You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN IKAN KELI

1.Pengenalan

Pada masa ini industri ternakan ikan keli menyumbang lebih RM 1 juta kepada
negara.Industri ternakan keli juga menyumbang sumber protin dan makanan terbanyak
berasaskan haiwan.Dengan kepesatan ekonomi dan pertambahan penduduk
negara.Keperluan kepada makanan juga harus bergerak selari.
Walaupun abad ke 21 ini merupakan era teknologi maklumat,namun bidang pertanian
dan ternakan tidak harus diabaikan karana bidang ini merupakan sumber makanan
penting kepada negara.
Pada masa ini,permintaan terhadap ternakan ikan keli semakin bertambah dari masa
kesemasa untuk memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran.Justeru itu menunjukan
saiz keluaran ikan keli negara belum mampu menampung keperluan terutama pada
musim perayaan.

2. Tujuan

Projek ternakan ini akan diusahakan memandangkan permintaan yang tinggi di


pasaran.Sekiranya projek ini diabaikan permintaan di pasaran sentiasa tidak mencukupi.
Projek ternakan ikan keli ini juga bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan
dapat meningkatkan pendapatan.Projek ini akan diusahakan dengan bantuan keluarga dan
sepenuh masa.

3. Cadangan Projek

Projek ternakan ini dicadangkan bagi projek ternakan ikan keli.Projek ini akan
diusahakan kecilan/sampingan (Backyard Industry ).Ternakan ini akan dipelihara secara
baik yang mempunyai ciri-ciri keselamatan supaya binatang liar tidak boleh masuk ke
kawasan ternakan ikan keli.Untuk permulaan projek ternakan ini dicadangkan untuk
10,000 ikan keli.
4. Pelaksanaan Projek

Projek ternakan ini akan diusahakan sendiri.Projek ini juga akan diberi khidmat
nasihat dan tunjuk ajar oleh Pejabat Haiwan Jajahan Jeli dan dengan kerjasama Pejabat
Pertanian Jajahan Jeji.

5. Pemasaran Hasil Ternakan

Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap ikan keli,ternakan ini akan dijual
kepada pemborong tempatan untuk pasaran tempatan, serta ternakan ini juga akan
dipasarkan secara kecilan terutama kepada pengusaha kedai makan di sekitar Jajahan Jeli.

7. Maklumat Asas Projek Ternakan ikan keli / 10,000 Ekor

Kos Tetap

Bil Perkara Unit Kuantiti Harga /Unit (RM) Jumlah Kos


(RM)
1. Penyediaan Tapak L.S 10 60.00 600.00
2. Kos kolah 1 10 715.50 7155.00
3. Jaring / Pukat bundle 4 80.00 320.00

4. Kos Luar Jangka - - - 150.00


JUMLAH 8225.00

Kos Operasi / 10000 ikan keli

Bil Perkara Unit Kuantiti Harga /Unit (RM) Jumlah Kos


(RM)
1. Anak keli ekor 10000 0.20 2,000.00
2. Makanan(pellet) beg 120 58.00 6.960.00
3. Vaksin dan vitamin l/s 75.00
8. Unjuran Pendapatan

a. Purata umur ikan keli - 12 ke 16 minggu ( 100 ~ 120 hari )

b. Purata berat ikan keli - 200grm

c. Peratus kematian - 0.2

d. Jumlah berat ikan keli - Jumlah ikan hidup x purata berat


9800 ekor x 200grm
1,690 kg

e. Harga jualan - RM 6.00 / kg

f. Keuntungan / pusingan - Jumlah berat ikan x harga jualan


1,690 kg x RM 6.00
RM 11,760.00

g. Keuntungan bersih - Keuntungan 1 pusingan – kos operasi

RM 11,760.00 – RM 9,035.00

Lebihan/kurangan RM 2,725.00
9. Carta Aliran Tunai Projek Ternakan ikan keli

Perkara Pusingan / Tahun / RM


0 1 2 3 JUMLAH

Pendapatan 11,760.00 11,760.00 11,760.00 35,280.00

9800 ekor x 200 grm


x RM 6.00
11,760.00 11,760.00 11,760.00 35,280.00
JUMLAH

Perbelanjaan

a. Kos tetap bina 8225.00


tempat
b. Kos berubah
- ikan keli 2,000.00 2,000.00 2,000.00 6,000.00
- Pellet 6,960.00 6,960.00 6,960.00 20,880.00
- Vaksin dan vitamin 75.00 75.00 75.00 225.00

JUMLAH 8225.00 9,035.00 9,035.00 9,035.00 27,105.00

Lebihan / kurangan
( keuntungan ) 2,725.00 2,725.00 2,725.00 8,175.00
a) tambahan kolah
Barang keperluan

Bil Perkara Unit Kuantiti Harga/Unit Jumlah (RM)


(RM)
1 Batu-bata (jokong) biji 500 1.20 600.00
2 Simen beg 30 19.00 570.00
3 Pasir lori 3 120.00 360.00
4 Paip pvc 3 inci batang 3 60.00 180.00
5 Paip pvc 1 inci batang 6 7.00 42.00
6 aksesori L/S 150.00
7 Upah pekerja biji 4 350.00 1400.00
8 pengangkutan L/S - - 300.00
9 Lain-lain kos L/S - - 200.00
10 pagar bundle 2 80.00 160.00

JUMLAH 3,962.00

You might also like