? Kalau belum….jangan
lupa hadiri seminar saya pada akhir bulan ini.
Posted by Cikgu Azman at 10:08 PM 0 comments Links to this post
Wednesday, October 03, 2007
Karangan Masalah Disiplin Pelajar.....

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan


kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian
ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga
alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.
Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan
tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa
mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin
menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa
untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan
satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin
mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar
sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang
mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini
turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah
yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah
terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka
melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh
sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin
berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani
masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan
terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk
menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan
masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada
kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak
untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam
membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat.


Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan
sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
Posted by Cikgu Azman at 7:25 PM 1 comments Links to this post
Monday, October 01, 2007
Belajarsejarah.blogspot.com...cuba layari blog ini pula

Perlukan maklumat Sejarah? Cuba pelajar semua melayari blog ini


belajarsejarah.blogspot.com. Blog ini cuba menjadikan maklumat sejarah lebih
ringkas dan mudah difahami.

Moga anda mendapat faedah daripada blog ini.


Posted by Cikgu Azman at 10:17 PM 0 comments Links to this post
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom) Blog-blog Penting Dalam PMR, SPM, STPM, dan UPSR
novel bagus
BM PMR
BM UPSR
Cakapterus
Belajarsejarah
Buku Pilihanku
The Great Political Theories by Michael Curtis
Now, Discover Your Strengths by Marcus Buckingham
Maklumat Bahan

Sesiapa yang berminat dengan bahan-bahan yang ada di dalam blog ini sila hubungi
saya melalui emel azmanukm@tm.net.my
Blog Archive
▼ 2008 (18)
▼ March (6)
Lagi Peribahasa Penting
Perkataan Canggih Tambahan ....Penting Untuk Karan...
Lagi Perkataan Canggih Karangan
Karangan Badan Kebajikan di Malaysia?
Karangan Program Televisyen Karut dan Tahyul Kepad...
Karangan Nilai-nilai Murni Terhakis Dalam Diri Mas...
► February (7)
Simpulan Bahasa 1
Karangan Industri Pelancongan Negara
Karangan Orang Kurang Upaya
PENTING: Perlukan Sinopsis Panas Salju
Jenayah kolar putih dapat diatasi menerusi penguat...
Kata-kata Canggih 2
Kata-kata bombastik Karangan 1
► January (5)
Perumpamaan Penting SPM
Bidalan Penting SPM - Peribahasa
Peribahasa Tingkatan 4
Bentuk sumbangan daripada negara maju kepada negar...
Karangan Impak Positif Kerja Lima Hari Seminggu?
► 2007 (181)
► December (5)
Aku Menjadi Lebih Berani
Karangan Karya Sastera.....Penting Karangan Ini
Saya Suka Gunting Rambut?
Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan k...
Belajar Bermula Dengan Minat
► November (33)
Bandingkan Latar Masyarakat BK dan KT - Rangka Jaw...
Kenapa Watak dan Perwatakan Penting Dalam Novel? -...
Karangan Pelancongan - Peranan Pelajar dalam Menja...
Plot - Cuba fahamkan ok
Karangan Modal Insan - Contoh Isi
Pesanan Saya Buat Anda Semua...Moga Berjaya dan La...
Sudah baca Pusaran dan Peminangan Puteri Gunung Le...
Serunai Malam - Fahamkan
Sajak Anak Laut - Fakta Perlu diketahui
Sajak Jalan-Jalanraya Kotaku - Fakta Penting Difah...
Pertarungan Hang Tuah dan Jebat - Fakta Perlu Difa...
Bahasa Canggih Untuk Karangan?
Kritikan Sosial Dalam Novel Konserto Terakhir? - R...
Semangat Setiakawan Dalam Novel ? - Rangka Jawapan...
Bandingkan Watak dan Perwatakan - Rangka Jawapan
Mariah - Pastikan anda tahu jawapan soalan-soalan ...
Konflik Novel - Rangka Jawapan
Unsur Suspens - Rangka Jawapan
Teknik Plot - Rangka Jawapan
Karangan Rasuah - Rangka Karangan
Karangan Vandalisme - Rangka Karangan
Karangan Mat Rempit - Rangka Karangan
Fakta Penting Di Sisi Rinda
Fakta Penting Virus Zel Untuk Abah
Karangan Pengangkutan Awam
Karangan Semangat Nasionalisme Remaja
Karangan Buli
► October (12)
► September (42)
► August (28)
► July (16)
► June (10)
► May (11)
► April (10)
► February (6)
► January (8)
► 2006 (41)
► December (1)
► November (1)
► October (10)
► September (4)
► August (6)
► July (4)
► June (6)
► May (9)

You might also like