Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Proposal Tesis

Proposal Tesis

Ratings: (0)|Views: 1,191 |Likes:
Published by irfan haziq

More info:

Published by: irfan haziq on Jun 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/06/2013

pdf

text

original

 
BAB 1PENDAHULUAN1.1 PENGENALAN
Pembuatan keputusan adalah salah satu cabang psikologi yang meliputi kajiantentang tingkah laku kognitif seseorang individu dan meliputi suatu proses mentalmanusia di mana seseorang individu itu bertindak dan bertingkah laku dalammembuat keputusan atau pelan pilihan yang terbaik untuk dirinya berdasarkan tujuandan strategi-strategi tertentu yang telah di tetapkan oleh mereka. Menurut Robin Forgarty dan James Bellanca (1990) dalam Mohd Azhar AbdulHamid (2003) telah mengkategorikan kemahiran berfikir dalam pembuatan keputusansebagai pemikiran yang kritis dan mereka telah mendifinisikannya sebagai “ Makinga choice based on reasoned judgement”. Mereka memberikan kata sinonim ‘decisionmaking’ dengan ‘judging’, ‘choosing’, ‘selecting’.Mereka juga memberikan menuuntuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.
J untuk 
 Jot down occasion for decision
U untuk 
Use brainstorming for alternatives
D untuk 
 Decide on best possibilities
G untuk 
Gauge positive and negative outcomes
E untuk Express selection; DECIDESehubungan dengan itu terdapat tiga situasi di dalam pembuatan keputusan yang perlu kita ketahui. Antaranya ialah situasi mudah, situasi sederhana dan situasi rumit.Sebagai contoh dalam situasi sederhana ialah memilih pekerjaan atau hendak 1
 
menyambungkan pengajian. Manakala dalam situasi rumit seperti hendak membinamasjid atau hendak melabur saham di Singapura.Terdapat dua kategori dalam membuat keputusan. Keputusan yang pertama ialahkeputusan yang di programkan (Programmed decision). Ia merupakan situasi-situasiyang berlaku selalunya cukup untuk membolehkan peraturan membuat keputusandibina dan digunakan untuk masa hadapan. Selain itu dibuat dalam menanganimasalah yang
 
 berulang didalam sesebuah organisasi. Keputusan yang kedua ialahkeputusan yang tidak di programkan (Unprogrammed Decisions). Ia berkaitan dengantindakbalas terhadap situasi yang unik, tidak jelas dan mempunyai kesinambunganterhadap sesuatu organisasi. Anon. (2011)Perbezaan antara keputusan yang di programkan dengan keputusan yang tidak diprogramkan berasaskan kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:-1.Kepastian (Certainty)Di mana kesemua maklumat yang diperlukan sudah sedia ada2.Risiko (Risk)Keputusan mempunyai matlamat yang jelas. Jika keputusan itu jelas maka dapatkita membezakan sesuatu perkara atau matlamat dengan lebih baik. Selain ituterdapat maklumat yang baik dan
 
keputusan akan datang dikaitkan dengan setiapalternatif atau jalan penyelesaian tertakluk kepada peluang yang ada.3.Ketidakpastian (Uncertainty)Di dalam ketidakpastian ini, pengurus mengetahui matlamat mana yang hendak dicapai terlabih dahulu. Sebarang maklumat tentang pemilihan dan situasi yang belum wujud dan akan dating kemungkinan besar tidak tepat. Mungkin perkara- perkara sedemikian perlu menggunakan kaedah, cara, metod dan pendekatan yanglebih kreatif untuk alternatif yang sedia ada.2
 
4.Kekeliruan (Ambiguity)Faktor kekeliruan seperti keputusan yang paling sukar untuk di buat adalahmenjadi masalah yang utama kepada pengguna di dalam membuat keputusanmembeli sesuatu barangan atau produk. Selain itu matlamat yang tidak jelas dalam pembelian juga mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna. Pilihan yang adasusah untuk di kenal pasti kerana terdapat pelbagai jenama, kualiti, produk dan hargauntuk di pertimbangkan. Dan yang terakhir sekali kemungkinan maklumat-maklumattentang barangan yang hendak dibeli tidak mencukupi atau tiada.Dalam proses kognitif, analisis masalah dan pembuatan keputusan ini terdapattiga perkara yang digunakan semasa pengguna bertindak untuk membuat pembuatankeputusan terhadap pemilihan dan pembelian barangan. Antaranya ialah penakulaan, pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah. Elemen-elemen yang di sebutkantadi mempengaruhi pembuatan keputusan seseorang pengguna dalam pembelianmahupun pembuatan keputusan dalam kes-kes yang lain.Sebelum membeli, pengguna akan menggunakan akal fikiran yang melibatkan proses kognitif untuk menaakul dimana pengguna akan membuat satu pertimbanganyang wajar yang melibatkan sesuatu penilaian semasa proses pembelian barangan.Pengguna akan berfikir dahulu samada mereka berhak untuk membeli barangantersebut atau tidak. Mereka akan bertindak secara bijak dalam proses ini. Penaakulanyang dikatakan ini terdiri dari dua jenis yang dikenali sebagai deduktif dan induktif.Jika deduktif ia merupakan proses yang mengemukakan proposisi umum penggunaatau individu tentang apa yang mereka ketahui. Segalanya akan berakhir dengankesimpulan yang pasti dan wajar dari segi logik. Manakala penaakulan induktif adalah penakulaan yang bertujuan dan akan menghasilkan segala kesimpulan berdasarkan kenyataan dan pemerhatian seseorang pengguna semasa strategi, prosesatau teknik individu membuat keputusan pembelian barangan.Penyelesaian masalah adalah satu proses aktiviti yang begitu luas dan melibatkankeputusan. Keputusan ini mempunyai tahap-tahap di mana tahap akhir atau tahap-tahap yang lain akan membuat pemilihan dua alternatif atau lebih.3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->