HBPE 2103 Lee Man Jiau
TOPIK 1 PERGERAKAN ASAS
1.1 PERGERAKAN ASAS
- empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastikartistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif.- tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor danmanupulatif alat.
1.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR
-bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
1.2.1 Konsep
ARAH
-bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depanatau ke kiri atau ke kanan.
ALUAN
-corak gerakan, contohnya samada dalam bentuklurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.
MASA
-masa yang digunakan untuk melengkapkanpergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan,dengan cara tiba-tiba atau terkawal.
1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor
-aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasadilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah:
BERJALAN
•
Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
•
Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan
•
Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan
•
Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorilaberjalan
•
Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
•
Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
•
Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera dikaki berjalan
BERLARI
•
Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
•
Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi
•
Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
•
Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan danberhenti apabila isyarat diberikan dan berlarisemula
•
Berlari ke hadapan serta berundur kesisi
•
Berlari mengikut seorang ketua
•
Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkanarahan
•
Berlari mengikut arah zig-zag
MELOMPAT
•
Melompat seperti rusa melompat pagar
•
Melompat tali atau garisan di atas lantai
•
Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dariparas lantai
•
Melompat tinggi dan rendah berubah-ubahmengikut arahan
•
Melompat dengan mencapai berbagai benda
•
Melompat sampil bergerak kehadapan
•
Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan
•
Melompat setempat
•
Melompat melakonkan serta meniru cara kanggarumelompat
•
Melompat melakonkan serta meniru cara katakmelompat
MELOMPAT KETINGTING
•
Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelahkaki selama empat kiraan
•
Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dankekanan
•
Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat
LARI SISI
Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkanarahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik:
•
Lari sisi ke kiri dan ke kanan
•
Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yangrendah
•
Lari sisi dengan badan dinaikkan
•
Lari sisi kemudian galop
•
Lari sisi sambil berpegang tangan denganpasangan
SKIP
•
Skip ke hadapan
•
Skip mengikut satu bulatan
•
Skip dengan membuat pola tertentu
•
Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat
•
Skip secara berpasangan
•
Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan
1