You are on page 1of 1

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK

Sukan Gimnastik telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Aktiviti senaman bagi tujuan
upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradapan Cina 2000
tahun dahulu. Manakala tamadun India dan Persia dikatakan telah menggunakan senaman
beramai awal seratus tahun daripada itu.
Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman
ini dikenali sebagai gymnasium. Ahli Falsafah Greek terkenal Aristotle menyatakan bahawa
gimnastik bukan sahaja sebagai seni , malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan.

Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan
setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan
pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang
dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik
Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita.

Tidak seperti sukan-sukan yang lain seperti bola sepak ataupun badminton, sukan jenis ini
memerlukan (required) para peserta membuat persembahan di hadapan para penonton. Sukan ini
juga memerlukan daya ketahanan fizikal dan kemahiran (skill) yang cukup tinggi walaupun
ketika membuat persembahan di peringkat asas. Latihan yang lebih diperlukan berbanding
(compared) sukan jenis lain untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kemahiran diri.

Walaupun begitu, masih belum ramai lagi yang menceburi sukan ini kerana sukan ini dikenali
sebagai sukan yang ‘mahal’. Manakan tidaknya, perbelanjaan (expenses) untuk membeli sut
pakaian sahaja boleh menelan sehingga ribuan ringgit sehelai. Walaupun begitu, penyertaan
peserta di dalam sukan gimnastik ini pada asasnya lebih menjurus kepada keseronokan dan
kesihatan (fitness) berbanding kemenangan.

You might also like