Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
20Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
MARIA MONTESSORI MERUPAKAN PENGASAS PENDIDIKAN MONTESSORI

MARIA MONTESSORI MERUPAKAN PENGASAS PENDIDIKAN MONTESSORI

Ratings: (0)|Views: 3,881|Likes:
Published by mayacat_19

More info:

Published by: mayacat_19 on May 29, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/04/2013

pdf

text

original

 
Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori.PENGASAS : MARIA MONTESSORIMaria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Itali yang menjadi doktor perubatan dengan memperolehi ijazah kedoktoran berkaitan antropologi dan merupakanseorang tokoh pendidikan di Rom yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Beliau membentuk kaedah pendidikan yang menggunakan namanya berterusan sehingga kini di sekolah-sekolah seluruh dunia. Minatnya pada pendidikan timbul apabila beliau bertugas mengendalikan kanak-kanak cacat. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rom. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama dua tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Montessori menyokongFroebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakanderia dengan cekap. Kini pendidikan Montessori menjadi minat seluruh dunia.SEJARAH MARIA MONTESSORIMaria Montessori (31 Ogos 1870 – 6 Mei 1952) merupakan seorang pendidik berbangsaItali, saintis, pakar perubatan, ahli falsafah, penyokong gerakan kewanitaan (feminist), dan seorang humanis, serta merupakan pendidik kanak-kanak yang terawaltelah dicalonkan untuk menerima Hadian Nobel Keamanan.Beliau telah dilahrikan di Chiaravalle Ancona, Itali. Maria merupakan siswazah wanita pertama yang menerima ijazah dari Sekolah Perubatan di Universiti Rom. Beliau merupakan ahli kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan serta tertarik untukmengajar orang-orang terencat akal dan tidak mampu belajar (uneducable) di Rom.Beliau telah membuka sekolah pertamanya dalam projek perumahan di Rom iaitu pada6 Januari 1907.Maria Montessori meninggal dunia di Belanda pada tahun 1952 iaitu selepas mengabdikan diri sepanjang hayat untuk belajar mengenai perkembangan kanak-kanak. Penglibatan kerja awal beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial serta merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh keatas pendidikan.Kejayaan beliau di Itali telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan untuk selama 40 tahun beliau mengembara ke serata dunia untuk memberi kuliah, penulisan dan penguruskan program latihan. Pada tahun yang kemudiannya, ‘Pendidikan untuk Keamanan’ telah menjadi prinsip petunjuk, kepada kerja-kerja beliau.Dalam persidangan di Rom pada 7 Januari 2007 telah menandakan bermulanya tahun untuk meraikan kanak-kanak dan sekolah-sekolah di seluruh dunia. Pendekatan berinovasi Dr. Maria Montessori ialah “Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru iaitu mencari potensi yang terdapat kepada seseorang manusia” dan serta diikuti seluruh dunia dipanggil sebagai “penemuan kepada seorang kanak-kanak" serta telah menyedarkan manusia boleh mengharapkan kepada penyelesaian kepada masalah-masalahnya iaitu dimana yang terpenting adalah keamanan dan bersatu. Iaitu hanya dengan menukarkan perhatian dantenaga kepada penemuan seorang kanak-kanak bagi untuk membangunkan potensi yangtinggi dalam personaliti manusia di dalam pembentukan halatuju tersebut.Pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) menunjukkan bahawa kanak-kanak Montessori telah menjadi bertambah baik dari segi tingkahlaku dan kemahiran akademik di Montessori Children berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama. Pengarang telah membuat kesimpulan iaitu "apabila dilaksanakan dengan sebaik-baiknya iaitu pendidikan Montessori menggalakkan kemahiransosial dan akademik yang sama atau lebih baik daripada yang telah digalakkan dari kawasan atau sekolah berlainan."Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telahdipraktikkan dengan jayanya terhadap kanak-kanak dan sangat popular di kebanyakkan tempat di serata dunia. Walaupun banyak kritikan daripada kaedah beliau padaperingkat tahun awal 1930an dan 1940an tetapi kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan serta mendapat galakan dan sokongan di serata dunia. Kaedah beliau kini boleh ditemui di enam buah benua dan seluruh Amerika Syarikat.Pada akhir tahun 1907, Montessori telah menubuhkan
 
Casa dei Bambini
 
atau Rumah Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Pada tahun 1913, terdapat sokongan yang kuat
 
terhadap kaedah beliau di Amerika Utara, tetapi selepas kaedah itu tidak mendapat sambutan yang menggalakan, salah seorang rakyat Amerika iaitu Nancy McCormickRambusch telah mengembalikan kaedah ini di Amerika dengan menubuhkan PersatuanMontessori Amerika pada tahun 1960. Montessori telah dibuang negeri oleh Mussolini kerana beliau telah enggan untuk berkompromi dalam pendiriannya dan menjadikan kanak-kanak sebagai tentera. Beliau berpindah ke Sepanyol dan menetap di sanasehingga tahun 1936. Apabila Perang Saudara Sepanyol meletus, selepas itu beliaupula berpindah ke Belanda sehingga tahun 1939. Di dalam persidangan guru-guru di India, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa dan tinggal disana selama tempoh peperangan. Montessori menghabiskan hidup beliau di Belanda, yang menjadi ibupejabat kepada AMI dan dikenali sebagai Association Montessori Internationale.Beliau meninggal dunia di Noordwijk-on-sea, Holland pada tarikh 6 Mei 1952. Anaklelaki beliau iaitu Mario mengetuai American Montessori International sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1982..KURIKULUM MARIA MONTESSORIBeliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diridan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau,pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut:a) Minda yang Mudah MenyerapMenurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka iaitu sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnyaitu dan serta menyusun pengalamannya daripada sewaktu kelahiran lagi. Contohnya, mereka berpengalaman melihat pelbagai jenis dan bentuk bola semasa proses membesar. Apabila mereka bersedia mempelajari konsep ‘bola,’ hal ini dapat membantu kanak-kanak tersebut memahami bahawa konsep ‘bola’ itu tidak terhad pada bola yang tertentu sahaja.b)Persekitaran yang TersediaPersekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yanglengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Bagi tujuan ini, bahan pembelajaran perlu dipilih dan disusun dengan penuh teliti supaya kanak-kanak tertarik menerokai serta menggunakannya mengikut minat serta keperluan perkembangan mereka. Contohnya, meja dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak yang masihkecil serta selesa untuk digunakan oleh mereka. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara-cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.Misalnya, apabila seseorang kanak-kanak menunjukkan kesediaannya denganmenanya soalan ataupun memerhatikannya.c)Didikan DiriKanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai. Apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik, kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlumengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar apabila perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Misalnya, terdapat satu set bahan untuk setiapprosedur pembelajaran iaitu contohnya, set tumbuhan. Bahan pembelajaran Montessori biasanya berbentuk ‘betul diri’ atau dikenali sebagai ‘Self-Correcting’ iaitu kanak-kanak dikehendaki meniru dan mengulang apa yang mereka pernah perhatikan. Sekiranya cara mereka menggunkannya tidak mengikut prosedur maka mereka akan mendapat maklum balas secara langsung melalui hasil mereka dalam aktiviti tersebut. Contohnya, seperti guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur serta menyusun bongkah tersebut mengikut warna dan menamakan warna itu serta memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti
 
yang dikehendaki oleh guru.d)Bahan PembelajaranGuru hanya menunjukkan cara belajar yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati danmeneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan, kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep Matematik, kemahiran bahasa,kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan alam semulajadi, pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial serta pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Kemajuan diri lebih penting berbanding fakta yang dipelajariuntuk kemajuan intelektual. Montessori juga mengesyorkan kurikulum yang menggalakkan perkembangan fizikal melalui permainan luar dan permainan berbentuk ritma.Perkembangan sosial melalui perbincangan mengenai tingkah laku sangat sesuai ketika kanak-kanak sedang bermain serta menghormati keperluan rakan sebaya. Perkembangan intelektual melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Konsep melalui perbendaharaan kata. Maklumat berkaitan sains dan matematik serta literasi iaitu mengenali huruf serta abjad dan perkataan.Terdapat 4 Jenis Bahan Pembelajaran Montessori iaitu:
Bahan untuk Latihan Dalam Kemahiran HidupJagaan dari segi fizikal diri dan persekitaran yang membina kemahiran diri sertamembentuk kawalan dalaman, sikap berdikari dan penghargaan kendiri melalui aktiviti yang tersusun dengan lengkap.
Bahan SensoriMenggalakkan penghalusan penggunaan alat deria bagi meningkatkan kecerdasan kanak-kanak melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Contohnya, melalui aktiviti membezakan pelbagai jenis kain.
Bahan AkademikBahan akademik iaitu seperti mempelbagaikan bahan abjad yang mudah alih bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentukkan perkataan.
Bahan Seni dan BudayaMembantu kanak-kanak menghayati muzik, ritma, lagu dan irama serta mempelajari pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari serta mereka juga diajar menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.e)Tempoh SensitifTempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan serta sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.ALAT BANTU MENGAJARMenara Merah Jambu ( Pink Tower )
Satu set susunan serasi iaitu menyusun daripada susunan yang besar kepada yang kecil ataupun yang sebaliknya. Cara menyusunnya ialah saiz kiub yang paling besarterletak di bahagian bawah manakala yang bersaiz paling kecil terletak dibahagian atas. Apabila kanak-kanak tidak mengikuti salah satu prosedur pengunaan alatMenara Merah Jambu ( Pink Tower ) ini, salah satu kiub ataupun lebih akan tertinggal ataupun tidak tersusun mengikut saiz ataupun warna yang sesuai. Selagi kanak-kanak belum mahir menguasai kemahiran menyusun, mereka akan terus mencubanya sehingga mahir dan berjaya.Sesudah berjaya, mereka boleh dibenarkan menggunakan bahan yang lain supaya mereka dapat mengukuhkan lagi kemahiran baru ini dan secara tidak langsung menggalakkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.Bongkah ( Block )

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
yu liked this
Anisa Zainal liked this
Eyta Al-ayubi liked this
katak kembung liked this
Ummu Sarah liked this
Junaidah Noh Noh liked this
Nur Rabizah liked this
Siti Aishah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->