Professional Documents
Culture Documents
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ujian personaliti 16PF
dikendalikan oleh kaunselor iaitu Cik Hasreena bt Abdul Rahman.
Guru-guru perlu mengira skor dan setiap skor yang diperolehi menggambarkan
personaliti individu terbabit. Guru-guru dapat mengenal pasti faktor personaliti yang
utama dan khusus dalam diri mereka. Oleh itu guru-guru dapat memperbaiki dan
muhasabah diri ke arah yang lebih positif sama ada dalam kehidupan peribadi atau
pekerjaan.
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah
disampaikan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan Dato’ Haji Abdul Raof b
Hussin.
Guru-guru perlu melengkapkan atau mengemas kini data EMIS sebelum mengisi Eg-
Tukar. Ini kerana sebarang kesilapan maklumat peribadi guru dalam EMIS akan
memberi kesan terhadap pemprosesan borang pertukaran yang telah diisi oleh guru-
guru.
Borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak sebanyak 2 salinan dan sebarang
dokumen sokongan perlu disertakan seperti laporan kesihatan, surat penceraian dan
lain-lain. Guru-guru perlu menghantar salinan yang telah dicetak kepada pengetua
untuk disahkan.
Proses untuk mengisi borang pertukaran talian terus perlu diisi dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Sekiranya permohonan pertukaran gagal, guru-guru hanya perlu
mengklik butang rayuan pada Eg-Tukar.
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah
disampaikan oleh Tn Hj Fauzy b Halim daripada konsultan Masterplan.