Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
71Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Statistik_asas Dalam Pendidikan

Statistik_asas Dalam Pendidikan

Ratings: (0)|Views: 4,318 |Likes:
Published by mhano19

More info:

Published by: mhano19 on Jun 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/10/2014

pdf

text

original

 
110
OUM
STATISTIK ASASTAJUK 6
TAJUK 6STATISTIK ASAS
PENGENALAN
Pengukuran melibatkan pengumpulan data yang banyak daripada ujian/inventori yangdigunakan. Statistik dapat membantu kita untuk merumuskan data yang banyak ini kepadabentuk lain yang mudah kita faham, seperti grafik atau angka rumusan. Kita pernah mengirapurata (angka rumusan) bagi angka-angka yang banyak untuk mencari nilai tengah angka-angka ini. Kita juga pernah mencari angka terkecil dan angka terbesar dan juga julat antarakedua-dua angka ini, untuk mencari perbezaan terbesar antara angka-angka tersebut. Puratadan julat bagi angka-angka ini adalah maklumat yang boleh membantu kita memahami taburanangka-angka tersebut, iaitu seperti angka terkecil, angka tengah, angka terbesar dan julatnya.Tajuk ini akan membincangkan beberapa kaedah asas statistik (
basic statistical methods
)yang diperlukan untuk menganalisis skor/data daripada ujian/inventori.
OBJEKTIF
Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:1.menjelaskan pengertian dan penggunaan statistik;2.menjelaskan dan melukis kekerapan, histogram dan carta pai;3.melukis poligon dan ogif serta menjelaskan dan mengira persentil.4.menjelaskan dan mengira ukuran memusat dan serakan serta skor piawai; dan5.menjelaskan dan mengira pekali korelasi dan regresi linear mudah.
PETA MINDA
 
OUM
111
TAJUK 6STATISTIK ASAS
6.1 PENGERTIAN DAN PENGGUNAAN STATISTIK
Statistik mempunyai pelbagai kepentingan dalam pelbagai organisasi. Biasanyasekumpulan pegawai penyelidik akan dilantik untuk menganalisis data yangada berdasarkan kelayakan dan kepakaran mereka. Sebagai seorang guru,apakah skil dan kemahiran yang anda perlukan untuk mendapatkan statistikyang tepat dan boleh dipercayai?Statistik digunakan dalam pelbagai bidang yang dengan sendirinya memberikan pengertianyang tertentu. Kepada orang ramai, statistik bermaksud “angka” yang direkodkan mengikutkategori tertentu”. Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumattentang kemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori, seperti maut, cederaparah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan Kaji Cuaca, misalnya, memberikan statistikhujan/ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan statistik pencapaian pelajar,misalnya, bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu dalam peperiksaan SPM. Kepadamereka yang menjalankan kajian pula, statistik merupakan kaedah yang boleh digunakanuntuk menganalisis data kajian. Kepada ahli-ahli statistik, statistik merupakan satu bidangmatematik yang dapat menghasilkan teori dan kaedah untuk menganalisis data.Kesimpulannya, statistik bererti satu set teori dan kaedah yang boleh digunakan untukmemahami data.Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk
menyampaikan maklumat
dalampelbagai situasi. Seperti contoh yang diberikan lebih awal, statistik boleh diguna untukmenunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentang denganmenggunakan jadual atau grafik seperti histogram/carta pai. Seterusnya, jika seseorangpenyelidik ingin melihat
hubungan antara dua pembolehubah
, contohnya antara lama masabelajar dengan pencapaian, kaedah statistik korelasi boleh gunakan untuk mengira kekuatanhubungan ini. Statistik juga boleh digunakan untuk
menguji hipotesis tertentu
, misalnyamenguji sama ada wujud hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian. Selainmenguji hubungan, kaedah statistik boleh digunakan untuk
menguji perbezaan antara duamin atau lebih
, iaitu dengan menggunakan ujian-t atau ANOVA.
Rajah 6.1
: Kegunaan statistik 
 
112
OUM
STATISTIK ASASTAJUK 6
Seterusnya, penyelidik memerlukan pengetahuan statistik untuk mereka bentuk (
design
)sesuatu penyelidikan, seperti mereka bentuk eksperimen, dan menentukan kaedah analisisdata yang sesuai untuk sesuatu reka bentuk. Pengetahuan statistik juga dapat digunakanoleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk empirikal. Dalam bidangpengukuran pula, kaedah statistik digunakan untuk mengira indeks kebolehpercayaan, indekskesahan atau indek kesahan ramalan. Terdapat dua jenis statistik yang digunakan dalambidang pendidikan, iaitu
statistik deskriptif 
yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu ukuran(seperti min dan sisihan piawai); dan
statistik inferensi
yang digunakan untuk mengujihipotesis. Sebahagian daripada statistik-statistik ini dibincangkan dalam bahagian-bahagianberikut.
Rajah 6.2 
: Statistik yang digunakan dalam pendidikan
6.2KEKERAPAN, HISTOGRAM DAN CARTA PAI
Selepas data mentah dikumpul ia perlu dirumuskan dalam bentuk yang mudah difaham,misalnya dalam bentuk jadual atau grafik. Salah satu kaedah merumuskan data ialahmenyediakan jadual taburan data asal dengan menggunakan kekerapan dan peratus, dan juga melukis histogram taburannya. Jadual kekerapan dan histogram boleh disedia denganmenggunakan data asal atau data yang dikumpulkan ke dalam beberapa kelas. Sebagaicontoh, kita gunakan taburan markah ujian mingguan bagi 50 orang pelajar yang markahpenuhnya ialah 10. Markah asal diberikan dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1
: Markah Ujian 50 Orang Pelajar 
254163754756278642953564078536849654715105735628436
Latihan 6.1
Susunkan data dalam Jadual 6.1 daripada yang terkecil kepada yang terbesar.

Activity (71)

You've already reviewed this. Edit your review.
FauziahAji liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Nur SyahiDa liked this
voltage_zz liked this
Wan Hazlina liked this
Wan Hazlina liked this
Ukhti Ibtisam liked this
Pgtan Tan liked this
Masmera Atan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->