You are on page 1of 5

Generasi muda adalah merupakan kumpulan yang besar.

Jumlah belia di Malaysia adalah 11


juta bagi tahun 2006 (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara). Apa sahaja
usaha yang dilakukan untuk kebaikan kehidupan dan masa depan mereka adalah usaha ke
arah pelaburan yang bijak untuk menjamin masa depan negara. Apabila generasi muda
berkembang dengan sihat kita akan mempunyai masa depan yang cemerlang kerana kita akan
pasti dipimpin oleh pemimpin yang sihat, cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun jika
generasi muda kita pincang nescaya negara akan diterajui oleh pemimpin yang pincang.
Negara akan turut berhadapan dengan berbagai masalah. Oleh itu usaha untuk membina
generasi muda ke arah yang cemerlang adalah satu usaha ke arah pelaburan masa depan yang
cemerlang. Usaha yang bersungguh- sungguh wajib dilakukan untuk mempastikan modal
insan kita bermutu. Banyak kajian telah dijalankan oleh berbagai- bagai pihak berhubung
dengan penyalahgunaan dadah di negara ini dan negara barat. Di Universiti universiti
tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti
Sains Malaysia, Universiti Malaya beberapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui faktor
dan juga kesan-kesan penyalahgunaan dadah di negara ini.

Kesan Pengambilan dadah terhadap manusia


Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan fizikal, mental & emosi dan
sosial ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
1. Kesan fizikal
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk pengaruhnya terhadap
sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme,
dan otot-otot. Dengan kata lain, keadaan diri penagih menjadi tidak terurus, proses kehidupan
akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah
digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasan penagih menjadi lebih pendek dan perlahan,
kadar degupan jantung berkurangan serta tubuh menggigil akibat penurunan kadar
metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga
mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku
secara berterusan dan berulang-ulang.

2. Kesan mental dan emosi


Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak
dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (euforia). Penagih seakanakan tidak
berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama seseorang itu hilang kawalan diri dan
pemikiran. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa
tanggungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh

pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah
dadah diperlukan untuk mendapatkaneuforia. Fenomena ini disebut lali di mana kesaneuforia
daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulang-kali. Inilah yang membuatkan
seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah. Sekiranya
bekalan dadah tidak diperoleh penagih akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita.
Matanya akan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit, kadang-kala muntah dan
cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi.
Bahkan ia boleh melakukan pelbagai perbuatan jenayah kerana cuba mengatasi rasa gian,
baik dengan cara mengendap, mencuri atau membunuh sekalipun. Apabila rasa ketagih
berterusan, penagih mungkin juga mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras,
seolah-olah gila. Ia mula melakukan sesuatu yang tidak masuk akal yang berlawan dengan
tatasusila dan peradaban masyarakat. Pendek kata, badan tidak lagi berfungsi dengan
sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan
rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilaisahsiahnya. Selalunya
individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yang
beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilaimasyarakat, dapat
mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri.
Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalahlebih cenderung kepada
masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau
budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu
penting terutamanya dalam kontekspendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998),
pembangunan sahsiah yangsempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya
dalam masyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia
merupakansatu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek
danemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Guru merupakan penggerak
utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkan
modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan
dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara. Sebelum membentuksahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu
mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi olehmurid-murid.
1.2 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah,
marikita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am
dan jugaberdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.
Sahsiah
adalah perkataan Bahasa Arab yangmembawa maksud keperibadian atau peribadi
(KamusDewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagaidiri sendiri, sifat-sifat
(kelakuan, sikap) seseorang yangsudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watakdirinya.
Ia juga menggambarkan sifat personaliti unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu
yanglain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah
S

 
Pengenalan Pembangunan Sahsiah |

merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yangtersendiri dan
cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majiddan Rahil (1995)
mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuan
manusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang
merangkumi caraseseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam
sekitarnya (Ee Ah Meng,1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan
psikologi seseorang individu secarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan,
sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dannilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008)
menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang
menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti
dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995).
Pembangunan sahsiah
merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif atau
negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentukindividu yang berdikari
dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak,
peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itubertamadun, intelek,
murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunantersebut
merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.Maka, dapat dirumuskan
bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu,
tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individuyang dapat
diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan
maksud sahsiah mengikut pemahaman yanganda
1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
embangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti
insan.Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektif Islam agar
tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi siratterdahulu, umat
Islam berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatanyang dianugerahkan Allah dalam hidup
mereka. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukansahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga
merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akalindividu.Terdapat beberapa pendapat yang berbeza
berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikutperspektif Islam. Menurut Shahabuddin dan
Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlakterbahagi kepada dua bahagian iaitu
akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekananpenting kepada kedua-dua akhlak
tersebut. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah
P
 
Pengenalan Pembangunan Sahsiah |
4
bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor
lainyang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t,interaksi
roh dan jasmani serta peranan akal. Pendapat ini adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999)yang menyatakan
bahawa proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada prosespembangunan insan
yang cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang sertaproses pembangunan
individu cemerlang.Selain itu, Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah
berdasarkan empatunsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak
(etika dan moral) danpenampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan
sahsiah dengan aspekkerohanian atau dalaman manusia. Namun, aspek dalaman boleh dilihat
menerusi Mazahir atautingkah laku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari
akidah dan amalanatau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau
akidah yangdikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak
dibina.Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diriindividu
iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab
kehidupanberkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan
pembangunanjiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap
pembangunansahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak
melakukan perbuatanserasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Dengan kata
lain, sifat yang tertanam dalamdiri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang
dan mudah tanpa melibatkanpemikiran, penelitian serta paksaan.Secara ringkasnya, pembangunan
sahsiah dari perspektif Islam boleh diertikan sebagaimembina akhlak, peribadi dan tingkah laku
dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,berintelek, mempunyai nilai murni dan berdaya maju.
1.4 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT
Dari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan
jasmanimanusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883),
Weber (1864 -1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan
mengikut perspektif Baratialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status
kuasa dan agama sertameningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan
pembentukandan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

 
Pengenalan Pembangunan Sahsiah |

Berdasarkan definisi-definisi sahsiah yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh, sila
isikandalam jadual di bawah
intipati atau perkara asas
yang mendefinisikan sahsiah secarakeseluruhan.
P e n i l a i a n
P e r a s a a n A k
a l
N a l u r i M
i n a t
S i k a p P e n
a m p i l a n
I b a d a h P e r h u b u n g a n
S e s a m a M a n u s i a M e n c a r i R e z e k i
A

You might also like