You are on page 1of 3

MAKLUM BALAS LAWATAN PELAJAR

NAMA SEKOLAH : SK SATU SULTAN ALAM SHAH

ALAMAT : JALAN BUKIT 11/2, 46200 PETALING JAYA

TELEFON : 03-79566941

FAX / E-MAIL : 03-79566941

KATEGORI SEKOLAH : BANDAR (/) LUAR BANDAR ( )

TARIKH LAWATAN : 25 MAC 2010

BILANGAN PESERTA : 27 ORANG

BILANGAN GURU PENGIRING : 15 ORANG

TEMPAT LAWATAN NEGERI DILAWATI CATATAN


1. TEMPAT BERSEJARAH
2. MERCU TANDA
3. SAINS & TEKNOLOGI
4. GALERI
5. KESENIAN & KEBUDAYAAN
6. MOTIVASI
7. LAIN-LAIN SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT

CATATAN / ULASAN :

Pada 23 Mac 2011 seramai 26 orang murid dari Pendidikan Khas telah mengikuti

perkhemahan di Sungai Congkak, Hulu Langat. Perkhemahan ini adalah satu aktiviti

kokurikulum yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Satu Sultan

Alam Shah, Petaling Jaya. Program ini disertai oleh murid kelas pendidikan khas Sekolah

Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah tahun 2011. Program diadakan di tapak perkhemahan

Sungai Chongkak, Hulu Langat Selangor.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia

yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum bagi setiap murid tidak kira murid aliran perdana
mahupun murid pendidikan khas. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum

untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih

mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh

mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan pengurusan diri dan

disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri

serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam

program ini agar murid-murid dapat meningkatkan keyakinan dan kebolehan murid dalam

menguruskan diri sendiri.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti memasang khemah, memasang anduh, bermain

aktiviti air dan bersolat jemaah. Semua aktiviti ini dikawal oleh semua guru dan pembantu

murid.

Melalui aktiviti ini , para pelajar telah berjaya memperolehi pengalaman yang berguna sepanjang

program. Antaranya seperti:

a) Para pelajar dapat menimba pengalaman baru sepanjang menyertai aktiviti

perkhemahan.

b) Para pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai

situasi

c) Para pelajar menunjukkan sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam

sekitar

d) Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang

disediakan
e) Para pelajar menunjukkan semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis

sikap mementingkan diri sendiri

f) Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial

Perkhemahan ini berjalan dengan iringan seramai 8 orang Guru Kelas Khas, 2 orang

Guru Praktikum, 2 orang Pembantu murid dan 4 orang penjaga. Dengan komitmen dari semua

pihak program ini telah berjalan dengan lancar. Kerjasama dari semua pihak amat penting untuk

menjayakan semua program yang telah dirancang.

Tandatangan Guru Perkhemahan Disahkan oleh

…………………………………………………… ………………………………………………...

(YUSFARAHANA BINTI YUSOF) ( )

You might also like