You are on page 1of 12

Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris

Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar


Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2

Oleh
NOR IDAYU BINTI IDRUS

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan


27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh murid- murid dalam kemahiran menulis ayat mudah atau ‘simple
sentences’ dalam bahasa Inggeris. Masalah ini boleh memberi kesan terhadap
tahap penguasaan bahasa Inggeris dan dan pencapaian murid dalam peperiksaan
terutamanya Kertas Dua. Dalam menghasilkan ayat mudah yang baik, seseorang
murid perlu menguasai beberapa kemahiran. Salah satu daripadanya ialah kemahiran
mentafsir gambar bagi memperolehi lebih kata kunci. Kebanyakan murid hanya
bergantung kepada kata kunci yang telah diberikan dan ini menyebabkan mereka
tidak dapat mengembangkan ayat dengan lebih baik. Seramai 18 orang murid dipilih
sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun 2 Mulia, iaitu
sebuah kelas yang agak lemah. Pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris adalah kurang menggalakkan. Lantas guru mencuba kaedah latih tubi
membina ayat dengan bantuan gambar rajah dan kata kunci untuk meransang minat
murid. Alat pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra dan
Ujian Pasca dan juga pemerhatian secara informal. Dalam kajian ini, murid telah
didedahkan tentang cara-cara memperoleh lebih kata kunci dengan cara mentafsir
gambar, mengeluarkan kata kunci dan membandingkan dengan kata kunci yang telah
diberikan. Kajian ini dijalankan selama 2 minggu dalam 2 sesi pengajaran (60 minit
setiap pengajaran).

ISU KAJIAN

Bahasa Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran teras yang sangat penting, sama ada di Sekolah
Kebangsaan atau di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada dasarnya, murid-murid akan dinilai dalam dua
kertas ujian iaitu kertas 1 dan kertas 2 yang lebih menjurus kepada kemahiran menulis.

Masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah murid tidak begitu gemar menulis atau membina ayat
dalam bahasa Inggeris walaupun murid telah diberikan bantuan gambar rajah dan kata kunci. Terdapat
beberapa kemahiran membina ayat yang biasa di gunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Di
antaranya ialah membina ayat dengan bantuan gambar, kata kunci, menyambungkan keratan ayat, dan
melengkapkan tempat kosong atau word cues. Kemahiran membina ayat biasanya akan diuji dalam
kertas 2 dan soalan yang biasanya diberikan ialah murid diminta membina ayat berdasarkan salah
satu daripada kemahiran-kemahiran di atas. Daripada ujian PKSR 1 yang telah diadakan pada bulan
Mac 2005 yang lalu terdapat ramai murid yang tidak dapat menjawab hampir kesemua soalan yang
diberikan.

67
REFLEKSI ISU KAJIAN

Di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, Jerantut Pahang, kelemahan murid tahun 2 Mulia dalam
kemahiran membina ayat boleh dilihat dalam markah ujian PKSR 1 yang lalu. Dalam ujian tersebut
didapati bahawa pelajar hanya dapat menjawab 30% daripada 8 soalan membina ayat walaupun
telah diberi bantuan kata kunci. Daripada pemerhatian saya juga, murid mudah berputus asa apabila
diberikan soalan yang sedemikian. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan menyalin semula
perkatan-perkataan yang diberikan tanpa membuat sebarang penambahan.

Oleh itu, fokus kajian saya ialah meningkatkan kemahiran membina ayat Bahasa Inggeris melalui latih
tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini bertujuan untuk :

a) Meningkatkan kemahiran membina ayat bahasa Inggeris melalui latih tubi


menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

b) Merancang tindakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat bahasa Inggeris


melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

c) Menilai keberkesanan tindakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat


bahasa Inggeris melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN

Responden kajian terdiri daripada 18 orang murid tahun 2 Mulia (5 orang lelaki dan 13 orang
perempuan). Mereka dalam lingkungan umur 8 tahun dan mempunyai pencapaian akademik yang
secara keseluruhannya sederhana dan lemah. Sepanjang sesi pengajaran, hanya murid yang berpotensi
untuk cemerlang sahaja yang memberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran. Murid-murid berminat
mempelajari Bahasa Inggeris terutamanya dalam sesi bacaan tetapi kurang berminat dalam sesi
penulisan atau Shared Writing. Saya perlu lebih banyak bersabar dan perlu menyediakan lebih banyak
gambar rajah yang menarik untuk membantu murid-murid membina ayat. Memandangkan di dalam
kelas tahun 2 Mulia ini terdapat beberapa orang murid yang masih tidak menguasai kemahiran
membaca dan menulis, maka tidak semua murid dilibatkan dalam kajian ini.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang saya gunakan adalah Ujian Pra, Ujian Pasca dan juga pemerhatian informal
bagi tujuan mengumpul maklumat.

SOALAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

Saya telah melaksanakan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut selesai, saya menjalankan ujian Pra bagi mengetahui tahap
keupayaan murid-murid dalam membina ayat. Murid-murid diminta untuk membina sebanyak 5 ayat
mudah (Sila rujuk Lampiran C).

68
Gambar dan kata kunci diberikan sebagai bantuan tetapi guru tidak menerangkan cara atau kaedah
bagi menulis ayat mudah yang lebih baik. Topik yang dipilih ialah berkaitan dengan haiwan, gambar
rajah diberikan dan kata kunci adalah di antara 2 hingga 3 patah perkataan. Murid telah diberi masa
selama 30 minit untuk menjawab soalan tersebut. Selepas semua jawapan dikumpul, saya menilai
setiap jawapan murid. Penilaian dibuat dari segi dua kemahiran utama iaitu nahu atau grammar dan
perbendaharaan kata atau vocabulary (Sila rujuk Jadual 1).

Pada minggu yang berikutnya, saya telah menjalankan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran
yang berbeza dengan menggunakan kaedah mentafsir gambar bagi memperolehi lebih kata kunci
berdasarkan kemahiran membina dan menulis ayat yang sama seperti dalam ujian pra. Saya telah
menerangkan kepada murid bahawa kaedah yang lebih baik untuk membina ayat mudah adalah dengan
cara cuba mentafsirkan gambar yang diberikan. Murid cuba mengeluarkan lebih kata kunci di samping
menggunakan kata kunci yang telah diberikan.

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah menjalankan ujian Pasca yang juga
mengandungi 5 soalan membina ayat dengan bantuan gambar rajah dan kata kunci bagi menguji
keberkesanan penggunaan kemahiran tersebut. (Sila rujuk Lampiran D). Penilaian juga dibuat dari
segi dua kemahiran utama iaitu nahu atau grammar dan perbendaharaan kata atau vocabulary (Sila
rujuk Jadual 1).

Selain itu, murid-murid juga dinilai dan diletakkan di dalam kategori lemah, sederhana dan cemerlang
bagi kedua-dua ujian yang dijalankan dalam bentuk peratusan (Sila rujuk Jadual 2).

TEKNIK PEMERHATIAN

Teknik pemerhatian digunakan untuk mendalami masalah membina ayat yang dihadapi. Pemerhatian
informal dilakukan terhadap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Sila rujuk Lampiran
E). Tujuan pemerhatian adalah untuk mengkaji perubahan tingkah laku penguasaan kemahiran
membina ayat.

Instrumen bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca diperoleh daripada buku latihan Unik Didik Sdn Bhd di
bawah kemahiran 4.8.2 iaitu menulis ayat mudah dengan bantuan. Bagi saya gambar yang diberikan
adalah bersesuaian dengan kata kunci yang diberikan, mudah difahami dan dapat menarik minat
murid. Saya juga telah meminta pendapat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman mengajar
Bahasa Inggeris Tahap Satu tentang kesesuaian pemilihan instrumen tersebut.

Apa yang menjadi masalah kepada saya ialah murid-murid tidak cuba untuk berfikir lebih lama
sebelum membina ayat. Kebanyakannya lebih suka mengambil jalan mudah dengan menyalin semula
sahaja kata kunci yang diberikan. Saya perlu lebih sabar dan tekun dalam memastikan murid-murid
cuba mencambahkan idea-idea mereka dalam mengeluarkan kata kunci yang lebih banyak dengan
menggunakan gambar yang diberikan.

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Pelaksanaan tindakan telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut untuk setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran. Berikut adalah bagaimana pelaksanaan rancangan tersebut dilaksanakan.

69
Minggu Pertama

Pada minggu pertama dalam sesi yang pertama, pada 18 Julai 2005, guru telah menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa yang memfokus kepada kemahiran membina
ayat mudah dengan bantuan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 30
minit dan 30 minit kedua, guru telah mengadakan Ujian Pra (Sila rujuk Lampiran A). Dalam
ujian ini murid dikehendaki membina 5 ayat mudah dengan bantuan gambar dan kata kunci.
Jawapan yang diperolehi dikumpul dan disemak untuk tindakan seterusnya.

Minggu Kedua

Pada minggu kedua hari yang pertama, pada 25hb Julai 2005, saya telah menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang sama . Tetapi dalam sesi ini saya telah memperkenalkan
kaedah yang lebih baik supaya murid dapat membina ayat yang lebih baik. Saya menerangkan
bahawa selain membina ayat dengan bantuan kata kunci yang diberikan, murid boleh
memperolehi lebih banyak kata kunci berdasarkan gambar yang diberikan. Murid perlu cuba
mentafsirkan gambar yang diberi dengan cara cuba mengeluarkan seberapa banyak kata
kunci dari gambar tersebut.

Pada sesi-sesi yang seterusnya iaitu pada hari yang kedua, ketiga dan keempat, saya
menyediakan latih tubi kepada murid. Dalam sesi ini saya cuba melihat sejauh mana murid
cuba berbincang dalam kumpulan dan cuba mengeluarkan seberapa banyak kata kunci
daripada gambar yang diberikan. Murid menyenaraikan kata-kata kunci baru yang diperoleh
bersebelahan dengan gambar tersebut. Kata-kata kunci baru yang diperoleh sama ada dalam
bentuk kata nama am, kata nama khas, kata kerja dan lain-lain lagi. Murid juga mengenal pasti
di mana harus diletakkan tanda bacaan yang sesuai di dalam ayat-ayat tersebut. Sepanjang
sesi ini juga guru dapat membuat pemerhatian secara informal bagi mengkaji perubahan
tingkah laku murid dalam menguasai kemahiran membina ayat.

Pada hari yang terakhir dalam minggu kedua, iaitu pada 29 Julai 2005 saya telah mengadakan
Ujian Pasca untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam kemahiran membina ayat
mudah dengan bantuan gambar dan kata kunci selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
(Sila rujuk Lampiran B). Dalam ujian ini, murid dikehendaki membina 5 ayat mudah juga
dengan bantuan gambar dan kata kunci. Terdapat juga segelintir murid yang tidak cuba
menjawab soalan dan masih meneruskan tabiat lama iaitu hanya menyalin semula perkataan
yang diberikan. Tidak dinafikan wujud perasaan sedih bercampur kecewa dalam diri saya
kerana masih ada segelintir murid yang tidak mahu berubah.

PENGUMPULAN DATA

Antara cara pengumpulan data yang dijalankan ialah :

Soalan Kajian

Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan untuk mendapat maklumat kemahiran murid membina ayat
mudah melalui kaedah latih tubi membina ayat dengan kaedah mentafsir gambar dan dengan bantuan
kata kunci.

70
Teknik Pemerhatian

Pemerhatian informal dilakukan terhadap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
pemerhatian adalah untuk mengkaji perubahan tingkah laku penguasaan kemahiran membina ayat.
Antara aspek-aspek pemerhatian ialah sama ada murid berbincang, murid cuba mentafsir gambar,
murid menyenaraikan kata kunci di sebelah gambar dan murid menggunakan kesemua kata kunci baru
dan lama.

ANALISIS DATA

Selepas selesai menjalankan ujian Pra dan ujian Pasca, guru telah mengumpul kesemua kertas jawapan
untuk dibuat penilaian. Penilaian dibuat berdasarkan skema-skema di bawah:

a) Nahu atau grammar


Murid akan diberikan 5 markah penuh sekiranya berjaya memberikan kata kunci yang
maksimum. Kata kunci boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata hubung, tanda
bacaan dan lain-lain lagi. Markah akan ditolak sekiranya murid langsung tidak memberikan
kata kunci yang baru selain daripada kata kunci yang diberikan.

b) Perbendaharaan kata atau vocabulary


Murid dikehendaki membina ayat mudah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 patah
perkataan. Sekiranya betul dan tepat, 10 markah akan diberikan dan sekiranya perkataan
yang ditulis adalah kurang daripada 5 patah perkataan atau tidak lebih daripada kata kunci
yang diberikan, maka markah akan ditolak.

Jadual 1 : Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Murid N P Jumlah N P Jumlah

1 Amirul suffian 4 6 10 4 8 12
2 Muhammad Syahfiq 4 2 6 4 8 12
3 Sheikh Amirul Hafizi 2 5 7 3 5 8
4 Syamir Izzuddin 2 7 9 2 6 8
5 Zahiruddin 3 4 7 3 6 9
6 Elly Hazlin 4 3 7 4 6 10
7 Farsha Farhana 2 7 9 2 6 8
8 Idayu Hifaziha 2 6 8 2 7 9
9 Izzattie 4 7 11 4 9 13
10 Nor Farisha 2 6 8 4 7 11
11 Noris Farisha 2 5 7 3 7 10
12 Nur Asyuhada 4 5 9 4 6 10
13 Nu Hazren 2 3 5 2 6 8
14 Nur Nafisa 2 3 5 2 6 8
15 Nuurul Huda 4 5 9 4 8 12
16 Puteri Nurhalida 4 5 9 4 6 10
17 Siti Norhidayah 2 2 4 2 3 5
18 Siti Nur Najwa 2 3 5 2 6 8
51 84 135 55 116 171

* Nama-nama murid di atas adalah nama samaran.

71
Setiap markah penilaian adalah seperti di dalam Jadual 1 dan rumusan tahap pencapaian murid
dalam bentuk peratusan boleh dilihat di dalam Jadual 2 di bawah:

Jadual 2 : Rumusan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Peratus Bil Peratus

Lemah (1 - 5 markah) 4 (22%) 1 (6%)

Sederhana (8 - 10 markah) 13 (72%) 12 (67%)

Cemerlang (11 - 15 markah) 1 (6%) 5 (27%)

Berdasarkan Ujian Pra, hanya 1 orang murid (6%) berjaya mencapai tahap cemerlang (11 -15 markah).
13 orang murid (72%) mencapai tahap sederhana (6 -10 markah). 4 orang daripada mereka hanya
mencapai tahap lemah (1 -5 markah). Daripada data yang telah dikumpulkan, bolehlah dirumuskan
bahawa kebanyakan murid tidak tahu dan tidak faham bagaimana membina ayat mudah dengan bantuan
gambar dan kata kunci. Mereka hanya menulis ayat berbantukan kata kunci tanpa mengambil kira
gambar yang juga diberi sebagai bantuan. Kebanyakan murid juga mempunyai perbendaharaan kata
yang kurang dan ini tidak membantu mereka memperoleh markah yang tinggi. Idea-idea mereka adalah
terhad. Daripada ujian tersebut juga, boleh dirumuskan bahawa murid-murid biasanya mengambil
jalan mudah untuk membina ayat dengan menyalin semula kata kunci yang diberikan tanpa membuat
sebarang penambahan bagi memperolehi ayat yang lebih panjang dan lebih baik.

Jadual 2 juga menunjukkan bahawa, dalam Ujian Pasca, 5 orang murid (27%) telah mencapai keputusan
cemerlang, 12 orang murid (67%) telah mencapai keputusan yang sederhana dan seorang murid (6%)
mencapai keputusan yang lemah. Ini menunjukkan bahawa selepas tindakan telah diambil, bilangan
murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang telah bertambah di dalam Ujian Pasca
iaitu daripada 1 orang murid kepada 5 orang murid. Namun begitu, masih ada lagi seorang murid
daripada kumpulah yang lemah yang masih tidak tahu membina dan menulis ayat.

Bagi tahap sederhana, menunjukkan bilangan murid yang telah berkurang iaitu 13 orang (72%)
dalam Ujian Pra kepada 12 orang murid (67%) dalam Ujian Pasca. Namun pengurangan ini masih
menunjukkan kesan yang positif memandangkan kebanyakan murid yang berada pada tahap ini telah
berjaya berada di dalam kumpulan yang cemerlang. Ini menunjukkan bahawa murid-murid ini telah
memahami kaedah membina ayat dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Daripada keputusan Ujian Pasca dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran murid dalam membina ayat
melalui kaedah latih tubi membina ayat mudah dengan kaedah mentafsir gambar dan bantuan kata
kunci telah meningkat dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang dilakukan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh kajian tindakan yang dilakukan.
Pemerhatian informal yang dibuat juga menunjukkan murid cuba mentafsir gambar yang diberi,
menyenaraikan kata kunci bersebelahan gambar dan murid juga cuba menggunakan kesemua kata
kunci yang baru dan lama di dalam ayat yang dibina.

72
REFLEKSI TINDAKAN

Sepanjang kajian ini, saya berhadapan dengan beberapa kekangan. Antaranya murid- mudah berputus
asa apabila diberikan latihan yang berbentuk kemahiran membina ayat. Selain itu, sepanjang tempoh
kajian saya mengalami masalah kesuntukkan masa kerana terlibat dengan program-program sekolah
yang lain. Namun, berkat kesabaran dan bantuan daripada rakan-rakan, kajian ini dapat disiapkan
seperti yang dirancang.

Hasil daripada kajian tindakan ini, saya dapat mengenal pasti bahawa kelemahan pelajar dalam membina
ayat terutamanya di dalam Bahasa Inggeris berpunca daripada pelbagai faktor. Salah satu faktornya
ialah murid tidak cuba menggunakan bantuan yang telah diberikan. Bantuan yang dimaksudkan ialah
kebiasaannya murid akan diberikan bantuan gambar dan kata kunci untuk membina ayat, tetapi murid
hanya akan membina ayat dengan bantuan kata kunci sahaja. Mereka tidak cuba mengembangkan idea
melalui gambar yang diberikan.

Oleh itu, tindakan yang telah saya ambil adalah dengan menyuruh murid cuba mentafsir gambar
yang diberikan bagi memperolehi lebih kata kunci atau perbendaharaan kata. Murid seterusnya
cuba menyenaraikan kata kunci bersebelahan gambar yang diberikan dan memasukkannya ke dalam
ayat yang akan dibina. Ayat yang dibina menjadi lebih baik dan bilangan perbendaharaan juga telah
bertambah.

Walau bagaimanapun, kaedah ini lebih sesuai untuk murid-murid yang berada dalam tahap sederhana
dan baik. Untuk murid murid yang terlalu lemah, kaedah ini hanya sesuai setelah kaedah-kaedah lain
yang berkaitan dengan ilmu penulisan dan bacaan dimantapkan terlebih dahulu. Saya agak berpuas hati
dengan dapatan kajian yang telah dijalankan. Kajian tindakan gelung pertama ini telah menunjukkan
bahawa saya telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membina ayat dengan
bantuan gambar dan kata kunci.

Kajian ini perlu diteruskan sama ada pada kemahiran yang sama atau kemahiran yang berbeza
mengikut keperluan murid kerana pencapaian murid banyak bergantung kepada amalan pengajaran
dan pembelajaran. Selain daripada itu, saya juga berharap kajian tindakan ini dapat dijalankan ke atas
murid-murid tahun 6. Ini kerana murid-murid tahun 6 mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata
dan pengetahuan tentang nahu atau grammar yang lebih baik. Gelung pertama merupakan panduan ke
arah tindakan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

PENUTUP

Kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan menampakkan hasil yang memberangsangkan.


Pencapaian dan penguasaan murid terhadap kemahiran membina ayat dengan bantuan gambar dan
kata kunci telah meningkat. Sekiranya seseorang guru menjalankan kajian tindakan, guru itu dapat
mengesan masalah pembelajaran yang wujud di kalangan murid dan punca-puncanya. Sekiranya
punca itu melibatkan amalan pengajaran guru, maka guru perlulah bersikap terbuka, menerima
kelemahan dan bersedia untuk melakukan perubahan terhadap amalannya. Saya berharap kajian ini
dapat diteruskan pada gelung yang seterusnya.

73
LAMPIRAN A

Lesson Plan (Action Research)

Date : 18 July 2005


Day : Monday
Year : 2 Mulia
Time : 10.10 a.m – 11.10 a.m

Topic: The Animals


Skills : 4.8.2
LO : By the end of the lesson, pupils should be able to:
1) Construct simple sentences with words and pictures guidance.

Activities:
STEP 1
Teacher put up pictures and word cues for the pupils to see and read.
Teacher reads the word cues and pupils listen.

STEP 2
Teacher asks pupils to construct simple sentences with the guidance of
word and picture cues. Pupils write the sentences on the blackboard.

STEP 3 ( Independent Work)


Pupils construct 5 sentences individually in the worksheet.
( Pre-Test)

STEP 4
Teacher discusses the answer with pupils.
Teacher collects all the worksheet

74
LAMPIRAN B

Lesson Plan (Action Research)

Date : 29 July 2005


Day : Monday
Year : 2 Mulia
Time : 10.10 a.m – 11.10 a.m

Topic : Foods
Skills : 4.8.2
LO : By the end of the lesson, pupils should be able to:
1) Construct simple sentences with words and pictures guidance.

Activities :
STEP 1
Teacher put up pictures and word cues for the pupils to see and read.
Teacher reads the word cues and pupils listen.

STEP 2
Teacher asks pupils to construct simple sentences with the guidance of word
and picture cues. Teacher asks pupils to describe the pictures.

STEP 3
Teacher asks pupils to list down all the new words beside the pictures.
Teacher asks pupils to constuct simple sentences using the new words and
the word cues given. Pupils write the sentences on the blackboard.

STEP 3 ( Independent Work)


Pupils construct 5 sentences individually in the worksheet.
( Post-Test)

STEP 4
Teacher discusses the answer with pupils.
Teacher collects all the worksheet

75
LAMPIRAN C

Ujian Pra

Look at the pictures. Use the words to make simple sentences.

cat - tame

dog - likes - meat

tiger - wild

fish - lives - water

tadpole - young - frog

76
LAMPIRAN D

Ujian Pasca

Make sentences using the notes given.

Roslan - likes - ice-cream

Mary - drinks - milk - bed

grandmother - fruits -everyday

Ani - eats - rice - fingers

Meng Chong - uses - chopsticks - eat

77
LAMPIRAN E

Borang Pemerhatian

Tarikh : 25, 26, 27 dan 28 Julai 2005


Masa : 10.10 – 11.10
Tempat : Tahun 2 Mulia

1 Murid berbincang /

2 /
Murid cuba mentafsir gambar

Murid menyenaraikan kata kunci di /


3 sebelah gambar

4 Murid menggunakan ke semua kata /


kunci baru dan lama.

78

You might also like