You are on page 1of 2

PERTUBUHAN BELIA GEMILANG

KAMPUNG TANJUNG PADANG TERAP KIRI


________________________________________________________________________
PBGKT : ( Bil 85 )
Tarikh : 21 may 2011
Pengurus Pasukan Bola Sepak,
Tradewinds(M) Berhad,
Km45 Jalan Padang Sanai,
06300 Kuala Nerang, Kedah
Tuan,

Memohon Untuk Mengadakan Perlawanan Persahabatan bersama Veteren Kampung


Tanjung Kiri

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan dimaklumkan.

2. Pihak kami ingin menjemput pasukan tuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan
Bola Sepak di antara skuad Veteren Kampung Tanjung Kiri dengan pihak tuan.

3. Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara


pihak tuan dan pihak Kg Tanjung Kiri di samping dapat melatih pasukan Kg Tanjung untuk
bersedia dalam menghadapi perlawanan sebenar di masa akan datang.

4. Tarikh yang kami tetapkan untuk perlawanan persahabatan ini adalah pada 24.05.2011
yang jatuh pada hari Selasa ini pada Pukul 5.30 Petang di Padang Bola Sepak Tradewinds
dan GPT. Kami berharap Perlawanan ini dapat di adakan di padang pihak tuan kerana padang
bola sepak kami tidak mengikut piawaian 11 sebelah.

5. Jesteru, kami berharap pihak tuan dapat menilai dan menerima pelawaan kami untuk
mengadakan perlawanan persahabatan ini. Segala pindaan tarikh atau hal-hal berkenaan
dengan perlawanan ini, di harap pihak tuan dapat maklumkan kepada pihak kami dengan
secepat mungkin. Dengan ini saya tinggalkan no hp saya untuk memudahkan pihak tuan
dapat menghubungi pihak saya, 013-3151522.

Jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘ MAJU SUKAN UNTUK NEGARA ‘

Yang menjalankan tugas,

………………………………………………….
( MOHD AZIM FITRI BIN ABDUL HALIM )
AJK Sukan dan Rekreasi ,
Pertubuhan Belia Gemilang Kampung Tanjung Padang Terap Kiri.

You might also like