You are on page 1of 2

Rajah 1: Model Konseptual Pendidikan Guru

Model ini mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan
dan ketuhanan. JERI dimuatkan dalam ketiga-tiga dimensi ini untuk memperkembangkan Pengetahuan,
Kemahiran dan Nilai kumpulan sasaran. Dimensi Ketuhanan dijelmakan dengan usaha institut ini bagi
peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran
agama. Program juga disusun supaya guru dapat berperanan sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen
perubahan kemasyarakatan. Dari segi Kendiri, latihan dijurus kepada pembinaan profesionalisme, daya
ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia bakal guru.

Usaha untuk membina kekuatan guru yang berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan
bermasyarakat akan dicapai menerusi pelaksanaan yang bersepadu dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada
ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang
bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia.
Perkembangan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, berdisiplin, bertrampilan
patriotik bersemangat bekerjasama dan mampu menyumbang kepada masyarakat adalah harapan Kementerian
Pelajaran dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like