You are on page 1of 45

BAB 1 GARISAN

ARAS 1

1 Tentang Garisan
.
1
1 Garisan ialah satu elemen paling
. asas dalam seni tampak terhasil
daripada percantuman deretan
titik-titik yang merentasi sesuatu
permukaan atau ruang.

2 Garisan mudah dikenali kerana


. sifatnya yang menonjol daripada
persekitarannya.

3 Penerokaan ke alam seni tampak


. bermula dengan garisan yang
mudah dengan meletakkan garis
luar pada imej objek yang dilukis.
4 Garisan adalah unsur utama yang
. digunakan dalam tamaddun
manusia untuk tujuan
berkomunikasi melalui tulisan dan
lukisan.
5 Apabila garisan dihasilkan ia boleh
mewakili garis sempadan untuk
rupa, garis kontur, bayang, jisim
dan jalinan.
Garisan yang dapat dilihat di alam semulajadi.
Batang dan ranting pokok mewakili garisan
nyata, manakala pancaran cahaya mewakili
garisan ilusi

GAMBAR GANTI

kepada

KEPADA

ATAU
1.2 Kepentingan Garisan

1. Apabila garisan terhasil, ia boleh


berperanan sebagai garisan sempadan
untuk rupa, garis kontur,bayang, jisim dan
jalinan.

2. Garisan mampu membangkitkan keinginan


perasaan dan emosi.
Contohnya, jika kita berada di satu
kawasan yang lapang, atau berdiri
menghadap lautan luas, kita akan dapati
bahawa garisan ufuk yang rata mewakili
ruang yang amat luas. Ia memberikan kita
rasa ketenangan dan kepuasan, dan
perasaan inilah juga yang dibawa oleh
garisan melintang.

3. Garisan boleh diolah untuk menghasil -kan


ton, bentuk, jalinan dan ilusi pergerakan
dalam penghasilan seni tampak.
Ralstan Crawford, Red and Black, 1949

4. Garisan adalah unsur penting yang Garrison Curwood, The Snow Cardinal
menjadi asas untuk membangunkan
bidang seni tampak seperti lukisan, catan,
cetakan, seni arca disamping bidang reka
bentuk dan komunikasi.

5. Antara sumbangan penting unsur garisan


dalam tamaddun manusia ialah dalam
bidang perhubungan dimana ia telah
digunakan sejak zaman purba, dengan
terdapatnya coretan lukisan di dinding
gua.

Vincent Van Gogh, Irises, 1889

Peit Mondrian , Composition, 1921


GAMBAR GANTI
KEPADA

GAMBAR GANTI
KEPADA
1.3 Garisan Menghasilkan Rupa
1. Kita mudah mengenal sesuatu objek
melalui rupanya

2. Garisan akan bertukar peranan menjadi


rupa apabila kedua-dua hujungnya
dicantumkan. Inilah kaedah yang selalu
kita gunakan untuk menggambarkan
sesuatu objek atau penerangan.

3. Garisan boleh digunakan untuk


membentuk rupa geometri dan organik,
dan garisan boleh boleh digunakan dalam
bentuk garisan fizikal atau ilusi , dan
garisan negatif atau positif.

4. Rupa yang terbentuk daripada garisan


merupakan antara unsur komunikasi yang
mudah difahami biasanya dalam bentuk
lukisan dan huruf mukataip.

5. Rupa geometri terhasil jika garisan dilukis


secara tepat dengan bantuan peralatan
melukis.

6. Rupa organik dihasilkan melalui garisan


yang dilukis secara ekspresif dan bebas.
GAMBAR GANTI

KEPADA
KEPADA
Atau
KEPADA
kepada
1 Garisan Membina
. Bentuk
4
1. Garisan yang dicantum
dengan mempunyai
lebar , ketinggian dan
kedalaman akan
menghasilkan struktur
bentuk
2. Penggunaan garisan
dengan ketebalan yang
berbeza, iaitu tebal di
hadapan dan beransur
nipis ke belakang akan
menonjolkan ilusi
bentuk objek yang
dilukis.
3. Rupa yang terbentuk
melalui lakaran garisan
luar (outline) akan
kelihatan bentuknya
jika garisan silang atau
silang bertindih (cross
hatching) dilakar untuk
membentuk satah.
4. Lakaran garisan secara
garisan atau berjalur,
jalur tindih bersilang
atau jalur bertindih
pada kadar kegelapan
yang berbeza akan
menghasilkan ton.
5. Penghasilan ton
daripada garisan
digunakan untuk
menegaskan kesan
cahaya dan bayang
yang membentuk
gambaran ilusi tiga
dimensi.

Piramid di Muzium Lourve,


Paris

Contoh garisan
menghasilkan bentuk ilusi.

1.5 Garisan Menerapkan Unsur Jalinan

1. Garisan juga berperanan sebagai unsur


yang bertindak menyedarkan pemerhati
tentang gambaran sesuatu kesan yang
terdapat di permukaan satah.
2. Sifat dan jenis garisan yang pelbagai diolah
dengan gaya atur tertentu akan melahirkan
kesan permukaan yang kita kenali sebagai
jalinan.

3. Jalinan memberi tanggapan yang lebih


meyakinkan pemerhati, kepada karya seni
tampak yang dihasilkan apabila sesuatu
permukaan dapat digambarkan samaada ia
akan kelihatan kasar, lembut, kesat,
berkilat dan sebagainya.

4. Anda boleh menghasilkan jalinan dengan


mencuba menggabung jalinkan pelbagai
jenis, sifat dan ragam garisan mengikut
citarasa anda sendiri dan keperluan
permukaan objek yang dikaji.
1.6 Peranan Garisan Menimbulkan
Ilusi Pergerakan
1. Garisan dapat menonjolkan kesan ilusi
pergerakan melalui arah aliran dan
kelajuan sesuatu garisan yang dilakar.

2. Apabila garisan lurus membengkok,


membelok atau mengarah ke sudut-
sudut tertentu ini menggambarkan
garisan telah mula bergerak secara
ilusi.

3. Dengan menggubah dan mengatur


kedudukan garisan secara berulangan
kita akan lihat kesannya seolah-olah
bergerak secara ilusi.

4. Jenis garisan yang dapat digunakan


untuk menghasilkan kesan ilusi
pergerakan ialah garisan beralun,
berombak, bersudut, terputus-putus,
berlingkar, berpancar, melengkung
dan bergerigi.
5. Bagi membantu penerokaan garisan
untuk menampakkan ilusi pergerakan,
bolehlah diaturkan garisan mengikut .
kaedah aliran, berturut-turut,
berselang-seli, untuk kesan
pergerakan yang lembut dan harmoni.

6. Kaedah pertukaran arah secara


rambang bergerigi dan laju
digunakan untuk
menggambarkan kesan aktif
dan ganas.
Latihan Kefahaman BAB 1

1.

Nyatakan fungsi garisan dalam rajah di atas.


A. Menerapkan rupa B. Menimbulkan imbangan simetri
C. Menghasilkan bentuk D Menghasilkan pergerakan ilusi
.

2.

Penggunaan garisan dalam rajah diatas menghasilkan…


A. Corak B. Bentuk
C. pergerakan D Rupa
.

3.

Fungsi garisan dalam rajah di atas ialah untuk tujuan


A. ragamhias B. rekabentuk
C komunikasi D. cetakan
.

4.

Gambaran ilusi yang dihasilkan oleh garisan dalam rajah di atas ialah
A. harmoni B. Imbangan
C Jalinan D pergerakan
. .

5. Nyatakan fungsi garisan pada tayar


A Menghasilkan jalinan B. Mencipta ilusi warna
.
C. Menghasilkan bentuk D. Menimbulkan pergerakan

6. Perasaan tidak boleh dilukis menggunakan garisan, tetapi garisan ekspresif boleh
membangkitkan perasaan melalui…
A. Bentuk B. Rupa
C Suasana D. Warna
.

7. Penggunaan garisan bertindih pada lakaran objek menegaskan…


A Bentuk B. Perasaan
.
C. Rupa D. Ruang

8. Garisan pancaran digunakan untuk menghasilkan gambaran


A. ton B Berpusat
.
C. Berpusar D. Pergerakan
9. Garisan yang terdapat pada makhluk di alam semulajadi bukan sahaja memberikan nilai
estetik tetapi juga berfungsi untuk
A. Penghasilan jalinan B. Menghasilkan ton
C. Mengukuhkan struktur D Penyamaran
.

10. Rupa tidak terbentuk jika…


A. Tidak diwarnai B. Ton tidak digunakan
C. Dua hujung garisan tidak D. Perbezaan jarak tidak jelas
bercantum

11.

Pilih pernyataan yang betul yang berkaitan dengan rajah di atas.


A. Garisan melahirkan bentuk B. Garisan menghasilkan corak
C. Garisan melahirkan rupa D. Garisan menghasilkan jalinan

12.

Lukisan dalam rajah di atas menunjukkan

A. Garisan menghasilkan ruang B Garisan menghasilkan bentuk


.
C. Garisan menghasilkan rupa D. Garisan menghasilkan jalinan

13. Untuk menunjukkan permukaan silinder, garisan yang sesuai digunakan ialah
A. Garisan berpancaran B. Garisan melintang
C. Garisan melengkung D. Garisan beralun

14. Cara yang paling sesuai untuk menghasilkan ton gelap ialah
A. Menggunakan garisan bertindih B. Menggunakan garisan tebal
C. Menggunakan garisan berpancar D. Menggunakan garisan beralun

15.

Rekaan grafik dalam rajah di atas menujukkan


A. Garisan membina bentuk B. Garisan menghasilkan corak
C. Garisan membentuk rupa D Garisan melahirkan motif
.

16. Lorekan garisan yasng diberi tekanan berat yang berbeza akan menghasilkan
A. Rupa B Ton
.
C. pergerakan D. Jalinan

17.

Garisan dalam rajah di atas menghasilkan ruang..


A. cetek B. Dalam
C. Dalam D Rata
.

18.

Rekaan dalam rajah di atas memberi tumpuan kepada penghasilan…


A. Bentuk B. Pergerakan
C. Rupa D. Ton

19.

Lukisan dalam rajah di atas dihasilkan dengan memberi tumpuan kepada


A. Aplikasi warna B. Penggunaan ton
C. Cahaya dan bayang D Tekanan nilai garisan
.

20.

Aplikasi garisan pada lakaran dalam rajah di atas menghasilkan


A. Rupa geometri B Rupa organik
.
C. Rupa formal D. Rupa positif
21.

Motif dalam rajah di atas dihasilkan secara luakan atau pengurangan menggunakan
A. Garisan pancaran B. Garisan beralun
C. Garisan melengkung D. Garisan radiasi

22. Garisan menegak digunakan untuk memberi gambaran


A. Damai B. Bertenaga
C. Bergaya D Stabil
.

23.

Selain daripada imbangan simetri, apkah lagi yang dihasilkan oleh garisan pada rekaan
dalam rajah di atas?
A. corak B. Bentuk
C. pergerakan D rupa
.

24. Aplikasi garisan untuk mengwujudkan ruang boleh dilakukan dengan


A. Aturan formal B Saiz dan jarak berbeza
.
C. Pembentukan rupa D. Susunan bertindih-tindih
25.

Rekaan rupa motif yang menggunakan garisan dalam rajah di atas turut menghasilkan
A. Ruang dalam B Ilusi pergerakan
.
C. Imbangan simetri D. Susunan harmoni

26. Suasana yang damai dan tenang dapat digambarkan dengan menggunakan
A. Garisan beralun B Garisan melintang
.
C. Garisan pepenjuru D. Garisan menegak

27.

Merujuk kepada rajah di atas, aplikasi garisan telah dapat menghasilkan…


l. imbangan
ll. ilusi pergerakan
lll. kontra
lV. rupa
V. bentuk
A. l, ii, dan lll B l, ll, dan lV
.
C. l, lll, dan V D. l, ll, lll, lV, V
28.

Gubahan dalam rajah di atas menunjukkan bagaimana garisan menghasilkan


A. Corak dan jalinan B. Bentuk dan ton
C. Bentuk dan corak D Rupa dan jalinan
.

29

Nyatakan unsur yang menimbulkan gambaran ilusi pergerakan dalam rajah di atas
A Garisan pepenjuru B. Garisan melintang
.
C. Garisan struktur D. Garisan beralun

30.

Lukisan purba yang menunjukkan aktiviti berburu ini dihasilkan menggunakan kesan yang
daripada contengan beberapa jenis garisan.
Di antara prinsip rekaan yang dapat dilihat dalam gubahan ini ialah
A. Rupa dan jalinan B Irama dan pergerakan
.
C. Imbangan dan penegasan D. Ruang dan kontra

Soalan struktur
1. Untuk melukis bentuk cendawan dan roda basikal,jenis garisan yang paling sesuai ialah garisan
pancaran.
2. Dalam konteks seni visual, garisan ialah kesan yang hasilkan daripada percantuman satu siri
titik-titik di atas sesuatu permukaan.
3. Garisan dapat mewujudkan bentuk dan struktur objek melalui ilusi cahaya dan bayang.
4. Melalui aplikasi saiz dan jarak, garisan boleh mewujudkan ruang.
5. Garisan melintang digunakan untuk menimbulkan rasa tenang, dan tenteram.
6. Garisan menegak digunakan untuk menggambarkan rasa kukuh dan stabil.
7. Garisan pepenjuru digunakan untuk memberi gambaran pergerakan.
8. Selain daripada menghasilkan jalinan pada permukaan bentuk ilusi, garisan juga
menonjolkan gambaran bentuk melalui penggunaan ton.
9. Teknik resis yang menggunakan untuk menghasilkan garisan secara terap ialah kraf
batik.
10. Bidang seni tampak yang mementingkan penggunaan garisan dalam penghasilan
karyanya ialah, lukisan.
Kajian Masa Depan

Gambar di atas menunjukkan pentingnya penggunaan garisan dalam rekaan grafik seperti yang terdapat
pada rekaan baju sukan dan sepanduk. Nyatakan peranan garisan pada rekaan sepanduk di atas.

Jawapan : Garisan menimbulkan rupa


Cadangan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran dalam Kelas

Bidang: Penghasilan Seni Visual


Tajuk : Unsur Seni Reka
Unit Pembelajaran : Garisan
Objektif: Murid akan dapat mengolah bentuk menggunakan garisan
Bahan bantuan mengajar: Pastel minyak, cat akrilik(cat rumah)

Langkah-langkah untuk Aktiviti Pembelajaran: AKTIVITI 2

1. Semua murid 2. Murid hendaklah mula melukis menggunakan pastel


dikehendaki duduk minyak dengan merakamkan bentuk subjek kajian secara
mengelilingi subjek keseluruhan dengan saiz yang besar sambil memastikan
kalian yang kadar bandingnya betul.
disediakan oleh Pastikan garisan yang digunakan dapat menunjukkan
guru, contohnya kedudukannya samaada ia di hadapan atau di belakang.
pasu atau Garisan yang mewakili kedudukannya di bahagian
tempayan. hadapan dan di bahagian bawah ditebalkan untuk
Gunakan kertas menjelaskan kedudukannya di hadapan atau terlindung di
surat khabar bawah. Bahagian yang beransur ke belakang dinipiskan
sebagai permukaan secara beransur untuk menunjukkan kedudukan yang
melukis. semakin ke belakang. Bahagian atas juga perlu gunakan
garisan nipis untuk menunjukkan kesan cahaya.
3. Langkah kedua ialah 4 Terus melukis dan bina bentuk subjek kajian secara beransur-
melukis dan ansur menggunakan pastel minyak dan cat berselang seli
menyapu cat sehingga bentuk yang dikehendaki diperolehi. Tidak perlu
menggunakan jari memasukkan ton untuk kajian ini.
untuk menimbulkan
bentuk yang
dihasilkan oleh
pastel minyak.

5.6 Cadangan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran dalam Kelas

Bidang: Penghasilan Seni Visual


Tajuk : Unsur Seni Reka
Unit Pembelajaran : Garisan
Objektif: Murid akan dapat menghasilkan kajian tentang perkaitan garisan dengan objek
Kajian.

Langkah-langkah untuk Aktiviti Pembelajaran: AKTIVITI 1

1. Pilih apa-apa bahan 2. Lihat dengan teliti dan 3. Gunakan jari anda dan
yang anda senangi amati garisan luar dan ikut garisan yang anda
seperti beg,patung, garisan kontournya. amati tadi.
jam tangan,
telefon,topi dan .
seumpamanya dan
letakkan di hadapan
anda

4. Tanpa melihat pada kertas lukisan, pastikan mata anda 5. Anda hanya
hanya tertumpu pada objek. Mula melukis objek secara dibenarkan melihat
berterusan dengan tidak langsung mengangkat pensel lukisan anda setelah
(atau bahan lukisan lain) dari permukaan kertas lukisan. masa yang ditetapkan
Anda tidak dibenarkan mengintai lukisan anda oleh guru anda untuk
dipermukaan kertas. Garisan yang dilukis boleh diulang- aktiviti ini tamat.
ulang asalkan bahan melukisnya tidak diangkat dari
permukaan kertas.

6. Tujuan latihan ini 7. Akhiri gerakerja 8. Latihan di atas diharap


bukan untuk dengan melukis dapat membantu anda
menghasilkan semula objek tadi, kali supaya lebih peka rupa
gambaran yang ini anda dibenarkan dan garis kontor yang
realistik, tetapi untuk melihat sekilas dilukis.
meningkatkan pandang pada lakaran
kesedaran tentang di kertas, tetapi
pentingnya garisan tumpuan mata masih
pada objek yang sepenuhnya pada
dilukis. objek kajian.

Hasilkan kajian folio yang ringkas berpandukan contoh berikut.

PROJEK FOLIO
Tajuk : Kajian Masa Depan – Garisan 1
Objektif : Menjadikan garisan sebagai sumber mengolah dan mewujudkan
idea baru reka bentuk jambatan.

Hasilkan himpunan sumber rujukan tentang 1. Buat keterangan ringkas tentang


kewujudan garisan di alam semulajadi dan benda himpunan sumber rujukan anda.
buatan manusia.

2. Nyatakan tentang keistimewaan garisan.


3. Gambaran garisan yang dilihat dalam
konteks seni tampak.
- Garisan tegak
- Garisan terpancar
- Garisan melintang
- Garisan pepenjuru
- Garisan melingkar

PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 2

Tunjukkan contoh penggunaan garisan dalam reka 1. Nyatakan peranan dan kepentingan
bentuk yang terdapat dalam kehidupan harian. garisan dalam reka bentuk yang di
tunjukkan.
2. Berikan sedikit penerangan tentang
penggunaan garisan di permukaan
dan garisan yang merentasi ruang.
( garisan ilusi dan garisan fizikal).

3. Berikan sedikit penerangan tentang


aplikasi garisan dalam penghasilan
kerja kraf.

PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 3

Hasilkan kajian tentang garisan menggunakan 1. Catatkan pada kajian yang dihasilkan, jenis
pelbagai bahan dan teknik. bahan, alat/ teknik dan jenis garisan
PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 4
1. Jambatan merentasi sungai
Kumpulkan gambar-gambar bentuk jambatan
yang menggunakan garisan sebagai asas
rekaannya. (Sila layari internet untuk mendapatkan
bahan kajian yang lebih meluas).
2. Jambatan rentasi laut
3. Jambatan / jejambat yang merentasi
lebuhraya

4. Jambatan untuk aksesori seni lanskap

PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 5


1. Sumber idea
Hasilkan lakaran jambatan berdasarkan kajian,
idea dan wawasan anda dengan menggunakan
garisan sebagai asas rekaan.
2. Perkembangan idea

3. Beberapa cadangan rekaan

4. Rekaan pilihan

You might also like