You are on page 1of 3

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2011

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2/2011

Bahagian I

Kek boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa, dan seringkali
menjadi pencuci mulut yang digemari dalam upacara istimewa
seperti sambutan hari lahir, Hari Raya dan majlis perkahwinan.
Kek digemari bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga
nilai seni dalam membuat dan menghias kek. Dapatkan maklumat
tentang bagaimana matematik digunakan dalam seni membuat
kek dan menghias kek, dan tuliskan tentang dapatan anda.

Bahagian II

Kedai Best Bakery menerima pesanan daripada sekolah anda untuk membuat kek yang
berbentuk bulat dan berjisim 5 kg, seperti yang ditunjukkan di Rajah 1, bagi majlis sambutan
Hari Guru.

h cm

d cm

Rajah 1

1) Sekiranya satu kilogram kek mempunyai isipadu 3800 cm3 dan kek yang ditempah
berketinggian 7 cm, hitungkan diameter dalaman bagi acuan kek yang perlu digunakan
untuk memuatkan kek 5 kg yang ditempah oleh sekolah anda [Gunakan π = 3.142].

2) Kek yang ditempah dibakar dalam ketuhar berukuran 80.0 cm panjang, 60.0 cm lebar dan
45.0 cm tinggi.
a) Sekiranya isipadu kek dikekalkan seperti di atas, teroka dengan menggunakan
pelbagai nilai ketinggian, h cm, dan nilai diameter yang sepadan bagi acuan kek, d
cm. Jadualkan dapatan anda.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 1


Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2011

Ketinggian, h (cm) Diameter, d (cm)


1.0
2.0
3.0
:
:
:

Jadual 1

(b) Berdasarkan nilai-nilai dalam jadual anda,


(i) nyatakan julat ketinggian yang TIDAK sesuai bagi kek tersebut dan beri
penjelasan bagi jawapan anda.
(ii) cadangkan dimensi kek yang anda rasakan paling sesuai untuk dibakar. Berikan
sebab bagi jawapan anda.

(c) (i) Bentukkan satu hubungan linear antara h dan d. Seterusnya, plot graf yang
sesuai. [Anda boleh melukis graf dengan menggunakan perisian komputer].
(ii) Daripada graf anda, tentukan nilai
(a) d apabila h = 10.5 cm,
(b) h apabila d = 42 cm.

3) Kedai Best Bakery diminta menghiaskan kek dengan krim segar. Kebiasaannya krim
segar yang digunakan adalah pada ketebalan seragam iaitu 1.0 cm.

(a) Anggarkan jumlah krim segar yang diperlukan untuk menghias kek dengan
dimensi yang telah anda cadangkan di 2(b)(ii).

(b) Cadangkan tiga kek yang berlainan bentuk yang mempunyai ketinggian dan
isipadu yang sama seperti kek yang anda cadangkan di 2(b)(ii). Anggarkan
krim segar yang perlu digunakan bagi setiap kek tersebut.

(c) Berdasarkan nilai yang telah anda perolehi, bentuk kek yang manakah
memerlukan jumlah krim segar yang paling sedikit untuk digunakan?

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2


Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2011

Bahagian III

Tentukan dimensi bagi kek berbentuk bulat berjisim 5 kg yang memerlukan jumlah krim segar
yang minimum untuk dihias. Gunakan sekurang-kurangnya dua kaedah penyelesaian yang
berbeza termasuk penggunaan kaedah kalkulus. Nyatakan sama ada kek dengan dimensi
tersebut sesuai untuk dibakar atau tidak. Berikan penerangan bagi menyokong jawapan anda.

PENEROKAAN LANJUTAN

Kedai Best Bakery menerima tempahan untuk membuat kek bertingkat bagi sambutan Hari
Merdeka, seperti pada Rajah 2.

Rajah 2

Ketinggian setiap kek ialah 6.0 cm dan jejari kek yang terbesar ialah 31.0 cm. Jejari kek yang
kedua ialah 10% kurang daripada jejari kek yang pertama, jejari kek yang ketiga ialah 10%
kurang daripada yang kedua dan seterusnya.

(a) Cari isipadu kek yang pertama, kedua, ketiga dan keempat. Dengan membandingkan nilai
isipadu bagi kek-kek tersebut, tentukan sama ada isipadu kek berkenaan membentuk
suatu jujukan. Terangkan tentang jujukan tersebut.

(b) Sekiranya jumlah jisim bagi semua kek berkenaan tidak boleh melebihi 15 kg, hitungkan
bilangan maksimum kek yang perlu dibuat oleh kedai Best Bakery.
Tentusahkan jawapan anda dengan menggunakan kaedah lain.

REFLEKSI

Apakah yang telah anda pelajari semasa menjalankan projek ini? Apakah nilai-nilai murni yang
telah anda amalkan? Wakilkan pandangan dan perasaan anda tersebut secara kreatif melalui
penggunaan simbol, illustrasi, lukisan atau anda juga boleh menggunakan lagu.

KERTAS SOALAN TAMAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 3

You might also like